Oleh |
BUBUR AYAM |
engku_salina
-WARGA SETIA- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 13-10-03 13:09
BUBUR AYAM Bahan-Bahan: Isi Ayam (direbus dan di siat siat) 1 cawan beras 1 inci halia 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih 1 batang Lobak merah (potong seperti lidi) Air Minyak (untuk menumis) Sediki daun bawang Sedikit garam Sedikit lada sulah Cara: Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan) Bubur sedia dihidangkan. Cadangan Hidangan: Untuk 2 atau 3 hidangan Tambahan: Enak di hidangkan dengan telur masin. Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan. Selamat mencuba!
|
Hanan
..::PRESIDEN::.. Menyertai: 15.04.2003 Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City
|
Posting pada: 13-10-03 13:21
rasanya sama ngan bubur mc D ke.. atau bubur sg penchala... hehe... suka makan bubur terutamanya bubur lambuk kg baru.. tunggu bulan Ramadhan ni.. hehe -----------------
|
engku_salina
-WARGA SETIA- Menyertai: 17.04.2003 Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 13-10-03 13:39
akak ambik resepi tu dlm lmn web mesra.net... sabtu dan ahad lepas akak duk umah je, so masaklah bubur ayam... sbb boring duk saja2 kat umah... tak sangkalah pulak sedap... hehehe... (bkn akak yg ckp sedap tau, budak umah yg ckp) lebih sedap dari bubur ayam McD dan sg penchala... sapa nak rasa bubur ayam akak, jemputlah dtg ke rumah...
|
afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 28.04.2003 Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh
|
Posting pada: 14-10-03 10:16
|
Tulipz
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 12.07.2003 Ahli No: 1979
Posting: 28
Dari: -= Temasik =-
|
Posting pada: 05-11-03 17:17
ekeke kesitu plak dia.. ade lagu sekali tuh waaa bestnyaaa Paveret gak saya bubur ayam neh nyum nyum nyummm simple senang di masak, tak susah gak nak cawik bahannya . Terima kasih Engku_Salina ngan resepi tuh, nanti saya cuba.
|
sweet_darling
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 1332
Posting: 189
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 05-11-03 23:48
assalamualaikum, ana plg suka bubur nasi cendawan goreng.bestnyer!!!lamer tak makan.1st time makan kat kg baru.sampai skarang,kat situ la yg plg best.ader resepi?
|
istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN:: Menyertai: 01.10.2003 Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor
|
Posting pada: 06-11-03 09:15
Eeee...bunyi macam sedap... kat mana sweet darling makan bubur tu? nak juga rasa bubur yang sweet darling katakan tuu.. boleh suruh cik abang carikan.. -----------------
|
sweet_darling
WARGA 4 BINTANG Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 1332
Posting: 189
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 06-11-03 23:19
assalamualaikum, istisafa,anti pon suka makan nasi bubur ke?tempat yg ana maksudkan tue kat Laila Restoran,Kg Baru.cuba la!
|