Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
WANITA DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UTK MEMERINTAH, BKN DARIPADA RUSUK BAWAH UTK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BHGN DADA & BERDEKATAN DGN TGN BERMAKNA TGN YG MEMBELAI & HATI YG MEMPUNYAI PERASAAN & KASIH SYG.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
Salam perkenalan dari saya...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 2 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: Tips pengantin baru


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Tips pengantin baru

Please Mendaftar To Post


Oleh Tips pengantin baru

shakirah10
WARGA RASMI
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 3160
Posting: 5
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-02-04 13:04


assalamualaikum...

[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 14-01-07 16:43 ]


Bookmark and Share




  Member Information For shakirah10Profil   Hantar PM kepada shakirah10   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-02-04 13:21




shakirah nak tanya pasal apa tue..topik pengantin ya..

tentang apa tu? persiapan ke, adab ke, tatacaranya ke... terlalu luas topik pengantin nie...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

shakirah10
WARGA RASMI
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 3160
Posting: 5
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-02-04 19:42


kalau boleh nak tanya persiapan diri sebelum berkahwin...ada apa apa tips yang boleh dikongsi bersama


Bookmark and Share




  Member Information For shakirah10Profil   Hantar PM kepada shakirah10   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-04 08:29




kalau akak dulu, akak persiapkan diri akak dengan ilmu, fizikal dan juga emosi.

Akak tak beli buku - buku khusus untuk persiapan rumahtangga ni, ada kakak di pejabat yang pinjam - pinjamkan untuk akak. Buku - buku tersebut boleh didapati dikedai - kedai buku disekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Selain itu pastikan beberapa bulan sebelum berlangsungnya majlis, adik telahpun menghadiri kelas pra-perkahwinan, ini kerana sijil yang diperolehi ini akan digunakan untuk pendaftaran nikah nanti.

3 ke 4 bulan sebelum majlis, akak ada juga ke pusat kecantikan, dan buat sendiri dirumah. Akak sebelum ni tak pernah pergi ke pusat kecantikan, bukan sekadar nampak cantik tapi agar tidak mudah penat bila tibanya hari bersejarah nanti. amalkan juga memakan vitamin untuk kesihatan seperti vitamin e untuk kulit, multi vitamin serta kalsium.

Selain daripada itu, emosi juga mudah tergugat dikala itu. Macam - macam masalah mula datang, dengan percanggahan pendapat, campurtangan pelbagai pihak dan juga kritikan - kritikan kecil.. sentiasa bersabar dan bertenang.. perkara yang baik memang banyak halangannya..
sentiasa lakukan solat sunat untuk ketenangan jiwa serta harapan agar dijauhkan segala kejahatan.

Tentang barang - barang untuk hantaran, biasanya akak beli sebulan sekali, misalnya gaji bulan januari beli cadar, gaji bulan feb. beli kasut dan beg tangan, gaji bulan mac beli bekas bunga rampai dan sebagainya.. bunga telur pula akak buat sendiri kerana untuk jimatkan kos.

rasanya panjang juga ni.. semoga shakirah berpuas hati dengan penerangan yang diberikan..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

shakirah10
WARGA RASMI
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 3160
Posting: 5
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-02-04 23:02


teimakasih kak...kerana memberi input yang amat berguna...


Bookmark and Share




  Member Information For shakirah10Profil   Hantar PM kepada shakirah10   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-04 08:55




erm.. nampaknya ramai yg buka topik nak minta tips utk melangkah ke alam rumahtangga.. baguslah tu, persediaan di peringkat awal tu memang penting.

kalau sebut mengenai perkhawinan, org selalu mementingkan 'majlis perkhawinan'.. nak bersanding ala2 cam raja, nak pakai baju yg lip-lap.., jarang ada yg memikirkan 'perkhawinan' itu sendiri. dalam erti kata lain.. tidak terlintas di benak kita atas tujuan apa pernikahan kita itu? matlamat selepas berkawin? takkan setakat nak ada anak je..

bak kata pepatah Inggeris:
"people always think about wedding,
but never think about married"

wassalam

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

nurmaisarah82
WARGA RASMI
Menyertai: 17.08.2003
Ahli No: 2218
Posting: 19

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-04 10:09


topik ni mmg menarik....
klu sumer org bg respon mcmni...
ana gerenti ramai org akan bg respon gak...
ok see u


Bookmark and Share




  Member Information For nurmaisarah82Profil   Hantar PM kepada nurmaisarah82   Quote dan BalasQuote

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 08-04-04 23:41




Masa sblm kawen dulu, mmg tak smpat nakbuat apa. Sbb masa tu sibuk nak siapkan penulisan/ nak abiskan study. Tapi byk parents yg buat persiapan. Walaupun sedih tak dapat buat persiapan sendiri, tapi syukur jugak sbb ada yg tlg kan. Nak buat macam mana, keje pun mesti tak lagi sbb tgh blajar. Parents bising kalau takkawen lagi. Maklum le umur dah meningkat....

Tapi mmg masa nak melangkah alam kawen tu, macam leh berlaku dgn bakal pasangan kita. So, kita kena jaga elok2 hubungan waktu dalam pertunangan ni. Gaduh tu ade la jugak masa sblm kawen tu. Lepas tu, fikir macam2 yg negatif. Tapi, alhamdulillah teman-teman ada membantu memberi nasihat.

Buku perkahwinan pun org yg bagi. Ada satu buku mak yg bagi. Ada juga yg baca kawan punya buku. Nak beli buku tu habis pulak. Laku betul...

Ok.. sape2 yg bakal melangkah alam perkahwinan, persiapkan diri mental dan fizikal. Bersedia hadapi kehidupan yg pastinya tak sama dengan kehidupan seblm berumahtangga. Insyaallah segalanya akan berjalan lancar...


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-05-04 16:26


aiwah...btl kata kak nuarii tu..perlu sedia fizikal dan mental..hehhe...mcm aer pengalaman jek ana nih.. byk sgt panduan yg diberikan pd masa kini..kt tv..siket punye byk rancangan psl p'kahwinan...

masih melengkapkan diri utk jadi muslimah solehah..doa2kan lah..

-----------------
" berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"


Bookmark and Share




  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

Dla
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 3766
Posting: 74
Dari: alam Cyber

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-06-04 15:35


...

suka saya kongsi info ni...
saya dapat melalui email...
semoga ia dapt membantu...

WASIAT RASULULLAH S.A.W.....ADAB UZ-ZIFAF

Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda:

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam"

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab
dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa
haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam
perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling."

4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sungguhnya mewarisi buta - iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi
pondan yang bersifat benci dan hina."

7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu
secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjad seorang yang menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu
semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu
pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah: "Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. kurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim, di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari ditengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

..... 1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

harap saya posting di folder yang betul...

wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For DlaProfil   Hantar PM kepada Dla   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-04 13:49




Jazakillah dila... info yang amat bermanfaat buat sumer yang bakal bergelar 'zaujah' mahupun yang telah bergelar 'zaujah'...


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

aireen
WARGA RASMI
Menyertai: 27.12.2006
Ahli No: 7168
Posting: 9

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-01-07 11:28


semoga ianye dapat jadikan pnduan buat kita yang akan menempuh alam rmahtngga..


Bookmark and Share




  Member Information For aireenProfil   Hantar PM kepada aireen   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
WARGA RASMI
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 7244
Posting: 6
Dari: usm penang

blank  


posticon Posting pada: 21-01-07 20:19


syukran...mungkin info ni akan sangat berguna untuk saya kelak...insyaAllah...


Bookmark and Share




  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

elkhadeeja99
WARGA RASMI
Menyertai: 12.12.2008
Ahli No: 9541
Posting: 13
Dari: berlisi

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-12-08 22:38


Salam,nak cari buku2 persediaan untuk menjadi zaujah ? jom kita pergi tngok2 kat http://www.zaujahwaummi.blogspot.com


Bookmark and Share




  Member Information For elkhadeeja99Profil   Hantar PM kepada elkhadeeja99   Pergi ke elkhadeeja99's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.068377 saat. Lajunya....