Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Salam Ukhwah...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu


Isu Semasa
Topik: wajarkah wanita muslimah sarungkan jeans?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» wajarkah wanita muslimah sarungkan jeans?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh wajarkah wanita muslimah sarungkan jeans?

Fasihah_Husniyah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 4599
Posting: 92

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-10-05 11:35


Erm...Ana tak minat pakai jeans..


Bookmark and Share




  Member Information For Fasihah_HusniyahProfil   Hantar PM kepada Fasihah_Husniyah   Quote dan BalasQuote

huda_ahmad
WARGA RASMI
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 5845
Posting: 8
Dari: germany

germany   avatar


posticon Posting pada: 29-10-05 20:13


rasanya tak salah kalau srg muslimah pakai jeans,asalkan tak ketat...dalam keadaan tertentu,seluar lebih sesuai dipakai berbanding kain,contohnya di negara yang ada musim sejuk....jeans tu kan tebal,dah mmbntu panaskan kaki....saya pun macam tulah,prefer jeans kat jerman ini....satu lagi pada mereka yang belajar bhgian2 engineering,lebih sesuai pakai jeans,mdah nak buat praktikal....


Bookmark and Share




  Member Information For huda_ahmadProfil   Hantar PM kepada huda_ahmad   Quote dan BalasQuote

cheq
WARGA RASMI
Menyertai: 06.07.2003
Ahli No: 1935
Posting: 3

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-11-05 19:37


assalam..
pilihan terletak pada kita...kalau pakai baju kurung pun tapi 'selinting' tangan sama juga,still tak menutup aurat..kalau nak pakai jeans,pakai yang longgar,siapa suruh pakai ketat2 kan?...ambil yang straight cut,jangan ambil yang carrot cut..saya pakai jeans lelaki,besar sikit,saiz pun saya ambil besar 2inch,pakai saja tali pinggang,tak baggy..lantak la orang nak kata pa,tak ikut trend ka?asal kita tau apa kita buat(",)...tapi tak dinafikan,ada lagi pakaian yang lebih sesuai,ikut keadaan..pilihan ada,kita yang perlu pilih apa yang sesui dengan kita,dengan kehendak ISLAM...ISLAM itu mudah,so kenapa kita nak menyempitkannya...
wALLAHua'lam


Bookmark and Share




  Member Information For cheqProfil   Hantar PM kepada cheq   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-11-05 07:26


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah sebenarnya seluar jeans ni sesuai untuk pergi ke kebun jadi tak mudah nyamuk atau binatang nak gigit kerana agak tebal. Selain pakai seluar jeans ke kebun tu pakailah but juga jadi keselamatan diutamakan. Sekiranya belajar atau kerja di negara sejuk maka elok pakai seluar jeans agar tidak terasa sangat kesejukan udara di sana tu. Sememangnya gunalah seluar jeans yang longgar demi menjaga aurat dan juga keselesaan anggota kita tu taklah terkial kial sebab ketat.

Seperkara lagi yang umi nak nasihat ialah anak-anak remaja wanita yang gemar berbaju kurung tetapi enggan memakai kain dalam maka sebenarnya tak tutup aurat sepenohnya kerana kain kita lembut dan agak tipis maka bila matahari bersinar dan kita berjalan masyaAllah tentu sekali nampak jelas terbayang bentuk dan warna kaki tu. Harap anak-anak ambil perhatian bab ni ya. Dan bila pakai tudung tu maka gunakanlah kain pelapik dalam agar tidak nampak warna kulit dan bentuk tengkok kita sebab kain tudung sekrang tipis dan lembut.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - begitu juga bila bertelekung pastikan ada pelapik dalam bahagian kepala dan dada serta kain tu ya.


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

itayrah
WARGA RASMI
Menyertai: 20.01.2006
Ahli No: 6228
Posting: 18
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 21-01-06 04:43


Entah la ye.. Bagi saya pulak, saya rasa pakaian yang simple seperti jeans dan tshirt itu lebih menyelesakan saya dari pakaian yang menutup aurat tetapi tetap menarik perhatian.. contohya kalau jubah tu terlalu berfesyen sangat, atau tudung yang labuh tapi dililit2 sehingga macam pengantin persisnya... itu lebih menarik perhatian rasanya, walaupun sopan dan aurat tertutup sepenuhnya.. kalau saya jadi lelaki pun, saya rasa saya akan lebih tertarik untuk memandang muslimah yang berpakain begitu , berbanding dengan yang berjeans sahaja.. entah la ye.. saya pun kurang arif dalam hukum hakam ni.. tapi pernah jugak saya terdengar satu pendapat mengatakan, sebenarnya baju kurung atau yang seumpama dengannya adalah lebih seksi nak dibandingkan dengan jeans. maklumlah, muka bumi kita ni berangin2. sesekali datang bayu laut bayu darat tu, ermm.. Jeans dengan slack pula, bukankah jeans lagi tebal dari slack?

tapi seperti kata pihak pencadang di atas =), saya bersetuju jugak apabila dia berkata "Jeans menghilangkan rupa wanita yang sebenar!". betul tu, pakai jeans memang tak nampak perempuan sangat... tapi kalau kena caranya, saya rasa ok saja.. pilih la jeans untuk ladies.. kalau jeans yang rock sangat macam yazer ke, amy search ke, saya pun kurang berkenan jugak... ni zaman sekarang ni, ada pulak jeans yang konon2 ada part2 yang macam kena bleach.. tu memang tak cantik untuk muslimah.. nak muntah saya tengok.. heheh.


maafkan saya, bukanlah saya ingin menimbulkan isu "jeans versus pakaian lain".. semua ingin berkongsi pendapat... apa-apa pun yang kita pakai, semoga kita diredhaiNya... wallahualam...


Bookmark and Share




  Member Information For itayrahProfil   Hantar PM kepada itayrah   Quote dan BalasQuote

nur_adeq
WARGA RASMI
Menyertai: 26.05.2004
Ahli No: 3794
Posting: 1
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-01-06 16:49


Assalamualaikum...

Pada saya, banyak lagi alternatif lain untuk dipakai seorang muslimat selain jeans tu. Jeans tu dah la ketat, kurang menepati kriteria menutup aurat di kalangan muslimah. Kenapa jeans juga yang jadi pilihan. Nak seribu daya, taknak...pandai2 la pilih. Seluar slack ke. Untuk aktiviti lasak , pakai la seluar sukan yang lebih longgar. Lagipun seluar jeans tu susah nak basuh kan...so..Kenapa pilih benda yang susah. Hidup perlu kreatif, jangan sekadar ikut apa yang orang kebiasaan buat. Kita sebagai muslimat ada identiti kita sendiri. Kalau kita yang tak pertahankn..nak harap ke siapa lagi. Kalau kita yang faham kriteria penampilan muslimah menurut Islam yang mula memandang enteng, maka semakin rosak la jati diri kita, mampukah lagi Islam tertegak di bumi yang penuh dengan tipudaya ini???


Bookmark and Share




  Member Information For nur_adeqProfil   Hantar PM kepada nur_adeq   Quote dan BalasQuote

BAIKsss
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 3330
Posting: 113
Dari: Perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 25-01-06 08:04


Assalamualaikum..dari dahulu dan sampai sekarang,saya berasa sangat sesuai mengenakan jeans sebagai pakaian 'casual' saya.tambah2 keadaan sekarang yang kurang mengizinkan saya untuk pakai slack yang kainnya nipis,sebab sejuk.walaupun jeans,tapi saya sesuaikan dengan gaya baju ala jubah tu,menutup punggung.pada saya,tak salah memakai kalau kena gayanya.macam ummi cakap tu betul,kat negara sejuk,salah satu pakaian alternatif untuk kaki adalah jeans,yang kainnya tebal relatif pada cotton atau slacks.boleh saja pakai stokin,tapi takkan nak sarung sampai ke atas agaknya?hehe..jeans ni pun sebenarnya lawa kalau dipakai cara 'bersopan'.mmgla buruk nampaknye pakai carrot cut ke,apa cut ke yang memang macam melekat kat skin,so tak payah la pakai yang begitu.pilihlah yang selesa,sesuai dengan cara pemakaian seorang muslimah,cantik dan sejuk mata memandang.satu lagi contoh pemakaian jeans secara bersopan ni adalah sekarang dah semakin banyak jubah2 seluar yang kainnya ala2 jeans.pada saya,nampak sweet sangat.sesuai dengan imej remaja muslimah.apapun,pada saya pemakaian jeans adalah tidak salah.bergantung pada individu itu sendiri yang memakainya.untuk apa?menutup tubuh,melindungi aurat,fesyen,membangga diri,ikut kawan,menunjuk2 dll...wallahualam..


Bookmark and Share




  Member Information For BAIKsssProfil   Hantar PM kepada BAIKsss   Quote dan BalasQuote

finas
WARGA RASMI
Menyertai: 13.04.2006
Ahli No: 6535
Posting: 14
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-04-06 01:36


Pada 22-01-06 16:49 , nur_adeq posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

Pada saya, banyak lagi alternatif lain untuk dipakai seorang muslimat selain jeans tu. Jeans tu dah la ketat, kurang menepati kriteria menutup aurat di kalangan muslimah. Kenapa jeans juga yang jadi pilihan.



jeans ni ada banyak cutting..
maybe yang anti tengok tu carrot cut ke..
yang besar kat atas kecik kat bawah..
ana pakai jeans..ye la..sekadar pakaian casual ana..
ringkas..tapi ana pakai jeans straight cut untuk llki..
besar sikit..(memang besar pun..)


-----------------
muslimah sejati..
malunya mengatasi perawan..beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran..rindunya bukan pada pertemuan..pabila hatinya tersirat kejujuran..


Bookmark and Share




  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nursyurga
WARGA RASMI
Menyertai: 30.06.2009
Ahli No: 10866
Posting: 3
Dari: Balik Pulau

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-06-09 14:39


assalamualaikum..

Topik ni nampaknya sudah lama sejak 2005 ya. Tapi saya berkesempatan membalas 2009. Tak mengapa janji dapat dikongsikan bersama. Bagi pendapat saya yang hasil pengajian saya nak pakai seluar boleh ataupun apa-apa saja seluar yang lain tapi di dalam rumah saja . Tak boleh pakai di luar rumah.

Sebabna syara' sudah menetapkan pkaian wanita terbahagi kepada dua; iaitu di tempat umum dan di tempat khusus.

Tempat umum (public life) tempat wanita beraktiviti seperti di kampus, pasar, pejabat dan sebagainya. Pakaian saudarai ditetapkan adalah jubah dan tudung. Mnakala

Di tempat khusus (private life) tempat dimana wanita bersama mahramnya atau bersma wanita lain seperti di dalam rumah . Syara' tidak menetapkan bentuk fesyennya, di sinilah baru wanita boleh pakai seluar jeans dan sebagainya.

Oleh itu, kita tak boleh memakai sesuatu pakaian tu untuk disesuaikan dengan keadaan sebab kita mesti menyuaikan pkaian kita dengan tuntutan syara' . Walaupun seluar itu longgar dan sebagainya sebab syara' sudah tetapkan pakaian untuk kita iaitu jubah bila keluar rumah.

saya akan kemukakan dalil-dalil yang berkaitan kelak.


Bookmark and Share




  Member Information For nursyurgaProfil   Hantar PM kepada nursyurga   Quote dan BalasQuote

najah_1424h
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 04.05.2003
Ahli No: 951
Posting: 32
Dari: setiu, terengganu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-09 15:12


salam..
pendapat saya..selain berjeans untuk berkebun/cuaca sejuk dll seperti yang dibincangkan di atas, berseluar jeans sebagai imej / pakaian sangat tidak bersesuaian dengan imej wanita kerana kasar dan nampak kurang sopan.pada pandangan dan pendapat saya lah..
wanita muslimah kena bijak memilih..fahami konsep aurat yang sebenar dalam berpakaian.
hakikatnya AMAT SEDIKIT muslimah berseluar jeans yang tidak menarik perhatian/tidak nampak bentuk. terdapat pelbagai lagi alternatif pakaian lain. tak kira baju apa..jubah ke, baju kurung ke, jeans ke ..dll kena pilih jenisnya, warnanya dll berlandaskan konsep sebenar aurat. WaLlahua'lam


-----------------
teacherNajah


Bookmark and Share




  Member Information For najah_1424hProfil   Hantar PM kepada najah_1424h   Quote dan BalasQuote

nursyurga
WARGA RASMI
Menyertai: 30.06.2009
Ahli No: 10866
Posting: 3
Dari: Balik Pulau

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-06-09 15:44


" Wahai Nabi ! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."

Allah Swt. memerintahkan Nabi saw. untuk menyampaikan suatu ketentuan kepada para Muslimah. Ketentuan yang ditetapkan kepada para wanita Mukmin itu adalah: yudnīna 'alayhinna min jalābībihinna (hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka).

Kata jalābīb merupakan bentuk jamak dari kata jilbāb.

Apakah pengertian jilbab?



Dalam kitab Al Mu'jam Al Wasith karya Dr. Ibrahim Anis (Kairo : Darul Maarif) halaman 128,
-Jilbab bermaksud sebagai "atas tsaubul musytamil 'alal jasadi kullihi" (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau "Ma yulbasu fauqa atas tsiyab kal milhafah" (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (baju terusan), atau "Al Mula`ah tasytamilu biha al mar`ah" (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Kamus Bahasa Arab : Al-Muhith, Muhammad bin Ya'qub al-Fairuz Abadi, Muassasatu ar-Risalah, Beirut Lebanon

-Pakaian yang lebar seperti terowong (tidak terpotong); gamis/jubah dan pakaian longgar untuk wanita serta dapat menutup pakaian wanita sehari-hari (atas-tsiyab, pakaian yang biasa dipakai di rumah bersama mahram atau wanita lain).

Kamus Mukhtaru ash-Shihhah

- Al-Jauhari menyatakan bahwa jilbab adalah pakaian yang disebut milhafah atau dikatakan mula-ah (mantel, kain penutup dari atas hingga bawah atau sekali masuk)

Jadi jelaslah bahawa yang diwajibkan atas wanita adalah mengenakan pakaian yang sekeping lurus ke bawah hingga mata kaki( Arab:milhafah/mula’ah) yang dikenakan sebagai pakaian luar (di dalamnya masih ada pakaian rumah atau pakaian sehari-hari(atas-tsiyab) tetapi bukan coli dan seluar dalam) lalu dihulurkan ke bawah hingga menutupi kedua kakinya.

Kewajipan jilbab dalam kehidupan umum

Untuk seruan pemakaian jilbab pada TMQ Al-Ahzab: 59, terdapat qarinah berupa hadits dari Ummu 'Athiyah yang menunjukkan bahwa Rasulullah SAW tidak bertolak ansur seorang wanita yang berada pada kehidupan umum (di luar rumah) dalam keadaan tidak mengenakan jilbab, dengan alasan tidak ada (sekalipun!). Hal ini menunjukkan bahwa pemakaian jilbab dalam kehidupan umum adalah WAJIB, sebab Rasulullah SAW sama sekali tidak bertolak ansur terhadap pelalaian suatu kewajiban.

Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk keluar pada Hari Fitri dan Adha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, maupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meninggalkan solat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslim. Maka Aku(Ummu 'Athiyah) bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab?" Rasulullah saw. menjawab, "Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (hari Muslim).

Berkaitan dengan hadits Ummu 'Athiyah ini, Syaikh Anwar Al-Kasymiri, dalam kitabnya Faidhul Bari, hanya I hal. 388, mengatakan : "Dapatlah difahami dari hadits ini, bahawa jilbab itu dituntut apabila seorang wanita keluar rumah, dan dia tidak boleh keluar jika tidak mengenakan jilbab."


Semoga mendapat pencerahan.


Bookmark and Share




  Member Information For nursyurgaProfil   Hantar PM kepada nursyurga   Quote dan BalasQuote

assiddiq
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.08.2009
Ahli No: 11167
Posting: 25
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 20:39


Pakai lah pakaian yang xmenampakkan bentuk badan dan di yakini tidak menimbulkan fitnah bagi siapa yang memandangnya..

Pakaian Takwa adalah sebaik-baik pakaian. Moga dalam redhaNya setniasa


-----------------
"Dengan Kehendak dan kuasaMu"
[ Telah diedit oleh: assiddiq pada 13-11-09 20:40 ]


Bookmark and Share




  Member Information For assiddiqProfil   Hantar PM kepada assiddiq   Pergi ke assiddiq's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-11-09 11:13


saya menjawab mengikut peredaran zaman JENIS KAIN sekarang2...

dari pakai jubah + tudung labuh + baju kurung yang nipis dan nampak 'isi', ada baiknya pakai kain jenis jeans @ seluar jeans yang straight cut...


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

zeti
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.06.2009
Ahli No: 10753
Posting: 56

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-11-09 09:41


salam semua

asalkan pakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna semasa keluar dari rumah dah ok kan...

jeans pula...ada yang besar, tebal dan tiada cutting..ok lah agaknya kalau nak pakai, selagi tak membuka aurat

tapi saya sendiri tak pakai jeans

mak tak bagi sebab katanya,''kalau hang pakai seluar jin, jin nak pakai apa??

hehheee :-D


Bookmark and Share




  Member Information For zetiProfil   Hantar PM kepada zeti   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-11-09 21:00


Pada 17-11-09 09:41 , zeti posting:

!!! QUOTE !!!

salam semua

''kalau hang pakai seluar jin, jin nak pakai apa??

hehheee :-D


jin pakai toncet....

ngeee~~~~~ :sopan: :sopan:


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 05-12-09 17:40


tudak kira lah, pakai jeans atau seluar biasa, janji longgar dan tutup aurat... pakai seluar atau jeans, tidak semestinya membawa perwatakan kasar... pucuk pangkal, diri sendiri


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» wajarkah wanita muslimah sarungkan jeans?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.211671 saat. Lajunya....