RAHSIA SEPOTONG DOA

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

http://ukhwah.com/hanan/



Tarikh: Ahad, 18 Mei 2003 @ 21:27:39
Topik: Tazkirah



Assalamu'alaikumm wrt wbt

Tempat-tempat disekitar Kaabah adalah tempat mustajab doa.Disana kaum muslimin mengambil kesempatan untuk memanjatkan permohonannya kepada Allah,dengan harapan permintaannya dikabulkan.Seorang hamba Allah dizaman Khalifah Umar Al-Khattab telah menjadi sebutan ramai para sahabat berkenaan dengan doa yang dipohonkan kepada Allah dekat Kaabah.

Suatu ketika Amirul Mukminin Sayidina Umar bin Khattab bertawaf disisi kaabah,tiba-tiba mendengar hamba Allah sedang berdoa di Multazam.

“Allahummaj-'alni minal qalil (Ya Allah,jadikanlah aku termasuk kedalam golongan yang sedikit).” Begitulah doa orang itu.

Khalifah itu hairan Kenapa orang itu minta dimasukkan kedalam golongan yang sedikit,beliau tidak faham akan maksudnya.Walau demikian,beliau tidak menegurnya ketika itu sehingga selesai tawaf.Setelah selesai tawaf,Khalifah menyuruh agar orang itu dipanggil ke hadapannya.

“Wahai hamba Allah! Mengapa seperti itu bunyi doamu?” Tanya Khalifah.
“Betul Khalifah.Bukankah didalam ada ddisebutkan…”

Lalu orang itu membaca hujung ayat 13 surah sabar’ yang ertinya: “dan sedikitlah daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”
Mendengar jawapan itu,Khalifah serta merta mencela dirinya sendiri :“Semua orang lebih alim daripada engkau wahai Umar!”

Rupanya hamba Allah tadi minta kepada Allah agar dimasukkan kedalam golongan orang-orang yang bersyukur yang disifatkan oleh Allah sebagai golongan yang sedikit.

Macammana sahabat sahabiah sekalia? Dapat rahsianya?
Moga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan pengajaran untuk diamal dan dipraktikkan bersama dr kisah ini.

Wallahua’alam..

Ilalliqa`