Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
hai..assalamualaikum..
namer sy SalWaa...
err..per lagi ek??

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: Suami Ingin Berkongsi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» Suami Ingin Berkongsi

Please Mendaftar To Post


Oleh Suami Ingin Berkongsi

badrina
WARGA RASMI
Menyertai: 10.10.2011
Ahli No: 13182
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-11-11 17:37


Assalamualaikum....

Saya telah mendirikan rumahtangga hampir 17 tahun dan mempunyai 3 org anak. 2 org remaja berumur belasan tahun & seorang masih 7 tahun. Masalah yang saya hadapi kebelakangan ini apabila suami hampir menjangkau umur 40-an, dia kerap mengungkit dan berkira tentang pembelajaan yang dia tanggung termasuk byran bil, makan & barang dapur. Dari permulaan berkahwin saya sudah banyak menanggung pembelanjaan keluarga kerana suami tidak bekerja dan dua tahun suami telah mendapat pekerjaan yang stabil dengan pendapatan 3K. Masalahnya bila dia mula membeli barang keperluan dapur & membayar bil-bil, dia sering mengungkit telah menghabiskan wang gajinya dan selalu minta saya membantu atau berkongsi pembelanjaan harian. Alasannya dia telah memberi kebenaran saya bekerja dan sepatutnya saya boleh membantu dia dari segi kewangan termasuk membeli rokok, belanja ke tempat kerja dsbnya. Saya bukanlah jenis yang berkira tetapi saya amat berharap dia tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah kepada 3 org anak kami yang bersekolah. Saya tidak kisah kalau dia tidak dapat membeli keperluan untuk pakaian saya atau keperluan hiasan diri tapi saya hilang kesabaran bila dia mengungkit setiap bulan tentang wang yang dia belanjakan untuk keluarga padahal rumah tidak perlu bayar kerana kami tinggal di rumah kosong ayah saya sendiri. Bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini sedangkan apabila berbincang dia sering menyalahkan saya dan berkata saya adalah jenis yang tidak boleh berbincang padahal dia yang begitu kerana sentiasa meninggikan suara & memaki-hamun saya apabila berbincang. Dia langsung tidak menghargai pengorbanan saya yang lalu dan kesabaran saya sering di cabar olehnya. Saya sentiasa mengambil sikap berdiam diri sebelum ini kerana tidak mahu berlaku pertengkaran tapi nampaknya semakin teruk hubungan kami semata-mata dia perlukan gaji saya untuk berkongsi walaupun saya yang membayar bulanan kereta setiap bulan. saya amat bingung apa yang perlu saya lakukan adakah saya perlu ke Pejabat agama?


Bookmark and Share




  Member Information For badrinaProfil   Hantar PM kepada badrina   Quote dan BalasQuote

briela
WARGA RASMI
Menyertai: 19.06.2012
Ahli No: 13495
Posting: 1

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-12 00:49


Bila saya baca luahan hati ini, saya sangat bsimpati. saya rasa macam nak nangis, Kenapa lah akhir zaman ni suami makin bkira pada tggjawab...
Sepatutnya, suamilah yang perlu tanggung segalanya Dan itulah tggjawab yang dipersoalkan di hadapan Allah kelak.
saya pula selalu ingatkan suami Hal ini, buat apa nak simpan duit banyak, isteri dan anak yang soleh peneman
d dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, suami btggjawab sehinggakan tiada simpanan untuk diri dia sendiri
jadi saya ambil alih tggjawab lain supaya suami Ada duit simpan jika berlaku kesusahan.
Pesanan saya, kalau suami sukar diajak bbincg, bacalah surah2 ketika memasak, selalu bwuduk
Jika tak bhasil, boleh mint a pandangan d pej agama.


Bookmark and Share




  Member Information For brielaProfil   Hantar PM kepada briela   Quote dan BalasQuote

limah3
WARGA RASMI
Menyertai: 18.07.2012
Ahli No: 13515
Posting: 12

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-07-12 19:16


assalamualaiku rina. terlebih dahulu kak limah mohon maaf sekiranya apa yang kak limah kata ni silap ya. kasihan limah dan anak-anak. kak limah nasihatkan rina bersedia atas apa yang akan berlaku terutama mental. rina jangan ingat lain ingat anak-anak. jangan bersedih kerana kalau rina sedih anak-anak turut sama. mula simpan duit untuk masa depan rina dan anak-anak.

rina lelaki cukup suka kalau kita isteri menangis. tapi dia cukup susah hati kalau kita tidak menangis dan hidup senang dengan anak-anak. ingat jangan sekali menangis depan anak-anak.

kak limah doakan rumah tangga rina kekal dan bahagia selama2nya. jangan lawan dan tanya Kenapa dan mengapa pada suami. sebab waktu ini adalah tidak bagus untuk bertanya itu dan ini. silap hari bulan lain pula jadi. yang penting seperti akak kata tadi. bersedialah ya tabahkan hati kuatkan semangat.


Bookmark and Share




  Member Information For limah3Profil   Hantar PM kepada limah3   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051622 saat. Lajunya....