Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam ukhwah bt smua :)..smoga hubungan kita sesama ISLAM akan kekal Selamanya

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 4 hari yang lalu
Laurenjoy: 23 hari yang lalu
jackurban: 24 hari yang lalu
porkalwais: 24 hari yang lalu
sarahhanee: 25 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: {anda wanita...?}


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» {anda wanita...?}

Please Mendaftar To Post


Oleh {anda wanita...?}

puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.03.2004
Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 15:43




1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.


14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara
dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami adalah meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.






Bookmark and Share




  Member Information For puteri_BULANProfil   Hantar PM kepada puteri_BULAN   Pergi ke puteri_BULAN's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-04-04 15:37



syukran posting tersebut..byk info yg ana & muslimah lain dpt kutip..
boleh tak ana nak tambah skit... 29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya

ana rase ade lg yg kena tambah..bukan sje tikus.. lipas ana takut juge..ade juge yg takut pd kucing..

ops.. sekadar mencelah...he..he..* nape puteri_bulan kata tikus ekk..? x pada haiwan yg lain..? sang belang ke? or.. so on...? ana cume bertanye je..

wsslm..

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_BULAN
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.03.2004
Ahli No: 3471
Posting: 135
Dari: bumi_ALLAH

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-04-04 15:46


Ye tak ye juga ye…ana pun nak tambah juga lah satu lagi….iaitu

JU-ON……HE…HE…
saspen jer lebih......


Bookmark and Share




  Member Information For puteri_BULANProfil   Hantar PM kepada puteri_BULAN   Pergi ke puteri_BULAN's Website   Quote dan BalasQuote

Ayu83
WARGA RASMI
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 3546
Posting: 2
Dari: Temerloh ,Pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 16:05


macam pernah baca je artikel ni...tapi di mana ya.........aaa.baru ana ingat di laman web (www.fauzynm.tripod.com) he he he....jgn mare aa......

Ukhuwwah itu indah...
Bila bertemu dan berpisah...
kerana Allah.



Bookmark and Share




  Member Information For Ayu83Profil   Hantar PM kepada Ayu83   Pergi ke Ayu83's Website   Quote dan BalasQuote

kegembiraanygmulia
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 6497
Posting: 85
Dari: di atas bumi Allah s.w.t

japan   avatar


posticon Posting pada: 14-04-06 23:23


hmmh...bestla artikel ni....tapi menjurus pada suami isteri saja lebih =(...tak pela walauapapun tetap dapat memberi pengajaran pada ana...kita juga akan menghadapinya tol dak?


Bookmark and Share




  Member Information For kegembiraanygmuliaProfil   Hantar PM kepada kegembiraanygmulia   Quote dan BalasQuote

naj_jieha
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.12.2005
Ahli No: 6124
Posting: 88
Dari: di hadapan komputer

japan  


posticon Posting pada: 15-04-06 20:12


yelaa itu, kegembiraan yang mulia!!


Bookmark and Share




  Member Information For naj_jiehaProfil   Hantar PM kepada naj_jieha   Quote dan BalasQuote

fayyzah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 6029
Posting: 155
Dari: Johor-HomeSweet Home-Depan PC

japan  


posticon Posting pada: 30-08-06 03:55


hmm...apa-apa saja farhana ni (kegembiraan_yg_mulia)


Bookmark and Share




  Member Information For fayyzahProfil   Hantar PM kepada fayyzah   Pergi ke fayyzah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.068547 saat. Lajunya....