Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 15
Ahli: 0
Jumlah: 15




  Dari Galeri
posing wif sis dan dad...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 1 jam, 49 minit yang lalu
Laurenjoy: 26 hari yang lalu
jackurban: 27 hari yang lalu
porkalwais: 27 hari yang lalu
sarahhanee: 29 hari yang lalu


Tokoh Islam
Topik: iBNu Rushdi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Tokoh Islam
    »» iBNu Rushdi

Please Mendaftar To Post


Oleh iBNu Rushdi

anak_perak
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 45
Posting: 186

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-08-03 08:14


Ibnu Rusydi (520 - 595 H / 1128 - 1198 M)


- Beliau ialah Abu Al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Rusydi.

- Ibnu Rusydi dilahirkan di Cordoba di sebuah rumah yang dikenali dengan pusat perbincangan ilmu fekah dan sistem pemerintahan.

- Bapanya adalah merupakan seorang Kadi Diraja pada zaman beliau dan datuknya adalah merupakan salah seorang ahli ilmu dan ahli fekah dan beliau mempunyai beberapa buah penyelidikan di dalam bidang falsafah.

- Ibnu Rusydi telah mempelajari hampir keseluruhan ilmu-ilmu yang berkembang pada zaman beliau melalui guru-guru yang terkemuka pada masa tersebut sehingga beliau berjaya mendapat ijazah di dalam bidang fekah dan kedoktoran.

- Ibnu Rusydi terlalu meminati kesenian sastera dan syair Arab zaman jahiliah dan zaman Islam.

- Ibnu Rusydi sempat berjumpa dengan ulama-ulama terkemuka pada zaman beliau seperti Ibnu Tufail, Ibnu Bajah dan Abu Bakar Al-Arabi.

- Ibu Rusydi telah musafir ke Marrakesh di Morocco sebelum beliau menjangkau umur 30 tahun dan di sana beliau mendapat perhatian di kalangan para Khalifah dan pemimpin sehingga beliau boleh berada di samping mereka.

- Dengan demikian, beliau merupakan seorang yang sangat tawaduk, rendah diri, mempunyai pandangan yang baik, pintar dan mempunyai tahanan diri yang kuat sehingga beliau menjadi contoh kepada orang lain.

- Apabila kedudukan Ibnu Rusydi menjulang tinggi di pihak pemimpin kerajaan Muwahhidin, ramai yang iri hati terhadap beliau menyebabkan mereka menyebarkan fitnah terhadap beliau sehinggalah beliau terjerumus ke dalam ujian tersebut yang berterusan selama satu tahun kemudian ternyata Ibnu Rusydi tidak bersalah.

- Ibnu Rusydi tidak sempat hidup lama selepas beliau menghadapi ujian yang menimpa dirinya di mana setahun selepas peristiwa tersebut beliau meninggal dunia dan jenazah beliau di bawa ke Cordoba kemudian dikebumikan di perkuburan tempat datuk nenek beliau dikebumikan iaitu di perkuburan Ibnu Al-Abbas.

- Ibnu Rusydi meninggalkan beberapa buah kitab karangan beliau di dalam ilmu fekah, kedoktoran, falsafah, di dalam ilmu falak dan nahu.

- Kitab karangan beliau yang sampai kepada kita menjangkau sekitar 87 buah kitab.

- Di antara karangan-karangannya yang terkemuka ialah:

* Tahafut At-Tahafut.

* Faslul Maqal Fi Ma Bainal Hikmah Wal Maqal.

* Bidayatul Mujtahid Wa Nihayul Muktasid.

* Syarah Jumhuriyyah Aflatun.

* Syarah Aara' Al-Madinah Al-Fadhilah.

* Kitab Al-Manahij.

* Al-Kuliyyat Fi At-Tib.




-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For anak_perakProfil   Hantar PM kepada anak_perak   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.055749 saat. Lajunya....