![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 19-02-2019 |
|
Kesihatan
|
Moderator: Pengurusan, nur_kamar |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Masalah haid... |
---|---|
engku_salina ![]() ![]() |
![]() Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid. Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina. Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza. Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas. Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml. Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan. Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut. Abnormal semasa haid dan cara mengatasi Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut: 1. Dismenorea Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik. Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar. 2. Menoragia Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung. 3. Amenorea Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus. 4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid. Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor. 5. Sindrom prahaid Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah: Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur. Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan Payu dara - ketegangan, bengkak Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema) Kurang kencing Kulit berjerawat Kenalpasti Sindrom Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi). Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara. Kaedah rawatan Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita: Sakit - kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit belakang dan lesu. Pengumpulan cecair - kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan. Kesan psikologi - sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung, tertekan. Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan haid yang telah diterangkan seperti di atas. Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah: Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit NSAIDs - ubat anti-inflamasi bukan steroid seperti aspirin, ibuprofen, asid mefenamik - berkesan untuk mengurangkan pendarahan dan kekejangan. Ia patut diambil tujuh atau sepuluh hari sebelum datang haid untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Asetaminofen - Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras fonadotrofin dan estradiol Hormon Pil kontraseptif - Ia menghalang penghasilan hormon lelaki dan merencat reseptor estrogen dalam uterus wanita. Ia kerap digunakan untuk mengawalatur tempoh haid termasuk masalah dismenorea, amenorea dan menoragia. Progesteron dalam bentuk sintetik - Progestin, contoh, medroksiprogesteron, noretindron, norgestrel, digunakan untuk masalah menoragia dan mengembalikan masalah haid (seperti tempoh haid yang tidak tetap) kepada normal. Analog GnRH (suntikan agen hormon) Mengurangkan paras hormon estrogen Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan yang sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial. Oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup. |
nur_islami ![]() ![]() |
![]()
assalamualaikum....
ana mmg bermasalah besar ttg dismenoria ni....lebih senang sebut sengugut.... boleh dikatakan hampir setiap bulan ana akan mengalami kesakitan yg teramat sgt ni.....klu "dia" menyerang mmg dah xboleh buat apa dah....!dok diam jer....klu ada org tegur pon buat dek ajer..... dulu ana ada amik jugak ubat tuk krgkan sakit ni...tp skrg dah benti amik ubat tu....coz ada org kata klu kerap sgt kita amik ubat ni, nnti akn menjejaskan pd kandungan kelak....tul ker....? ----------------- tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr |
afiza_ahmad ![]() |
![]() |
hawa_24 ![]() ![]() |
![]()
sayer pun ader masalah......kekadang tu baru je period lepas seminggu dtg lagi....konfius darah haid ke atau penyakit
![]() |
maricella ![]() ![]() |
![]() |
white_cotton ![]() ![]() |
![]()
Assalamualaikum..
Ana pnah tanye pendapat doktor ade tak cara yang lebih baik untuk atasi perubahan hormon setiap kali period sampai kadang2 mengganggu emosi dan boleh sbbkn senggugut yang melampau.. Then, doktor tu cadangkan.. cube mkn evening Primrose Oil 1.0mg.. mende ni kene makan berterusan arr sbb die bukan bahan kimia yang boleh bertindak serta merta.. Ana dah cube, setakat ni alhamdulillah, senggugut ana tak lah sedahsyat dulu.. Muke pun tak de jerawat.. Tapi kesan die pun bergantung pada proses fisiologi orang perseorangan.. dalam erti kata lain.. lain orang lain lah kesannya Tapi ni pengalaman ana sendiri.. Jadi tak salah kan kalo kite mencuba.. ![]() ----------------- Try To Give You Warning But Everyone Ignores Me [Told You Everything Loud & Clear] But Nobody's Listening |
sweet_darling ![]() ![]() |
![]()
assalamualaikum,
pasal makan ubat utk tahan sakit (senggugut) tue,sweet_darling pon ader dengar yg benda tue boleh bawa effec ttp kesasihannya..wallahua'lam.sweet_darling takder la bergantung pada ubat tue sebab bukan kener senggugut everytime dtg period,kdg2 jer.tp mmg ader org yg bergantung pada ubat tue sebab tak tahan sgt. |
sayasarah ![]() ![]() |
![]()
alhamdulillah tak de masalah sangat dengan senggugut..
tapi masalah nye selalu tak de time..maknanya tak menentu...cemana ek...?bahaya tak? dia keluar ikut suke dia je..kadang2 tgh bulan..pastu hujung bulan.. sebulan sekali tu tak jugek..ntah la..poning2.. ![]() ----------------- Pimpin daku dalam Redha-Mu Kasihi daku dalam Rahmat-Mu [IMG] |
ummimq ![]() ![]() |
![]() Assalamualaikum wr wb Alhamdulillah sekiranya period tak betul cuba cari tukang urut profesional yang faham akan bab ni ... cuba ya ... Walaikumussalam wr wb ummimq |
KakYong ![]() ![]() |
![]()
Assalamualaikum semua...
Ini ada sedikit info juga ttg haid yg kakyong kutip dari majalah Anis keluaran terbaru...mungkin ada yg dah membacanya... ![]() ![]() Gadis biasanya menganggap kedatangan haid sebagai suatu yang merimaskan. Sebenarnya kita patut bersyukur kerana itu menandakan kita seorang yang sihat. darah haid adalah darah kotor yang perlu keluar pada setiap bulan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika haid: 1 Antara tanda kedatangan haid atau sesudahnya ialah ditumbuhi jerawat besar dimuka. Jangan diusik-usik atau dipicit jerawat tersebut apalagi dengan tangan yang kotor. Sapukan ubat jerawat bagi menghilangkan kesan parut. 2 Sebaiknya mandi dengan air suam bagi memulihkan kelesuan. 3 Elakkan membasuh rambut pada hari pertama kedatangan haid hingga hari keempat kedatangan haid. Ingat jadual bulanan haid. Sebaiknya basuh rambut sehari sebelum kedatangan haid. Jika terpaksa gunalah air suam. Cara ini dapat melancarkan perjalanan darah kotor disamping mengelakkan berlakunya keputihan. Kekerapan membasuh rambut pada hari pertama hingga keempat menyebabkan darah berhenti sebelum waktunya. 4. Hindarkan minuman bergas dan berais. 5.Kurangkan makan makanan yang berbau hanyir seperti ikan masin, udang dan sotong supaya darah tidak berbau hanyir. Pengambilan protein dari kekacang seperti air soya, tauhu atau tempe amat digalakkan. 6. Untuk penyucian dalaman, minumlah jus kunyit yang dicampur air asam jawa dan sedikit gula melaka. Air kunyit menyembuhkan bengkak dan menghindarkan bau hanyir. Asam jawa melancarkan darah. Sukatannya, tumbuk seketul ibu kunyit sebesar ibu jari kaki sendiri. Perah dan ambil patinya. Campurkan dengan sedikit air asam jawa, air suam dan gula melaka (sesedap rasa). Minum sekali sehari. 7.Cuci tuala wanita sampai bersih, bungkus dengan surat khabar lama untuk dibuang. Pakaian dalam yang kotor hendaklah segera dicuci, jangan dibiarkan berendam terlalu lama. Ia merupakan keaiban diri yang perlu dijaga. 8.Sepanjang tempoh ini banyakkan berzikir supaya hati sentiasa tenang, badan cergas dan dijauhkan dari segala gangguan yang tidak diingini. Amalkan doa: Segala puji bagi Allah atas tiap-tiap kurnia dan nikmat dan aku meminta ampun kepada Allah daripada tiap-tiap doa ----------------- ![]() ![]() |
al-kauthar ![]() ![]() |
![]() |
myway ![]() ![]() |
![]()
Pada 27-06-03 09:54 , engku_salina posting:
!!! QUOTE !!!
ada sesiapa tau bagaimana nak ilangkan..bukan apa, kasihan kat orang sekeliling dengan muka kita yang masam mencuka ni.. sindrom yang lain tu ada juga, tapi yang tu kita sendiri saja yang alaminya..tak melibatkn orang lain..so boleh control lagi.. dulu masa kat hostel, nasib baik seorang member tu faham..kalau dia nampak muka saya lain macam, tak adalah dia tegur...dia buat dek saja.. any ideas... |
nuril_alia ![]() ![]() |
![]()
salam.ana ada c-kit masalah pasal period.mula from ana kat matrik period ana datang lebih dari 15 hari.so cmna ek.ia dikira darah pnyakit or darah period.satu lagi,kalau ada yang boleh bagitau,apa tanda2 kanser pangkal rahim?terima kasih pada sapa2 yang boleh tolong ana
|
susenida ![]() ![]() |
![]()
assalammualaikum......
nama saya ida saya ingin berkongsi tentang sengugut ni...... ini pasal adik ipar ida belah suami ida...... kalau dia sengugut memang teruk... kawan ida ada rekemenkan pad herba kat dia alhamdullilah ada perubahan dalam masa dua bulan..... nama pad tu pad susen.... sebenarnya ida nak promote barang ini sebab ia amat bagus ![]() |
fatinah_huda ![]() ![]() |
![]()
Jazakumullahu khairan. Uwaa bagus2 info kat sini. haid saya memang xteratur... kadang-kadang dalam setahun tu berlaku 3 bulan tak datang.
kalau datang secara normal pula, tiba2 masalah segugut... alhamdulillah, simptom ni sejam dua saja. paling teruk, mual2 sampai muntah2... tapi mual2 tu normal ke? |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
ADA orang berkata, haid atau datang bulan adalah waktu
‘rehat’ untuk wanita, tetapi ada juga yang terpaksa mengambil cuti sakit sekurang-kurangnya sehari setiap bulan, terutama mereka yang mengalami senggugut teruk. Saintis menganggap haid adalah cara badan membersihkan rahim daripada sperma dan bakteria. Kitaran haid adalah satu proses yang kompleks dan membabitkan banyak hormon. Ia berlaku disebabkan perubahan fisiologi badan wanita yang dikawal oleh sistem hormon reproduktif dan penting untuk meneruskan keturunan. Kedatangan haid menandakan seseorang perempuan itu akil baligh yang biasanya berlaku ketika berumur 12 tahun. Bagaimanapun, usah risau jika anak gadis lambat datang haid kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa antara umur lapan hingga 16 tahun. Ketika bayi perempuan dilahirkan dia sebenarnya mempunyai semua telur (dianggarkan antara 450,000 hingga 500,000) yang disimpan dalam ovari. Setiap satu mempunyai kantung khas dipanggil folikel. Apabila baligh, badan akan menghasilkan pelbagai jenis hormon yang mematangkan telur dan inilah permulaan kitaran haidnya. Folikel yang matang akan menghasilkan hormon estrogen. Estrogen bertanggungjawab menjadikan dinding uterus menebal, menyebabkan perubahan mukus (lendir) serviks. Ketika haid, satu telur akan dikeluarkan. Ada juga kes telur dikeluarkan yang membolehkan seseorang wanita mendapat bayi kembar tidak seiras jika berlaku persenyawaan. Satu lapisan dinding dalam rahim (endometrium) akan terbentuk sebagai tempat telur yang tersenyawa melekat bagi membolehkan kehamilan. Jika persenyawaan dan kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dikeluarkan sebagai haid. Inilah permulaan kitaran haid yang biasanya mengambil masa seminggu. Bagi wanita Islam, pendarahan yang berlaku selepas 15 hari tidak lagi dianggap haid, sebaliknya istihadah (darah penyakit). Kitaran ini akan berulang setiap bulan (dalam tempoh 28 hari) sehingga semua telur habis dikeluarkan (menopaus). Sebaiknya tandakan tarikh permulaan dan tamat haid. Lakukan beberapa bulan supaya anda boleh membuat satu carta bagi memastikan tempoh kitaran haid. Ini membolehkan anda mengesan jika berlaku kelewatan haid yang mungkin disebabkan penyakit atau kehamilan. Malah, pakar perubatan juga akan merujuk kepada carta ini untuk menentukan tarikh kelahiran anak. Berapa banyak darah yang keluar? Kajian mendapati wanita hilang antara satu hingga dua auns (suku hingga tiga suku cawan) yang mengandungi darah (termasuk zat besi), sel mati dan lendir. Kehilangan zat besi menyebabkan ramai wanita mudah berasa penat ketika haid. Ada yang menyarankan supaya wanita mengambil pil makanan tambahan zat besi untuk mengatasi masalah ini. Ramai wanita bimbang dengan bau darah haid. Ia disebabkan aktiviti bakteria faraj terhadap elemen darah dan ia adalah perkara normal. Justeru, tidak kira berapa teliti pun seseorang itu menjaga kebersihan dirinya, bau darah tetap ada. Bagaimanapun, usah terlalu risau kerana ada banyak produk tuala wanita yang dapat mengatasi masalah ini. Lain wanita, lain pengalaman haidnya. Ia boleh berlaku sebelum (dipanggil sindrom pra haid atau PMS), ketika dan selepas haid. Antara masalah yang kerap berlaku termasuk sakit perut (senggugut), sakit kepala dan belakang badan, kembung, mual, cirit-birit, sakit pada payu dara, berasa tidak selesa dan perubahan emosi. Sindrom pra haid termasuk perubahan emosi, sakit kepala dan keletihan. Ada sesetengah wanita menginginkan makanan seperti coklat, roti, pastri atau mi. Ia disebabkan tindak balas insulin terhadap perubahan hormon yang mengesan kekurangan paras gula dalam darah. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet seimbang. Ada juga wanita mengalami masalah nyeri berkala, iaitu lebam pada mana-mana bahagian badan tanpa sebarang sebab. Saintis percaya ia ada kaitan dengan paras estrogen yang rendah sebelum haid. Estrogen juga berfungsi untuk menguatkan dinding kapilari (saluran halus darah) dan kekurangan hormon ini menyebabkan kapilari menjadi lemah. Akibatnya warna kulit mudah berubah ketika haid. Selain itu, sakit perut atau senggugut adalah masalah paling lazim. Ada dua bentuk senggugut, sama ada sakit memulas (spasmodik yang disebabkan tindakan prostaglandin pada otot) atau konjestif (akibat pengumpulan air dan garam dalam badan). Untuk mengatasinya, ada penyelidik mencadangkan supaya makan makanan yang kaya asid linoleik seperti sayur-sayuran dan ikan untuk merehatkan otot. Bagi sakit perut konjestif pula, wanita disaran mengelak mengambil produk susu, kafein dan alkohol. Selain itu ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mengatasi senggugut, seperti: - Bersenam. Ia melancarkan aliran darah dan oksigen terutama pada pelviks. - Jangan gunakan tampon, sebaliknya gunakan tuala wanita biasa. - Elakkan makan daging merah, makanan berlemak dan susu. - Makan banyak sayur-sayuran, terutama bagi wanita yang mengalami masalah sembelit ketika haid. - Elakkan minuman mengandungi kafein kerana ia mengetatkan salur darah dan meningkatkan tekanan. - Urut. - Minum teh bercampur halia. - Baring, berehat dan tenangkan fikiran, terutama jika anda turut mengalami sakit belakang. - Tuam bahagian perut dengan meletakkan pek panas atau tuala panas. Ia dapat melegakan kesakitan. - Ada juga yang mencadangkan minum jus nanas. Ia mengandungi banyak bromelain iaitu enzim yang dikatakan boleh merehatkan otot. Selain itu, ia juga melancarkan pengeluaran darah haid. Wanita yang mengalami pendarahan hebat diiringi senggugut teruk (terutama selepas berumur 30 tahun) disaran menjalani pemeriksaan, bimbang ia disebabkan kehadiran fibroid atau endometriosis yang menghalang kehamilan. ** info dari email ana.. em.. apapun.. ana tak pasti ok ke.. langkah tu..hihi.. bolehlaa mencuba.. ana tak pernah kena sengguggut.. so.. tak dapat melalui bagaimana rasanya..huhu.. namun..dapat juga merasai melalui hati.. sian tengok kwns yang kena... ![]() ![]() hanya mampu melihat.. dan tolong mana yang mampu.. moga sahabats gunekan langkah yang betul.. jangan kerap sangat makan pil.. wallahua'alam.. ![]() ![]() ----------------- ![]() ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu.. ![]() |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! salam.ana ada c-kit masalah pasal period.mula from ana kat matrik period ana datang lebih dari 15 hari.so cmna ek.ia dikira darah pnyakit or darah period.satu lagi,kalau ada yang boleh bagitau,apa tanda2 kanser pangkal rahim?terima kasih pada sapa2 yang boleh tolong ana nuril.. em.. kalau enti..dan sahabat ada mengalami mamnuq yang lebih dari 15 hari.. the bestt way.. jumpelaa dengan doktor.. pergi klinik.. hospital.. jumpa dengan doktor muslimah.. lebih mudah untuk berinteraksi.. em.. ana tak dapat nak membantu.. ana pun tidak arif bab ni... samihni.. wallahua'alam.. ![]() ![]() ----------------- ![]() ::prAy hArd+wOrk sMarT:: barakaLlahu.. ![]() |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
…………………………..
Jawapan: Bagi kebanyakan wanita, bilangan hari haidnya sekitar 6 dan 7 hari. Mereka kebiasaannya akan keluar tuhr (suci atau cecair putih) bagi menandakan haidnya tamat. Selepas mengalami keadaan ini dia hendaklah mandi wajib, solat puasa dan sebagainya. Wanita tidak perlu tergesa-gesa mandi (jika dia dari jenis di atas) sehinggalah keluar cecair putih. Diriwayatkan bahawa wanita-wanita di zaman Aisyah menghantar bekas-bekas kepada beliau yang di dalamnya berisi gumpalan kapas yang melekat kesan kekuningan. Lalu Aisyah lah.ha berkata: "Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat al-Qassatul Baidhak (cecair keputihan)." – Hadis Sahih riwayat Imam Malik dalam Muwattak dan diriwayatkan secara muallaq oleh al-Bukhari. Wanita yang tersilap dalam mengira haidnya tidak berdosa selagi dia benar-benar berusaha mengambil apa yang diyakininya. Kalau menurut Ibn Uthaimin, puasa yang ditinggalkan dalam beberapa hari itu perlu diganti. Namun, Ibn Abbas menyebut: "Adapun apabila dia (perempuan) ternampak darah yang banyak, maka dia tidak perlu solat. Jika dia melihat suci (cecair putih) sedetik, dia hendaklah mandi." – Majallah al-Buhuth al-'Ilmiyyah, jil. 12, masa. 102. Lihat beberapa masalah haid sini supaya lebih jelas. (terdapat versi arab dan inggeris juga indon). http://www.qassimy.com/vb/printthread.php?t=34309 mengenai 15 hari, itu berdasarkan mazhab. Kesimpulannya rujuk kembali sifat darah yang keluar. Jika sama dengan haid, maka ia haid dan perlu berenti puasa dan solat. Wallahua'lam http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=6799_9879679_636047_3628_2074_0_202134_5044_1330703871&Idx=19&YY=87004&y5beta=yes&y5beta=yes&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox |
Nursyafiqah ![]() |
![]()
Ana pun musykil bab ni.Ana ada terbaca artikel tentang sindrom pra haid ni... Memang normal ke kalau kita rasa gelisah,takut yang berlebihan sebelum datang haid?Lagi satu,antara simptom-simptom sindrom pra haid ini kemurungan. Betul ke?siapa yang pernah alami masalah macam ni?Boleh kita kongsi.Sesiapa yang arif tentang bab2 macam ni,ana galakkan untuk membantu.Mana tau,mungkin ada sahabat kita yang memerlukan bantuan dalam hal ni ke...
wassalam... |
TalifulQulb ![]() ![]() |
![]()
Pada 02-01-07 15:43 , Nursyafiqah posting:
!!! QUOTE !!! Ana pun musykil bab ni.Ana ada terbaca artikel tentang sindrom pra haid ni... Memang normal ke kalau kita rasa gelisah,takut yang berlebihan sebelum datang haid?Lagi satu,antara simptom-simptom sindrom pra haid ini kemurungan. Betul ke?siapa yang pernah alami masalah macam ni?Boleh kita kongsi.Sesiapa yang arif tentang bab2 macam ni,ana galakkan untuk membantu.Mana tau,mungkin ada sahabat kita yang memerlukan bantuan dalam hal ni ke... Salamun'Alaik... ![]() aa taklah arif dalam hal2 sebegini..cuma kita menjadi lebih maklum berdasarkan pengalaman2 yang lepas..dalam kehidupan ana,ana seringkali dikaitkan dengan hal ehwal masalah2 darah haid ni,alhamdulillah hal ini bukanlah berlaku pada ana,sungguhpun begitu,ana menjadi lebih prihatin apabila hal ehwal ini sering berlegar di sekeliling ana.. menjawab pertanyaan saudari mengenai memang normal ke kalau kita rasa gelisah,takut yang berlebihan sebelum datang haid?.. ![]() tapi mungkin ada remaja yang tidak dapat melakukan public speaking dengan baik.. inilah yang ana maksudkan.. dan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian ana, hal ini turut dikategorikan sebagai trauma kecil. yang sebenarnya ianya adalah normal pada diri kita..akan tetapi tidak pada mata orang lain..seandainya kita yakin yang kita boleh atasi masalah cemas dan takut yang berlebihan sebelum datang haid..sebaik2nya kita atasilah..takut2 hal ini berlarutan sehingga memberi kesan kepada anak gadis kita pada masa akan datang.. ![]() Ya betul tu.. Hal ini memang sebetulnya normal.. Melihat kepada ilmu saintifik, kemurungan ini berkait rapat dengan perubahan hormon yang sedang kita alami.. Melihat kepada ilmu agama pula, saya berpendapat, apabila kita berada dalam keadaaan tidak suci..kita lebih dekat kepada makhluk yang bernama syaitan..maksud saya juga berdasarkan amalan seharian kita,mungkin kita kurang berbuat amal berbanding ketika kita dalam keadaan suci.. Walau bagaimanapun, saya percaya yang kita dapat atasi masalah ini bersama-sama dengan menggunakan 1akal kita berbanding dengan 9 nafsu kita ![]() Put your trust in ALLAH ye^_^ Semoga apa yang saya sampaikan benar-benar belaka..dan moga ia memberi manfaat kepada saudari ye..^_^ ----------------- .::Love ALLAH always^_^::. |
Moderator: Pengurusan, nur_kamar |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |