Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
walimah 26/03/2005...:)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: petua menawan hati suami


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» petua menawan hati suami

Please Mendaftar To Post


Oleh petua menawan hati suami

humaira81
WARGA RASMI
Menyertai: 15.09.2003
Ahli No: 2436
Posting: 13
Dari: Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-03 09:39


Buat muslimah yang ingin menjadi isteri penyejuk mata penenang di hati.

1. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika tidak menyukai pilihan suami. ( pakaian, tempat makan, lauk pauk, tempat bercuti, dsb )

Adam: Banyak sang suami yang tidak suka ditegur, pantang ia kena tegur. Kalau nak pakai jubah hijau dan seluar jerut putih dah tak boleh cakap apa dah..kalau nak ke bangsar nak makan sup lidah, sanggup pandu dari Ampang Hilir.

Ini rahsia untuk sang isteri..puji suami dulu kemudian baru tegur...Contoh.." jubah hijau abang tu kena betul dengan seluar putih, nampak segak....T A P I kalau jubah putih dan seluar putih dan serban putih lagi molek kalah Tok Imam " bukan apa saya dah terkena banyak kali dah nak tarik muka masam pun tak jadi..

2. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari sesuatu jika dia terlupa di mana dia letakkan barangnya.

Adam: Ini kes berat, kunci hilang !, stokin hilang, jam hilang, fail hilang ! Sebenarnya bukan hilang tapi letak salah tempat kemudian lupa tempat mana disimpan. Nak mudahkan cerita, buat satu sudut khas untuk suami lunggukkan barang barang. Kalau ada yang salah tempat sila cari di tempat yang paling tidak logik...kunci dalam peti ais, fail dalam almari bilik air, jam dalam bilik air....Tolong cari dengan diam diam...kalau waktu cari barang mulut bising...alamat lagi lama masa yang diperlukan atau langsung tak jumpa..

3. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka dengan tidak menyalahkan suami.

Adam: ini saya tak setuju sikit, kalau betul salah suami maka mesti disebuntukan jam tu jugak, jangan simpan dalam hati. Kalau orang lain yang salah, kalau suami rajin nak dengar maka ceritakanlah pada suami.

4. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

Adam: " Memanglah saya nak buang sampah ni tak payah lah sebut 10 kali" Hilang pahala nak buang sampah malam tu.. Kadang kadang perlu juga disebut sebut sebut kalau tidak maka tak akan dibuat. Contohnya membaiki sesuatu didalam atau diluar rumah. Pandai pandailah berhikmah. "Bilik air tu dah lama leaking tu, kan dah membazir, kan kerja setan membazir, dah kena bayar pada kerajaan, awak kan penyokong besar kerajaan, suka bayar bil banyak banyak" kalau tak dibaiki juga, maka panggillah tukang paip...

5. Elakkan dari membuat suami merasa tidak mampu / tidak layak / atau tidak berkebolehan.

Adam: ini pantang tok nenek..Ini juga boleh jadi gaduh besar perang dua tiga hari..."Aku dah beli rumah besar, kereta besar, t.v besar, rantai gelang besar, komputer besar, awak pun dah besar nak apa lagi......" Ini dah jadi bunga tahi ayam kata seorang sahabat. Salah satu ciri ciri isteri yang solehah ialah mengelakkan benda benda ni..

6. Kebanyakan suami merasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu isteri harus sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas dari suami. Kebanyakan suami memang kurang bercakap dengan isteri.

Adam: Ini asyik duk bergebang di telepon memanjang saja, kayalah telekom dan mobikom...Macamana nak duduk berkomunikasi kalau seorang asyik baca majalah dan seorang lagi bergayut di telepon dan geng geng sibuk main computer games..

7. Jangan cabar suami.

Adam: Ini kena tengok tempat dan keadaan. " Saya cabar awak basuh lantai lagi bersih dari saya" Kalau lantai tak berkilat macam cermin, jangan panggil aku Panglima Adam...huh" Cik cabar Abang upgrade ke Pentium 233, 56K modem, laser printer dengan flat bed scanner..." Ini dah mengarut dah..ni.

8. Bila berselisih faham / berkrisis / bertengkar dengan suami, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara yang lalu.

Adam: Ini amat susah dang bini nak buat..semua cerita pasal raya tahun 87 pun keluar, kisah perang zaman Tok Kaduk pun keluar. Ini sebab kalau bini marah kena keluarkan dan dilepaskan dikala itu juga supaya cerita cerita purba tidak lagi terbit. Kalau terbit jugak " Stop stop,kita dah gaduh pasal tu tak boleh sebut sebut lagi...perbahasan sekarang ialah pasal Suharto yang ingat dia macam Sultan dan raja....bla bla
9. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada suami sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang "rekod lama" dan jangan melabel suami berdasarkan rekod tersebut.

Adam: Sama seperti no 8 diatas. Tak tahu lah apa sebab..mungkin dah jadi budaya kita...memang susah nak puji memuji diantara laki bini..Macam nak keluarkan emas dari mulut. " Syukur Alhamdulillah abang tak sesat dariiving kali ni di........." puji puji jangan tak puji.

10. Jangan engkar mengenai apa yang dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan / mempamerkan persetujuan tapi tidak bertindak mengikut apa yang telah dipersetujui bersama.





Bookmark and Share




  Member Information For humaira81Profil   Hantar PM kepada humaira81   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-03 13:31


Sambungan dari petikan yang diberikan oleh humairah...

* kalau kunci ke, jam tangan hilang, kadang - kadang ada juga rasa nak lepaskan perasaan, beritahu dengan nada seloroh.. "alaahai, kesian abang.... manalah kunci ni.. kunci ni pun menyahutla kalau kita dah panggil dia....ni, dok diam aje..." Sambil tu tolong cari - carikan..

* Sepertimana yang humairah katakan, nak tegur sesuatu kena cara psikologi sikit.

* Kalau jenis suami yang rajin itu tidak ada masalah, tapi biasanya suami ini rajinnya ada masa - masa tertentu sahaja.. kalau dalam keadaan begini biasanya beritahu dia yang kita cuma nak suruh dia buat satu kerja sahaja.. misalnya, "abang, boleh tak abang tolong saya satu kerja sahaja, angkat kain aje, bukan apa kadang - kadang saya kat dapur terlupa kain kat luar, nanti bila dah angkat saya terus boleh lipat, yaa..."

* Jangan fikir nak menang aje.. selalulah beralah. kalau betul dia salah, akui akan kelemahan manusia.. "Alah abang, saya pun tak tahu juga dulu. tapi hari tu saya dengar kat tv itu yang baru tahu tu..."

* Ada sesekali suami ni kalah perempuan mengandung.. abang teringin nak makan itu ini... kalau rasa boleh buat dan tak susah, offer padanya yang kita akan buat apa yang dia idamkan.. kalau tak boleh, jom kita carilah....

* Tunggu mood untuk bercerita, kalau moodnya letih, macam nak marah, mengantuk atau sebagainya.. tak usahla cerita apa - apa.. kalau moodnya tengah gembira, jangan pulak cerita yang sedih2 atau kisah yang bengang - bengang.. mesti tak dilayannya..

* Isteri kena advance daripada suami, misalnya baju dan seluar, seterika awal - awal, bila dia berkehendakkan baju tersebut, maka dengan mudah dia mendapatkannya.. kalau tak ada baju yang disuka sekalipun, tapi ada pilihan baju yang lain..

* Sentiasa beri dorongan yang baik kepada suami, bukan dorongan yang jahat, misalnya "Jiran kita beli sofa, kita tunjuk kat dia orang kita punya sofa laaagi cantik, buatan Indon pulak tuu..."

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-10-10 11:59


Seronok membacanya...betapa pentingnya ilmu berkomunikasi dengan suami ...Salah cakap macam-macam boleh berlaku!
Apa yang baik boleh diteladani..yang buruk dijauhi.



Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.054392 saat. Lajunya....