Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-06-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: harith
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13726

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Dari Galeri
Wif ma happy EVA FAMILY...!!me, ma dad, ma umi, kache...kakak la...tayko...my abang lew...dan dah little one...si buchuk...

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 3 hari yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Jika Tidak Kerana Cita2ku Luas...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Jika Tidak Kerana Cita2ku Luas...

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 3 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh Jika Tidak Kerana Cita2ku Luas...

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 04:14


ala..tamoo la hero mati...cam citer nustan lak..tak besh la nanti...buat la ending die dua² idup...baru syok!


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 10:37


syaiz kita buat happy endingla...bak kata nilamssarah xsyok kalo citer xhappy ending.cam cita industan plak......
******************************************
"Eh, betul ke apa yg kau ckpkan ni fizah?!kau jgn main2 ngan aku plak"....tempelak lis dng penuh kejutan....."ya, Allah lis buat apa la aku nak main2 benda2 cam ni..betul, lan masuk hospital....dengar2 teruk jugak kecederaannya.masuk wad icu...."terang fizah dlm kepayahan
******************************************
mendengar penjelasan fizah itu, fikiran lis jadi tak menentu.pelbagai persoalan bermain difikirannya."adakah disebabkan aku..?selamatkah lan nanti...?macam mana dgn kau ketika ni..?dptkah lagi utk aku bersua dgn lan lg nanti...?
******************************************
fizah macam mana aku nak buat ni...?pendapat kau adakah patut aku pegi tgk lan kat hospital?tapi kalau aku pegi mesti aku terserempak dgn rahmah pulak.ish macam mana ni....kesian fizah melihat keadaan lis..terpaksa mermain dgn perasaan antara kasih-sayang seorg sahabat dan kasih-sayang-sayang dr seorg lelaki....
******************************************

k...ana dah kering idea ni....leh sape2 tlg sambung plak yea...


-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

littleOne
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 25.04.2003
Ahli No: 507
Posting: 70
Dari: pearl island

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-06-03 18:43


dalam perjalanan ke hospital, lis teringatkan rahmah yg belum pasti mengetahui keadaan lan di hospital. dia tidak mempedulikan persengketaan yg wujud antara mereka. yg penting baginya hanyalah berita ttg lan sampai ke pangetahuan rahmah, insan yg amat menyayangi lan.lis lantas membelokkan keretanya ke kolej rahmah.

dalam masa yg sama, rahmah telah mengetahui kemalangan yg menimpa lan dan ingin memaklumkan kepada lis kerana baginya lis adalah org yg disayangi lan. rahmah telah dapat menerima hakikat tersebut. demi kebahagian lan dia sanggup mengorbankan cintanya terhadap lan.

dalam melayani perasaannya, rahmah telah memandu keretanya melebihi halaju maksimum yg telah ditetapkan oleh jabatan pengangkutan malaysia.

setibanya di satu selekoh menuju ke kolej lis, sebuah kereta yg dipandu dengan laju meluncur keluar dari sempadan jalan menyebabkan rahmah tidak sempat membuat brek kecemasan lantas merempuh dengan kejam kereta tersebut. "errrrkkkk... KeBaBooMMMM!!!!!"

di hospital, dua mangsa kemalangan ngeri yg tebaru di masukkan ke wad kecemasan yg sama. daripada maklumat yg diperoleh, identiti kedua-dua magsa tersebut adalah pelajar dari ipt yg sama dan nama mereka ialah: ........ Rahmah bt Rahman ..... dan ..... Liissss.

fizah mengetahui ttg kemalangan itu melalui berita di tv pada malam itu bergegas utk melawat mereka. dalam keadaan yg tidak bermaya, rahmah bertanya kpd fizah keadaan org yg berlanggar dgnnya. dalam teragak-agak, fizah memberitahu bhw org itu adalah kawan yg pernah menjadi sahabat karib rahmah, yakni lis yg kini sedang tenat bertarung dgn saki baki nafas yg masih ada. betapa terkejutnya rahmah mendengar perkhabaran tersebut. bagi nya itu adalah satu panahan kilat di dalam taufan yg ganas. rahmah meminta utk bertemu dgn lis krn ingin memohon maaf atas kerenggangan persahabatan yg berpunca dr pemikirannya yg tidak matang dlm membuat perhitungan keikhlasan lis dalam perhubungan mrk.

fizah memberitahu bhw lis hanya berada di katil di sebelah nya sahaja. menitis air mata rahmah pabila melihat keadaan lis yg terbujur kaku dgn nafas yg lemah. terpacul dari bibirnya kata "MAAFKAN RAHMAH, LIS. SEMUA INI SALAH RAHMAH YG TIDAK TAHU MENILAI MURNINYA HATI LIS MENYAYANGI RAHMAH SEPERTI MANA LIS MENYAYANGI DIRI LIS SENDIRI. MAAFKAN RAHMAH, LIS. MAAFKAN RAHMAH. ANDAINYA TAK SEMPAT BG RAHMAH MENDAPAT KEMAAFAN DR LIS, BETAPA BERDOSANYA RAHMAH KRN TELAH MENYAKITI HATI LIS."

lis tidak memberikan sebarang respon namun hanya air mata yg mengalir dr kelopak mata lis yg tertutup. betapa hati lis ingain menyatakan telah lama dia memaafkan rahmah krn terlalu menyayanginya. dia tahu rahmah merasai dia telah memaafkannya. tiba-tiba...... AAlllaaahhhh............ "tttttuuuuuuuuuuuutttttttttttttt........." "innalillah" terpacul kalimah suci dari lidah Fizah.

sementara itu rahmah pula mengalami kesesakan nafas yg teruk natijah dr peparunya yg rosak teruk akibat kemalangan tersebut. tidak sampai seminit lis meninggalkan alam fana ini, rahmah jua pergi menuju ke tempat abadi, tempat yg telah dijanjikan Allah di penghujung hidup setiap makhlukNya selepas mengucapkan kalimah syahadah.

lan yg terlantar di bilik sebelah juga mengalami gangguan pernafasan dan menghembuskan nafas terakhir dgn kalimah Allah.

pemergian mereka yg penuh tragis mengungkap sebuah kisah cinta dan persahabatan yg suci.

semoga roh mereka dirahmati Allah dan ditempatkan bersama org-org yg soleh.

--------------------------------

gunalah fikiran yg waras dlm membuat keputusan. jangan biarkan diri anda dikuasai oleh nafsu amarah. sesungguhnya org yg dikuasai amarah mudah dipengaruhi oleh syaitan nirrajiiim.

----ttttaaaaaaaaammmmmmmmmaaaaaaaaaaaaaattttttt----



Bookmark and Share




  Member Information For littleOneProfil   Hantar PM kepada littleOne   Quote dan BalasQuote

Lady_Iu
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1005
Posting: 58
Dari: JB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 09:55


uiks... dah tamat ke... baru nak sambung citer....
takpe2x...

-----------------
Usaha... doa... tawakal... :)


Bookmark and Share




  Member Information For Lady_IuProfil   Hantar PM kepada Lady_Iu   Quote dan BalasQuote

syaiz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 873
Posting: 51
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 10:41


la...cam ni ke citer dia ? leh tahan ye....em..kate nak hepi ending...dah jadi sad ending yg sedih2 sgt...papun aku suka ending nih....ingatkn hero je yg dimatikan...sekali tiga2 watak penting pun dimatikan...haha ..mesti ramai yg geram+sedih kan ? em...little one...nice to u........em...aku dh kat sabah nih....jahat tul aku..ari kedua dh cari cc...apepun...rasenya aku dh xaktif cam dlu...pepaham jelah...k...teruskan menulis...good lucky to u...


Bookmark and Share




  Member Information For syaizProfil   Hantar PM kepada syaiz   Pergi ke syaiz's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 19:20


la dah abis citer.....ingat nak sambung biar citer ni happy ending.....tup2 tiga3 watak dah mati......

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 22:15


ahaksss...silap tuh..citer nih sebenarnya belum abis lagi. yang mati hanya Rahmah dan Lan tapi Lis masih ada lagi kan..

mmm..cuba refer balik tajuk. kan berkisahkan tentang cita2, jadi perjalanan Lis masih panjang lagi.
ana rasa boleh sambung lagi nih.

thanks buat sahabat2 yang byk menyumbang idea, saje je ana tak nak tulih byk2 dalam topic nih sebab nak tengok idea kawan..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 22:42


ini dier citernye bermula dari awal;

Quote:
Al-kisah.........

******************************************
"Diriku rasa terhibur tatkala aku mengejar cita-citaku. Jika tidak kerana cita-citaku luas, pasti dunia ini terasa sempit."

******************************************

Dia berjalan dengan langkah yang longlai. Slip keputusan peperiksaan semester pertama ditatapnya dengan wajah mencuka. Harapannya untuk mendapat keputusan cemerlang 3.5 pointer ke atas tidak tercapai....

Terbayang di ruang ingatannya, akan wajah ibunya yang penuh dengan harapan menggunung sebelum dia melangkah keluar dari rumahnya pagi tadi.

"Ummi, Lis pergi dulu ye. Ummi doakan Lis dapatkan keputusan yang baik. Assalamualaikum, ummi.."

"ooo Tuhan, aku telah berusaha ya Allah...namun aku tak mampu mengatasi segala kehendakMu... mungkin ada hikmahnya untuk ku di sebalik kegagalan yang Kau berikan.." bisik Lis di dalam hatinya.

Walaupun hatinya terasa sayu merenung slip di tangannya, namun Mukhlisatul Hasanah tetap redha dengan segala ketetapan Allah buat dirinya. Gadis itu berusaha memujuk hatinya.

Di dalam hati tidak lain hanyalah hendak menggembirakan hati ummi dan abahnya yang telah banyak berkorban wang ringgit, masa bahkan tenaga mereka demi membesar dan menyekolahkan adik-beradiknya yang seramai 10 orang. Walaupun mempunyai 2 orang abang di atasnya, namun sebagai anak perempuan sulung dalam keluarga dia tetap mahu memberikan contoh terbaik buat adik-adiknya.

******************************************

Besar harapan ummi dan abahnya untuk melihat anak gadis mereka yang berumur 20 tahun itu menjadi seorang doktor. Lis gagal untuk menyempurnakan hasrat kedua mereka apabila keputusan SPMnya tidak cemerlang. Walaupun 5A bagi pelajar sains dikira bagus, namun tidak layak untuk Lis mengambil bidang perubatan apatah lagi impiannya adalah untuk belajar perubatan di Timur Tengah.

Alhamdulillah..rezeki Allah buat dirinya. Lis diterima masuk ke sebuah Pusat Matrikulasi. Di sana....

-----------------------
disana dia bertemu dgn pelbagai manusia yang mempunyai pelbagai ragam..tiap satu mempunyai keunikkan nya tersendiri...

ketika Lis menjejak kakinya kesan..dia sudah memasang satu cita-cita.."cita-cita dan azamku perlu dirialisasikan dan ditunaikan...Dengan namaMU Ya Allah, aku melangkah menuju medan ilmu yang terbentang luas..",bisik Lis di dalam hatinya.....

-------------------------------------
Kini perjuangannya sebagai seorang siswi bermula.. dari hari pertama, berhadapan dgn senior dan seminggu kemudian berhadapan dgn karenah2 lecturer pasti memenatkan.., namun bagi Lis semua itu hanya dugaan dunia.. apa yang dia tahu hatinya kini sudah mula terpaut dengan ilmu dan cita-cita yang di cari...

hampir 2 bulan masa berlalu.....masa seolaha-olah melarikan diri dari realiti kehidupan yang sebenarnya, namun bagi Lis segalanya pasti...

sedang asyik dia meneliti assignment yang diberi oleh lecturernya, tiba-tiba.....

--------------------------------
sedang di asyik meneliti assignment yang diberi oleh lecturer, tiba-tiba dia dikejutkan dengan hempasan buku di atas mejanya. Dia mendongakkan kepalanya. Kelihatan muka Rahmah , teman sebiliknya merah menyala-nyala dengan kemarahan. Bola matanya membsar memandang ke arah Lis. Lis yang masih lagi terkejut terus tergamam dengan tingkah sahabatnya itu.

"Apahalnya pulak si Rahmah ni..." bisik Lis dalam hatinya. Terganggu konsentrasi untuk membaca apatah lagi assignment tersebut harus dihantar dalam minggu ini.

"Hei, Lis..sampai hati kau buat aku macam ni. tak sangka.. selama ni aku anggap kau kawan tapi kau buat aku di belakang, ye...aku tau la aku tak sebaik kau tapi sekurang-kurangnya aku tak buat buruk tentang orang lain !" jerit Rahmah dengan kemarahan yang menbuak-buak.

Lis tergamam....Astagfirullah al-'azim..

******************************************
Lis tergamam....Astagfirullah al-'azim.. hanya kalam itu yang mampu terucap. "Rahmah, kenapa marah-marah ni ? Apa salah Lis ?" Lis membuahkan bicara lembut walaupun diherdik sebegitu rupa. "Ah ! Kau ingat kau tu siapa.. Usah berpura-pura lagi ! Kau ingat dengan rupa baik kau tu, aku akan percaya ! Dulu, mungkin ya ! Tapi sekarang... tak mungkin ! Tak mungkin Lis ! Kau menodai kepercayaan aku kepada kau selama ini ! Aku harap perjalanan persahabatan kita, terputus di sini saja ! Saat ini, jam ini, hari ini... kita bukan lagi kawan !" baris-baris lancar diucap temannya,Rahmah. Lis terkebil-kebil. Rasa sedih menusuk sukmanya. "Apa salah aku ?" persoalan itu bermain-main di mindanya. Fikirannya tak tenang. Assignment di depan matanya tidak dapat ditumpu lagi.

Keesokan hari...

Lis masih kebingungan dgn tindakan Rahmah.Dia mencari-cari kesilapannya sepanjang persahabatan mereka.Tetapi,hanya tanda soal yg mampu dilihat diruang fikirannya.

Apa salah aku?',bisik Lis di dalam hatinya.Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang memanggil namanya.Dia menoleh kebelakang,dan dilihatnya Fizah sedang berlari-lari anak menuju kearahnya.

"Kenapa dgn kau nie, Fizah?",tanya Lis.Fizah yg masih tercungap-cungap itu,masih belum dapat berkata apa-apa.
"Rahmah ada datang jumpa kau ke?",tanya Fizah dgn tercungap2.Lis hanya mengangguk lemah."Dia kata apa kat kau?",tanya Fizah lagi.
"entahlah,aku pun tak faham,tiba2 je..dia mengamuk maut kat aku.Then,dia kata.saat ni.jam ni,hari ni...kita bukan lagi kawan!.Fuh..terkejut jugak aku!tapi..dia tgh marah tu..tak pelah.Tapi..apa salah aku,kan?",tnay nya kpd Fizah dgn muka yg berkerut seribu.
"Kau nak tahu apasal?",Lis mengangguk dgn cepat."sbbnya,Lan putuskan hubungan mrk!".
"Tapi,Fizah..apa kena-mengenanya aku dgn diorang berdua tu?",tanya Fizah kehairanan.
"Sbbnya lagi...Lan dah jatuh hati kat kau!".
"What??!!.Kau jgn bergurau,fizah.Aku tak suka pasal benda jatuh hati,jatuh hati nie!!".
"Ya Allah,apa faedahnya aku nak bohong kau!So..kau nak buat apa sekarang nie.Nak cekik-cekik ke..si Lan tu..sbb jatuh hati kat kau?".
Lis bagai tidak percaya dgn sebab yg dinyatakan oleh Fizah itu.'lan,jatuh hati kat aku?Buang tebiat ke..mamat tu?!',soalnya di dalam hati.

..........................................
Cinta seorang jejaka ?? Ah ! Tak mungkin ! Tak mungkin ! Aku masih buta dalam soal percintaan ini. Cita-citaku masih luas.. aku tak mahu menanggung risiko cinta. Kerana cinta, sudah ramai kwanku yang terjerat ! Masing-masing dengan haluan masing-masing. Saat kebingungan ini, mengenangkannya pada ummi. "Ummi ! Apa harus Lis buat ?" pertanyaan yang tak mungkin dapat dijawab terpacul keluar dari bibir manis gadis 20-an ini.

**************************************

Tanpa berfikir panjang dia menuju ke perpustakaan untuk mencari insan yang menyebabkan dia dan teman akrabnya bergaduh. "Lan, apa kau buat ni ? Kenapa kau putuskan perhubungan kau dengan Rahmah ? Apa salah dia ?" Aku tanya tanpa henti. Geram mengasak nuraniku. Ada juga berbaur perasaan kecewa. " Tapi Lis.. aku.. " bicaranya tersekat. Kornea matanya merenung tepat ke arahku. Saat itu membuatkan aku tambah geram. Rasa diriku dicabar ! " Lan, umur aku baru setahun jagung untuk menghadapi soal percintaan. Tolonglah.. lepaskan aku dari jerat ini ! Aku datang ke sini, bukan untuk bercinta, tapi untuk belajar ! Belajar, Lan ! Belajar ! Akulah harapan kedua-ibubapaku. Tanpaku, siapa lagi yang dapat mereka harapkan ?" Bibirku terus lancang berbicara. Segala peraaanku aku lepaskan jauh-jauh.

Suasana sunyi. Masing-masing diam seribu bahasa. Tanpa disedari, Rahmah.....

Tanpa disedari Rahmah datang meluru kearah mereka.

"oooo...benarlah bagai yg dikata,rupanya2 dua2 tak bertepuk sebelah tangan.",kata Rahmah dgn nada sinis sekali.Lis terkedu dgn kata2 Rahmah.Dia bagai kehilangan butir bicara,apabila Rahmah berkata begitu.

"Rahmah,tolong jgn ganggu kami.Kami sdg ada hal peribadi nie!",kata Lan dgn nada yg begitu rendah sekali.Dia bimbang orang lain akan dapat mendengar perbualan mereka.

"Lis..'hal perbadi' apa tu?",tanya Rahmah dgn penuh sindiran."tak sangka,budak kuat study ,macam kau nie pun..ada hati nak jatuh cinta.Tapi..yg paling kesian sekali tu,macam dah tak ada lelaki lain kat kolej nie kan?!'Pakwe' aku pun jadilah...".

"Rahmah,could you please mind your words.Jangan buat aku hilang sabar.kalau kau terus-terusan menuduh aku,tiada gunanya.aku tak ada apa2 dgn Lan.percayalah!"

"Percaya?Percaya kat kau?!.Sorry lah..aku,takkan percaya kat kau sampai bila2.Talam dua muka!",tuduh Rahmah terus pergi dari situ.

Lis benar2 rasa tertekan dgn apa yg terjadi katas dirinya.Dia seolah menemui jalan buntu,bagi menyelesaikan masalahnya dgn Rahmah.Adakah masih ada jalan lagi,utk dia membela diri dan menjalinkan kembali ukhwah fillah nya dgn Rahmah?!.

Ah...Rahmah,masakan hanya kerana seorang lelaki..kita bertengkar sebegini rupa?!Lis mengalirkan airmatanya.Ya Allah..ku mohon pertunjuk Mu,Bnatulah hamba Mu yg memerlukan bantuan Mu.....
****************

tatkala itu hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang terdetik di sudut hati ini... "YA Allah aku ke sini untuk meneruskan perjuangan ku..bukan untuk ini. mengapa ini yang terjadi YA Allah..??" tanpa disedari air mata lis mengalir..mengalir sepi bersama hatinya yang terluka.....

Lan kaget, tak diketahui apa yang perlu dilakukan.. dihatinya terdetik,"alangkah bodohnya aku.Kenapa aku tak nampak ini akan terjadi...tapi kenapa?... argg!!!", Lan menjerit di dalam hati....

Dengan wajahnya yang sayu, Lis memalingkan mukanya mengahdap Lan...."Lan lihatlah apa yang terjadi sekarang.....kenapa..kenapa.......???" tanpa menunggu jawapan dari LAn.. lis terus keluar dari perpustakaan.Lis ingin lari.., kari dari segala-galanya... tapi mampukah dirinya....dan sampai bila?

Setelah seminggu berlalu dengan penuh kepayahan akibat sengketa mereka...akhirnya Lis membuat keputusan untuk berterus-terang kepada Rahmah.Namun apakah mampu dia untuk menghadapi api kemarahan yang membara di dada sahabatnya itu....terselit rasa kesal di hatinya...hanya kerana salah sangka, persahabatan mereka yang telah lama terjalin menjadi porak-peranda.Dia cuba untuk mencari kekuatan untuk bertemu dengan Rahmah, baginya tak perlulah persengketaan ini berpanjangan memandangkan impian dan matlamatnya adalah cita-cita bukan cinta....

"Rahmah,aku minta maaf" bicaraku kepadanya ketika kami berjumpa diperpustakaan.Itupun secara tidak sengaja.Dia cuba mengelak tapi aku gagahkan juga diriku menghalangnya.Masalah kami mesti disetelkan secepat mungkin.Aku tidak mahu ianya menjadi kudis dalam hatiku yang akan bernanah setiap masa.

"Minta maaf ? Tentang apa? Aku tak faham.Kau tak nampak aku tengah buat apa,aku tak ada masa nak selesai masalah kaui itu !" jawabnya angkuh dengan selamba lantas tersenyum sinis padaku.Senyuman itu seakan membunuh segala perlakuannya yang baik semenjak kami menjadi sahabat buat sekian lama.Tidak kusangka persahabatan ini akan menjadi 'angin' dlm perantauan mengejar ilmu dan segulung ijazah.

Tidak kusangka persahabatan ini akan menjadi 'angin' dlm perantauan mengejar ilmu dan segulung ijazah. Tidak kusangka sahabat yang benar-benar aku anggap sebagai sahabat sejati sanggup melempar kepercayaannya kepadaku. Sekali lagi, air mataku menitis:membasahi bumi perpustakaan di institut pengajian yang kemungkinan akan meninggalkan seribu nostalgia dalam kehidupanku. "Hei, Lis ! Jangan kau buat muka kasihan di sini ! Aku tak mungkin lupa atas apa yg kau buat pada aku ! Aku tak mungkin lupa air mata yang kau curah semata-mata ingin mendapatkan kepercayaan aku kembali ! Tak mungkin, Lis ! Tak mungkin !" Nada suaranya semakin lama, semakin berbisa hingga menusuk jiwaku yang telah bernanah. "Rahmah, aku temanmu. Aku tak pernah meramapas apa-apa daripada kau melainkan kasih-sayang kau selama ini. Kasih-sayang kau selama inilah yang aku rampas ! Bukan teman lelakimu, Lan. Dalam hatiku, hanya ada matlamat kejayaan untuk ummi, walid, keluarga termasuk juga kau, Rahmah ! Kau ! Namun, aku tak sangka kerana seorang lelaki, kau sanggup mengoyak persuratan persahabatan kita selama ini. Biarpun begitu, aku tak rela perkara ini berterusan. Aku amat sayangkan persahabatan yang kita bina ni, Rahmah. Tolonglah.. seandainya aku yang melukakakan hati kau, maafkanlah aku" Begitu panjang bicaraku berbicara. Rahmah hanya membisu. Mataku tertumpu pada Lan yang baru sahaja melangkah masuk ke perpusakaan. Dia seraya menuju ke arah kami lalu...

"hmmm tu buah hati kau dah sampai.... ", kata ramlah pada LIs...."ramlah, percayalah pada aku bukan kasih sayang dia yang aku rindui.., bukan senyumannya yang aku rindui.. namun kasih sayang ,senyuman dan gelak ketawamu yang aku rindui......percayalah ramlah, percayalah", Lis berterus mengatakan kebenarnya,......

Lan yang tidak sanggup melihat apa yang berlaku mula bersuara, "Rahmah, maafkan lah lis.Lis tidak bersalah dalam hal ini, tapi aku..aku yang bersalah.Aku telah dicabar oleh Roy utk meninggalkan kau dan cuba memikat LIs.....dalam masa itu aku mula tertarik hati...tapi tidak sehingga ingin memutuskan hubungan dgn kau..", percayalah rahmah....

rahmah masih diam membisu.., hatinya mula keliru. dia taidak tahu apa yang perlu di lakukan..hati kecilnya mengakui bahawa dia juga rindu pada Lis..rindu akan kemesraan lalu..rindu akan kasih sayang yang ada satu masa dulu, rindu akan senyuman Lis yang manis itu...namun kehadiran warkah keramat itu membuatkan dia marah.., mengamok dll..

"tidak aku tak percaya itu semua",tiba-tiba rahmah berkata.rahmah segera mengeluarkan sesuatau dari failnya....."nah! nie surat siapa, siapa yang menulis warkah ini padaku lan..siapa?",rahmah terus bersuara......

Lan terus kaku melihat warkah itu...warkah biru yang sudah keromot......

Lis perlahan-lahan mengambil warkah itu daripada tangan Rahmah....dibacanya satu persatu tulisan yang telah mengganggu gugat persahabatan mereka itu.......

------
Lis,
Sebenarnya sudah lama ingin aku mengisi ruang kosong di hatimu....Sudikah kau menerima diriku ini sebagai penghias taman indah hatimu itu?

Yang mengharap,
Lan

-------

Terdiam kaku Lis membaca warkah itu..tidak disangkanya lan sanggup bertindak sejauh itu memandangkan dia hanya sekadar bersahabat sahaja dgn Lan..tambahan lagi Rahmah ialah pilihan hati Lan seperti yg telah Lis ketahui....pasti ada ssuatu di sebalik warkah ini yang mampu menjelaskan sesuatu...Lis cuma berdoa Lan ada alasan yg baik utk menjernihkan hubungannya dgn Rahmah....
Hanya cinta Allah yg kuharapkan dalam diriku......perjalananku masih panjang....masih byk liku-liku dan cabaran perlu aku hadapi.....

Lis duduk termangu di atas tikar sejadahnya. Puas hatinya dapat mengadu dan meluahkan segalanya di hadapan Allah yang maha mengetahui segalanya.

Lis terasa dirinya bagaikan orang bodoh kerana terperangkap dalam masalah hati dan perasaan yang telah menimbulkan sengketa berpanjangan walaupun hakikat sebenar bukanlah bermula dari dirinya. Kekecewaan yang bersarang di hatinya kerana tuduhan Rahmah dan tindakan Lan yang tidak bijak dalam menyahut cabaran Roy menyebabkan hati Lis betul2 remuk. Apatah lagi keputusan peperiksaan percubaan, untuk final semester 2 di matrik ini merosot disebabkan masalah ini. Final exam tinggal lebih kurang 3 bulan sahaja lagi.

Lis malu...malu pada Allah...malu pada kawan2 yang tahu masalah remeh dia, Rahmah dan Lan... malu pada ummi dan walid kerana keputusannya yang merosot. "Malunya aku kalau ummi dan walid tahu anaknya ini terlibat dalam sengketa cinta manusia," bisik Lis dalam sedu.

"Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati sahabatku agar ia dapat menilai semula persahabatan kami. Ya Allah, betapa hanya Engkau yang tahu segala isi hatiku. Aku mohon keampunanMu seandainya ada dosa2 padaMu yang menyebabkan ujianMu terhadapku. tapi aku redha ya Allah, seandainya dengan ujianMu ini menghapuskan dosa2 silamku. Luruskan hatiku dalam agamaMu dan berikanlah kekuatan kepadaku dalam meneruskan perjuangan ini. Ya Allah, Kau tunjukkanlah kebenaranMu. hanya padaMU aku mengadu dan berserah," suara Lis semakin tenggelam dalam sedunya...air mata membasahi pipinya.

"tok! tok!...Lis tersentak. Pintu biliknya diketuk orang. Segera dia mengesat air matanya lantas melipat sejadah dan telekung sembahyangnya. "sekejap ye..." sahut Lis tergesa menuju ke pintu.

tombol pintu dipulasnya. "Lis....." Rahmah bersuara dengan nada lemah dan sayu...

Fizah, jom teman aku bincang ngan Rahmah tu... Ni tak boleh jadi nie...Lis bingkas dan mengemas semua buku-buku rujukannya. Hatinya tak senang, duduk tak selesa dan fikiran buntu untuk menyiapkan assignment...selagi tak di bawa berbincang perkara tu dengan teman rapatnya yang baru mengamuk itu...

Lis membuka pintu, Lan menolak pintu...Aduh! jerit Lis...

Lan......

Lis...tiba-tiba jadi kelu untuk berkata-kata dengan sahabat karib nya itu...

Lis kau tak apa-apa...maaf lan tak nampak tadi...Lan menghampiri Lis dan memeriksa dahi Lis

Aku tak apa-apa lah....

Mengapa dengan kau ni...?

Fizah hanya tersenyum melihat gelagat Lan yang gelabah

Lis dengar sini..., Lan suka kat Lis..., Lan Sayang kat Lis..., Lan Cintakan Lis...

Lis tergelak dengan lawak dari Lan itu. Cuba kau bagitau aku, skrip cerita mana pulak yang kau ciplak kali nie...?

Lis...Lan serius...Lan dah lama menaruh hati pada Lis...Lan cintakan Lis...
Lan...Lan...tak nak BERLAKON lagi...Lan mau Lis tau hari nie..

Lis tergamam apabila dirasakan ada kelainan pada cara Lan mempraktikkan SKRIP LAKOANNNYA itu. Renungan mata Lan menusuk ke benak...

Lan dan Lis saling bertentang...sesaat..dua saat...tiga..saat

Rahmah sudah lama di situ, menyaksikan semua SKETSA tersebut...

Lis baru perasan... Lan baru nampak... Fizah baru tau...

Lis pandang Rahmah...,
Rahmah menentang Lis, Rahmah menentang Lan dengan penuh kebencian...

Mata rahmah berkaca, Rahmah berlari keluar dari bilik itu, Lis melangkah untuk mengejar, Lan menarik tangan Lis...

********

Mata rahmah berkaca, Rahmah berlari keluar dari bilik itu, Lis melangkah untuk mengejar, Lan menarik tangan Lis..

Lis rentap kembali tangan Lan. 'Tak tahu batas ke',gumam hatinya. Nekad, Lis mahu mengejar Rahmah. Lis tidak mahu Rahmah, Fizah atau sesiapa jua salah faham dengannya.

**********

"ah, ni tak boleh jadi ni!.....guman Lis dalam hati..aku mesti bagitau perkara yg sebenarnya pada rahmah...."lepaskan tangan aku lan...!jerit lis dng suara yg tinggi... sudah hilang kesabarannya terhadap lelaki itu.....Lan seakan terpana seketika dgn tindakan Lis itu....seakan tersedar dari mimpi, perlahan-lahan Lan melepaskan tangan Lis....
******************************************
tanpa membuang masa lagi Lis terus keluar dari bilik itu...hanya satu didalam fikirannya...aku mesti selesaikan hal ini hari ini juga..sudah tak tertanggung rasanya lagi untuk LIs menanggungnya...dia sudah penat, letih....padahal banyak lagi benda yg harus dipikirkan drpmasalah ini......
******************************************
"mana aku nak cari rahmah ni...." sedang dia berpikir....."hah..aku tau mana dia berada ketika ini...sememangnya Lis sudah masak benar dgn perangai rahmah.bila saja Rahmah ada masalah, pasti ke tempat itu yg ditujuinya...tanpa membuang masa LIs mempercepatkan langkahnya....Lis takut sesaat dia terlewat, selama2nya dia akan kehilangan Rahimah dr sisinya....
******************************************
dr kejahuhan Lis nampak Rahimah seorg diri ditaman itu....perlahan2 dia menghampiri Rahimah.sambil dlm hatinya berdoa...."ya Allah.kau berilah kekuatan pada hambamu ini....". "Assalamualaikum." seakan terkejut dari lamunan, Rahimah berpaling. "hah kau lagi"! marah Rahimah dlm hati....serasa xingin lagi utk dia menatap wajah yg menghancurkan kepercayaannya itu."apa yg kau nak lagi ah....!xcukup lagikah kau menghancurkan hati aku?...kenapa kau dtg sini...?kenapa kau tak pergi saja pada kekasih kau tu....?kenapa..kenapa...?
******************************************
"rahimah. dgr dulu apa yg aku nak jelaskan ini....sebenarnya...." tidak sempat utk LIs menghabiskan ayatnya itu....."nak jelaskan apa lagi...dah terang2, dan jelas apa yg aku lihat tadi...amboi bukan main mesra lagi....berpegang2 pulak tu....!"aku rasa mata aku ni masih belum buta lagi utk aku nafikan itu semua LIs...."
"ya, Allah..!bagai terasa disiat2 hatinya ketika itu bila mendengar Rahmah menuduhnya begitu....
"rahmah.apa yg kau lihat itu bukannya rialiti yg sebenarnya....masa itu aku!aku! lan!lan!.....ah..!mengapa payah benar utk LIs mengungkapkan kebenaran.....bagai ada sesuatu yg menyekat kerongkongnya ketika itu.....
******************************************

Benar.aku tidak tahu kenapa begitu sukar untuk aku mengungkapkan buah-buah kepercayaan kepada Rahmah.seprti ade 5 buah gunung everest dan sedalam tasik baikal yang menghalang aku untuk memperjelas keadaan yang pasti.AKu tahu,tetapi entah kenapa aku agak sukar untuk berkatakata.

"Rahmah..percayalah..aku tak ada apa-apa dengan lan..." akhirnya aku berjaya melafazkan kata-kata itu setelah berpenat lelah berperang dgn keadaan dan hatiku demi sebuah kedamaian tiga hati.Aku , rahmah dan lan.

"Kenapa aku kena percaya pada kau ! Kenapa ? Bagi aku alasan yang cukup mudah untuk aku mempercayai kau..!!" jawab rahmah membalas kepercayaanku.

"AKu tahu , sukar untuk kau mempercayai apa yang berlaku,tapi ketahuilah...aku tidak tahu tentang perasaan lan.Aku tidak tahu ini yang bakal terjadi.Aku juga tidak tahu lan akan bertindak jauh sedemikian.Aki juga tidak tahu persahabatan kita akan retak kerana seorang lelaki.Aku tidak tahu....."

Rahmah hanya senyap sahaja.Hanya airmata ketika itu menjadi perbualan.AKu dan rahmah.KEdua-duanya menangis.Menangis sebagai salah satu penyelesaian sebuah persengkataan.Satu kedamaian yang aku dan rahmah cari.Dengan menangis sahaja mungkin penyelesaian dapat ditamatkan.

"Lis..andai kata aku mempercayaimu sekalipun,agar sukar aku untuk menerimamu sebagai sahabat lagi.Lan pasti tidak aku menjadi ikatan hatiku lagi.Lis..aku tahu aku pun tidak minta keadaan ini berlaku.Tapi keadaan tetap memaksa aku sebegini.DAn aku akur kepada keadaan.AKu tidak dapat menerima kau sekarang.Mungkin esok luas...atau setahun...dua tahun..atau 10 tahun..baru aku dapat kembali menjadi sahabat sejatimu lagi...entah...wlpun aku percaya dengan kau lebih kepada kau percaya diriku sendiri..tapi...aku tidak dapat menerima kenyataan ini....."

"Rahmah...."tangisanku semakin kuat melihat penjelasannya yang bakal membunuh persahabatan kami sekian lama ini.

"Lis...andai kata kau tidak menyukai lan...itu bukan masalah aku.Tapi..buat masa sekarang..lebih baik kita tidak berjumpa.Aku tidak mahu kudis yang kian bernanah ini terus menerus menyerangku.Mungkin akan timbul barah masalah yang lebih menakutkan."itu antara ungkapan terakhir yang aku dengar dari mulut ikhlasnya.

"KEnapa rahmah..kenapa ini yang terjadi ?"

"Jangan disalahkan keadaan LIs...aku pun tidak mahu ini terjadi...tetapi aku tetap tidak dapat menerima keadaan ini...jangan dipersoalankan..mustahil sekali bubur dapat kembali menjadi nasi....agak mustahil sekali...gagak hitam menjadi putih...jangan dipertikaikan...ada hikmahnya...dan..."jelasnya sambil bangun untuk meninggalkanku.

"Dan ?"

"Terimalah lan...dia terlalu menyintaimu.Aku tahu.Setelah berada lama disampingnya,tidak pernah aku melihatnya begitu bersungguh sekalipun dlam apa jua keadaan sekalipun.Kau sungguh istimewa baginya.Aku sudah perasan dari dlu.Cuma aku pendam sahaja.Kerana aku juga pernah rasa perasaan mencintai orang yang amat kita sukai.Mungkin ini masanya buat kau..."

"Rahmah......tidak..."aku tidak sangka itu yang bakal diucapkan dari mulutnya.Berlainnan sekali dengan Rahmah yang sebelum ini.Rahmah bukan seorang yg mudah mengaku kalah.Tapi,kali ini aku terasa begitu berbeza sekali.Mengapa ?

"Tapi RAhmah..aku tidak pernah mencintai lan.."

"So...belajarlah bercinta..."

"belajar bercintaa???? macammaner? aku x reti!" aku kebingungan..

****************************************
"belajar bercinta.....?" lis jadi bingung memikirkan kata2 rahmah itu.....cinta...?ada apa dengan cinta...?sedangkan cinta Aku pada Allah masih lagi tidak pasti...masih lagi aku tercari2 cinta Allah, inikan pula nak belajar mencintai manusia..?"
******************************************
"rahmah kau jgn cakap camtu. aku tak sanggup menggadaikan ikatan persahabatan antara kita ini kerana seorg lelaki...." mah aku nak kau pikir balik kata2 kau ini...tapi bkn sekarang aku perlukan jawapannya..aku bagi masa pada kau...bila kau dah bersedia kau dtg jumpa aku...take your time key...
aku pergi dulu. assalamualaikum...."
******************************************
mendengar penjelasan drp lis itu, rahmah menjadi bertambah keliru.keliru memikirkan perasaan sendiri dengan perassan kasih antara sahabat....
"ah....persetan ...!"jerit rahmah dalam hati.....
******************************************

"ah..persetan..!!"jerit Rahmah dalam hati...
"Tapi ada sesuatu yang mengelirukan fikirannya..kenapa Lis berkata begitu...tidakkah Lis ingin disayangi..tidakkah Lis ingin dicintai..oleh seorang jejaka yang sedia menghulurkan kasih buatnya.."Ramlah terus bermonolog.bingung dia memikirkannya...

"LIS !" terdengar satu suara jeritan yang agak kuat dari satu penjuru didalam librari sunyi ini.mujurlah hanya dua tiga org sahaja pada ketika ini.Klau tidak malu aku.

"Siapalah yang kurang beradab nih"lantas kupaling lemah kepalaku yang amat berat memikirkan begitu byk masalah.

"Lan ?!!" satu lagi dugaan yang agak sukar untuk diterima pada waktu itu.

"Lis...Lis...Lan ..Lan..."gagapnya.Aku hanya tersenyum melihatnya tercungap-cungap sambil cuba menarik nafas segar aircond librari ini.sejuk.

"Kenapa dengan kau nih,Lan.Cuba bawak bertenang sikit.Malu kalau orang lain nampak."jelasku lembut sambil tersenyum.AKu tak tahu kenapa petang ini aku berlembut dengannya.Entah.Puas ku terokai otakku yang tidak sampai 16% luasnya.tetap tidak menjumpai satu alasan logik dan munasabah untuk menjawap kembali soalan yg tak relevan ini.

"Em....camni..."tarik nafasnya panjang.Lantas duduk dihadapanku.

"Kenapa cari Lis ?"

"Sebab Lan hendak berterus terang pada LIs yang...yang" gagapnya datang balik apabila hendak mengucapkan ayat yg kupasti penting juglah..

"Yang apa , lan?"

"Tak ada apa-apa.LIs dah makan ?"

Satu soalan yang agak tak sesuai sangat-sangat ditanya pd waktu ini.Tak ada soalan lain ke ?

"Lan..LIs dah makan.Kenapa ? LAn nak belanja ke ?"

"eh..kalau dah makan ,buat apa Lan nak belanja makan.Membazir je.Kan amalan syaitan tuh..."

LAgi pening kepala aku.Apa yang dia nak pada aku ni.Sudah byk masalah antara aku dan dia yang membuatkan aku rase ingin membuangnya dari kehidupan nyata aku.BIarlah dia hanya muncul dalam imaginasi aku sahaja.

"Lis ,lan nak mintak tlong tunjukkan camna nak settlekan soalan Fizik nih,leh kan ?"soalnya sambil menghulurkan satu set buku soalan fizk kepadaku.

"Lan...stret tu da point..Lis ada byk kerja nih.Jangan nak main2 pula.Apa halnya ni.Takkan sekadar nak tanya soalan fizik pada Lis.LAn sendiri lebih pandai dari Lis dalam fizik bukan ?"

"Fine..kalau itu yg lis mahu.."

"Apa dia " sambila aku kembali menulis sesuatu di atas buku kerjaku.Tunjuk sibuk konon.Padahal hatiku sudah dapat mengagak isi perbualan yang bakal diucapkan sebentar lagi.Cuma aku tidak tahu,agakan aku itu hanya tepat 5% sahaja.Yang pasti aku amat terkejut dan sedih pada petang bersejarah itu.

"LIs,Lan suka pada Lis.Sejak dari kita tingkatan Empat lagi.DAn terus menerus sehingga ke sini.Lan tak pernah menipu.Cuma Lan sukar untuk mengucapkannya pada Lis dengan sebenar-benarnya.BUkan bermakna Lan ingin mempermainkan perasaan Lis atau Rahmah sekalipun tapi Lan betul2 ingin mencari waktu yang sesuai untuk memperjelas keadaan.Tapi keadaan pula yang tidak mengizinkan.Jadi,Lan terpaksa mengikut arus keadaan.Er...Lis faham ke ? Takpelah..Lan pun tak harap LIs faham,"ucapnya panjang lebar.Hampir sahaja aku menangis melihat pengakuaannya yg ikhlas itu.terjatuh penselku apabila aku terkaku seketika memandangnya.KUlihat dia begitu tenang sekali mengucapkannya.Ya..bagiku dia cukup ikhlas.

Wajarkah aku menerimanya sedangkan aku masih berteka teki tentang perasaan dan hatiku.Rahmah sudah pergi meninggalkan aku.Separuh hati sedihku sudah dibawa pergi olehnya.Lemah daya jantungku untuk berdenyut.Kupasti darah memang kurang cukup untuk dipam ke segenap badanku.Mungkin kerana oksigen yang tidak mencukupi.Tetapi, itu amat mustahil.Mengapa bertambah aku memikirkan perasaanku ini ,semakin sakit benar otakku...benakku..jiwaku..hatiku...dan batinku.Mengapa?

"Lis faham..tapi..."

"TApi apa LIs ?"

"Apa yang LAn mahu dari LIs ? Sebuah cinta ?"

"Lis.Sukar sekali bagi diri Lan untuk memperjelas.Tapi percayalah,cinta Lan pada LIs bukan sekadar permainan.Lan kenal LIs.Lan juga percaya Lis juga pernah mencintai Lan.Cuma LIs tidak sedar sahaja.Lan juga percaya bahwa LIs juga ambil berat tentang diri Lan.Cuma Lis tidak mahu mengakuinya.LAn juga tahu bahawa selalu mengambil tahu tentang aktiviti Lan..tetapi LIs tidak memberitahu sesiapa dan mengapa LIs berbuat demikian.Benar bukan ? Lan tahu apa yang bermain pada fikiran Lis..."

"Mengapa...benar..aku pernah memikirkan itu semua.Tapi ianya hanya singgahan sementara pada waktu indah itu.Tidak kusangka ianya menjadi senjata bagi Lan untuk memancing perasaaanku.Aku tahu aku hampir tewas dengan pujuk rayunya.Aku hampir gagal mengawal hatiku yang dahagakan kasih sayang...

"Tapi Lan..meskipun benar apa yang Lan cakapkan.Lis tetap mengatakan tidak.Lis belum bersedia..."

"Lis...itupun sudah memadai buat Lan.LAn tahu biarpun sebesar huma cinta LIs pada Lan..itu sudah lebih dari cukup buat Lan.Lan tetap mencintai LIs.Tapi mungkin LIs pernah dengar cerita bahawa..cinta tak semestinya memliki.MUngkin ini sesuai buat keadaan kita.Mungkin sekarang bukan waktu LAn untuk memiliki LIs...mungkin esok...lusa...setahun...dua tahun..atau 10 tahun..baru Lan berjaya membuka hati Lis menerima Lan.Siapa tahu ?

Luruh hatiku menerima ucapan orang yang mencintai aku sepenuh hati.Aku sedih kenapa ini yang terjadi padaku.Aku gembira kerana aku masih dicintai oleh insan bergelar manusia.Walaupn aku selalu mengatakan ci ntaku hanya untuk Khaliq sahaja..tetapi aku tidak dpt lari dari naluri cinta insan.Lan..percayalah andai kata pintu hati ini terbuka untukmu.Pasti kuterimamu sebagai raja dihatiku.Akan kucintai dirimu setiap masa.Tetapi waktu itu belum tiba,Lan.Percayalah.AKu amat takut jika waktu itu tiba terlalu awal sebelum aku mempunyai persediaan yang mencukupi.AKu tidak tahu....ya..aku tidak tahu...

"Lis..."soal Lan apabila aku terlalu lama mendiramkan diri.

Aku mendongakkan wajahku dengan kadar yg amat perlahan.DIa tersenyum.

"Terima kasih kerana luangkan masa petang ini untuk Lan.Lan hargai.Walaupun Lan tahu sukar untuk LIs menerima diri LAn sekarang,Lan tetap akan tunggu pada satu waktu dimana Lis dapat menerima Lan seadanya...percayalah..waktu itu bakal tiba....."

"Terima kasih Lan....terima kasih kerana memahami Lis....

Hari-hari berikutnya aku hadapi dengan tenang.Tanpa gangguan.Tanpa kacauan.Tanpa huru-hara perasaan atau kelam kabut beberapa hati.

Aku tahu ini keputusan yang tepat.Baik Rahmah dan insan istimewa,Lan.Biarlah kupendam sahaja cinta ini.Walaupun hadirnya tanpa kupinta..datangnya tanpa dijemput..tapi aku gagahi untuk mengakhiri dengan senyuman walapun penuh kepahitan hempedu kehidupan.

Tapi benarkah ianya akan berakhir semudah yang aku rancangkan.Adakah ianya akan berjalan selancar aturanku?

Aku tidak tahu.Benar atau tidak sebenarnya aku amat sedih dengan apa yg terjadi.Sedih kehilangan sahabat baikku.Sahabat yg sukar kuperoleh dunia akhirat.Sahabat yg boleh berduka lara.Bergembira ria.Malah...aku kehilangan Lan.BUkan aku menyesali tidak menerimanya.Tapi aku kehilangan seseorang yg agak penting dalam satu sudut yg jauh dilubuk hatiku.Sungguh sukar kuperoleh perasaan itu wlpun 100 tahun ku jelajahi alam ini.Entah...aku hanya membiarkan perasaan itu terus hidup..bukan aku tidak mahu mematikan sahaja perasaan itu...cuma aku tidak sanggup lagi membuang perasaan sewenang2nya..

"Lis..."derus satu suara lembut kedengaran ditelinga kananku.Perlahan tetapi tersembunyi ketegasan.

"Fizah..!"muncul watak baru dalam rutin hariku ini.

"Assalamualaikum..LIs"ucapnya kepadaku sambil menyalamiku.

"WAalaalaikumsalam..."ujarku lemah.

"Sihat ?"

"Sihat sangat..."

"Demam ?"

Aku hanya menggeleng kepala sahaja.

"DAh makan ?"

AKu menggangguk kepala.Macam patung pula rasanya disoal oleh Fizah.

"Kenapa Lis ?"

"KEnapa ? tanyaku kembali ?"

"Rahmah...Lan.."

AKu hanya tersenyum.Dan mengangkat bahu sahaja.Jelas aku malas berbicara tentangnya.Diam.Itu sahaja yang terbaik buat diri ini.AKu tidak mahu bercakap panjang atau pendek tentang apa yg sudah berlaku.Yang sudah tu,bairlah dengan kesudahannya.

"Kau tahu tak..."

"Tahu apa ?"

"Lan ..."Fizah terhenti seketika.Diam.Sambil memandang ke arah lain.DIgigit bibir merah itu.JIka tersenyum pasti manis sekali.Tetapi kurasa seperti ade kepudaran dan kekabutan disebalik pandangan Fizah itu.Seperti wujudnya satu keadaan dimana Fizah mungkin sedang bersedih ? Takkan sedih sebab LAn ? Kenapa ? Something happen ke ?

"Lan..Lan..dia.." lambat seperti lelabi bertatih berjalan dijalan raya.

"Kenapa dengan LAn ?"

"Dia masuk hospital semalam."

"APA ?!!"

******************************************
"Eh, betul ke apa yg kau ckpkan ni fizah?!kau jgn main2 ngan aku plak"....tempelak lis dng penuh kejutan....."ya, Allah lis buat apa la aku nak main2 benda2 cam ni..betul, lan masuk hospital....dengar2 teruk jugak kecederaannya.masuk wad icu...."terang fizah dlm kepayahan
******************************************
mendengar penjelasan fizah itu, fikiran lis jadi tak menentu.pelbagai persoalan bermain difikirannya."adakah disebabkan aku..?selamatkah lan nanti...?macam mana dgn kau ketika ni..?dptkah lagi utk aku bersua dgn lan lg nanti...?
******************************************
fizah macam mana aku nak buat ni...?pendapat kau adakah patut aku pegi tgk lan kat hospital?tapi kalau aku pegi mesti aku terserempak dgn rahmah pulak.ish macam mana ni....kesian fizah melihat keadaan lis..terpaksa mermain dgn perasaan antara kasih-sayang seorg sahabat dan kasih-sayang-sayang dr seorg lelaki....
******************************************

dalam perjalanan ke hospital, lis teringatkan rahmah yg belum pasti mengetahui keadaan lan di hospital. dia tidak mempedulikan persengketaan yg wujud antara mereka. yg penting baginya hanyalah berita ttg lan sampai ke pangetahuan rahmah, insan yg amat menyayangi lan.lis lantas membelokkan keretanya ke kolej rahmah.

dalam masa yg sama, rahmah telah mengetahui kemalangan yg menimpa lan dan ingin memaklumkan kepada lis kerana baginya lis adalah org yg disayangi lan. rahmah telah dapat menerima hakikat tersebut. demi kebahagian lan dia sanggup mengorbankan cintanya terhadap lan.

dalam melayani perasaannya, rahmah telah memandu keretanya melebihi halaju maksimum yg telah ditetapkan oleh jabatan pengangkutan malaysia.

setibanya di satu selekoh menuju ke kolej lis, sebuah kereta yg dipandu dengan laju meluncur keluar dari sempadan jalan menyebabkan rahmah tidak sempat membuat brek kecemasan lantas merempuh dengan kejam kereta tersebut. "errrrkkkk... KeBaBooMMMM!!!!!"

di hospital, dua mangsa kemalangan ngeri yg tebaru di masukkan ke wad kecemasan yg sama. daripada maklumat yg diperoleh, identiti kedua-dua magsa tersebut adalah pelajar dari ipt yg sama dan nama mereka ialah: ........ Rahmah bt Rahman ..... dan ..... Liissss.

fizah mengetahui ttg kemalangan itu melalui berita di tv pada malam itu bergegas utk melawat mereka. dalam keadaan yg tidak bermaya, rahmah bertanya kpd fizah keadaan org yg berlanggar dgnnya. dalam teragak-agak, fizah memberitahu bhw org itu adalah kawan yg pernah menjadi sahabat karib rahmah, yakni lis yg kini sedang tenat bertarung dgn saki baki nafas yg masih ada. betapa terkejutnya rahmah mendengar perkhabaran tersebut. bagi nya itu adalah satu panahan kilat di dalam taufan yg ganas. rahmah meminta utk bertemu dgn lis krn ingin memohon maaf atas kerenggangan persahabatan yg berpunca dr pemikirannya yg tidak matang dlm membuat perhitungan keikhlasan lis dalam perhubungan mrk.

fizah memberitahu bhw lis hanya berada di katil di sebelah nya sahaja. menitis air mata rahmah pabila melihat keadaan lis yg terbujur kaku dgn nafas yg lemah. terpacul dari bibirnya kata "MAAFKAN RAHMAH, LIS. SEMUA INI SALAH RAHMAH YG TIDAK TAHU MENILAI MURNINYA HATI LIS MENYAYANGI RAHMAH SEPERTI MANA LIS MENYAYANGI DIRI LIS SENDIRI. MAAFKAN RAHMAH, LIS. MAAFKAN RAHMAH. ANDAINYA TAK SEMPAT BG RAHMAH MENDAPAT KEMAAFAN DR LIS, BETAPA BERDOSANYA RAHMAH KRN TELAH MENYAKITI HATI LIS."

lis tidak memberikan sebarang respon namun hanya air mata yg mengalir dr kelopak mata lis yg tertutup. betapa hati lis ingain menyatakan telah lama dia memaafkan rahmah krn terlalu menyayanginya. dia tahu rahmah merasai dia telah memaafkannya. tiba-tiba...... AAlllaaahhhh............ "tttttuuuuuuuuuuuutttttttttttttt........." "innalillah" terpacul kalimah suci dari lidah Fizah.

sementara itu rahmah pula mengalami kesesakan nafas yg teruk natijah dr peparunya yg rosak teruk akibat kemalangan tersebut. tidak sampai seminit lis meninggalkan alam fana ini, rahmah jua pergi menuju ke tempat abadi, tempat yg telah dijanjikan Allah di penghujung hidup setiap makhlukNya selepas mengucapkan kalimah syahadah.

lan yg terlantar di bilik sebelah juga mengalami gangguan pernafasan dan menghembuskan nafas terakhir dgn kalimah Allah.

pemergian mereka yg penuh tragis mengungkap sebuah kisah cinta dan persahabatan yg suci.

semoga roh mereka dirahmati Allah dan ditempatkan bersama org-org yg soleh.




fuh....mantap gak sahabat2 semua buat citer yek..oklah kalau sapa2 yang rajin ana harap citer ni dapat diteruskan supaya ia mencapai makna tajuknya, key....

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-03 22:57


ni ana sambung skit;

******************************************

Lis memandang sepi biliknya. suatu ketika dulu bilik itu dihiasi dengan gelak tawa dia dan teman sebiliknya Rahmah, namun tidak kurang juga dibasahi deraian air mata juga kerana jerat percintaan antara dia, Rahmah dan Lan. Kini bilik itu juga tetap menjadi saksi air matanya yang tumpah selepas kematian Rahmah dan Lan 2 hari yang lepas.

Dirinya benar2 terluka, terkilan, menyesal dan seribu macam persoalan lagi yang berserabut di benak. Persengketaan yang berlaku baru sahaja hampir surut namun surutnya ombak gelora yang melanda hatinya langsung menyebabkan pantai hatinya terasa gersang kini.

"Ya Allah, berikan kekuatan kepada ku. Seandainya ini ujian darimu, terangilah hatiku dengan keimanan dan kesabaran.."

Lis mengesat air matanya, "hidupku masih jauh lagi. walaupun kau tiada di sisi ku wahai sahabatku, perjuangan ini akan tetap ku teruskan jua." bisik Lis sambil menggengam tangannya.

Dia ingin memulakan hidup baru. dia mahu melupakan segala peristiwa sedih yang mengikat tangkai hatinya selama berada di bumi matrik itu. kerana impiannya untuk menjejak menara gading apatah lagi hasratnya untuk mencurah bakti kepada ummi, abah dan agamanya belum lagi tercapai.

Lis mahu mengumpulkan semula kekuatannya untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang akan diadakan pada bulan hadapan. ini bermakna hanya tinggal sebulan sahaja lagi dia akan berada di bumi matrik yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam usianya 18 tahun ini.

"Lis....." namanya dipanggil oleh seseorang. Dia tersedar dari lamunannya. Lis menoleh...

**************next***********************

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

anak_perak
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 45
Posting: 186

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-06-03 23:03


********************
kerana cita-citaku yg luas
*********************

dah jadi agak meleret citernye a'ai
penin gak akak bacanya .....


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For anak_perakProfil   Hantar PM kepada anak_perak   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 24-06-03 12:45


Hehe best jugak baca hasil nukilan ahli-ahli komuniti ni yer...tapi panjangnya masyaAllah...penat ana baca...
Syabas utk semua...

-----------------
[b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 24-06-03 14:48


Ehh...nama fizah ada la dlm cite nih...hehe..

-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 25-06-03 12:16


Alamak...ade org syok sendiri la..nama dia ada..

-----------------
[b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

syaiz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 873
Posting: 51
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-06-03 11:24


la....lis idup lagi ke ? eii...tul ke ? em..tp bg aku cukupla....nak wat novel pun..rase cam lain je..sbb watak dah jadi camtu...lainkan jalan citer nih kuat daeri awal...klimaks pun dh byk...tapi kalo nak teruskan aku alu2kan.....korang kan byk idea...hehe..


Bookmark and Share




  Member Information For syaizProfil   Hantar PM kepada syaiz   Pergi ke syaiz's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 2599
Posting: 24
Dari: sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 18-04-04 23:42




….
"Hakikat kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan tidak berada di dunia. Ia berada di langit. Ia adalah anugerah Tuhan kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Harta, pangkat,keluarga, kekuatan,kebijaksanaan dan lain-lain hanyalah pagar-pagar untuk memantapakan kebahagiaan. Justeru itu, walaupun ramai manusia yang memiliki segala-galanya di dunia ini tetapi kebahagiaan tidak mereka miliki. Dan berapa ramai manusia yang tidak memiliki apa-apa tetapi hidup mereka disinari kebahagiaan."
"Hidup ini adalah perjuangan. Jadikan dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang dimana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. Hanya di tangan orang-orang soleh, dunia ini akan menghentikan tangisannya."

*~ KATA-KATA HIKMAH HUBAIB~*



Bookmark and Share




  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Quote dan BalasQuote

xara_fatima
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 4478
Posting: 54
Dari: bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-03-05 13:36


xara try sambung ye..

***
"Lis....." namanya dipanggil oleh seseorang. Dia tersedar dari lamunannya. Lis menoleh...

Fizah tersenyum memandang, sambil memeluk erat buku teks yang menjadi rujukan wajib di matrikulasi. "Kenapa?" tanya Lis sambil mengesat air mata yang masih berbaki.

"Kita studi bersama?" ujar Fizah, seakan memahami situasi Lis yang inginkan berteman. Perlahan-lahan, semangat Lis kembali pulih. Fizah banyak membantu Lis dalam pelajaran, membantu Lis keluar dari zaman yang perit.

"Lis, Lan masih mengharapkan Lis.." LIs hanya menggeleng. Dia bukan lagi seorang yang lemah. Meskipun jauh di sudut hati, ingin rasa mencintai dan dicintai, tetapi kini masih belum masanya. Perjalanannya masih jauh. Cita-citanya masih tidak tercapai. Biarpun tidak dapat menjadi doktor, dia ingin menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Dia ingin menjadi seseorang yang dapat membantu menegakkan Islam.

Lis banyak berbincang dengan Fizah berkaitan Islam. Fizah juga rajin membawa Lis pergi mendengar ceramah-ceramah di surau. Mereka mentelaah bersama, yang sering disulami tazkirah pendek. Lis semakin jelas arah tujunya.

Peperiksaan akhir itu diharungi dengan tenang.Kadang-kala hatinya tersentuh. "Alangkah indahnya kalau Rahmah masih bersama-sama dengannya.."

***
huhu..tu je yg xara bole sambung yek..


Bookmark and Share




  Member Information For xara_fatimaProfil   Hantar PM kepada xara_fatima   Quote dan BalasQuote

xara_fatima
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 4478
Posting: 54
Dari: bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-03-05 13:39


sori ye..xara x terbaca yg lis, rahmah dgn lan tu dah termeninggal..malulah pula..xara ingatkan rahmah je yg meninggal


Bookmark and Share




  Member Information For xara_fatimaProfil   Hantar PM kepada xara_fatima   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Jika Tidak Kerana Cita2ku Luas...

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 3 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.078147 saat. Lajunya....