Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 06-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Manusia lahir ke dunia disambut dgn azan, manusia meninggalkan dunia diiringi solat, Alangkah singkatnya hidup ini hanya diantara azan dan solat.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
assalamualaikumm...kps semua muslimah..saya SaLwAa^911..sudi2kan menjadi kenalan baru..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu
Laurenjoy: 31 hari yang lalu
jackurban: 32 hari yang lalu
porkalwais: 32 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: wanita bertudung labuh boleh kluar date??


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» wanita bertudung labuh boleh kluar date??

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh wanita bertudung labuh boleh kluar date??

aufaAisyaH
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 3109
Posting: 21
Dari: kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 17-01-04 02:22




apa pandangan kakak² dan kawan² jika wanita bertudung labuh berdating dengan lelaki..walaupun mrk tidak bersentuhan antara satu sama lain?


Bookmark and Share




  Member Information For aufaAisyaHProfil   Hantar PM kepada aufaAisyaH   Quote dan BalasQuote

puteri_JIHAD
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 2451
Posting: 55
Dari: muar

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-04 11:14



pada pndpt put3,berdating 2 pun dah kira salah walaupun tak bersentuhan.bg muslimat yg bertudung labuh,put3 rasa amat tersangat tak sesuainya jika keluar berdating sbb reason utamanya ia akan mendatangkan fitnah sama ada kepada individu tersebut ataupun hok yg bertudung labuh lain dan sekaligus mendatangkan kemudharatan kpd islam itu sendiri.tak patut...tak patut...
berdating bukan saja tak boleh kepada yg bertudung labuh,yg tak pakai tudung pun masih belum ada fatwa yg mengatakan mereka dibenarkan berdating.....
kesimpulannya:elakkan dpd berdating krn ia menjadi asbab kepada maksiat yg lain

-----------------
salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah


Bookmark and Share




  Member Information For puteri_JIHADProfil   Hantar PM kepada puteri_JIHAD   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 2315
Posting: 170
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-04 12:57



dulu masa zaman jahil,penah terjadi..tapi dah tak nak semua kisah lama berulang kembali..pada adik2 jgn la buat perkara yg kemudian hari akan mendatangkan penyesalan pada diri kita...
ana citer sebab ana tak nak yg lain ikut jejak ana, dah menyesal..tak sudah..tapi alhamdulillah ana sedar sebelum terlambat...
walaupun ana rasa tindakan ana kuar biarpun beramai (6 org) dgn muslimin tersebut dan di khalayak ramai namun ana tetap menyesal sebab ana rasa berdosa sgt..telah tercipta satu fitnah pada ana...ana menyesal..
jadi ana harap pada adik2 fikir lah semasak yg boleh sebelum membuat sebarang keputusan..dating nie sebenarnya tak bagus lain lah kalau muslimin tersebut jumpa kita depan mak ayah dan keluarga...

*kalau kita tak nak terjadi fitnah maka kita jgn lakukan sebarang perkaran yg boleh mendekatkan diri kepada fitnah..

PERINGATAN BUAT DIRIKU YG SERING LUPA...


Bookmark and Share




  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

aufaAisyaH
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 3109
Posting: 21
Dari: kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 18-01-04 00:38




Terima kasih...
Ana bukannye apa...selalu sgt ana nampak muslimah yg bertudung labuh kluar date..mushkil gak..tapi bagaimana pula kalau seseorg muslimah bercakap telefon dengan muslimin...adakah ia di anggap aurat jugak???


Bookmark and Share




  Member Information For aufaAisyaHProfil   Hantar PM kepada aufaAisyaH   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 64
Posting: 305
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-01-04 18:50




HUKUM MENDENGAR SUARA WANITA MELALUI TELEFON
[Fatwa as-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jubairin. Dinukil dari kitab Fatawa Wanita Muslimah jilid 1 halaman 434 cetakan Adhwaus Salaf].

Soalan:

Apakah hukumnya seseorang lelaki ajnabi mendengar suara wanita ajnabiah melalui talian telefon atau melalui peralatan talian perhubungan lain?

Jawapan:

Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Tetapi, sebahagian ulamak mengharuskan seseorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri-isteri para Sahabat RA pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebilangan lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut dengan syarat tidak adanya sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan gerakan syahwat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya menjawab persoalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya melalui talian telefon. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah di dalam hal yang sangat diperlukan untuk melakukannya, percakapan mereka akan menghasilkan faedah syarak bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak mengeluarkan suara yang lembut lagi tidak mempunyai faedah, tidak akan menyebabkan kepada pengaruh syahwat dari salah seorang dari keduanya. Yang lebih utama, mereka hendaklah meninggalkan perbualan itu melainkan ketika tersangat perlu.

SUARA PEREMPUAN DAN FATWA MENGENAI BERTELEFON DENGAN PEREMPUAN
Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan jilid 3

Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.

Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli, meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu, menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya. Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.

Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa, anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu, lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu (melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32,
"Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."

1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,
"Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan ungkapannya."

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,
"Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki."

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.

2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur'an, "seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa."

4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.

5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.
Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.

6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.

7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.

Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini? Mereka adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari semua zaman. Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana. Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin. Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari dasarnya. Itu pada zaman kenabian.

Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?! Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini, perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks, setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya dari para hambaNya yang terpilih??!!

Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa terdekat atau dalam jangka masa panjang.

SUMBER: Komuniti Ukhwah
(www.ukhwah.com)


-----------------
"Di sebalik segala duka
Tersimpan hikmah
Yang bisa kita petik pelajaran...
Di sebalik segala suka
Tersimpan hikmah
Yang kan mungki


Bookmark and Share




  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-04 10:22


em...... jazakillah atas info.....

Moga kita sesama memperbaiki diri...

-----------------
“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

weza
WARGA RASMI
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 192
Posting: 9
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-04 16:55




Sebenarnya...saya pun risau jugak. Sebab...adakalanya dek lemahnya iman....hati manusia mudah ditipu oleh nafsu dan syaitan.
Semoga diri ini lebih kuat menghadapi tuntutan hati dan perasaan.


Bookmark and Share




  Member Information For wezaProfil   Hantar PM kepada weza   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-01-04 08:45




terima kasih aniisa kerana memberikan penerangan yang panjang lebar berhubung dengan persoalan diatas. sememangnya benar, adakalanya kita sukar membuat keputusan sendiri, dan adakalanya kita tidak sedar yang kita telah melakukan satu kesilapan, anngaplah itu satu pengajaran buat semua.. terima kasih sekali lagi pada aniisa..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 15:45


macam na plak jika wanita yg b'tudung labuh itu berjumpa dgn artis nasyid yg mana ajnabinya..?


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 15:48


satu lagi..baru-baru ni alia telah dganggu oleh seorg muslimin yg alia tak kenal saper..dan namanyer pun alia tak kenal..macam na la alia nak cakap kat budak tu agar dia sedar skit..


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 222
Posting: 119
Dari: bumi waqafan,kluang,johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-01-04 00:18


assalamualaikum...
eh...biar betul?bagi ana...tak payahlah nak ber'date' nie.dapat finah ngan dosa je lebih.lagi-lagi dengan status muslimah bertudung labuh.mungkin empunya diri tak malu...tapi kerana nila setitis...habis susu sebelanga
wallahualam,wassalam

-----------------
mahabbah mawaddah lil ukhwah fillah...


Bookmark and Share




  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

salju_purple
WARGA RASMI
Menyertai: 12.01.2004
Ahli No: 3071
Posting: 6
Dari: white sand

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-01-04 00:55


Berhubung kpd alia sy pun pernah mengalami pengalaman yg sama
macamana nak hentikan drp gangguan sedemikian?


Bookmark and Share




  Member Information For salju_purpleProfil   Hantar PM kepada salju_purple   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-01-04 20:57




Sepatutnya soalan yang ditanya ialah bolehkah keluar date dengan ajnabi..
Tak perlulah nak dibezakan antara tudung labuh dan tudung2 lain. Nanti boleh timbul salah faham bahwa kalau pakai tudung labuh sahaja tak boleh tapi tudung lain tak apa..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

aufaAisyaH
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 3109
Posting: 21
Dari: kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 25-01-04 22:57



ana sokong dgn kak hanan.. bagi ana tak kira sesapa pon.. janganlah kluar date.. tapi yg sedihnya.. sesetengah muslimah tu berpendapat.. kalau diaorg hanya cakap² je tak pe.. tak berdosa.. diaorg cakap macam mana bercinta kalau tak kluar date..hm.. entahlah manusia.. bikin ana fining kefala..


Bookmark and Share




  Member Information For aufaAisyaHProfil   Hantar PM kepada aufaAisyaH   Quote dan BalasQuote

saidahnafisah
WARGA RASMI
Menyertai: 27.01.2004
Ahli No: 3179
Posting: 1
Dari: UIA

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-04 14:11


sebenarnya tudung bulat ke idak ke kuar date memang takleh,,,, korang bila dah kahwin nanti dah basi sangat...
,,, bila engkorang semua dah nak bernikah dengan orang yang engkorang tak jumpa.... tahulah korang betapa indahnya pertemuan yang unggul itu, sesungguhnya itu lebih berkat.... insya allah
-BIAR APA ORANG KATA, ASAL ALLAH DAN RASUL SUKA-


Bookmark and Share




  Member Information For saidahnafisahProfil   Hantar PM kepada saidahnafisah   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 28-01-04 15:55




Betul kata Hanan..Ana sokong..Perkara ini bukan saja melibatkan khusus untuk wanita bertudung labuh, tapi semua wanita muslimah secara amnya... Walau bagaimanapun, terima kasih aniisa atas info yang sangat2 bermanfaat mengenai persoalan ini.. Semoga menjadi panduan buat kita semua,insya-Allah..


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

aysha
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 24.04.2003
Ahli No: 456
Posting: 62
Dari: seremban,ng 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-04 15:31



hm...bagi saye...saya rase memang tak elok pun pi dating ni... banyak mengundang fitnah n masalah.pastu...sokmo gak nampak member2 yg pakai tudung labuh ni pi dating. ntahler...husnu zhan jelah.pk2 balik diorang pun ader perasaan gak.maybe timbul niat nak jumpe buah hati pengarang jantung nak lepaskan rinduler gamaknyer.tapi... saye sendiri tak berape suka sangat jumpe or berdating ni. ntahler.teringat tuhan tu sentiasa memerhati gerak geri kite.

mane la tau kot2 mase tu ader niat tak berape elok timbul dihati...terus Allah turunkan bala time tu gak.eiii takutnyer..
tapi kalu tgk pengalaman member,nampak gayenye dating tu salah satu agenda utama dalam idup.tak kirala pakai tudung labuh ker, biase ker...amik coz ilmu wahyu ker,engin ker...
hm...nampaknyer sume tahu pasal hukum tapi hati tak kuat nak apply balik.bukan begitu wahai saudaraku??
wallahu a'lam bissawab...
maaf kalau terkasar bahasa...


-----------------
ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah


Bookmark and Share




  Member Information For ayshaProfil   Hantar PM kepada aysha   Quote dan BalasQuote

fazlina
WARGA RASMI
Menyertai: 19.09.2003
Ahli No: 2470
Posting: 1
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-01-04 22:53




Bookmark and Share




  Member Information For fazlinaProfil   Hantar PM kepada fazlina   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 2599
Posting: 24
Dari: sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 22:07


.....

tak kisahlah sama ada muslimah tersebut bertudung labuh mahupun bertudung tak labuh...
tak perlulah keluar date tu...
sangat besar fitnahnya....
tambah tambah lagi, manusia di sekeliling kita akan lebih mengambil perhatian terhadap apa yng muslimah bertudung labuh lakukan.

lakukan apa yang ALLAH suruh,elak segala laranganALLAH.

wallahu'alam bissawab...


Bookmark and Share




  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Quote dan BalasQuote

masita
WARGA RASMI
Menyertai: 22.03.2004
Ahli No: 3455
Posting: 6
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-04-04 03:01


perkara biasa zmn skerang...diorg tahu..tp wat jugak..


Bookmark and Share




  Member Information For masitaProfil   Hantar PM kepada masita   Pergi ke masita's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» wanita bertudung labuh boleh kluar date??

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.084593 saat. Lajunya....