Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Barangsiapa mengambil serakah sebagai kebiasaan, ia menurunkan harga dirinya sendiri, barangsiapa membeberkan kesukaran –kesukarannya, ia menyetujui penghinaan, dan barangsiapa memperkenankan lidahnya menguasai jiwa, ia akan mengaibkan jiwanya
--
Saidina Ali

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




Dari Galeri
a'kum. salam ukhwah dari saye, zieka... smoge perknalan yg terjalin nie akn berkekalan ingge ke akhir hayat. Insyaallah...

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 478 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 11 Ahli dan Tetamu sedang online



Luahan Hatiku
Topik: bila suami dah tak sayang lagi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» bila suami dah tak sayang lagi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 7 Of 8

Go To Page: 1 · 2 ... 6 · 7 · 8  
Jump To Page:

Oleh bila suami dah tak sayang lagi

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-12-09 19:10


Begitu lebat hujan di luar sana, diiringi guruh.. saya paling takut bersendirian waktu hujan lebat.. bimbang juga kalau blackout.. kegelapan di malam hari, tapi apakan daya, apa pilihan yang saya ada? Terpaksa juga saya tempuh dalam rumah penuh kenangan tanpa punya anak..

Saya masih mencari apakah kemanisan yang disediakan buat saya atas ketentuan tuhan ini.. apakah hikmah disebalik perceraian ini. masih tertanya-tanya mana hala tuju hidup saya.. umpama hilang perjuangan bila diceraikan.. pun saya masih harus meneruskan kehidupan biar pun tak pasti haluannaya.

Asalnya saya masih mengharap si dia kembali sebagai suami.. namun saya bimbang andai harapan tinggal harapan..akhirnya saya akan kecewa sendirian selepas tempoh eddah tamat... saya tidak mahu layanan baik selepas berpisah membuat saya terus mengharap...

Maka.. satu hari saya menghubungi si dia. saya tanya secara terang terangan adakah si dia punya perancangan untuk kembali pada saya.. rujuk semula.. jawapan yang saya terima darinya memberi gambaran jelas bahawa dia tidak akan pulang ke sisi saya.. bagi saya, ragu2 adalah tanda tidak yakin... masih mencari jawapan.. juga tanda tidak yakin.. bila tidak yakin, jangan mencuba dalam urusan hati, bimbang kecewa lagi...

Kini, bagi saya, tempoh edddah 3 bulan adalah masa untuk saya membuat persediaan terus memegang gelaran janda.. saya tidak mahu dan tidak sanggup menjalani kehidupan seperti 8 bulan yang lepas.. meratap, menangis, terus merayu.. mengejar.. dihina..disisihkan... saya tak mahu berakhirnya 3 bulan, saya baru bertatih tatih mencari semula ketabahan diri...

Rumah yang sunyi... jiwa yang kosong.. hati yang menangis.. rasa seperti gagal dalam ujian tuhan ini.. malam yang sepi... terjaga di tengah malam.. saya masih terus membina keyakinan diri walau kekadang hilang motivasi.. hanyut dalam air mata.. mungkin peredaran masa yang mampu buat saya lebih tabah.


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-12-09 14:37


salam

saya kagum dengan kekuatan yang mak kak limah ada.. memang susah nak jumpa yang sebegitu rupa.. bangkit dari kekecewaan dan tabah dalam mengharungi hidup walau dia tahu kesusahan dan keperitan yang bakal ditempuhi... jiwa mak kak limah kuat dan kental.. alhamdullillah..moga jadi icon pada wanita-wanita diluar sana..


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

mazidah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 27.11.2008
Ahli No: 9456
Posting: 148
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-12-09 16:16


Salam,
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Apa yang akak faham adik dah cuba sedaya upaya mendekati si dia tapi tidak diberi peluang lagi apa boleh buat..terimalah dengan reda..Betul kata KLimah jangan kita jatuh kerana seorang lelaki..Ibu k.Limah boleh dijadikan contoh yang baik.,begitu tabah membesarkan anak-anak walaupun dalam keperitan..Isilah kekosongan jiwa dengan banyak membaca al-Quran dan kalau sempat hadirlah majlis-majlis ilmu agama..semoga tenang hati adik..Mohon kepada Allah semoga dipertemukan dengan yang lebih baik dari si dia...



Bookmark and Share




  Member Information For mazidahProfil   Hantar PM kepada mazidah   Pergi ke mazidah's Website   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-09 06:23


semuanya adalah dariNya.
takdirNya.
tarbiah Allah kepada kita.


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-09 08:20


Assalamualaikum adik-adik dan anak-anak semua....sambungan ya. hehehe. yang penting sekarang bila kita ditinggalkan oleh suami kerana ..... perempuan lain bagi yang mempunyai anak ingat malam-malam bila anak-anak tidur cuba tengok muka mereka kasihan tak? so adilkan adik-adik kepada mereka maksud akak adik bawa mereka kedunia pas tu sia-sia kan mereka. cukuplah ayah mereka buat hal tapi adik-adik kena beri perhatian kepada mereka. kan mereka tu amanah ALLAH. akak boleh dikata setiap mlm bangun tengok muka anak-anak dan selalu tekad dan berazam untuk membesarkan mereka walaupun apa yang terjadi.

lepas tu cuba adik-adik tengok muka adik kat cermin. ceria tak? lawa tak? Kenapa sebab banyak bersedih. tanya diri sendiri sampai bila nak muka macam ni? ingat suami datang balik bila muka bertambah murung. " oooooh isteriku yang ku tinggalkan bertambah murung so abang datang kembali" nak tungggu dia kata macam tu baru nak muka ceria. come adik-adik jangan merugikan masa adik dan anak-anak. wake up ok u all semua pandai2 dan cantik2 so gunakan kepandaian untuk didik anak-anak dan ceriakan wajah agar anak-anak pun ceria dan gembira. tak percaya .....tak ada yang mustahil ....ok. SELAMAT MENCUBA. :welcome:

bagi yang tak ada anak u all tak kasihan pada diri sendiri atau pada mak dan ayah u all ke. come on kalau muka sedih memanjang macam mana rezeki nak masuk pas tu macam mana nak cari lain. dik kalau suami kata bunga bukan sekuntum kita pun boleh kata kumbang buka seekor. ok

so bangun mandi, kemaskan diri...pergi...kerja sebelum keluar pintu doa semoga hari ini dan seterusnya ALLAH beri kekuatan dan semangat agar adik boleh hidup sept org lain dan gembira serta ceria.semoga adik dapat pasangan yang lebih baik. mungkin juga ada hikmah sebalik apa yang terjadi. kot2 ada org BN pula yang suka kat adik macam zizie tu ha....boleh jadi mak datin.jangan sedih-sedih ok...... sapa rasa sedih pm akak. boleh kita sembang2 atau sms saja 0173749145 ok....adik nanti lagi cepat nampak tua tau.
[ Telah diedit oleh: limah pada 21-12-09 08:24 ]


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

butterfly1105
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 02.09.2009
Ahli No: 11313
Posting: 27

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-12-09 09:11


Saya suka lah cara akak limah beri nasihat...macam pakar kaunseling..
Apapun..betul kata kak limah tu..hidup perlu diteruskan..jaga penampilan..dan sentiasa ceria..baru sentiasa nampak muda..:-)


Bookmark and Share




  Member Information For butterfly1105Profil   Hantar PM kepada butterfly1105   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-12-09 20:47


Salam..

Diri saya sekarang tak sama dengan saya 8 bulan yang lalu... pada awal ketika si dia keluar dar rumah, saya tak mampu fokus di tempat kerja. ramai rakan sekerja yang perasan keadaan murung saya, tapi tak ramai yang berani menegur. malahan, berat badan saya ketika itu susut sehingga 13 kg.

Kini.. saya lebih positif menghadapi kehidupan.. sejak 4 bulan yang lepas, saya mampu mengasingkan masalah peribadi dengan kerjaya. Saya boleh melaksanakan tugasan di pejabat tanpa gangguan masalah peribadi.. namun bila pulang ke rumah, saya terus merasa kesorangan.. sunyi..saya seperti manusia dengan dua karektor...

Hingga kini, ada masanya air mata bertandang mengiringi doa dan luahan hati saya pada yang ESA. Hidup peribadi saya seperti hilang daya juang.. namun tak sanggup mengadu pada orang tua. Tak mahu mereka terus melihat saya dengan air mata. cukup lah selama saya berjuang pertahankan rumah tangga, saya halang mereka masuk campur.

Saya hanya berdoa moga diberikan saya hidayah dalam mencari cinta dan kasih sayang di dunia.. ingin merasa punya zuriat sendiri dari seorang suami yang terbaik buat saya dunia dan akhirat. Masih terus mencari kemanisan dan hikmat di sebalik perceraian ini. ALLAH MAHA MENGETAHUI...


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

Yoyoy
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 23.07.2009
Ahli No: 11000
Posting: 53
Dari: www.yoyoyspa.com

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 19:13


saya tak kahwin lagi, risau juga dengar cerita kakak2, macam mana lah nak kahwin begini, risaunye...

apa jaminan kita akan disayangi suami sentiasa?

Boleh tak sekali sekala lepaskan stress dan tention pada suami dengan cara yang agak ganas? saya ni kadang-kadang overacting sikit.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For YoyoyProfil   Hantar PM kepada Yoyoy   Pergi ke Yoyoy's Website   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-10 02:02


ganas jugak soalan yoyoy tu.
boleh ke tak boleh...tu kena tengok pada empunya badan.hihi.
tapi janganlah ganas sangat kan.hihi.


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-10 08:33


pada pendapat akak lah myway dan yoyo dengan lelaki ni tak boleh nak ganas tapi kena guna saikologi. sama ada secara lembut atau pun cara lembut tapi hakikatnya ganas.(macam mana ya)ehehehe salah sebut tapi tak tau macam mana nak kata. sebab lelaki ni kalau lembut sangat dia akan pijak kita tapi kalau 2 dalam satu....hahaha tu yang dia risau.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-02-10 18:49


Salam..warga hanan, moga sihat sejahtera..

Terpanggil untuk menyambung luahan hati..tamat sudah edah..berakhirlah masa..tak siapa menduga..qada' dan qadar allah. biar tak sanggup..biar kecewa..biar kesal..biar terseksa..hamba harungi jua..kerana allah maha berkuasa lagi maha bijaksana..

Teringat minggu pertama selepas diceraikan..kami berkomunikasi berjam lamanya di YM dan telefon..pelbagai luahan hati kami kongsikan. Ketika itu, saya berfikir..Kenapa kami saling menyeksa perasaan sendiri..Kenapa kami meruskan dengan perceraian itu..berhamburan air mata kami. Pelik..hanya selepas bercerai kami mampu berkongsi cerita.

Minggu yang sama..dia tiba-tiba mengaku memantau pergerakan saya selama 3 bulan sebelum perceraian kami..dan dia terus memantau walau kami telah bercerai..pergerakan saya dipersoalkan..destinasi saya di persoalkan..siapa menemani juga dipersoalkan..Pelik..Kenapa selepas bercerai baru dia mahu mengambil berat..

Minggu seterusnya..kami membisu membawa haluan sendiri..

4 hari sebelum edah berakhir..ujian terus datang tanpa henti..kami berperang dalam sms..melepaskan rasa ketidakpuasan hati..melemparkan tuduhan demi tuduhan..menyatakan pandangan atas penilaian..yang nyata..kami tetap duda dan janda..tiada rujuk..Keliru..Kenapa masih mempertikaikan keadaan sedangkan hak dan tanggung jawab telah dilepaskan..

Sembuhlah luka..walau mungkin berparut..Sabar lah diri..walau mungkin kecewa..Tenang lah jiwa..walau mungkin bercelaru fikiran..Terimalah ujian..itu tanda kasihnya tuhan...


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

Liyana_
WARGA RASMI
Menyertai: 09.02.2010
Ahli No: 11894
Posting: 10
Dari: Rawang, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-10 14:30


yoyoy,

jaminan suami sentiasa sayang = tak ada jaminan
jaminan Allah sentiasa sayang= sentiasa ada

perkara pertama saya belajar selepas kawin, ialah, selama ni dikejar2 sangat sayang manusia, rupanya sayang Allah lebih luas. Bila yakin kepada sayang Allah, kita dah tak kisah hilangnya sayang manusia tu, sayang kepada Allah dan Rasulnya lebih kuat, lebih mendalam dan lebih harum.. (boleh bau ek? hehe). saya pun tak tau macam mana datang semua2 ini, maybe Allah sayang saya dan ilhamkan perkara ni.. selepas tu, saya mula bertekad, saya akan berubah menjadi lebih baik supaya saya boleh jumpa Allah dalam keadaan terbaik, dan boleh (dan layak jumpa) Rasullullah..

kini, saya dah lebih 3 tahun berkahwin, dan dah ada 2 anak. kalau setakat gaduh2 tu, saya tak kesah, kalau kadang-kadang ada orang mengusik suami saya, pun saya tak kesah..kalau lah ditakdirkan suami "tengok" perempuan lain, pun saya takkan kisah, buku ibadat saya tak tercalar dek kerana suami buat onar, malah maybe saya boleh dapat pahala percuma kalau saya sabar dan handle situasi sebaik mungkin tanpa mencalarkan buku ibadat saya pulak..kan kan..

tapi, setakat ni Insyallah, tak ada lah gelora besar lagi. hehe. Encik suami baik..Rupanya laki ni, bila kita ikhlas bagi dia kahwin lain, tak ada pun dia nak. hehe.


Bookmark and Share




  Member Information For Liyana_Profil   Hantar PM kepada Liyana_   Pergi ke Liyana_'s Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-02-10 14:58


betul tu Liyana..kalau kita suruh nikah lagi satu.. memang dia tak mahu.. tapi kita sebagai isteri ini berlapang dada saja lah kalau di duga.. terima kasih Liyana .. ada motivasi yang dipaparkan disitu... carilah cintaNya.. nescaya bahagia..


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

kim_mono
WARGA RASMI
Menyertai: 08.11.2010
Ahli No: 12528
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-11-10 11:49


Pada 17-12-09 13:12 , limah posting:

!!! QUOTE !!!

disini apa yang nak akak beritahu adik-adik cukuplah bagi adik-adik yang dah bersemuka dengan suami dan masih suami tak endah kan sudahlah jangan buang masa, ambil sajalah apa yang diberi tapi jangan murung jangan sedih jangan kerana suami tiada adik terus-terusan jatuh. bagi yang ada anak pandang muka anak-anak sanggup adik-adik mengecewakan hati anak-anak.

nasihat akak jagalah anak-anak terima lah suratan yang dah ditentukan. mungkin semuanya ada hikmah. sehingga sekarang ayah akak amat menyesal kerana mencerai kan mak. perkara ni dia ada beritahu dekat menantu2 dia. so akak selalu jadikan kisah mak sebagai contoh. akak selalu perbaiki diri iaitu dengan menambah ilmu agar dia pandang kita lebih dari dia tapi ingat bila lebih dari dia jangan lah adik-adik lebih suara dari dia itu dah tak betul ok. sebagai isteri jalan kan tanggung jawab seperti biasa tapi pastikan bila berjalan dengan dia adik mesti lebih dari org lain. hehehe nak tau pm akak. hahahaha.

kadang-kadang suami ni dia suka bermanja.....yang menyebabkan dia cari lain tu ialah biasakan org baru suka manja2 so apa kata mulai petang ni adik-adik yang dah menjadi isteri kena pandai bermanja2 dengan suami. macam mana nak bermanja2 hahhhh...pm akak ok.



assalamualaikum limah....kirim berminat jugak nak tahu rahsianya.. :kelip:
[ Telah diedit oleh: kim_mono pada 08-11-10 11:50 ]


Bookmark and Share




  Member Information For kim_monoProfil   Hantar PM kepada kim_mono   Quote dan BalasQuote

hurul_aini
WARGA RASMI
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 3040
Posting: 16
Dari: Hulu Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-10 23:30


salam liyana...i really like your post..amat hebat..status kita sama lah..ana married on March 10,2007. anak sepasang..kakak dan adik..hi...


Bookmark and Share




  Member Information For hurul_ainiProfil   Hantar PM kepada hurul_aini   Quote dan BalasQuote

ummi_murni
WARGA RASMI
Menyertai: 15.11.2010
Ahli No: 12550
Posting: 2
Dari: Bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-11-10 20:07


Assalamualaikum :bunga:

perempuan: "lelaki makhluk yang sukar difahami"
lelaki        : " perempuan makhluk sukar dimengerti"

pada yang meluahkan isi hati.... bersabar....bersabar... dan terus bersabar.... Allah bersama HambaNYA yang BERSABAR.


-----------------
`SeMoGa KiTa DiRaHmAtI ALLAH`


Bookmark and Share




  Member Information For ummi_murniProfil   Hantar PM kepada ummi_murni   Pergi ke ummi_murni's Website   Quote dan BalasQuote

AnaSolehah
WARGA RASMI
Menyertai: 10.08.2009
Ahli No: 11129
Posting: 15
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-10 23:52


kita suka sangat dengan komen kak limah.. memang betul apa yang dia kata.. saya sendiri, sebagai seorang anak yang melihat jatuh nya emak saya sebab ayah tak setia pada emak dan ada org lain, bersyukur sangat dikurniakan emak seperti ibu kak limah.. wlwpon dah cerai dengan ayah, emak tak pernah nak terhegeh2 merayu kat ayah.. Syukur juga, emak masih nampak kami anak-anak dia sebagai aset dia yang paling berharga dan tak abaikan kami.. memetik kata-kata emak " kita perlu membina kekuatan diri demi anak-anak, aset kita yang lebih bhrga dr suami yang tak tahu menilai kisah sayang kita padanya".. kata emak juga "Satu pkr yang perlu kita sedari ialah suami adalah pinjmn Allah pada kita.sampai masa Dia ambil dan beri pada org lain.Kita redalh dengan apa yang terjadi sebab semuanya trjd dengan izinNya jua.Ada hikmah di sebaliknya.
jangan sedih sebab hilg ksih sayang suami.Carilah kasih sayang Alllah sebab bila Allah sayangkan kita Dia akan beri segala yang terbaik buat kita.Mudh2an Dia jumpakn kita dengan org yang lebih baik".. oleh itu, bagi ibu2 lain yang juga mghadapi masalah suami juga, dalam usaha untuk menarik semula suami ke pangkuan kita, jangan lupa pada anak-anak.. jangan putus asa dan jatuh.. ingat, kalau kita jatuh, anak-anak juga akan turut jatuh.. sayangilah anak-anak anda, aset ada paling berharga.. untuk emak saya, terima kasih kerana sentiasa tidak berputus asa.. semangat emak itu buatkan saya juga tak putus asa dalam khdpn saya.. Love you mum!!

:-D

[ Telah diedit oleh: AnaSolehah pada 24-11-10 22:21 ]


Bookmark and Share




  Member Information For AnaSolehahProfil   Hantar PM kepada AnaSolehah   Quote dan BalasQuote

alkausar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2003
Ahli No: 2517
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-02-11 13:57


Assalamu`alaikum buat notam yang dikasihi

Barangkali notam ingat pada saya yang pernah kirim e-mail kepada notam. Saya juga yang telah melalui detik penceraian.

Alhamdulillah, saya telah bangkit..sekian lama. Ajaib benar, apabila kita meletakkan penggantungan kepada Allah, Allah hilangkan rasa sedih. Saya sudah bergerak ke hadapan, memimpin anak bersama-sama. Saya sangat bersyukur penceraian terjadi, kerana saya jauh lebih bahagia berbanding semasa perkahwinan. Dahulu, saya kerap menangis & susah hati. Sekarang, Alhamdulillah tidak lagi.

Apabila penceraian terjadi, memanglah kita terasa sedih walaupun seteruk mana layanan bekas suami kita terhadap kita. Kemudian, kita pun tertanya, "Where did I go wrong?" Barangkali, di dalam benak fikiran, pelbagai persoalan timbul, Kenapa benda ini terjadi padaku.

Tetapi kita kena ingat, Allah ada bersama-sama kita.

Sesusah mana pun kita, ada orang jauh lebih susah daripada kita. Kalau kita rasa, musibah terjadi itu sangat dahsyat, kita masih tak boleh bandingkan diri kita dengan kekasih Allah. Layakkah kita untuk mengaku diri kita hamba Allah yang melaksanakan sehabis baik sedangkan ujian kita tidak sebarapa?

Allah tidak pernah meninggalkan kita. Kita sahaja yang kadang-kala memilih untuk meninggalkan-Nya :(

Semasa dalam iddah, memang siang malam saya menangis. Banyak sangat benda yang bermain dalam fikiran. Kenapa itu, Kenapa ini. Dan kain telekung basah dengan air mata, tetapi yang ajaib, apabila tamat iddah, perasaan sedih tersebut banyak yang surut. Banyak sangat. Saya sehingga kini, sudah jarang menangis kerana dia, ataupun kerana perkahwinan kami yang gagal.

Untuk menghadapi segala rintangan dan melawan perasaan agar kita tidak hanyut, keluarga sentiasa ada bersama. Ya, keluargalah yang memainkan peranan penting. Yang meniupkan semangat, yang membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Sejujurnya, saya mungkin tidak kuat tanpa bantuan keluarga, tetapi dengan keluarga, saya mampu bangun untuk ke tempat kerja setiap hari. Saya dilayan sebaik-baiknya oleh ibu bapa saya (memang selama ini sangat baik, namun ibu bapa saya tidak pernah menyoalkan Kenapa perkara ini terjadi). Saya turun naik mahkamah pun, ditiup semengat oleh ibu saya. Saya bercerai pun, setelah ibu bapa saya membidas kata-kata bekas suami saya yang berkata kepada mereka, "Berbincang tidak akan membawa ke mana-mana." Saya hormat ibu bapa saya, yang sangat tenang di saat gelora.

Kawan saya pernah kata, dia tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang sanggup abandon isteri dia dan anak-anak dia. Saya jawab, saya dah tak ada rasa marah pada dia. Dia yang memilih jalan ini. Saya bersyukur sangat, sekarang jauh lebih gembira dari dulu. Dulu saya selalu menangis dan susah hati.

Ujian kita ini macam-macam bentuknya, tetapi saya sentiasa yakin seorang Muslin yang yakin dengan Allah, dia takkan menyalahkan takdir malahan terima dengan hati terbuka. Kan Allah dah sebut yang orang beriman ini akan sentiasa diuji, sehingga berjumpa dengan Khalik dia tanpa sedikit dosa sekalipun.

Kenapa saya perlu sedih dengan sedikit ujian? Kerana saya serap dalam hati, dunia ini hanya PERSINGGAHAN.

Teguhkan pendirian, everything is only temporary. This dunya is only a means for achieving greater rewards in Hereafter. Believe that!


Bookmark and Share




  Member Information For alkausarProfil   Hantar PM kepada alkausar   Quote dan BalasQuote

meriam
WARGA RASMI
Menyertai: 10.03.2011
Ahli No: 12836
Posting: 1
Dari: Terengganu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-03-11 08:38


:kelip:

Salam sejahtera.

Saya cuma nak cadangkan amalan doa dari buku ustaz zahazan "Doa menjadi pengantin baru setiap hari" Doa 12
mukasurat 29

Doa ini petikan surah Al anbiya' ayat 112- Antara khasiatnya
ialah bacalah doa ini banyak-banyak bila kita menghadapi kerumitan dalam rumah tangga seperti gangguan orang ketiga dsbnya.

Selamat beramal.Semoga Allah membantu kita untuk mengingat dia waktu kita susah atau pun senang. Assalamualaikum

Juga nak jemput ke Blog sayaDairiibu


Bookmark and Share




  Member Information For meriamProfil   Hantar PM kepada meriam   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-09-11 15:30


Sayup terdengar esak tangisnya dalam sujud solat sunatnya.. apakah aku masih lagi tidak mahu bersyukur? Apakah masih tidak cukup keindahan yang dinugerahkan olehNYA selepas ujianNYA yang juga tanda kasihNYA pada aku?

Besarnya pengorbanan, belum tentu aku mampu berkorban sepertinya. Begitu memahami, sehinggakan apa yang bermain di fikiran, dia akan laksanakan sebelum sempat mulut ini menyampaikan tujuan. Begitu positif, sentiasa memberi kata-kata perangsang dan sokongan. Ringan tulang sehingga kadang-kadang terasa diri ini seperti mengambil kesempatan atas sifat rajinnya.

Tidak pernah menyesal dilepaskan oleh yang lalu. Alhamdulillah.


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» bila suami dah tak sayang lagi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 7 Of 8

Go To Page: 1 · 2 ... 6 · 7 · 8  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.485273 saat. Lajunya....