Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk mengelakkan dari dikritik, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
Assalamua'laikum wrt dan salam ukhwah tuk sumer warga komuniti muslimah dari kami ahli baru. yana, shiro_grin dan cik sitie..^_^

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Cinta mana yang mendapat tempat disisi ALLAH?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Cinta mana yang mendapat tempat disisi ALLAH?

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta mana yang mendapat tempat disisi ALLAH?

deq_mas
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 2379
Posting: 153
Dari: Brunei Darussalam

brunei   avatar


posticon Posting pada: 22-09-03 13:09


Disebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001...
Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan
bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini.
Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan
kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman
tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah
mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragik.


Apa yang terjadi sebenarnya?
Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran
ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka
mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar
pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu
'mengharukan'!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah
mereka tanda tangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat
kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup
semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka
melakukan ini demi menyelamatkan cinta 'sejati' yang 'suci' ini kerana
orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah...!


Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau...


Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah
binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang
wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah
tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut
pandangan manusia.


Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi
bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati
anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau
membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.


Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di
rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya
masih begurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan
solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya
bertanya : " Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?" Tanpa berhujah
panjang Abu Bakar berkata : ""Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu
dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu
dari solat fardhu, ceraikanlah dia!" Demikianlah perintah Abu Bakar kepada
Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya mula melalaikan
hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang
cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga
menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.


Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba
membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan
isteri yang cantik dan amat dicintainya. Subhanallah!!!


Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang
hakikat dan bagaimana cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya.
Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan
warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di
muka bumi ini disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam
jiwa manusia, itulah CINTA.


Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan
pelbagai khazanah alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui
berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang
terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita
mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!!


Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu
tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka
bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah cinta
akan digelar.


Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair,
drama, filem, lagu dan berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada
hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja. Versi cinta nafsu
(syahwat) dan cinta Rabbani.


Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana
cinta syahwat dan mana cinta Rabbani?
Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya,
telah mampu membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta
"suci" yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan diraih seterusnya untuk
dinikmati.


Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang
berakhir di hujung pisau atau dalam segelas 'penawar' rumpai. Mereka semua
rela diseret dan dijeremuskan ke dalam lubang 'neraka' hanya untuk mengejar
salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang ada disudut hati manusia,
itulah cinta.


Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love)
mampu menjadikan manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad
dalam konteks sangat berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah
seperti berkhalwat (berdua-duaan dengan bukan mahram), berkasih-kasihan
lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi
percuma di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak
mendapat restu dari orang tua, pasangan akan nekad, terus lari dari rumah
atau berzina (na'udzubillah min dzalik). Dan tidak sedikit pula yang begitu
nekad sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri
demi cinta.


Peribadi-peribadi nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan
sebagai sarana mencapai tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui
pelbagai kelakuan aneh para pencari cinta yang tak masuk akal. Sebab apa
yang mereka tuju adalah suatu yang abstrak, tidak jelas dan bukan perkara
yang pokok. Mereka sibuk mencari dan mengertikan makna cinta sementara
lalai terhadap Dzat yang menganugerahkan cinta. Dzat yang menumbuh suburkan
rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan cinta. Dzat yang paling layak
dicintai, kerana Dia juga Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul 'Alamin.


Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia
yang rela mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh
diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta.
Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu
syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini
syaitan berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan
kerana berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan
dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya.


Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat
memalukan berlaku di Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu
kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anaknya mati saling tikam menikam
hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedi bermula apabila si gadis
tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu
yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka
terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya
sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya pergelutan
dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di
perutnya. Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di jantung
anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya.


Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal
baik-buruk. Cinta tak kenal rupa dan pertalian darah. Memang begitulah
adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik-buruk adalah
pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya.


Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan.
Peribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada
sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan,
maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi
memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana
kerana kehilangan cinta duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi
ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari bahawa cinta
hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak
ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka
cari adalah redha dan cinta Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.


Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang
mengenal erti cinta. Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik,
berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan berharta. Namun apabila
ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan
isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya
akan melengahkan Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi
Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau berusaha
mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha
memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!!
Pemuda yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta
yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi
mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah... Masih adakah
pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini?


Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang
tak terhingga. Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari
dengan frekuensi atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan
senada seirama. Tak ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda. Demikian
indah dan asli irama cinta sejati.


Bookmark and Share




  Member Information For deq_masProfil   Hantar PM kepada deq_mas   Pergi ke deq_mas's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.097327 saat. Lajunya....