Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-08-2017  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan
-- Saidina Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Nuri2017
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 13690

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 5
Ahli: 0
Jumlah: 5




  Dari Galeri
Inilah Fizah dalam uniform. Mereka memanggilnya Chef Fizah...

  Yang Masuk Ke Sini
Nuri2017: 15 jam, 8 minit yang lalu
nishazainal: 2 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: buat antunna semua apa erti remaja???


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» buat antunna semua apa erti remaja???

Please Mendaftar To Post


Oleh buat antunna semua apa erti remaja???

Ahlulkhulafa
WARGA RASMI
Menyertai: 05.06.2012
Ahli No: 13482
Posting: 7

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-12 11:11


Assalamualaikum :kelip:
sekadar perkongsian,,
Wahai remaja , kita mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia. Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?
Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah seorang remaja, dan masih bergelar remaja. Amanah yang diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura? :berfikir:

tahanlah nafsu cintamu..tiada yang lebih baik bagi dua orang yang sedang dilamun cinta kecuali mereka menikah..
pesanan ana..jika remaja semua..dapat melalui zaman remajanya yang sukar ini dengan jayanya,tiada lagi zaman yang lebih sukar daripada itu..

mari serahkan cinta kita kepada Allah,,
Manusia tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Iman tidak mampu menyelit untuk diberi ruang bersuara. Begitulah apa yang dialami. Tiada kata yang dapat diungkapkan, melainkan berdoa. Berdoa dan terus berdoa.

Allah...

Aku jua punya hati. Aku takut untuk gagal. Aku gusar untuk melangkah. Takut langkahku mati.
Oh! Kenapa rasa itu hadir dalam diri? Kala kau mahu menyeru pada Ilahi?

Kuatkan aku ya Rabbi. Jangan Kau biar aku kelam dalam sepi. Dengan rahmat-Mu Ilahi tautkanlah hati ini di jalan yang telah Kau tetapkan. Izinkan aku mendekati takdir dengan hati yang redha. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.

Tuhan Yang Maha Mendengar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkan jiwa ini. Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu.

Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Hanya Engkau....
akhirulkalam,,ana uhibbukillah.. :bunga:


Bookmark and Share




  Member Information For AhlulkhulafaProfil   Hantar PM kepada Ahlulkhulafa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.043818 saat. Lajunya....