Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kegembiraan dan kedukaan adalah sama. Ia tak kekal lama

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
A'kum...

Gambar WaznahNurunnajah...panggil jer najah....

salam Ukhwah buat semua.....

Wassalam.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Kerjaya
Topik: panduan utk. wanita yg. bekerja menurut Dr. Yusuff Qardhawi. .


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Kerjaya
    »» panduan utk. wanita yg. bekerja menurut Dr. Yusuff Qardhawi. .

Please Mendaftar To Post


Oleh panduan utk. wanita yg. bekerja menurut Dr. Yusuff Qardhawi. .

anak_perak
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 45
Posting: 186

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-04-03 15:12


Soalan :

Apakah hukumnya seorang wanita bekerja? Maksud saya ialah bekerja di luar

rumah sebagaimana kaum lelaki. Adakah harus bagi wanita untuk turut terlibat

sama memberi saham meningkatkan produktiviti, pembangunan dan juga aktiviti

di dalam masyarakat? Atau adakah wanita itu hanya layak untuk terkurung

serta bekerja di dalam linkungan rumah sahaja? Islam sebagaimana yang kami

tahu adalah agama yang memuliakan kaum wanita serta lebih dahulu memberikan

kepada mereka hak- hak kemanusiaan sebelum daripada Barat. Oleh yang

demikian tidakkah perkerjaan itu juga anyara hak wanita yang akan memelihara

air mukanya serta kehormatannya daripada menjadi barang murahan?

Mengapa wanita tidak turut menyertai medan kehidupan sebagaimana yang

dilakukan oleh wanita Barat telah berjaya menajamkan keperibadiannya,

memperolehi haknya serta memberi saham dalam memajukan masyarakatnya? Kami

ingin mengetahui batasnya syarak untuk setiap pekerjaan yang diharuskan bagi

kaum wanita Muslimah yang mana meskipun mereka bekerja, akan tetapi mereka

tidak sekali- kali mengadaikan agama atau melalaikan segala

tanggungjawabnya. Kalau boleh biarlah keterangan itu nanti jauh daripada

sikap- sikap melampau yang melarang keras wanita daripada menuntut ilmu,

bekerja dan keluar daripada rumah sekalipun ke masjid! Di samping itu, ia

juga hendaklah jauh daripada segala pandangan yang bermudah- mudah; seolah-

olah mahu membebaskan wanita Muslimah daripada segala ikatan sehingga

menjadi barangan murahan di pasaran. Apa yang kami mahukan ialah hukum

syarak yang sahih. Muslimah yang belajar.

Jawapan:

Wanita adalah manusia sebagaimana juga lelaki. Ini kerana kejadian kedua-

duanya itu adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

" Setengah kamu ( adalah keturunan) dari setengahnya yang lain." ( Ali -

Imran: 195)

Oleh kerana manusia adalah makhluk yang hidup, maka adalah menjadi tabiatnya

untuk sentiasa berfikir dan juga bekerja. Tanpa kedua- dua ini, ia tidak

akan menjadi manusia. Dan Allah (s. w. t) sendiri menjadikan manusia itu

adalah untuk bekerja. Malah Allah tidak akan menjadikan manusia melainkan

untuk di uji siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya.

Oleh itu wanita di taklifkan untuk melakukan kerja- kerja yang baik

sebagaimana ia juga di taklifkan ke atas lelaki. Dari sudut ganjaran pahala

amalan yang dilakukan oleh wanita juga adalah sama sepertimana lelaki.

Firman Allah: Maksudnya:

" Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan firmanNya: " Sesungguhnya

Aku tidak akan sia- siakan amal orang- orang yang beramal dari kalangan

kamu, sama ada lelaki atau perempuan". (Ali- Imran: 195)

Bukan sahaja ganjaran di akhirat, malah ia juga turut memperolehi habuannya

di dunia.

Firman Allah: Maksudnya:

" Sesiapa yang beramal saleh dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman

maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik". (

An- Nahl: 97)

Wanita juga sebagaimana yang selalu disebut adalah sebahagian daripada

masyarakat. Adalah suatu yang tidak logik jika Islam membantutkan separuh

daripada masyarakatnya sendiri, menghukumnya sebagai kolot atau tidak

berkeupayaan dan mengabaikan hak- haknyanserta mengeksploitasi kebaikan yang

ada padanya tanpa memberinya sesuatu yang positif.

Sesungguhnya tiada lagi pekerjaan yang lebih utama dan agung bagi wanita

selain daripada mendidik generasi. Tugas terssebut tidak ada seorangpun yang

menyaingi atau cuba merampas daripadanya.

Untuk memikul tugas tersebut, Allah (s.w.t) telah memperlengkapkan wanita

dengan persiapan fizikal dan juga spiritual. Dengan sebab itu adalah tidak

wajar bagi wanita untuk menyibukkan tugasnya yang besar itu dengan material

dan juga perkara- perkara lain walau apa sahaja keadaan sekalipun. Tambahan

pula tiada seorang pun yang dapat mengambil alih tempat wanita untuk

melaksanakan tugas yang sangat besar ini. Apatah lagi generasi kecil itu

merupakan penentu kepada masa depan sesuatu ummah di samping ia sendiri

merupakan sebesar- besarnya aset kepada manusia ( human resources).

Kerja- kerja wanita yang lain termasuklah memelihara rumahnya,

menggembirakan suaminya serta membentuk sebuah keluarga bahagia yang berdiri

di atas asas ketenangan dan juga kasih sayang. Di dalam suatu hadis

dinyatakan bahawa wanita melayani suaminya, maka perbuatannya dikira sebagai

jihad fi sabilillah.

Ini tidaklah bermakna bahawa pekerjaan wanita diluar rumah itu adalah haram.

Tanpa nas syarak yang benar- benar sahih serta jelas hukumnya, seorang tidak

boleh untuk mengharamkan sesuatu perkara. Ini kerana asal kepada sesuatu

perkara atau tindakan adalah harus. Berdasarkan asas inilah kami menyatakan

bahawa:

Pekerjaan wanita pada zatnya itu adalah harus; kadang- kadang ia menjadi

harus dan kadang- kadang pula ia menjadi wajib terutamanya jika di dalam

keadaan yang benar- benar memerlukan si wanita itu bekerja. Antaranya janda

atau wanita- wnita yang diceraikan dalam keadaan berharta dan sebatang kara,

akan tetapi ia mampu untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang dapat

menahannya daripada meminta- minta.

Kadang- kadang keadaan keluarga itu sendiri yang memerlukan wanita untuk

bekerja seperti membantu suaminya memelihara anak-anaknya ataupun saudaranya

yang kecil dan membantu bapanya yang telah tua sebagaimana kisah yang

disebut di dalam surah al- Qasas mengenai dua orang anak nabi Syuaib yang

telah membantu bapanya mereka memelihara kambing.

Firman Allah: Maksudnya:

" Mereka menjawab: " Kami tidak memberi minum (kambing- kambing) sehingga

penggembala- penggembala itu membawa balik binatang ternakan masing- masing,

dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya." (Al- Qosos: 23)

Begitu juga Asma' binti Abu Bakar yang digelar " empunya dua tali pinggang"

turut membantu suaminya iaitu Az- Zubair bin al- ' Awwam memelihara kudanya,

menyiram tamar malah dia sendiri yang menjujung air di atas kepalanya

daripada kota Madinah hinggalah sampai ke kebunnya.

Kadang- kadang masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti

menjadi jururawat ataupun doktor kepada kaun sejenisnya, mendidik dan tugas-

tugas lain yang khusus bagi wanita. Ketika melaksanakan tugasnya itu, adalah

lebih baik jika dia hanya bergaul dengan kaum sejenisnya dan bukan dengan

kaum lelaki. Ini kerana lelaki hanya dibenarkan mendapatkan khidmat daripada

wanita di dalam keadaan dhorurah sahaja.

Kebenaran itupun adalah terhad pada perkara yang berkaitan dengan keperluan

sahaja. Sekiranya kami katakan bahawa harus bagi wanita untuk bekerja, maka

keharusan itu hendaklah terikat dengan beberapa syarat:

Pekerjaan yang hendak dilakukan itu sendiri adalah kerja yang halal. Atau

dengan kata lain ia bukanlah kerja yang haram atau yang boleh

menjerumuskannya ke jurang maksiat. Antaranya menjadi orang gaji kepada

lelaki yang masih bujang, menjadi setiausaha kepada mana- mana Pengarah yang

dalam banyak keadaan menuntutnya untuk duduk bersunyi- sunyian dengannya,

menjadi penari yang kerjanya adalah membangkitkan nafsu, menjadi pelayan bar

yang menghidangkan arak di mana Rasulullah (s.a.w) telah melaknat orang yang

menghidang, membawa dan menjualnya, menjadi pramugari yang antara tugasnya

ialah menghidangkan arak di samping terpaksa bermusafir dan menginap di

negara orang yang terlalu asing tanpa di sertai dengan muhrimnya dan apa

sahaja kerja yang diharamkan kepada wanita khususnya dan yang diharamkan

kepada kedua- duanya; lelaki ataupun wanita.

Dia hendaklah memelihara adab sebagai seorang wanita Muslimah sama ada di

sudut cara berpakaian, berjalan, bercakap dan sebagainya.

Firman Allah: Maksudnya:

" Dan katakanlah perempuan- perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan

mereka( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan

janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir

daripadanya"... " Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui

perhiasan yang mereka sembunyikan." (Al- Ahzab: 32)

Kerjanya itu tidak menjejaskan kewajipan- kewajipannya yang lain. Ini

termasuklah kewajipan terhadap suami dan juga anak- anak. Ini kerana

tanggungjawab terhadap keduanya merupakan kerja yang utama.

Wabillahi taufiq.





Bookmark and Share




  Member Information For anak_perakProfil   Hantar PM kepada anak_perak   Quote dan BalasQuote

aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman

jordan  


posticon Posting pada: 26-04-03 02:09


syukran jazeelan atas ilmu yg dikongsi bersama nie..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For aisyatul_auniProfil   Hantar PM kepada aisyatul_auni   Quote dan BalasQuote

fikrah1399
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 495
Posting: 46
Dari: Allah SWT

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-04-03 13:41


assalamu'alaikum...

Syukran ukhti. Ana nie muslimah yang
bekerja.. nak buat camner??? Cari
rezeki...

WAllahua'lam.

-----------------
mencari hidayah...ku kan terus mencari...redhaMU kuharapkan selalu...


Bookmark and Share




  Member Information For fikrah1399Profil   Hantar PM kepada fikrah1399   Pergi ke fikrah1399's Website   Quote dan BalasQuote

nurul82
WARGA RASMI
Menyertai: 26.04.2003
Ahli No: 525
Posting: 10
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-04-03 13:20


Assalamualaikum....wbt
thanks coz kasi bahan yg leh nurul baca...baguslaaa...itulaaa,nurul pun no komen but yg penting kita pandai jaga diri&batas2 dlm bekerja...waallahu'alam...

-----------------
Amar Ma'aruf Nahi Mungkar


Bookmark and Share




  Member Information For nurul82Profil   Hantar PM kepada nurul82   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-05-03 10:08


Quote:

On 2003-04-23 15:12, anak_perak wrote:
Pekerjaan wanita pada zatnya itu adalah harus; kadang- kadang ia menjadi harus dan kadang- kadang pula ia menjadi wajib terutamanya jika di dalam keadaan yang benar- benar memerlukan si wanita itu bekerja. Antaranya janda atau wanita- wnita yang diceraikan dalam keadaan berharta dan sebatang kara, akan tetapi ia mampu untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang dapat
menahannya daripada meminta- minta.



tak salah kalau wanita bekerja, jadi pandai2lah kita menjaga diri...

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.052274 saat. Lajunya....