Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 41
Ahli: 0
Jumlah: 41




  Dari Galeri
Assalamualaykum wbt.. salam ukhuwwah dr ana

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Tokoh Islam
Topik: Sir Muhammad Iqbal


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Tokoh Islam
    »» Sir Muhammad Iqbal

Please Mendaftar To Post


Oleh Sir Muhammad Iqbal

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 21:59


Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah pernahkah anak^ummi terjumpa pepatah Cina ini?
'Jika kamu merancang untuk satu tahun, tanamlah gandum...
Jika kamu merancang untuk 10 tahun (satu dekad), tanamlah pokok
Jika kamu merancang untuk 1000 tahun (satu alaf), tanamlah manusia'

Pepatah tersebut memberi makna bahawa melalui pendidikan manusia yang di "tanam" beribu tahun bagi memebina sebuah negara. Begitu pentingnya pendidikan. Dan ini telah diakui oleh Iqbal - seorang pemikir besar Islam berasal dari Pakistan. Dia pernah dianugerahkan Sir dan dikenali oleh dunia barat sebagai Sir Muhammad Iqbal. Beliau sedar akan peranan pendidikan dan mengajak kita berwaspada dan teliti dalam soal-soal yang berhubungan dengan nilai, prinsip dan idealisma kerana dalam menerimanya secara sedar atau tidak, mungkin akan membinasakan keseluruhan kebudayaan negara. Iqbal mengungkapkan dalam puisinya:

'Lihatlah ke dalam tanah liat kamu sendiri untuk mendapatkan api yang dikehendaki. Cahaya seorang lain tidak berharga untuk diusahakan'.
'Jangan mencari kekayaan peniup-peniup kaca dari Barat. Binalah alam kamu sendiri dari tanah liat India'.
'Berapa lamakah kamu akan menetap di bawah kepak orang lain? Belajarlah memandu penerbanganmu sendiri dengan kebebasan dalam bayu taman'.
Iqbal turut mengkritik generasi yang diasuh di bawah pengaruh pendidikan asing - pendidikan yang bertentangan dengan kebudayaan kita, pahit kepada peradaban kita, menghina tradisi kita dan mencerca sejarah kita.
Menurut Iqbal:
"Kamu sudah mempelajari dan mengumpulkan pengetahuan orang lain dan menyinarkan mukamu dengan gincu yang dipinjam dari orang lain. Kamu mencari penghormatan dengan meniru kelakuan orang lain. Aku tidak tahu sama ada kamu itu "kamu sendiri" ataupun "diri yang lain".

'Akalmu terantai dalam pemikiran orang lain. Nafas dalam kerongkongmu itu pun muncul dari tiupan orang lain.

"Pada lidahmu percakapan pinjaman
Dalam qalbumu hasrat pinjaman
Burung kenarimu mendendangkan lagu-lagu pinjaman
Pohon kayumu dibaluti dengan baju jubah pinjaman
Air anggur dalam gelasmu - kamu perolehi dari orang lain.
Gelas itu juga kamu pinjam dari orang lain.
Kamu adalah matahari, lihatlah untuk pertama kalinya ke dalam dirimu sendiri.
Jangan cari cahayamu dari bintang-bintang orang lain.
Berapa lamakah kamu akan menari di sekeliling lilin dalam perhimpunan?
Pasanglah cahaya kamu sendiri, sekiranya kamu mempunyai Hati".

Iqbal jelas menentang peminjaman pendidikan dari luar. Dia merayu melalui puisinya agar kembali kepada sistem pendidikan yang lahir dari sejarah dan kebudayaan kita sendiri slaras dengan tradisi dan idealisma kita - antara lain perkataan kalau kita ni Islam maka kita ambil pendidikan Islam.

Fikir-fikirkanlah wahai anakku ... bukannya kita menolak kemodenan tapi kita menolak kemodenan yang tidak berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Kita usah tertipu dengan idea globalisasi di mana 'in the long run' kita yang akan menerima padahnya ... contohnya anak-anak zaman kini yang tidak boleh hidup tanpa coca cola, mc D, kfc, pizza dan macam macam lagi .. itu belum lagi budaya muzik (akademi fantasia ala american idol)... apakah yang akan kita lakukan untuk menahan gelombang pemusnahan yang berjalan secara menyusup dan halus sekali sehinggakan kita tak mampu nak lawan - tahu tapi tak mampu nak atasi. Ummimq berharap anak^ummi di mana saja berada teruskan mendidik hati dengan TIH (Tarbiyah Islamiyah) atau pendidikan Islam agar kita cemerlang terus di dunia dan akhirat. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Wallahuta'ala a'lam
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabaraktuh
Ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.057106 saat. Lajunya....