Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Ramai yang berasa sendirian kerana mereka membina tembok, bukan jembatan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
Wif ma happy EVA FAMILY...!!me, ma dad, ma umi, kache...kakak la...tayko...my abang lew...dan dah little one...si buchuk...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Warisan Kita
Topik: Makanan rohani ?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Warisan Kita
    »» Makanan rohani ?

Please Mendaftar To Post


Oleh Makanan rohani ?

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-03 00:26


Assalamualaikum... dan salam sejahtera

>Dibawah ini merupakan beberapa pertanyaan mengenai "makanan rohani "kebanyakan
anak2 mudi kita dizaman ini. "Makanan" ini semakin atau telah pun menjadi
"makanan asasi" kepada jiwa anak-anak muda Islam kita yang sebelum ini "hanya"
menjadi "makanan asasi" bagi orang-anak atau anak-anak muda "Barat".

>Pertanyaannya, adakah sebelum ini wujudnya "sirim"(ulama) atau "badan-badan
tertentu"(ulama) atau "pengawal makanan"(ulama) yang telah dahulu membuat kajian
terhadap "bahaya"nya atau "baik"nya atau "berkesan"nya consequense atau pengaruh
"makanan rohani" ini pada orang2 Islam terutamanya anak2 muda Islam, sehinggakan
sekarang ini "makanan rohani" ini semakin atau telah pun diterima oleh
masyarakat Islam kita sebagai "makanan asasi" bagi rohani mereka?.
>
>Jawapannya sudah ada, mereka(ulama) telah lama membuat kajian
>berdasarkan Al Quran dan Al HAdis dan telah tahu akan buruk baiknya
>"makanan" ini dan kesannya dan tujuan perkenalannya atau penyebarannya oleh
"pengedar2"(Golongan yang benci akan Islam atau yang tiada agama) kepada
masyarakat Islam. Dan ekoran dari itu mereka telah pun berbuat bermacam2 cara
bagi menyekat "makanan rohani" ini dari menyerap atau menyelusup masuk kedalam
"pasaran" masyarakat Islam kita yang mana tarikannya atau "kelarisannya" mungkin
pada jankaan awal sangat mendapat tempat di hati anak2 mudi Islam kita.
>
>Sekarang ini "pasaran" untuk "makanan" ini bukan saja bukan sekadar menjadi
pasaran sebagai contoh seperti penjualan kaset2 Al Quran atau ceramah atau
nasyid, bahkan larisnya seperti pasaran penjualan kaset-kaset dari kumpulan
Wings, Search, Scorpion, Metalica, KRU, Spice Girls, Mariah Carey dan lain-lain
lagi.
>
>Nampaknya "makanan rohani ini" (melihat dari kajian atau dari
>pemerhatian kepada masyarakat Islam) ini telah pun diterima oleh
>kebanyakan masyarakat Islam sebagai "makanan asasi" kepada jiwa mereka walaupun
sebenarnya Islam menganggapnya sebagai "nasi basi" atau "makanan beracun" atau
"mungkin makanan TIADA khasiat langsung" atau "apa2 lagi".
>
>Jadi sebagai kebaikan kita bersama ,diBAWAH ini diperlihatkan lah
>kepada kita hasil kajian dan penilaian serta pendapat2 oleh "sirim"
>atau "badan2 tertentu" atau "pengawal makanan" akan kebaikan atau
>KEBURUKAN atau KERACUNAN atau consequense atau khasiat "makanan rohani" ini
(yang telah diperkatakan seperti diatas tadi) terhadap masyarakat Islam kita
sebenarnya terutama anak2 mudi kita agar peringatan terhadap kebaikan, atau
KEBURUKAN atau KERACUNAN segar dalam pemikiran kita atau berguna dalam kehidupan
kita agar dilain masa lebih ber hati2 untuk menjadi "Pengguna" atau "Pembeli"
kepada "makanan rohani ini". Dan agar dilain masa "sebagai alternatif" untuk di
"umpamakan" bahawa kita dapat mengenal atau dapat memilih, yang mana satu
"chocolate yang halal" dan mana satu "chocolate yang haram" atau mana satu "yang
sebagainya".
>
>FIKIRKAN !!!!!!!!!!!!!!
>
>Apakah dia Muzik?
>- Muzik adalah bentuk bunyian-bunyian ( menggunakan sebarang alatan) atau
nyanyian ( sama ada menggunakan alat atau tidak )
>
>Dari mana asalnya Muzik?
>- Muzik sudah wujud sejak zaman-berzaman bersama perkembangan manusia dan
menurut Syeikh Mahmud Syaltut naluri manusia memang sukakan perkara yang indah,
lazat dan damai maka dengan dengan itu akan merasa tenang seperti suka melihat
panorama yang cantik dan indah menghijau.
>
>Untuk Apa Muzik dicipta?
>- Muzik pada zaman awal lebih kepada upacara spiritual/keagamaan dalam
agama-agama dan ia juga bertujuan untuk menghiburkan masa lapang manusia sebelum
ia pada zaman ini menjadi sumber komersial/periuk nasi.
>
>Muzik bagaimana yang diharamkan dan yang bagaimana pula dibenarkan Islam?
>
>1) Muzik yang diharamkan secara disepakati ialah ;
>
>- Senikata tidak terkeluar daripada batas islam (cth: lucah,menghina islam,puja
syaitan )
>- Persembahan tidak melampuai batas seperti aksi-aksi memancing
>nafsu.
>- Majlis tidak didiringi perkara haram seperti pergaulan bebas, pendedahan
aurat, arak dll.
>- Pengunaan alatan yang diharamkan
>
>2) Muzik yang diharuskan Islam ialah :
>- Yang memuji Allah dan rasul
>- Berbentuk nasihat
>- Tidak diiringi perkara mungkar
>Pendapat ulamak :
>1) Golongan yang mengharamkan muzik ;
>- Dalil quran
>
>Firman Allah yang bermaksud ( antara manusia yang membeli percakapan yang
sia-sia untuk menyimpang dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya bahan
ejekan. Bagi mereka azab yang hina ) Surah Luqman:6
>
>Menurut setengah ahli tafsir sia-sia itu ialah nyanyian

>- Dalil hadis

>Dari Abu Malik atau Abu Amir Asyaari dari Nabi Muhammad saw : akan muncul satu
kaum dari umatku yang menghalalkan zina, arak dan alat muzik. ( hadis mu'alaq-
terputus sanad ) [Riwayat Imam Bukhori]
>Sabda Rasulullah : Setiap hiburan yang melekakan seorg mukmin adalah batil
kecuali 3; bergurau dengan isterinya, mendidik kudanya dan bermain panah [ Hadis
Riwayat Arba' ]
>Sabda Rasulullah : Sesungguhnya Allah swt mengharamkan qainah ( penyanyi
perempuan ), jualan, harga dan asuhannya.

>2) Golongan yang mengharuskannya ;

>Imam Syaukani dalam kitab Nail al-Authar menyebutkan :

>a) Ahli Madinah dan mereka yang sepakat dari gol. ulamak Zahiriah dan sufi
berpendapat harus nyanyian walaupaun sekali dengan gambus dan serunai.

>b) Abu Mansur al-Baghdadi dalam karyanya pada fasal nyanyian
>menceritakan Abdullah Bin jaafar tidak mengganggap berdosa pada nyanyian.
Beliau sendiri telah mengubah lagu dan mendendangkan bersama gambus.Abu Mansur
juga menceritakan perkara yang sama dari Abi Syuraih, Saad al-Musaiyab, Atha'
bin Abu Rabah dan as-Sya'bi.

>c) Hadis Aisyah mendengar dan melihat perempuan bermain gendang dan ditegah
oleh ayahnya Saidina Abu Bakar tetapi dibiarkan oleh Rasulullah kerana hari itu
adalah hari raya.

>Alat2 muzik bagaimanakah yang dibenarkan dan yang bagaimana pula di haramkan?

>- Menurut sebuah hadis antara alatan yang diharamkan ialah yang bertali dan
ditiup ( kami lupa matan hadis )
>- Yang dibenarkan yang ialah gendang dan yang diketuk, berkulit
>Bagaimanakah pendapat kita dengan hiburan muzik Islam sekarang seperti dari
Kumpulan Raihan, Hijjaz dan sebagainya?

>- Satu perkembangan yang baik sebagai ganti kepada era yang dibawa oleh Arqam
dulu. Cuma kekadang ada nasyid/lagu yang seolah tidak dapat dibezakan sama ada
ia nasyid atau lagu.

>Cth. dari penggunaan rentak muzik dan persembahan. SEkiranya ini boleh dijaga
insyallah sekurang2 ia boleh menjadi wasilah dakwah walapun tidak besar.

>Bolehkah Hiburan Islam dengan cara dia orang ni?
>- Pada kami tiada masalah selagi mana mereka menjaga batas-batas yang telah
ditetapkan kerana zaman ini artis menjadi idola...dan mereka membawa alternatif
islam..jika ada yang silap langkah akan dijadikan hujjah untuk dihentam
alternatif ini.
>
>sekian wassalam.............sampai jumpa lagi
>dilain waktu dan ketika...

>----------------------------------------------------------------------
>HASIL KARYA : OWIN^MIN, MIERA, FARAH^HANEM, IWAN DAN EISYA^
> ( WE ARE FAMILY )



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 16-09-03 18:13


Syukran Ummi...Ana suka dengan semua posting yang Ummi hantarkan di forum komuniti ini.. Banyak yang ana pelajari darinya..Terima kasih

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-03 09:43


Wslmwr
Aslmwr
Alhamdulillah syukran lillah hajar. nama kita pun samakan. if u happen to come to johor just give me a call ok - 07-7557651 .. bye
wslmwr
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

deq_mas
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 2379
Posting: 153
Dari: Brunei Darussalam

brunei   avatar


posticon Posting pada: 21-09-03 01:53


sememangnya article ini satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan. tetapi sampai bilakah ianya akan berlarutan? adakah ianya akan tetap menjadi makanan rohani kita yang kekal? semoga suatu hari nanti kita dan juga mereka yang lainnya akan sedar akan hakikat ini.

terima kasih ummi atas article yang begitu memberi pengajaran.


Bookmark and Share




  Member Information For deq_masProfil   Hantar PM kepada deq_mas   Pergi ke deq_mas's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.054966 saat. Lajunya....