Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tak tahu formula sebenar kejayaan, tetapi saya pasti dengan formula sebenar kegagalan iaitu cuba menyukakan hati semua orang

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: sarahhanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13720

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password

[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36

  Dari Galeri
Assalamualaikum para muslimah semua yang ku kasihi...
Ni lah kita...yang tak cun...!Sorrylah tak fotogenik dalam pic..

  Yang Masuk Ke Sini
sarahhanee: 3 hari yang lalu
nishazainal: 6 hari yang lalu

Isu Semasa
Topik: Rogol dan bunuh!!

Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Rogol dan bunuh!!

Please Mendaftar To Post

Oleh Rogol dan bunuh!!

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 17-01-04 16:46

muslimah yang dikasihi semua...

Sejak2 mutakhir ni kan....selalu sangat lah kita dgr kes cabul atau rogol dan kemudian bunuh...
MasyaAllah menakutkan kan?? ...yang menjadi mangsa adalah samada kanak2 yang dari sekolah rendah pun ada....hatta ke remaja dewasa yang sudah berkerjaya.....
Ya Allah,..kadang2 tu rasa macam dah tak selamat pulak...selalu aje rasa was-was dengan lelaki...

Oleh itu sahabat2 semua....kita mesti selalu berjaga2 bila tengok lelaki yang mencurigakan....isyh...kadang2 tu muka nampak macam innocent je.....tapi hati mereka siapa nak duga ye....

Berhati2 lah ye...dan sama2 kita sentiasa berdoa kepada Alah supaya melindungi kita daripada perkara seperti ini....wassalam

-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share

  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

snowangel
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.12.2003
Ahli No: 2944
Posting: 115
Dari: Kwang Tung

china   avatar

posticon Posting pada: 17-01-04 18:10

Kak Yong yang dikasihi....

Berbalik tentang forum tadi, betapa Pendidikan Seks sangat penting diperkenalkan kepada kanak2 terutama kanak2 peringkat umur kecil sehingga umur mereka yang tertarik dengan lawanan jantina masing2.

Kak Yong, betapa lelaki zaman ini sudah hilang perikemanusiaan. Kalau diperhatikan bukan sahaja kanak2 sekolah rendah yang menjadi mangsa, tetapi kanak2 perempuan berusia 5 tahun dibunuh dengan kejam oleh seorang budak lelaki berumur 13 tahun selepas diliwat dan dirogol. Kemudian mayat kanak2 perempuan tersebut dibuang ke dalam tangki najis supaya tidak dapat dikesan. Selepas siasatan polis, rupanya budak lelaki ini memang dikenali oleh keluarga mangsa dan sentiasa membawa mangsa berjalan2 dan bermain2.

Jika dilihat Pendidikan Seks banyak membantu kanak2 terutama kanak2 perempuan yang tak mengerti apa2. Bagaimana yang dikatakan dicabul, dirogol, diliwat dan perbuatan bagaimana yang boleh membawa kepada kehamilan. Ramai daripada mangsa menceritakan mereka diperkosa ketika kecil kerana tidak tahu perilaku2 yang tidak senonoh. Seperti sumbang mahram seorang datuk dan cucunya yang berusia 8 tahun, datuk yang tak sedar diri dah tua tu mengajak cucunya bermain 1 permainan yang lebih seronok daripada bermain masak2. Kanak2 yang tidak tahu apa2 merasa seronok.Kata datuk yang keparat tu (cis,memang jenis haruan makan cucu!) permainan itu takkan jadi seronok jika orang lain dapat tahu. Bila si gadis ni dah besar barulah dia tahu permainan dia yang selalu bermain dengan datuknya ketika dia kecil dahulu adalah permainan yang sama dia bermain dengan suaminya. Sedih tak?

Jadi, era ini adalah cabaran terhebat kepada sesiapa yang memikul tanggungjawab sebagai ibubapa. Gunakanlah wasiat yang 2 itu yang telah Rasulullah S.A.W tinggalkan untuk kita.

Bookmark and Share

  Member Information For snowangelProfil   Hantar PM kepada snowangel   Pergi ke snowangel's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-01-04 21:07

Setiap hari ada berita jenayah rogol.. yang paling sedih kalau rogol kanak2.. nak kata dia menarik perhatian,, tidak.. manusia.. manusia

JOHOR BAHRU: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia, dipercayai selepas dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki di sebuah pondok pengawal keselamatan Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, tengah hari semalam.

Mangsa, Nurul Huda Abdul Ghani, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Tanjung Kupang, Gelang Patah adalah anak Ketua Umno Cawangan Kampung Pekajang, Abdul Ghani Juni yang bekerja sebagai pembantu am di sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Nurul Huda, anak bongsu daripada sembilan beradik dipercayai dirogol di dalam pondok pengawal keselamatan, 100 meter dari rumahnya oleh pengawal keselamatan stesen janakuasa TNB bersama dua lagi rakannya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Johor Bahru Utara, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Awang, berkata ketika ditemui polis, Nurul Huda dalam keadaan bogel, lemah dan tidak sedarkan diri. Dia meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik berhampiran.

Beliau berkata, mangsa dikatakan keluar dari rumah dan berbasikal pergi ke kedai untuk membeli barang dapur dan sayur yang dipesan ibunya, kira-kira jam 9.30 pagi.

Bagaimanapun, katanya, sehingga jam 12.45 tengah hari, mangsa masih belum pulang dari kedai yang terletak tidak jauh dari pondok pengawal keselamatan itu.
Oleh itu, kata beliau, ibu dan bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Kupang mengenai kehilangannya. Mereka bersama dua anggota polis kemudiannya membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

“Mereka ada bertanya kepada pengawal keselamatan terbabit tetapi lelaki berkenaan bersikap mencurigakan dan tidak memberi kerjasama sehingga menimbulkan syak.

"Justeru, dua anggota polis dan keluarga mangsa meminta pengawal keselamatan itu membuka pintu pagar tetapi lelaki terbabit enggan berbuat demikian menyebabkan dua anggota polis terpaksa memanjat pagar.

"Pengawal keselamatan berkenaan cuba menyerang anggota polis dengan parang sebelum berjaya menangkapnya dan menemui mangsa dalam keadaan bogel, lemah dan tidak sedarkan diri di dalam pondok berkenaan luasnya kira-kira 12 meter persegi," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini petang semalam.

Ahmad Zamri berkata, keluarga mangsa terus membawa Nurul Huda ke Klinik Kesihatan Gelang Patah kira-kira jam 1.30 petang. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berkenaan.

Sehubungan itu, polis menahan pengawal keselamatan yang berasal dari Kelantan itu dan selepas disoal-siasat, polis menahan seorang lagi rakannya di rumahnya di Kampung Pekajang.

Beliau berkata, pengawal keselamatan berusia 46 tahun manakala rakannya yang identitinya masih belum dikenali dan penganggur berusia 27 tahun dan polis masih mengesan seorang lagi lelaki yang disyaki.

"Setakat ini, kita menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes ini dan mereka kini ditahan reman. Siasatan yang kita buat mendapati pengawal keselamatan ini mempunyai lapan rekod jenayah dalam kes samun dan curi di Pasir Gudang, Skudai, Jinjang, Selangor dan Sungei Way, Petaling Jaya.

"Kita juga masih menyiasat punca kematian Nurul Huda dan kita akan mendakwa mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membunuh mangsa," katanya.

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 18-01-04 21:08

Sumber : Berita harian online
18/1/04

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

asue
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 06.11.2003
Ahli No: 2777
Posting: 40
Dari: Tawau

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 19-01-04 11:58

.salam ukhwah buat semua.
Apabila kita dengar kisah ni, masyaallah, meremang bulu roma kita. Apa sudah terjadi pada manusia. Kekejaman ada dimana sahaja..seperti yang dengar, kejadian kanak2 yang dibunuh dan dirogol bukan perkara baru, perogol dan pembunuh ini rata-ratanya adalah bangsa Melayu dan Islam malah sudah berbuih mulut pemberita, wartawan, mak-mak,ayah-ayah dan isteri-isteri bercakap mengenainya. berbuih juga mulut ibu menasihati anak-anaknya supaya berhati-hati. Si anak pula, dengan semangat berkobar-kobar dengan doa dan harapan di dada menuju kesekolah, atau menolong emak ke kedai, akhirnya dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati. Pedih runtum hati si ibu mengenangkan si anak yang dikandungnya selama 9 bulan, yang lahirkannya,itulah anak harapannya. NAUZUBILLAH!!! Apa yang dirangcangkan oleh oleh orang ramai supaya perogol dan pembunuh ini direjam sampai mati dihadapan khalayak ramai memang wajar. Satu dunia akan tahu, bahawa dialah manusia yang tidak berhati perut, manusia bertopengkan binatang. Sanggup memuaskan nafsu binatang mereka ke atas insan-insan kerdil yang tidak bernyawa. dimana nilai hidup yang Allah berikan kepada mereka? "TAK BOLEH LAKSANAKAN HUKUMAN ITU" NANTI ORANG BUKAN ISLAM KATA ISLAM ITU KEJAM".Mesti ada mulut-mulut yang berbunyi membantah tentang hukuman itu.Bukan kita hendak menunjuk kejamnya Islam itu, islam sudah cukup lembut,sempurna, hukum juga tercatat di dalam al-Quran. Sampai bila hukuman ini hendak ditangguhkan? Adakah hendak tunggu anak,isteri atau keluarga si mulut pembantah hukuman itu pula dirogol dan dibunuh. Jangn sudah terhantuk, barulah terhagah. Sahabat2 yang dikasihi kerana Allah , dalam doa kita seharian, janganla kita lupa untuk mendoakan seluruh ahli keluarga kita, dan seluruh kaum muslimin dan muslimah. Semoga hidup kita sentiasa di dalam lindungan dan Keredhaan Allah Azzawajalla. Wallahualam.

Bookmark and Share

  Member Information For asueProfil   Hantar PM kepada asue   Pergi ke asue's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 19-01-04 12:07

seperti yang telah dikatakan oleh yang lain..

adakah puas jiwa batinnya melepaskan nafsu pada kanak - kanak yg tak berdosa itu?nmengapa hendak memuaskan nafsu serakahnya dengan mengorbankan jiwa yang tidak berdosa..? Tidakkah terbayang, sekiranya kanak - kanak itu adalah waris sendiri? Tidak kasihankah melihat wajah suci kanak - kanak itu yang masih belum mengenal kezaliman dunia..

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 30-01-04 18:25

Menurut kata seorang doktor yang pernah merawat pesalah2 rogol dan bunuh ni...mereka ini adalah dikalangan orang2 yang psikosipatik..(lebih kurang la kot bunyinya.... ...hihihi...tak berapa ingat).. antisosial....dan mereka ini tidak langsung mempunyai perasaan kasihan, takut kena hukum dan sebagainya....sebaliknya mereka akan berusaha untuk mendapatkan apa sahaja yg mereka mahukan walaupun dgn menceroboh hak org lain... Kalau diukur...emosi mereka adalah sifar.....maknanya mereka ini tiada PERASAAN langsung...

Takut kan? .......Oleh itu....berhati-hatilah semua ye...

-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share

  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 30-01-04 21:58

ana pon tak puas hati ngan sikap masyarakat kita kat mengambil remeh hal ini...lagi2 bila ditentukan hukuman mereka yang bersalah hanya 20 tahun penjara dan sebat...ana buakan nak cakap apa...orang macam nie...takkan serik.mereka akan buat lagi kesalahan yang sama sebab dah ada 8 kes jenayah. bagi ana...mereka nie patut bunuh jerk. selesai, aman hidup nie...ada siapa yang setuju ngan ana???
wallahualam,wassalam

-----------------
mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...

Bookmark and Share

  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

nanie
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1612
Posting: 25
Dari: johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 31-01-04 13:27

ana setuju ngan pena sufi....

kenapalah manusia hari nie...begitu kejam???? sanggup melakukannya kpd insan yg tak bersalah????

Bookmark and Share

  Member Information For nanieProfil   Hantar PM kepada nanie   Send ICQ Meesage To nanie   Quote dan BalasQuote

puteri_islam
WARGA RASMI
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 845
Posting: 13
Dari: Pulau Melaka

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 01-02-04 05:50

Buat semua ahli komuniti muslimah…

Pada ana….perkara ini boleh terjadi disebabkan bantahan kita terhadap HUKUM HADD yang hendak dijalan kan….

Kita banyak memprotes HUKUM ALLAH so ape tunggu lagi BALA ALLAH akan datang bertalu-talu…

Yang mangsanya orang yang tak berdosa dan orang yang mungkin dalam hatinya itu dia ingin melihat hokum Allah wujud dalam sisitem pemerintahan negara sebagai satu undang2 yang tertinggi sekali…bukan FEDERAL CONSTITUITION….

Allah dah berfirman apabila kamu laksanakan hokum AKU nescaya AKU akan campakkan kegerunan pada hati dikalangan manusia….

Apabila orang berasa gerun siapa yang ingin lakukan perkara sedemikian??

Mudahkan??apa yang nak difikirkan lagi HUKUM ALLAH dah bagi…tapi sekarang kenape nak peningkan kepala untuk memikirkan undang2 ape yang setimpal???

Susah sangatkah untuk menjadikan HUKUM HADD itu sebagai hokum/undang2 Malaysia…
Klu dikaji balik dari kes rogol Adik Nurul tu….perogol tu sebelum ni pernah melakukan kes kecurian sebanyak lapan kali…

Dalam keadaan itu takknalh takde saksi yang nampak…dan mungkin jika diwaktu itu telah kita laksanakan HUKUM HADD(HUDUD) ni kemungkinan dia telah kehilangan sebelah tangannya…
Dan adik Nurul sekarang hidup denagn riang dan gembira…tapi apa yang terjadi disebaliknya???

Cuba anda fikir dan renung sejenak…kita seorang perempuan…kebanyakkannya mana ade seni mempertahnkan diari…klu ade pun…sukar..
Mereka lelaki…dan kita sekarang hanya boleh berdoa pada ALLAH S.W.T semoga ALLAH melindungi kita dari terjadi yang sedemikian dan pemerintah kita terbuka pintu hatinya untuk mengambil HUKUM ALLAH sebagai undang2…

Apabila kita memprotes hokum ALLAH kafir lah orang itu…

So fikirlah sejenak…

wassalam

-----------------
Supaya diri ini menjadi yang terbaik untuk yang terbaik dan moga aku tidak melalaikan Hak Allah S.W.T...insyaAllah

Bookmark and Share

  Member Information For puteri_islamProfil   Hantar PM kepada puteri_islam   Quote dan BalasQuote

aysha
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 24.04.2003
Ahli No: 456
Posting: 62
Dari: seremban,ng 9

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-02-04 19:05

sekarang ni adalah masa utk kite sedar kembali bahwa generasi kite kian terancam!!!rasa macam tak selamat nak berjalan ke mana2 walaupun sebenarnye masih berada dakam rumah sendiri.astaghfirullah....risau betul dgn ape yg terjadi sekarang ni.
apepun...dari segi perundangan,apelah yg kite mampu lakukan andai perlembaggan kite hanye menyediakan hukuman yg tak mampu menyedarkan insan dari tidak melakukan jenayah.sebenarnye,isu ni dah lame timbul tp biasalah masyarakat kite hanye bising bile satu2 kes berlaku pastu heboh kate nak buat tindakan itulah inilah tapi...satupun takde hasilnye.pastu senyap.kecoh bile jadi balik perkara yg same.hai...ntahla.naik menyampah tau.
tapi...nilah cabaran kite sebagai umat islam.moga muslimah kini lebih berhati2 n tau ape yg perlu dilakukan bile berdepan dgn situasi begitu.sayangilah generasi kite!!!

-----------------
ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah

Bookmark and Share

  Member Information For ayshaProfil   Hantar PM kepada aysha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:

Loading: 0.076785 saat. Lajunya....