Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Walaubagaimana alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Dari Galeri
salam ukhuwah dari mencari sinar ilahi nama panjangnyer heheheh... nama singkatnya MencariSinar...bertemu dan berpisah kerna Allah swt.

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 2 hari yang lalu


Muslimah Pelajar
Topik: :: PETANDA LELAKI ITU MENCINTAI KITA ::


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, simpLe_sHida
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Pelajar
    »» :: PETANDA LELAKI ITU MENCINTAI KITA ::

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh :: PETANDA LELAKI ITU MENCINTAI KITA ::

snowangel
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.12.2003
Ahli No: 2944
Posting: 115
Dari: Kwang Tung

china   avatar


posticon Posting pada: 04-03-04 17:01


Cara lelaki mengucapkan cinta

Tidak semua lelaki berani mengungkapkan cintanya secara langsung melalui kata-kata, ‘aku cinta pada mu’ atau ‘I love you’. Bagi lelaki cinta tidak hanya diungkapkan dengan kata-kata tetapi juga melalui tindakannya pada anda. Berikut beberapa cara sederhana lelaki mengungkapkan cintanya.

1. Cara yang paling sederhana : ‘aku cinta pada mu’ atau ‘I love you’

Mengungkapkan kalimat tersebut merupakan langkah besar bagi beberapa lelaki kerana kalimat tersebut mengandungi erti mendalam tentang perasaannya. Mengucapkan kalimat ‘I love you’ seperti memberikan hidupnya kepada kekasih. Tindakan tersebut begitu menakutkan kerana khuatir akan dihampakan. Lelaki umumnya takut akan penolakan.

Bagai lelaki lainnya, mengatakan ‘I love you’ bererti menawarkan suatu komitmen. Cinta diwujudkan dalam tindakan, jadi perkataan ‘I love you’ merupakan suatu janji yang harus diikuti dengan tindakan. Secara sederhana dengan mengatakan kalimat tersebut mereka bersetuju untuk berada di sana, memberikan padanya dan mendampinginya. Jika mereka tidak melakukannya, mereka akan merasa tidak berguna.

Ada juga lelaki yang beranggapan mengatakan ‘I love you’ bererti “aku tidak akan meninggalkan mu” atau “aku boleh dipercayai.” Keadaan ini akan membuat lelaki takut. Mereka merasakan kalimat-kalimat mereka merupakan suatu janji. Dan jika janji tidak ditepati, mereka akan menderita. Mereka hanya ingin kekasihnya merasa lebih yakin dan percaya terhadap mereka.


2. Menawarkan suatu bantuan sebagai tanda cinta

Banyak jenis hadiah yang diberikan lelaki pada wanita. Seperti coklat, bunga dan nota-nota cinta. Tetapi ada beberapa hadiah yang mungkin tidak diberi perhatian oleh wanita seperti waktu yang diberikan oleh lelaki untuk menemani kekasihnya. Bagi lelaki ini merupakan hadiah. Waktu yang diberikan dengan bertemu kekasih daripada berkumpul dengan
keluarga atau teman-teman merupakan salah satu ekspresi cinta mereka.

Ada juga lelaki memilih hadiah dalam bentuk lain. Mendampingi anda di saat-saat sukar, atau bersama anda mengunjungi keluarga, melakukan pekerjaan ringan untuk anda, mengajak anda menghadiri pertemuan penting, meletakkan anda dalam fikirannya yang pertama atau dalam merancang percutian. Pokoknya dia mencintai anda. Jika ciri-ciri di atas mirip dengan pengalaman anda, tidak diragukan lagi kalau si dia memang sukakan anda. Cuma dia agak susah mengutarakan perasaannya. Tindakan-tindakan tersebut merupakan tanda cintanya dan dia ingin anda mengetahuinya.


3. Dengan ungkapan-ungkapan fizikal cinta

Ekspresi cinta juga dimulai dengan bergandingan tangan sewaktu anda jalan berdua dengannya. Sentuhan fizikal mematahkan penghalang dan mendekatkan perasaan yang tidak dapat diperoleh dengan mudah dengan cara lainnya.


4. Berjumpa keluarganya

Cara lain mengutarakan ‘aku cinta pada mu’ adalah dengan mengajak anda bertemu keluarganya dan teman karibnya. Ini merupakan tanda bahawa dia mempunyai perasaan yang dalam dengan anda. Tidak hanya mengutarakan bahawa dia bangga dengan anda tetapi dia ingin menghubungkan anda dengan orang-orang yang sangat bererti dalam hidupnya.

Dia ingin anda prihatin dengan mereka, dan mereka akan prihatin dengan anda. Ini merupakan petanda bahawa keintiman dan cinta meningkat hanya untuknya, dan anda menjadi sangat bererti dalam hidupnya. Beberapa wanita bersungut, belum bertemu dengan keluarga calon suaminya. Jika pasangan anda memperlakukan anda seperti itu bermaksud bahawa cintanya pada anda mulai berkurangan.

Sekiranya anda membuat beberapa catatan kecil mengenai hubungan cinta anda, tindakan ini sebenarnya sangat membantu. Ini disebabkan banyak sekali tindakan dan ekspresi yang terpamer tanpa anda sedar bahawa tindakan tersebut merupakan ekspresi cinta disebabkan sudah terbiasa akan tindakannya tersebut. Gunakan setiap waktu terluang untuk membuat catatan apa sahaja yang telah anda peroleh hari itu dan juga apa yang telah dan akan anda berikan. Buat secara bertulis dan spesifik.






Bookmark and Share




  Member Information For snowangelProfil   Hantar PM kepada snowangel   Pergi ke snowangel's Website   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 04-03-04 18:47




Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

eja_sutera84
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 11.03.2004
Ahli No: 3407
Posting: 44
Dari: kota tinggi

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 18:35


kalau bagus biar dia terus datang rumah.......jumpa family....

-----------------
Dengan Cinta Kenal Pencipta
Dengan Cinta Kenal Rasulnya
Kerana Cinta Kenal Saudara
Bahagia Keluarga
Oh ...Indahnya Cinta


Bookmark and Share




  Member Information For eja_sutera84Profil   Hantar PM kepada eja_sutera84   Pergi ke eja_sutera84's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 19:06


Susah nak pastikan lelaki ni benar2 ikhlas dengan kita.
Malas nak percaya dengan orang lelaki ni..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

nawwal
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 7
Posting: 121
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 16:30


Quote:

On 2004-04-13 19:06, Hanan wrote:
Susah nak pastikan lelaki ni benar2 ikhlas dengan kita.
Malas nak percaya dengan orang lelaki ni..

-----------------
Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq menjemput..ziarahilah jasadku..




Betul tu akak...nawwal sokong 100%...adik ngan ayah je la yang boleh dipercayai pun..yang lain-lain tu...susahla sikit...walaupun memang ada yang boleh dipercayai tetapi hanya minoriti di dunia ni... wallahu a'lam bissawwab...

Sekian....
Wassalam..

-----------------
Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq menjemput..ziarahilah jasadku..


Bookmark and Share




  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

sakinah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1624
Posting: 42
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 19:38



sentuhan fizikal? tak boleh terima ni... bukan cara islam kalau yg belum berkahwin. kalau dah kahwin tu lainla....


Bookmark and Share




  Member Information For sakinahProfil   Hantar PM kepada sakinah   Quote dan BalasQuote

wardati80
WARGA RASMI
Menyertai: 02.03.2004
Ahli No: 3351
Posting: 8
Dari: Kerteh

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-05-04 18:48



melalui pengalaman sahabt ana...pernah juga mengenali lelaki yang mirip-mirip tanda yang dicatatkan diatas...naqib lagi.... tp lelaki ni sukar untuk diramalkan perasaannya. nampak macam suka kat kita... take care,cara layanan,jumpa mak ayah...semua ada... tapi kata hanya sahabat.


Bookmark and Share




  Member Information For wardati80Profil   Hantar PM kepada wardati80   Quote dan BalasQuote

kemai
WARGA RASMI
Menyertai: 16.11.2003
Ahli No: 2839
Posting: 7
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-05-04 22:35


lelaki kalau dia suka kat perempuan ,bila dia face to face dgn perempuan tu dia jadi tak byk ckp ..selalunye camtula even the reality dia bukannye pendiam sgt .tibe2 jadi penyegan ...hehhe tu je yg pandangan dr saya maybe byk lagi petanda dr kenkawan pula ...


Bookmark and Share




  Member Information For kemaiProfil   Hantar PM kepada kemai   Pergi ke kemai's Website   Quote dan BalasQuote

bidayahtul
WARGA RASMI
Menyertai: 21.04.2004
Ahli No: 3634
Posting: 12
Dari: Marang

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-05-04 09:45


nak celah ckit jee....
mmber lelaki sy ckp, lelaki bnr2 cinte n suke kt kite bile die dtg msk meminang!!!!sbb dh nak taukn,ms dpn die..kawin,hehe


Bookmark and Share




  Member Information For bidayahtulProfil   Hantar PM kepada bidayahtul   Pergi ke bidayahtul's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 3733
Posting: 58
Dari: heilbronn

germany   avatar


posticon Posting pada: 16-05-04 21:59




hehe, betul kata kawan bidayahtul tuh.. sokong 100%

saya rasa apa yg dinyatakan dlm artikel tu tak leh nak pakai sepenuhnya.. esp. part sentuhan fizikal & merancang percutian tuh, lain la kalo mmg dah jadi pasangan suami isteri yg sah..

lelaki kalau benar2 sayangkan seorang wanita tuh, dia akan bersunguh2 jaga kehormatan dan maruah wanita tersebut.. so kalo rasa2 dapat spesis 'makhluk perosak' tuh, cepat2 la tinggalkan..

wallahu a'lam..

[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2004-05-16 22:00 ]


Bookmark and Share




  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

cODa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 3720
Posting: 26
Dari: Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-04 11:27




Alhamdulillah...kirenye 'dia' betul² suke & cintakan saye...
Terima Kasih ya Allah kerana menganugerahkan 'dia' buatku...
Moga ikatan ini akan smp kepenghujungnya berserta rahmat&redha drMU...
Jauhilah kami dr kemaksiatan & kemurkaan Mu ya Allah...
Ameen!

p/s: ayah ibu merestui, menyarung cincin dijari...


Bookmark and Share




  Member Information For cODaProfil   Hantar PM kepada cODa   Quote dan BalasQuote

acuzie
WARGA RASMI
Menyertai: 20.05.2004
Ahli No: 3763
Posting: 15
Dari: Sungai Besar

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-05-04 15:57


Salam,
Bg pendapat azie kan,tak semestinya sebut I love u baru tandanya cinta.
InsyaAllah kalau lelaki tu betul2 ikhlas dia suka kat kita,dia akan lakukan sesuatu atas rasa tanggungjawab bukan semata2 nafsu


Bookmark and Share




  Member Information For acuzieProfil   Hantar PM kepada acuzie   Pergi ke acuzie's Website   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 21-05-04 00:17


Quote:
Bg pendapat azie kan,tak semestinya sebut I love u baru tandanya cinta.
InsyaAllah kalau lelaki tu betul2 ikhlas dia suka kat kita,dia akan lakukan sesuatu atas rasa tanggungjawab bukan semata2 nafsu



betul tu.. kdg2 lelaki terlalu mudahnak ucap perkataan tu. tetapi melupakan pun mudah. tapi kalau dia betul2 susah nak ucap dalam ertikata kelu... maybe dia mmg betul2 sukakan kita. Itu pendapat saya la kan...


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.06.2003
Ahli No: 1816
Posting: 71
Dari: Kulim

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-05-04 00:23




Saya pun setuju ngan wardati80. Lelaki ni susah untuk diramal...

----------------------------


Bookmark and Share




  Member Information For nur_malamProfil   Hantar PM kepada nur_malam   Quote dan BalasQuote

AiFi
WARGA RASMI
Menyertai: 16.03.2004
Ahli No: 3427
Posting: 15
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 30-05-04 10:12




mmg betul lelaki sukar diramal..ada tu dah jumpa mak ayah kita dan kita pun dah jumpa mak ayah dia tp...dia cakap hanya kawan je..hmm..camne tu? ish..bukan ana la.. ntahla..wallahualam


Bookmark and Share




  Member Information For AiFiProfil   Hantar PM kepada AiFi   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-05-04 16:02


bila lelaki tu menyatakan hasrat nk jadikan kita zaujah nya... dan dan b'sedia nk jumpa ibu ayah pihak p'puan pulak yg seram sejuk..x b'sedia lg mungkin..

-----------------
" berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"


Bookmark and Share




  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

sabar17
WARGA RASMI
Menyertai: 10.07.2003
Ahli No: 1957
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-05-04 16:54


a'kum..
mmg di era cyber ni ssh nak percaya lelaki..
kdg2 kita rasa dah ok sume..rupa2nya die jenis yg kawan ngn ramai pompuan...layan sama sume...pastu die akan pilih mana yg die rasa 'the best'

walau apapun, yg penting..jaga diri kita baik2..
yakinlah janji Allah..perempuan yang baik untuk lelaki yg baik
moga kita sentiasa berada di jalanNya..amin


Bookmark and Share




  Member Information For sabar17Profil   Hantar PM kepada sabar17   Quote dan BalasQuote

UmmiLuqman
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 28.05.2004
Ahli No: 3810
Posting: 54
Dari: Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-05-04 23:57


perasaan menjadi indah bila diri ini dicintai...bagaimana mengetahui tandanya?tepuk dada tanya hati...dan berfikir panjang....

biarpun ramai lelaki yg tidak boleh dipercayai di dunia ini, tetapi jgn lah matikan perasaan utk menyayangi kaum ini, kerana wanita yg telah berteman lebih mulia dr yg belum berteman...

pandanglah mereka dgn fikrian positif dan berdoa moga ditemukan jodoh yg baik utk kita,,


Bookmark and Share




  Member Information For UmmiLuqmanProfil   Hantar PM kepada UmmiLuqman   Quote dan BalasQuote

Srikandi
WARGA RASMI
Menyertai: 25.03.2004
Ahli No: 3462
Posting: 11

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-04 13:59


Assalamulaikum...

apa yang disenaraikan itu betoi semuanya...tp apa yang ana perasan, kalau seseorang tu suka kat kite.. dia alert dengan semua perlakuan kite...

kekadang tu kite lak yang segan dengan si dia...


Bookmark and Share




  Member Information For SrikandiProfil   Hantar PM kepada Srikandi   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1547
Posting: 125
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-06-04 21:04


Men are Men Everywhere

-----------------
FRieNDSHiP iS aLL aBouT
CaRiNG, TRuSTiNG aND LoViNG
No DiaMoNDS oR PeaRLS
CouLD eVeR RePLaCe
WHaT FRieNDSHiP MeaNS To uS


Bookmark and Share




  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, simpLe_sHida
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Pelajar
    »» :: PETANDA LELAKI ITU MENCINTAI KITA ::

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.061568 saat. Lajunya....