Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-10-2021  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk berfikir adalah mudah. Bertindak agak susah. Yang lebih susah ialah bertindak mengikut apa yang anda fikirkan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
walimah 26/03/2005...:)

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 5 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: Kisah benar-Jika yakin dgn Allah


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Kisah benar-Jika yakin dgn Allah

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah benar-Jika yakin dgn Allah

darul_numan81
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 10
Posting: 168
Dari: batu pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 17:03


Kisah benar-Jika yakin dgn Allah

Moga kita boleh ambil iktibar...........

Mengenai seorang gadis asian muslim, dia ni pakai tudung dan baik akhlaknya. Pada suatu malam, gadis ni terpaksa pulang lewat ke rumah dan seorang diri. Selepas habis kerja pada lewat malam, dia mengambil keputusan utk mengambil jalan singkat bagi pulang ke rumah.Lorong yg dilaluinya itu membuatkan si gadis itu merasa takut tapi dia teruskan juga perjalanannya tu.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (white American male). Berdiri di hujung lorong yg sunyi sepi tu. Dia rasa takut & tak sedap hati, apa yg dapat dia lakukan hanyalah berdoa pada Allah utk keselamatan dirinya. Dia juga baca ayat kursi dgn penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat tu.

Semasa melintas di depan lelaki tu, dia sempat tengok muka lelaki berkenaan. Dia bernasib baik kerana lelaki tu buat tak endah jer dan akhirnya gadis ni selamat sampai ke rumah dia.

Keesokan paginya, gadis ni terbaca dlm suratkhabar yg mana seorang wanita amerika telah diperkosa oleh seorang lelaki asing di lorong yg dilaluinya semalam. Kejadian itu berlaku setelah 10 minit dia melalui lorong tersebut. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki yg dilihatnya semalam adalah perogol berkenaan. Kemudian, dia pun ke balai polis utk membuat aduan dan sanggup menjadi saksi atas kejadian tersebut. Pihak polis telah mendapat bukti bahawa lelaki yg dilihat oleh gadis tersebut memang benar2 terlibat dlm kes itu. Gadis muslim ini juga berasa hairan kenapa lelaki tersebut tidak bertindak ke atas dirinya semasa dia keseorangan melalui lorong tersebut.

Dia benar2 nak tahu,jadinya dia pun meminta izin utk berbicara dgn lelaki berkenaan sebelum lelaki itu dijatuhkan hukuman.. Gadis itu bertanya.."Kenapa anda tidak berbuat sesuatu semasa saya melalui lorong tersebut pada malam itu? sedangkan anda tahu yg saya keseorangan".

Lelaki tersebut mejawab.."Bukan, anda tidak keseorangan pada malam tu. Saya lihat anda ditemani 2 orang lelaki, seorang di kiri dan seorang lagi di kanan. Jika benar anda seorang diri, dah tentulah anda mangsa saya." Gadis muslim tu benar2 terkejut bila mendengar jawapan tersebut. dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam tu,mungkin juga berkat ayat Kursi yg dia baca mlm tu.

MORAL OF THE STORY: Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah & meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dgn kita & memelihara kita.Gadis muslim ni pertama-tamanya menutup aurat dan memang muslimah yg menjaga batas2 yg ditetapkan Islam.Mungkin 2 org lelaki yg menemani wanita itu adalah malaikat yg diutuskan Allah utk menjaga hambaNya yg sentiasa ingat akan diriNya.Ayat kursi sememangnya adalah ayat pelindung yg
mustajab...selalulah amalkannya.

Bayangkanlah jika kita seorang insan yg selalu ingkar suruhan Allah,kufur dgn nikmatnya, sambil lewa beribadat....bolehkah kita dapat penjagaan istimewa dari Allah?balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi....di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. So,
renung2kanlah.....dimana level 'iman' kita sekarang ni.
Wassalam

-----------------
senang nak buat org benci kat kita tapi.. nak suruh org suka kat kita, itu yang payah..


Bookmark and Share




  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Quote dan BalasQuote

fikrah1399
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 495
Posting: 46
Dari: Allah SWT

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-09-03 19:57


assalamu'alaikum...

Syukran darul_numan81.. bestnya citer nie..
Benar, kalau kita benar2 yakin..ALlah SWT akan
tolong kita... Yang penting YAKIN kan..

Ana nak sharelah pengalaman... dulu2 masa blajar
kat intis [kelas malam]. siang kerja so malam
blajar...selalu balik sorang2. Bas lambat kekadang
tu..pukul 11 baru sampai kat umah. Tempat tunggu
bas gelap sket...tawakal jerlah sebab kita niat blajar
pun kerana DIA. Zikirlah banyak2...dangan izinNYA
slalu selamat, takder la yang menganggu.

Cam sekarang nie kita dengar kes rogol la, apa lah
kan...memang la tak baik jalan sorang2..tapi kalau
nak balik kampung ker, nak pi umah makcik, nak
pi kerja...terpaksa juga keluar sorang2. Tawakal
n minta ALlah SWT jaga...DIA akan jaga kita..
Ingat kat DIA banyak2...

Ok...Wassalam.


-----------------
mencari hidayah...ku kan terus mencari...redhaMU kuharapkan selalu...


Bookmark and Share




  Member Information For fikrah1399Profil   Hantar PM kepada fikrah1399   Pergi ke fikrah1399's Website   Quote dan BalasQuote

kaklong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 551
Posting: 155
Dari: darul ridzuan

brunei  


posticon Posting pada: 30-09-03 22:30


janji Allah tu pasti!!
Syaratnya kita kena yakin. ada jugak orang yg
tahu banyak tentang janji Allah ni, tapi... berat hatinya nak percaya sepenuhnya...jgn cakap org lain..cuba try test diri kita sendiri...
pernah bagi sedekah kat orang dengan sesuatu yg
amat bernilai pd diri kita? lepas bagi sedekah, pernah tak terlintas kata2..."ala..ruginya..apasal bagi RM5 tak 50sen..ish..silap la pulak.."
walhal kita tahu Allah ada janji nak ganti balik apa2 yg
kita infak kan ke jalanNya ye tak?
fikir2 kan la..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For kaklongProfil   Hantar PM kepada kaklong   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 30-09-03 22:59


Assalamualaikum Warahmatullah...

Terima kasih atas posting ini.. Semoga ia menyedarkan kita semua.. Yakinlah bahawa Allah itu senentiasa berada di mana jua kita berada.. Moga sentiasa dalam perlindunganNya, insya-Allah..

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.05142 saat. Lajunya....