Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya..

-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




Dari Galeri
masa graduasi kat Sek Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Yang Masuk Ke Sini
cida1019: 9 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 25 Ahli dan Tetamu sedang online



Muslimah Remaja
Topik: Hiasilah peribadi...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» Hiasilah peribadi...

Please Mendaftar To Post


Oleh Hiasilah peribadi...

Srikandi
WARGA RASMI
Menyertai: 25.03.2004
Ahli No: 3462
Posting: 11

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-04-04 16:41




Remaja sekarang ramai yang telah diselubungi gejala barat..tak kira dari segi pakaian atau pergaulan. Siapa nak dipersalahkan. Ibu-bapa? Guru? Keluarga? Media Massa? Media Cetak?..bagi saya tanya diri sendiri kerana baik-buruk kita yang pinta dari-Nya.

Jadi hiasilah peribadi kita secantik pakaian yang kita pakai dimajlis-majlis dan secantik rupa anugerah Allah kepada kita.

Wassalam.


Bookmark and Share




  Member Information For SrikandiProfil   Hantar PM kepada Srikandi   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-04-04 19:04


joko lungo"

Assalamualiakum warahmatullah..

kebejatan ini memang akan terjadi dan akan lebih teruk
lagi 10 tahun akan datang. apatah lagi dalam
keengganan kerajaan yang ada melaksanakan peraturan
islam dalam menangani masalah keluarga dan remaja ini.
sekarang mungkin tinggal kelantan sahaja yang
mempunyai kemahuan untuk melaksanakan peraturan yang
dapat mengurangkan gejala yang telah disebutkan.

Bagi tempat tempat lain di Malaysia nampaknya kita
sendiri yang harus sedar dan harus bertungkus lumus
untuk menyelamatkan keluarga dan anak anak kita dari
musibah yang akan menjadi semakin tenat ni.

Janganlah terlalu gusar. walaupun sukar tapi ianya
masih boleh dilakukan. Apa yang perlu kita lakukan
ialah membena benteng benteng akidah dalam jiwa setiap
anak anak kita. biar mereka kenal buruk baik dan biar
mereka mempunyai ilmu dan beramal patuh dengan islam

banyak perkara yang boleh kita buat.
1. pastikan anak anak kita mempunyai suasana
persekolahan yang mementingkan pendidikan islam. Yang
lebih baik ialah pastikan anak anak kita memasuki
sekolah islam dari tadika hingga ke sekolah menengah.
tapi mesti pastikan sekolah ini benar benar berazam
dan ada menunjukkan kejayaan dalam prosess pendidikan
ini. unsur utama yang harus dipastikan ialah program
tarbiah, proses pembinaan aklak, pemberian ilmu yang
baik dan kesungguhan dan keiklasan serta akhlak para
pengajarnya.

Kalau ini tak dapat dilakukan pastikan mereka ini
mendapat pendidikan islam secara diluar masa sekolah.
dan juga pastikan kita sendiri sentiasa mengambil
perihatian terhadap pendidikan mereka ini. kalau kita
tak tau kita yang kena belajar dahulu. mungkin dalam
bab ni kita perlu bekerja sama dengan ibubapa yang
perihatin dan berkongsi kos dalam pendidikan ini
dengan menjemput utz yang berwibawa untuk mendidik.

2. pastikan kita membina suasana kejiranan yang baik
bagi anak kita. ini bermaksud kita mesti pastikan
bahawa kita duduk didalam kawasan yang sesuai untuk
mendidik anak. sapa yang tau shah alam seksyen 4/3
adalah baik. kerana penduduk disitu amat perihatin
tentang anak anak. dan disitu juga ada kawasan lapang
dan padang permainan untuk anak anak bermain. Dalam
hal ini kita perlu dapatkan understanding dari jiran
jiran bahawa kita akan bersama sama tegur menegur
akan kesalahan dan keceluparan anak anak. masyarakat
setempat harus mengganggap semua anak anak adalah anak
mereka.

3. kita mesti sentiasa berkawan dengan anak anak kita.
kita ajar mereka skil yang kita ada. kerana dengan ini
mereka akan menjadikan kita tempat rujuk dalam banyak
hal. kita juga mesti mengetahui siapa kawan kawan anak
kita dan mesti juga kita tahu dimana mereka setiap
masa.

4 ajarlah anak kita dengan sikap yang baik. untuk itu
kita sebagai ibu bapa mesti menjadi teladan kepada
mereka. Ini bermakna kita sendiri mesti berusaha
memperbaiki diri kita baik dari segi ilmu( islam,
kependidikan, remaja, psikology, dan lelain) maupun
dari segi amal dan akhlak kita sendiri.

5 kita sebagai ibu bapa juga wajar menjadi contoh
kepada ibu bapa lain dalam mendidik anak anak. kita
mesti berani menegur dengan baik kesilapan kesilapan
yang dilakukan oleh semua orang yang terlibat secara
langsung atau tidak dengan anak anak kita termasuk
guru, jiran, ibubapa dan saudara mara kita.

6. pastikan suasana rumah tangga kita adalah sentiasa
dalam keaadaan yang terbaik agar anak anak merasakan
rumahnya adalah tempat yang paling selamat dan terbaik
untuknya. dan dengan itu dia sendiri akan berusaha
menjaga dan memperindahkanya. apa apa yang berlaku
sekalipun (seperti bergaduh suami isteri) anak anak
mesti diutamakan dan proses pendidikan mereka mesti
diteruskan dan tidak diganggu.

7 jika dah kita buat itu semua, dan sentiasa berusaha
memperbaikinya yang tinggal untuk memastikan anak anak
dan keluarga kita selamat ialah doa dan ketaatan kita
kepada Allah. pohonlah dari dia hidayah dan petunjuk
untuk anak anak kita itu

Hanya Allah yang maha mengetahui

wassalam
--- qush76 wrote:
> ..
>
> Coretan kali ini agak panjang,tp luangkan masa
> sedikit demi masa
> depan anak2 kita 10 tahun akan dtg,demi masa depan
> anak2 melayu kita..


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 2599
Posting: 24
Dari: sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 21:22


Hiasilah peribadi

Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati duniamu berseri.
Senyumlah seperti Rasulullah .

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain.
Janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Bertahajud menyerikan wajah,
Bersyukur membajai barakah,
Bermuhasabah mencetuskan hikmah,
Bertawakkal membuahkan pasrah,
Bersaudara menyemai mahabbah.

Sesungguhnya ALLAH Subhanahu wa Taala tidak memandang kepada paras rupa, tetapi kepada hati dan amalan hamba-hamba-Nya.
Tiada perbezaan seseorang di sisi ALLAH kecuali iman dan taqwa.

Wallahu’alam bissawab……


-----------------
senyum selalu...


Bookmark and Share




  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Quote dan BalasQuote

kegembiraanygmulia
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 6497
Posting: 85
Dari: di atas bumi Allah s.w.t

japan   avatar


posticon Posting pada: 14-04-06 23:28


ana rasa remaja zaman sekarang ini...jadi macam ini dsbbkn oleh faktor persekitaran...kalau tak orang barat pun...maybe rakan2 ke?...kita mana tau...lagipun kan ada orang yang mbuat kajian mengatakan bahawa kita ini memang senang sangat terpengaruh dengan kawan...Media massa juga memberikan "peranan" dalam membentuk gejala2 sosial ini...oklah...sekian wasallam..=) IbTisAm AdeeNA(= :-)


-----------------
~SeSuAtU yang BaIK BeLum TenTu BenAR,SesuAtU yang bNaR beLum TenTu Baik,SesUatU yang BaiK bELuM teNtu BeRhaRGA,SesuaTu yang BerHarGa Belum TenTu BaiK~
[ Telah diedit oleh: kegembiraanygmulia pada 14-04-06 23:29 ]


Bookmark and Share




  Member Information For kegembiraanygmuliaProfil   Hantar PM kepada kegembiraanygmulia   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055296 saat. Lajunya....