Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Shabanat, saya [alina],Lina dan Nadya .Salam ukhuwah islamiah dari saya.Moga sinar Islam terus bercahaya...wslm.

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Muslimah Surirumah
Topik: Kasihku.. Amanahmu..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Kasihku.. Amanahmu..

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Kasihku.. Amanahmu..

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 02-08-03 11:04


HaiQal...HaiQal....

HaiQal tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.Malah
dia
sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja,sedangkan HannaN isterinya hanya tinggal di rumah.Kalau boleh,dia
mahu
isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ HaiQal berdoa,"Ya Tuhanku.Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak.Aku mahu
supaya
dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari.Tolonglah ya
Tuhan,tukarkanlah aku dan isteriku.Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari
sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar
aku
pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan HaiQal.Pagi
besoknya,ia bangun dari tidur,dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun
saja dari tidur,dia bergegas ke bilik air,cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak.Pastu bangunkan anak-anak
dan
melayan mereka bersarapan,pada masa yang sama melayan suami
bersarapan.Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke
sekolah.Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke
sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan
dapur
yang lain.Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan
barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti
ais.Kemudian
kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan
dijemur.Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah
nanti.Selesai masak,jam dah pukul 12.45 tengahari.Terpaksa pula
bergegas
ambil anak dari sekolah.Selesai ambil anak,beri pula mereka makan
sebelum
mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah.Pastu terpaksa pula
kemas
rumah supaya jangan bersepah sangat.Kemudian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh.Dah nak kena beri
rawatan
dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.Dah selesai, kain-kain yang
baru
diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari.Sedar tak
sedar,waktu
Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi.Terpaksa bergegas pulak
tunaikan Zohor sebelum tertinggal.Selesai salam,azan Asar
kedengaran.Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja
yang
belum siap.Belum sempat rehat,terpaksa pula balik ke dapur untuk
menyiapkan
makan malam.

Lepas Maghrib,terpaksa layan suami dan anak-anak makan,pastu cuci
pinggan
mangkuk,pastu mandikan anak yang masih kecil,pastu uruskan supaya
anak-anak
masuk tidur....dan macam-macam pastu lagi.Dekat pukul 11.00 malam
barulah
semua kerja rumahtangga selesai.Badan pun dah longlai lohe... bolehlah
rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya.Suami juga mahukan layanan.Berdosa
isteri kalau tak melayani kemahuan suami.Tambahan pulak malam nie malam
Jumaat.Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua
kali lohe dan langsung tertidur.......tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari,HaiQal segera bangun dan berdoa
semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi
isteri.Aku
keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni.Ada juga masa
berehat,minum
kopi dan berbual dengan kawan-kawan.Tolonglah
kembalikan aku sebagai suami semula.Taubat aku tak sanggup dah jadi
isteri.Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah
begitu mudah.

Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar
bekerja"Sekonyong-konyong
HaiQal terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai HaiQal, kamu belum
boleh
kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi
benih.Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak
sebelum
kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???...9 bulan 10 hari???....Beranaaak???.......Waaaaaa..tak
nak,tak
nak,tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~ "Bang,bang...Abangggg...apasal niii.....??" Sergah satu suara di
sisinya.HaiQal melompat bangun dari katilnya dan terus memegang
isterinya
sambil bertanya,"HannaN,HannaN kah yang jadi suami atau abang yang jadi
suami???

"Laaaaa... buang tabiat apa pulak abang ni.Kan HannaN ni
perempuan.Tentulah
abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu HaiQal mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
Isterinya membuat kerja-kerja rumah.....Hinggakan semua pakaian
isterinya
pun habis HaiQal kutip basuh...HannaN terkedu beghok, terlopong dan
jadi
bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah
Tuhan yang tidak ternilai.

Wallahu A'lam...



Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-08-03 11:25


Erkk.. seram gak citer ni.. kenapa nama isterinya Hannan..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alfaqierah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 278
Posting: 278
Dari: bumi ALLAH- the garden of knowledge & virtue

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-08-03 14:39


Assalamu'alaikum wrt wbt

ai kak afiza
menariknye cite..
memula tu excited sunggu duk baca..last2 ketawa terkekeh!!

isteri die nama HAnnan ke?
mcm kenal aje nama tu

hmm sokong moral cite ni: Isteri amanah suami utk dilindungi..'alal kulli hal Allah ciptakan manusia sebaik2 kejadian..isteri tetap isteri dan suami tetap suami..masing2 ada tanggungjawab dan peranannya..

wallahu'alam


-----------------
hanya hambaNYa..

"ALLAH swt is known by the heart and not the mind,and whose hearts know ALLAH are surely strong in their religion..insyaALLAH.."


Bookmark and Share




  Member Information For alfaqierahProfil   Hantar PM kepada alfaqierah   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 02-08-03 23:24


Hermm..moga-moga kita dianugerahkan suami yg soleh..Jngan risau Hanan..nama je sama tapi orgnya tak sama..dan tentunya SUAMI Hanan nanti tidak seperti Haiqal tu..


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 03-08-03 18:15


hehee... Kelakarnya crite nie... Tapi best jugak... Mudah2an kite semua dianugerahkan dengan suami yang sholeh, macam kata kak fizah, Insya-Allah...


"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By Faith And Not By Sight.."

[ Posting ini telah di edit oleh: Hajar pada 2003-08-03 18:15 ]


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

irsya_isyqi171
WARGA RASMI
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 1326
Posting: 13
Dari: .: bp, muar, pj, gombak & kuantan :.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-08-03 03:28


assalamualaikum....
hik hik kelako laa cite nih....
tapi, banyak pengajarannya kan....
suri rumah lagi banyak kerjanya....
peluang nak masuk syurga....kalau kena pada tempatnya....

-----------------
Rela ku pendamkan, Impian yang tersimpan, Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya, Merampas rasa cinta, Pada Dia yang lebih sempuna


Bookmark and Share




  Member Information For irsya_isyqi171Profil   Hantar PM kepada irsya_isyqi171   Quote dan BalasQuote

sweet_darling
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 1332
Posting: 189
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-03 10:56


assalamualaikum,
hehehehe...kak hanan,tak per.bilangan n nyer lain.yg dlm citer tue double 'n'.


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_darlingProfil   Hantar PM kepada sweet_darling   Pergi ke sweet_darling's Website   Send ICQ Meesage To sweet_darling   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-08-03 01:45


hehe..best la citer nie..kelakar x pe, hanan ade ramai

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

ida01
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 11
Posting: 330
Dari: SeGaMaT^jOhOr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-10-03 08:20


hehe best citer nih.tq kak.

hehe kak hanan dah takut dah

-----------------
Bicara Syahadah Menusuk Kalbu
Hati Nan Damai Terasa Rindu.
Ukhuwah Mahabbah Terjalin Selalu
Moga Kekal Bersama Menuju






Bookmark and Share




  Member Information For ida01Profil   Hantar PM kepada ida01   Quote dan BalasQuote

qurratuain
WARGA RASMI
Menyertai: 23.04.2003
Ahli No: 417
Posting: 6
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-10-03 12:19


Hm...ana bagi 4 bintang utk citer ni....
Dasat gak kak fiza yek?
Daring sungguh bahasanya....
Ada unsur2 kesedaran buat para suami...
Andai terbaca, sure tersenyum sumbing!


Bookmark and Share




  Member Information For qurratuainProfil   Hantar PM kepada qurratuain   Quote dan BalasQuote

littlecutebear
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2003
Ahli No: 1134
Posting: 47
Dari: Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-10-03 20:50




Bookmark and Share




  Member Information For littlecutebearProfil   Hantar PM kepada littlecutebear   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-10-03 15:24


kui3....seronoknye crite ni...pandai kk fizah b'cerita...bukan senang tugas seorg surirumah ni kan..nampak mcm mudah..tp hanya Tuhan yang tahu....

-----------------
" berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"


Bookmark and Share




  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

aiz
WARGA RASMI
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 167
Posting: 12

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 15-10-03 14:45


assalamualaikum....
ermm..best la citer ni.....
kelako bila aiz baca.....hanya tuhan saja yg tahu bagaimana menjadi surirumah...layan keluarga..kasihku..amanahmu...


Bookmark and Share




  Member Information For aizProfil   Hantar PM kepada aiz   aiz's MSNM Number Is ramadhan_eza@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-10-03 14:58


akak ada gak baca cerita ni, ada kwn fwd kat emel...
fizah tukar nama wataknya ke???
hehehe...


Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

adikbalqis
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 12.05.2003
Ahli No: 1187
Posting: 134
Dari: skudai, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-12-03 09:44


hehehe..... boleh tahan jugak..... ada yang tersirat disebalik cerita tu... check it out...


Bookmark and Share




  Member Information For adikbalqisProfil   Hantar PM kepada adikbalqis   Pergi ke adikbalqis's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kemuliaan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 2391
Posting: 68
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-12-03 10:30


ana dan pernah bace cite nie best....

-----------------
hamba ALLAH
kuli DAKWAH


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kemuliaanProfil   Hantar PM kepada nur_kemuliaan   Quote dan BalasQuote

annisak
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1059
Posting: 96

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-03-04 16:28



hehe..menarik citer nie..ader pengajaran disebalik kelucuannya..


Bookmark and Share




  Member Information For annisakProfil   Hantar PM kepada annisak   Pergi ke annisak's Website   Quote dan BalasQuote

nurmaisarah82
WARGA RASMI
Menyertai: 17.08.2003
Ahli No: 2218
Posting: 19

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-04 10:17


emm mcm best


Bookmark and Share




  Member Information For nurmaisarah82Profil   Hantar PM kepada nurmaisarah82   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-03-04 11:14


hik..hik..hik..kelakor la citer nih...terbahak2 ana dok ketawa sorang2 kat dpn komputer ni...

erm..br tau si Haikal tu yer...tugas isteri ni berat ke tak berat...erk..!takut gak ei...bila jadi isteri ni...

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

cODa
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 3720
Posting: 26
Dari: Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-04 12:48




baru deorg tau kan betape susah&byknye keje kat umah tu...


Bookmark and Share




  Member Information For cODaProfil   Hantar PM kepada cODa   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, mazidah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Surirumah
    »» Kasihku.. Amanahmu..

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.067054 saat. Lajunya....