Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 04-07-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kita sering lupa apabila diuji dengan nikmat daripada diuji dengan bala.

-- Kitab Lama

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 6
Ahli: 0
Jumlah: 6




  Dari Galeri
Assalamualaikum..salam ukhwah fillah..dari saya..

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 47 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: apakah salahku ....


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» apakah salahku ....

Please Mendaftar To Post


Oleh apakah salahku ....

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-12-03 09:23


assalamualaikum ...

teman2 sekalian ... adakah salah apa yang aku lakukan ? adakah silap apa yang aku ikhlaskan ?

aku ... bermula dari semester kedua di matriks ... tarikh 1 ramadhan ... segala galanya bermula ...

daripada seorang gadis yang memakai blouse berlengan 3/4 , berjeans , dan jarang memakai baju kurung , aku mulai meninggalkan cara pemakaianku itu ... aku mula memakai stokin dan sarung lengan apabila keluar ... dan aku juga telah meninggalkan blouse yang agak mengikut bentuk tubuh , lalu memakai blouse yang longgar . jeans pula telah aku simpan kemas dalam almari , dan menggantikannya dengan slack yang longgar . aku mula gemar memakai baju kurung ... dan ikhlas ku katakan , aku suka dan berasa tenang dengan pakaian itu ...

tetapi ... apabila tamat matriks , aku pulang bercuti 3 bln di rumah ... aku bekerja di sebuah kedai alatan komputer sementara menunggu tawaran ke ipta . ketika itulah ibuku mulai marah2 dengan pemakaianku ... apabila aku pakai baju kurung , dia kata macam orang tua . dan apabila ber blouse lengan panjang dan ber slack , dia kata selekeh ... memakai tudung yang agak labuh dan besar , dia kata aku nampak pendek dan gemuk ... tak sesuai ... dia melarang aku terus memakai begitu ... dia mahu aku berpakaian seperti kakak dan adikku ... bloese ketat , singkat , jeans ketat dan meletakkan tudung di atas bahu ...

bukan ingin memburukkan ibu sendiri ... tapi salahkah tindakan aku itu ? aku bingung ... dia ibuku ... perlukah aku menurut kehendaknya ?

aku sedih ... cukup sedih ...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

puteri_ummi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.09.2003
Ahli No: 2424
Posting: 37
Dari: bumi waqafan

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-03 16:14



syabas buat enti..ape yg enti lakukan tu betull..
jgn berundur..tentangan yg enti alami tu mmg payah..
tp anggapla itu satu ujian dr Allah..
jgn endahkan ape org ckp ttg pemakaian kita..
selagi ia betul mengikut syariat..
ttg ibu enti tu..enti jgn risau sgt..
banyak mohon pd Allah agar hati ibu enti terbuka..
hanya Allah yg mampu beri hidayah dan
taatla pd pemimpin selagi mane dia tak melanggar syariat..
mengadulah pd Allah..insyaAllah Allah akan
bantu..semoga kita berada bawah lindungan dan rahmat-Nya
wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For puteri_ummiProfil   Hantar PM kepada puteri_ummi   Pergi ke puteri_ummi's Website   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 08.11.2003
Ahli No: 2794
Posting: 108
Dari: Usains Malaysia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-01-04 01:14


Anda sedikit pun tidak salah.. cubalah kuatkan iman.. teguhkannya dengan keyakinan dan doa.. ana pun pernah skali alami situasi ini tapi tak terkandas dengan memberikan hanya satu ayat...

"Kalau tak skarang along brubah, bla lagi? mana tau along akan mati esok"

Selepas itu, tiada lagi sebarang komen, mereka hanya memberikan sokongan buat ana... terima kasih keluargaku...


Bookmark and Share




  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

fikrah1399
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 495
Posting: 46
Dari: Allah SWT

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-01-04 12:03


assalamu'alaikum...

Tahniah buat alin1605, ALLAH SWT telah
memberi hidayah kepada alin...ALhamdulllah..

Sabarlah dengan ujian drpd. ibu alin tu. Dia mungkin
tidak mengerti... boleh la jawab kat dia cam ukhti
sorang tu kata... kita berubah kerana ALLAH SWT..

Perubahan memang sukar, anapun pernah juga..
mak kata apsal pakai baju gelap2...tak menarik.
Ana jenis sempoi jer..tak kisah jerr.. lama2 mak
pun malas nak tegur dah...

Dulu2 tak pernah pakai tudung dalam rumah, la nie
kalau ada pakcik pakai la tudung..cam pelik jer
mula2 dulu la.., sekarang orang pun dah faham.
Dieorang tak buat tu dieorang tanggung ler sendiri...

K adik, good luck...!

WALLAHUa'lam.


-----------------
mencari hidayah...ku kan terus mencari...redhaMU kuharapkan selalu...


Bookmark and Share




  Member Information For fikrah1399Profil   Hantar PM kepada fikrah1399   Pergi ke fikrah1399's Website   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 20.04.2003
Ahli No: 272
Posting: 30
Dari: pahang,kelantan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-04 23:07


Alhamdulillah Allah telah memilih ukht alin1605 utk diberikan hidayahnya... Subhanallah Maha Suci Allah..

Semmgnya sebgi seorg anak kita patut mentaati ibu bapa kita.. tetapi patuh pd perkara yg tidak dilarang oleh syariat sahaja.. jadi, dalam hal ini kak alin tidak perlulah mematuhi arahan ibu kak alin.. bukanlah menyuruh kak alin menjadi anak yg derhaka... jgnlah pula melawan kata²nya.. buatlah baik moga ibu kak alin dibukakan hatinya... Sentiasalah ambil hatinya dan buktikan bahwa itu adalah pilihan jalan kak alin... kuatkanlah iman dan semangat... itulah cabaran sebenar pada sesiapa yg melakukan kebaikan...
Berdoa bnyk² dan buatlah solat hajat agar ahli keluarga akak yg lain diberi hidayat..
Semoga akak dilindungi dan dirahmati... juga buat semua akhawat yg lain..

WaLLahua'LaM

-----------------
UkHuwWaH FIllAh nEvEr eNds~


Bookmark and Share




  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

sakinah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1624
Posting: 42
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-04 19:18




alhamdulillah buat alin1605... satu perkara jer ana nak bgtau,

'tanggungjawab seorang anak adalah taat kepada ibubapa mereka. sekalipun mereka berlaku tak adil dan mcm² lagi kepada kita, kita wajib taat dan patuh kepada mereka SELAGI MANA mereka tidak menyuruh kita berbuat sesuatu YANG MENYALAHI SYARIAT ISLAM.'

maksudnya, dlm islam, apabila ibubapa kita suruh buat perkara sehingga melanggar syariat hukum Allah, ALIN tak perlulah ikut. tapi kalau ibubapa alin suruh buat perkara-perkara yang tdk menyalahi hkm Allah, alin WAJIB patuh dan taat setiap kata-kata mereka..

jadi, kalau mak alin suruh memasak ker, keluar beli brg ker... atau buat perkara² yang baik.... HAA.... masa tu alin WAJIB PATUH. tapi kalau mak alin, suruh mencuri, dedahkan aurat, bergaul bebas dengan lelaki ker....or perkara² yang tak baik dan melanggar hukum agama islam, HAA..... masa tu alin tak yah ikut dan patuh kata mereka. j

gn risau, alin bukan anak derhaka... sebab anak yang derhaka pabila seorang anak tersebut tidak patuh dan taat serta melawan mereka.

tapi satu jer alin kene ingat, jgn sekali² meninggi suara depan mereka w/pun mereka suruh buat perkara yang menyalahi hukum Allah.

yang ni, alin kene byk bersabar la....tabahkan hati, kuatkan iman... bykkan berdoa utk mereka supaya mereka diberikan hidayah dr Allah...

hehehe... ni pandangan ana jer... ana cuma bgtau apa yg ana tau. kalau kata² ana ni salah tlg betulkan...yer...

-----------------
Bersih Zahir Tenang dimata,
Bersih Batin Tenang dihati.


Bookmark and Share




  Member Information For sakinahProfil   Hantar PM kepada sakinah   Quote dan BalasQuote

natsumi_8
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 2895
Posting: 66
Dari: KL

japan   avatar


posticon Posting pada: 21-01-04 22:20


sikit..........pun tak salah.kalau pakai baju kurung atau jubah,tutup aurat.Allah suka.termasuklah tudung labuh.kalau pakai stokin pun lagi Allah suka.Tak kisahlah gemuk atau pendek,kurus ker....apaper ker.....asalkan tutup aurat dan jgn dedahkan potongan badan,dada,dan lain-lain.....


Bookmark and Share




  Member Information For natsumi_8Profil   Hantar PM kepada natsumi_8   Pergi ke natsumi_8's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.073437 saat. Lajunya....