Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Iman dan Islam tidak dapat dipisahkan dari diri seseorang sepertimana setianya warna merah pada darah dan rasa enak pada buah-buahan...
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 4
Ahli: 0
Jumlah: 4




  Dari Galeri
Bergambar dihadapan Rumah P Ramlee...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 10 jam, 39 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: susahnya bila dah berpasangan


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» susahnya bila dah berpasangan

Please Mendaftar To Post


Oleh susahnya bila dah berpasangan

halawatul_iman
WARGA RASMI
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 79
Posting: 19
Dari: Perth

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-01-04 15:49


erm..dulu, ana pernah memikirkan dengan sapelah ana akan ditemukan oleh ALLAH Taala..dan alhamdulillah Allah dah temukan ana dengan seorg muslimin yg baik..biarlah ana bahasakan muslimin ana ni dgn FM..

tapi muslimin ana ni ada "pengalaman bercinta"..dan FM bleh dikatakan sbg muslimin yg hensem..tapi bg ana, same je..ana tak pernah memandang pada hensem..bekas makwe dia pun dulu agak cantik la jugak..iskh ana tak secantik tu..ana biasa je..

dulu, senior ana pernah ingatkan bahawa bila dah berpasangan ni, kita sentiasa diuji..masa ni la syaitan suka nk memisahkan pasangan yg bertemu krn ALLAH..

dan sekarang satu demi satu lelaki yg tidak pernah ana fikirkan meluahkan perasaannya pada ana..iskh tak sangka, ana ni ramai jugak peminatnya..iskh bagaikan tak percaya tapi inilah yg dikatakan ujian..ujian utk menguji kesetiaan ana..

selain daripada ujian tu, ana selalu merendah diri..entah..tiba2 ana rasa muslimin ana tu dah tak sukakan ana..yelah ana tak secantik makwe dia dulu..ana biasa je..

dulu, FM selalu call makwe dia tu..tapi, bila dgn ana..kalau 2 minggu FM tak call pun, FM mcm takde perasaan..tapi, yg teruknya ana la..bg hadiah jgn ckp la..semua benda FM bagi..handset pun FM bagi!! waaa sayang sgt FM dgn bekas makwe dia tu..tapi, bila dgn ana..entahla...

kekadang sedih ana rasakan..yelah..ana bagai nk rak ingat kat FM tapi dia sikit pun takde perasaan..emel lagi la takde..
bila ana luahkan rasa tak puas ati, dia akan minta maaf dan janji takkan buat lagi..tapi janji tinggal janji..FM still buat kesilapan yg sama..

kekadang ana rasa ana je yg beriye..tapi dia tak ingat pun kat ana..mcm pepatah melayu, hidung tak mancung pipi tersorong2..

kenapa ana rasa mcm ni?? ada sahabat yg bleh tolong tak?? perasaan ni selalu hadir..ana takut ana tak dpt nk kontrol emosi ana...ana sayangkan hubungan kami..tapi..mcm mana ana nk yakinkan diri ana ni?



Bookmark and Share




  Member Information For halawatul_imanProfil   Hantar PM kepada halawatul_iman   Quote dan BalasQuote

senyuman_kasihku
WARGA RASMI
Menyertai: 13.09.2003
Ahli No: 2427
Posting: 1
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-01-04 18:57


Asssalamualaikum...wbt..
salam ukhuwah dari ana....ana rasa perlu bagi ana membantu anti sebab hati dan perasaan adalah ujian yang paling berat deritanya apabila diuji Allah.. sesungguhnya seseorang yang sering duiji Allah adalah hamba yang beriman..anti percayalah ujian Allah keatas hambanya adalah berdasarkan kemampuan dan keimanan seseorang ..setiap ujian itu pasti dapat kita selesaikan namun ianya sememangnya menguji kesabaran dan ketabahan hati kita....
anti... sebelum itu pilihlah seorang lelaki itu berdasarkan lima perkara kerana ianya bakal menjadi nakhoda dalam pelayaran bahtera rumah tangga kita nanti berdasarkan lima perkara 1. keimanannya apabila anti melihat wajah lelaki ini pasti anti akan teringatkan Allah .. bicaranya penuh nasihat dan pujian buat Allah semakin saudari mengenalinya semakin bertambah keiman dan ilmu agama saudari pada Allah..2. berilmu agama orangnya setiap masaalah saudari alami berbaikan apa sahaja dapat diselesaikannya dengan sebaiknya tanpa timbu sebarang persoalah lagi kalau tak dapat diselesaikannya akan ianya usahakan untuk anti... sebaiknya..3.. bersifat penyayang orangnya...4... seorang yang padai mengambil hati jua pandai ia menghiburkan anti. apa sahaja cara untuk menghiburkan anti tak pernah bercanggah dengan agama dan tidah melewati batasan kemanusiaan...5.. penyabar orannya setiap masaalah dapat dihadapi dengan tenang dan kesilapan yang anti buat dapat dia maafkan dan ia akan menasihati saudari dengan hikmahnya.... apabila saudari memperolehi lelaki seperti ini terasa sekali bertapa indahnya jalinan kasih sayang yang didasari denagn iman dan ketaqwaan pada MAHA PENCIPTA..
Anti lelaki terbaik adalah apabila dia menyintai seorang wanita itu dengan sepenuh hatinya dan bukan kerna nafsunya dia tak akan mengulagi setiap kesilapan yang tidak anti suka denga sengaja...Anti bagi membuat pilihan saudari perlu sandarkan segalanya pada Allah dengan memperbanyakkan memohon keampunan atas dosa2 yang lalu,dan lakukanlah sembahyang istikhoroh agar diberi pertunjuk dan panduan dan perbanyakkan amalan sunat serta meberikan bantuan pada yang memerlukan ... Dan yakinlah pada setiap ketentuan dan Taqdir Allah SWT...



maafkan ana sekiranya bahasa yang saya gunakan tak menyenagkan anti dan tak sedap didengar ....hanya ini dapat ana lakukan .......di harapkan ianya dapatlah memebantu saudari menyelesaikan masaalha yang dihadapi .....wanita solehah hanyalah untuk wanita soleh


Bookmark and Share




  Member Information For senyuman_kasihkuProfil   Hantar PM kepada senyuman_kasihku   Quote dan BalasQuote

natsumi_8
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 2895
Posting: 66
Dari: KL

japan   avatar


posticon Posting pada: 21-01-04 21:56


,isk...isk...perasaan anti nih same macam ana.ana pun penah kena reject 2 kali(boleh tambah kisah ana tak???) .yg surprise nyer tuh,org yang sama!saya marah sangat ngan dier.apabila ana masuk sek. men. ,dier pun sekolah ngan ana gak.tapi kat situ dier suka 2 org.iaitu L_ _ _ _ dan N_ _ _ _ _.saye amat sedih.sekarang nih saya nak cuba bagitau dier yg saye nak berkawan ngan dier jer.kalau dier langsung tak layan ana,ana tak anggap dier tuh kawan analah.terus musuh.dier jalan kat depan ana jer,ana jeling....biar dier rasa bersalah skit.so,ana nak anti ikut cakap senyuman kasihku tuh.amat berguna..


Bookmark and Share




  Member Information For natsumi_8Profil   Hantar PM kepada natsumi_8   Pergi ke natsumi_8's Website   Quote dan BalasQuote

sunyisepi
WARGA RASMI
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 3136
Posting: 7
Dari: perak

Selangor  


posticon Posting pada: 21-01-04 22:02


assallamualaikum...

..lagi susah jika tiada berpasangan..dan tiada siapa yg memahami...

-----------------
diriku hanya insan biasa...


Bookmark and Share




  Member Information For sunyisepiProfil   Hantar PM kepada sunyisepi   Quote dan BalasQuote

sakinah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1624
Posting: 42
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-04 00:56




mencintai manusia tapi mengharapkan sesuatu daripada manusia maka bukannyer cinta kerana Allah kerana cinta yang sejati itu membawa seseorang dekat kepada Allah

cinta sejati akan membuatkan seseorang itu tenang jiwanya tanpa ada rasa keliru, gelisah, dan mengharapkan sesuatu.

kalau cinta manusia kerana kebaikannya ketahuilah Allah lagi mulia lagi maha pemurah.

kalau mencintai manusia kerana kecantikannya ketahuilah Allah lagi cantik.

cinta palsu pulak akan membuatkan seseorang itu gelisah, keliru, jiwanya sentiasa rasa resah coz selalu sgt risau kekasih pengarang jantung jatuh hati kat org lain.

dalam islam itu sendiri, tiada istilah boyfriend dan girlfriend cuma dalam budaya barat sahaja ada. kalau nak ada boyfriend, teman, sahabat, pelindung, pebimbing dan sebagainya kahwin jer... hehehe

manakala isteri pulak sebagai pakaian kepada seorang suami(rujuk surah Al-Baqarah:187). ana nak bayangkan yang girifriend dan boyfirend yg dah kahwin ni very² close ant. satu sama lain. tak der dah nak risau apa²

maafla kalau tersinggung..



Bookmark and Share




  Member Information For sakinahProfil   Hantar PM kepada sakinah   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 11:27




sedih plak bila baca kisah enti ni..ana pun mmg penah alami jgk..lebih kurang sma ngan kisah enti...sedih tu mmg xboleh ckp la....setelah 6 bulan perhubungan kami ana mintak putus...wlau pun sakit, tp ana cekalkan hati.....

nasihat ana pd enti, enti bawak la bincang ngan dia..tanya dia baik2....kalo hubungan enti berdua boleh diselamatkan lagi go on...tp kalo enti rasa tak dpt....nak buat camna...?

apa pun cara yg terbaik mintak petunjuk drp Allah swt..kerana dia lah sebaik2 penyelesaian masalah kita.....

insyaAllah.............



-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

dafiaisyah
WARGA RASMI
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 3111
Posting: 12

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 11:30


assalamualaikum....
semua insan nak kan yang terbaik semasa bercinta...
ana xdelah banyak pengalaman...
namun apa yang pasti dekatkan diri pada YANG ESA...
INSYAALLAH...
petunjuk akan diberikan....


Bookmark and Share




  Member Information For dafiaisyahProfil   Hantar PM kepada dafiaisyah   Quote dan BalasQuote

halawatul_iman
WARGA RASMI
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 79
Posting: 19
Dari: Perth

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-01-04 22:08


wah..tak sangka ada respon yg banyak..

syukran jazilan ana ucapkan..

ni la yg ana nkkan..nasihat dan peringatan dr sahabat2 semua..

insyaALLAH..ana tak terasa bahkan rasa disayangi..

syukran sekali lagi..


Bookmark and Share




  Member Information For halawatul_imanProfil   Hantar PM kepada halawatul_iman   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-04 12:44




erm..begitulah kita semua kat komuniti ni...dah mcm keluarga..sentiasa tolong-menolong..berkasih-sayang...

sesuai ngan slogan kita ni..komuniti muslimah, komuniti kasih-sayang........

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-04 16:12




Quote:
..lagi susah jika tiada berpasangan..dan tiada siapa yg memahami



pun ada juga masalah kalau ada pasangan.. akak dah lalui segala pahit derita, suka dan duka tersebut.. hanya satu nasihat yang akak nak beri, ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tidak terputus dan tepung tidak tumpah.. pelihara maruah diri sebagai muslimah sebenar, jaga diri agar tidak dikatakan perempuan murah**. walaupun lembut tetapi tegas..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

only_in_memory
WARGA RASMI
Menyertai: 19.09.2003
Ahli No: 2469
Posting: 3
Dari: hamparan dunia Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-01-04 17:17


warahmatullah....

ketika membaca luahan hati enti ni ana rasa terpanggil utk sama2 memberi pendapat...insyaAllah atas pengalaman ana sendiri....

yang sgt3 penting dlm sesebuah perhubungan....apapun kita tetap dgn nawaitu yg betul...lillahita'ala...
keduanya...kita kena sentiasa berpijak di bumi nyata....bagaimana rak pun kita merancang...namun Dialah perancang terbaik...

memetik kata2 "sayangilah seseorang seadanya....mungkin suatu hari kamu akan membencinya...tapi jgn benci pada sesiapa kerana suatu hari mungkin kamu akan menyayanginya...."

muslimah yg baik adalah utk seorang muslim yang baik...
yakinlah jika dia benar2 ikhlas dalam talian ukhuwah
sang muslimin akan berusaha bersungguh2 utk membuktikan kasih sayangnya...

wallahua'lam



Bookmark and Share




  Member Information For only_in_memoryProfil   Hantar PM kepada only_in_memory   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-04 12:01




ana pun senasib dgn only_in_memory..tapi,alhamdulillah ana dah berjaya mengubati kelukaan lama..
ntahla, kadangkala kita merasakan berpasangan itu indah tapi hakikatnya hanya yg mengalami akan merasai apa realitinya...
ttg masalah adik tu, akak rasa sebenarnya cuba kaji kembali..maksud akak muhasabah kembali diri adik, adakah adk memilihnya atas dasar apa? dan atas dasar apa jua dia memilih adik..maaflah akalo akka katakan seandainya dia memilih adik hanya utk melepsakan rasa tidak puas hati pd xmakwe dia ker..kita tak tahu hanya adik, dia dan Allah jua yg tahu...
lepas itu, adik pk kan kembali ke manakah hala tuju hubungan adik dg muslimin tue..adakah dia mampu untuk membimbing adik?atau adik yg kena bimbing dia..wallhualam...
carilah diri adik dan kemudian cari di manakah dia...dlm ghati adik...
berdoalah padaNya moga adik akan diberikan hidayah dan adik tidak tersasar drp hubungan yg menyossangkan keredhaan...
amin..

-----------------
“kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 479
Posting: 92
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-02-04 22:37




pernah juga menerima.. akhirnya hanya Allah je yang tahu.. . Alhamdulillah yang hadir kemudiannya memang yang terbaik. sebab janji Allah tu betul, yang terbaik, pastinya utk kita. tapi apa yang ingin dikongsi.. mungkin sekadar pengetahuan umum....

sefaham saya... lelaki ni susah nak luah dari mulut.. banyak luah pada hati sendiri. dan diorang tak suka perempuan yang banyak cakap.. banyak minta... banyak pertikaian.. walaupun perkara tu kita rasa perlu utk kita.. misalnya.. yg dulu tu banyak hadiah.. lawa la.. dll...& kita rasa kita nak yang sama atau lebih dari dia.

kenapa dia pilih kita..mesti ada sebabnya. jangan ungkit hal dia dengan 'yang dulu'... kalau rasa tak puas hati.. cakap baik baik.. dan kawal jumlah perkataan yang terkeluar dari mulut kita tu.. tak lebih dari apa yang dia nak kata ataupun, senyapkan je. lelama, dia faham sendiri salah dia. tapi kene sabarrrr sesangat le tang ni

sebaiknya.. belajarlah menerima seadanya.. dia pun akan belajar menerima kita seadanya. sebabnya, dia akan jadi yang terbaik utk kita.. tapi dia tak tunjuk sekarang.. insya allah... bila diri dah rasmi sebagai isteri dia..

sekadar berkongsi luahan hati mereka yang bergelar muslimin....terutama pengalaman abg sendiri
saya pun ...Alhamdulillah, dapat pengajaran dari kesilapan sendiri harapnya, jangan ada muslimah lain jadi cam saya ni...



-----------------
-cheras-


Bookmark and Share




  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Quote dan BalasQuote

Amilyn
WARGA RASMI
Menyertai: 04.02.2004
Ahli No: 3222
Posting: 10
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-04 09:07



Mungkin saudari terlalu suka merendah diri.Kite digalakkan merendah diri tp jgn lah melampau2.Org yg terlalu merendah diri akan semakin mundur,bukan semakin maju kerana tiada daya saing dan merasakan org lain lebih baik daripada kite.Saya berpendapat saudari kenalah show ur talent,cantik itu subjektif,Walaupun kite tak berapa cantik,ttp bila kite berpenampilan menarik,org tetap tertarik utk melihat..Klu tak cantik,takkan guy tu suka kat saudari.Maknanya ade sesuatu dlm diri saudari yg menarik diri guy tu utk mendekati.Tambahkanlah ilmu dgn membaca majalah2 ilmiah seperti majalah mingguan wanita.Byk info menarik didalamnya.Lagisatu berfikiranlah positif kerana org yg berfikiran positif adalah org yg mendapat keredhaan Allah.Lagi satu jgn comparekan diri saudari dgn ex gurl die.Setiap org ade kelebihan dan kekurangan.ok,klu tak puas hati luahkanla,dgn cara musyawarah diharap dpt menyelesaikan masalah.Klu tak jalan juga,baik saudari undur diri sblm lebih terluka..Maaf klu tersilap cakap


Bookmark and Share




  Member Information For AmilynProfil   Hantar PM kepada Amilyn   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 2599
Posting: 24
Dari: sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-02-04 10:05


insyaALLAH


Bookmark and Share




  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Quote dan BalasQuote

halawatul_iman
WARGA RASMI
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 79
Posting: 19
Dari: Perth

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-02-04 15:40


assaalamualaikum...

terima kasih di atas segala respon dan nasihat..

insyaALLAH akan ana ingat dan apply..

semoga ALlah merahmati komuniti kita ni..


Bookmark and Share




  Member Information For halawatul_imanProfil   Hantar PM kepada halawatul_iman   Quote dan BalasQuote

UmmuRumman
WARGA RASMI
Menyertai: 18.02.2004
Ahli No: 3291
Posting: 14

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-02-04 17:03



halawatul_iman,
Carilah cinta Allah, cinta yang Maha Agung kerana di situlah bermula cinta kita pada Rasulullah s.a.w, sahabat2nya, ahli keluarganya dan kepada seluruh umat Muslimin dan Muslimat. Biarlah kita serahkan segala2 nya kepada Allah dan InsyaAllahuTa`ala, Allah akan tentukan yang terbaik utk kita. Jangan biarkan diri kita hanyut dari cinta Allah hanya kerana cinta kita kepada manusia. "..dan orang2 yang beriman sangat mencintai Allah.." Surah Al-Baqarah: 165. Semoga kita termasuk dalam golongan yang beriman kpd Allah. Usah fikirkan cinta manusia kerana ia boleh membawa kemusnahan jika tersilap haluan dan langkahnya. Mudah-mudahan Allah akan mempertemukan saudari dhn jodoh yg baik dan semoga orang itu akan terus membawa saudari memburu cinta agung. Wallahu`alam
Saya berlindung kpd Allah drpd kejahilan. Segala yg baik itu dtg dari Allah dan segala kekurangan itu juga ditakdirkan oleh Allah tp atas kelemahan diri saya sndr.
AsSalamu`alaykum


Bookmark and Share




  Member Information For UmmuRummanProfil   Hantar PM kepada UmmuRumman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.068018 saat. Lajunya....