Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk mengelakkan dari dikritik, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Dari Galeri
Assalamualaikum...


Assalamualaikum pembuka bicara,
buat sahabat muslimah semua,
nur_tinta kini senyum tertawa,
melihat gambar sendiri rupanya :)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: BerKahWin Ketika Blajar..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» BerKahWin Ketika Blajar..

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh BerKahWin Ketika Blajar..

al-kauthar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 116
Posting: 52

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-03 13:16


assalamualaikum wbt.

syukran jazilan wajazakumullahukhairan jaza'..

mekasih buat semua..

dan kami amat tertarik dgn pandangan al-akht sumayyah..

betul tu nt...
berkahwin tak kira pada mase bila pun ade pro dan kontra..kalu nak kate fasal akan timbul problem after the marriage..org yg kahwin after grad pun akan hadapi masalah..cume bezanya..mgkin drpd aspek masalah yg dihadapi..w.bagaimana pun..terkadang..masalah org yg kahwin mase belajar dan yg kahwin after grad tak jauh beza...

maka nak kate kahwin ketika belajae sebgai satu masalah besar dalam kehidupan suami ister..adalah tak adil sama sekali...


waAllahu'alam


Bookmark and Share




  Member Information For al-kautharProfil   Hantar PM kepada al-kauthar   Pergi ke al-kauthar's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_KasihNYA
WARGA RASMI
Menyertai: 20.06.2003
Ahli No: 1760
Posting: 2

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 06-08-03 15:32


Assalamualaikum wrh wbt...

Salam Ukhuwwah fillah buat sahabat2ku di Hanan.com...

Tajuk menarik...emmm ana tiada pengalaman berkahwin ni..sbb ana sendiri tak berkahwin lagi...ana tapi teringin juga nak berkahwin awal.....dapat elak dr sebahagian dr pintu2 fitnah ..tapi masalahnya sukar nak mencari calon suami yg benar2 "soleh wa musleh"..kalau ada pun mcm2 mehnah yg perlu dilalui...bak kata sahabat ana ..kadang2 pada pandangan manusia,itulah yg terbaik baginya tetapi pada pandangan Allah SWT jadi sebaliknya...oleh itu..dalam apa jua hal yg kita lakukan selalulah minta petunjuk drNYA sbb hanya DIA sahajalah tahu apa yg kita tidak tahu...Wallahu'alam...apa pendapat sahabat2 sekalian..???


Bookmark and Share




  Member Information For Nur_KasihNYAProfil   Hantar PM kepada Nur_KasihNYA   Quote dan BalasQuote

al-kauthar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 116
Posting: 52

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-08-03 11:09


waalaikumussalam wbt..

kat bwh ni ade artikal yg berkaitan ngan isu nih..muga kita semua ambik manfaat drpdnya,insyaAllah...

FITRAH MENJADI FITNAH
>ruj:www.mymasjid.com
>
>
>Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa
>ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa
>berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi
>risiko adalah satu lumrah kehidupan kita.
>
>Sekarang nikmatilah tazkirah ini.
>
>
>Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta
>memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
>ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan
>dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
>jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
>tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
>secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
>menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa
>cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin
>hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta
>terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
>ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
>FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
>mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
>
>Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
>
>Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah
>inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
>melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa
>peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan
>cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam
>kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan
>sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.
>Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg
>membelakangkan Tuhan!
>Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
>syariat.
>Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
>kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona
>cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan
>kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.
>Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan
>meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta
>dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
>sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang
>dicintainya.
>Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang
>dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik
>dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita
>agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
>diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
>pemberinya?
>
>Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.
>Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan
>antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi
>dengan rasa manis dan megah.
>
>Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan
>antara lelaki dan perempauan yang bukan muhrim.
>
>Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan
>Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu
>pun banyak berlaku.
>
>Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa
>yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon
>cinta terlarang pun berbuah.
>Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan
>pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
>mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.
>
>Ketika itu indahkah cinta?
>
>Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan
>raya.
>Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi
>pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa
>itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah
>cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
>kawalan.
>
>Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
>
>Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
>Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana
>mengharapkan keredhaan ALLAH.
>ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
>boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.
>
>Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat
>memudahkan kita mencintai ALLAH.
>
>Sehubungandengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
>diniatkan untuk ALLAH!.
>
>Soalnya bagaimana?
>Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
>memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
>agamanya.
>
>Sabda Rasulullah saw,
>"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya,
>tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .
>
>
>Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH,
>dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan
>soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
>melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
>perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
>dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya
>sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat
>beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.
>Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk
>lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar
>untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat
>dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan
>syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
>bukan kerana ALLAH.
>Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa
>kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta
>jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!
>
>
>Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada
>hukum ALLAH yang dilanggar.
>
>Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
>tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkansembahyang,
>puasa dan lain-lain.
>
>Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang
>melalaikan dan merugikan.
>
>Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,
>
>" Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon
>maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta,
>tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?
>
>
>Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.
>Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam
>kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka
>baja ini. Justeru banyaklah cinta
>yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang
>putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
>Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya
>buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.
>
>Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti
>akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
>seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta
>itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan
>isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama
>yang melahirkan cinta!
>
>
>Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
>
>Moga bermanfaat....wassalam
>
>fi amanillah.
>


Bookmark and Share




  Member Information For al-kautharProfil   Hantar PM kepada al-kauthar   Pergi ke al-kauthar's Website   Quote dan BalasQuote

honey_nurhaliza
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 643
Posting: 146
Dari: Malacca Historical Place

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 08:37


ermm...memang best topik ini....kahwin waktu balaja...bagi ana ianya tak menjadi masalah pun bahkan ianya dapat menjadi pendorong dan semangat dalam kita menuntut ilmu...sebab ana dulu pun kahwin waktu balaja juga....masa sem 3 lagi....heheheh...alhamdulillah segala2 nya berjalan dengan baik....yang penting ianya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana nak bahagikan masa antara belajar dan family....lagi satu sebab nya kahwin awal ini...at least,kita semua dapat elakkan daripada berlakunya maksiat!!...:)


Bookmark and Share




  Member Information For honey_nurhalizaProfil   Hantar PM kepada honey_nurhaliza   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» BerKahWin Ketika Blajar..

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.052746 saat. Lajunya....