Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

http://ukhwah.com/hanan/



Tarikh: Isnin, 09 Mei 2005 @ 0:05:34
Topik: Tazkirah



Assalamualaikum.. artikel ini ditulis bukanlah dengan niat untuk menghentam / menjatuhkan/ menyinggung perasaan mana-mana pihak. Ana harap antunna dapat ambil ini sebagai satu teguran / panduan / pandangan daripada ana sendiri. Ana mendapati inilah satu saluran yang baik untuk ana menyatakan isu ini kerana kesemua yang mengunjungi portal ini insya Allah adalah muslimah. jikalau ada yang menyamar, wallahua'lam...Ana harap antunna dapat membaca artikel ini dengan hati yang terbuka...

Ana kurang pasti bagaimana hendak memulakan penulisan artikel ini. Penyampaian ana yang agak kasar harap dapat diterima.

Buat muslimah yang memakai tudung labuh @ berjubah harap dapat memilih fabrik yang sesuai dengan situasi dewasa ini. Fabrik tekstil yang lembut @ tak sesuai akan menyebabkan jilbab / jubah antunna tidak lagi menutup aurat, malah menambah dosa pula.

Rasionalnya, apabila antunna memilih fabrik yang lembut untuk dibuat tudung labuh, ini akan menyebabkan antunna sama seperti orang yang tidak memakai tudung. Ana tak dapat menggunakan perkataan yang sesuai untuk menyatakannya, tetapi bagi ana, orang yang memakai tudung labuh kadangkala lebih seksi berbanding orang yang memakai tudung turki @ seumpamanya yang berbidang 60". Faktor cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, mengundang angin-angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, lantas menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi.

Ana menulis berdasarkan pengalaman ana sendiri. Ana adalah bekas pelajar sekolah agama dan bertudung labuh. Tetapi kini, ana lebih selesa memakai tudung turki @ seumpamanya yang berbidang 50" atau 60". Ana seorang yang bertubuh kecil, tetapi kadangkala apabila angin bertiup atau ketika ana sedang berjalan, ana dapat merasakan yang tudung itu agak melekap di tubuh ana yang boleh dikatakan kecil ini. (tinngi : 163cm, berat 44kg). Apabila ana sedang berjalan, kadangkala terserempak dengan muslimah yang memakai tudung labuh dari arah bertentangan, dan kelihatan tudung labuh itu melekap dan tidak berupaya menutup aurat. Kelihatan seperti muslimah itu membungkus dirinya dengan tudung labuh itu. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bertubuh agak gempal. Keadaan ini amat memalukan ana yang memandangya. Ana terfikir, apakah yang difikirkan oleh muslimin @ mereka yang lain yang melihat keadaan itu.

Ana bukanlah hendak mem'provoke' atau menghina mereka yang bertudung labuh. Ana sendiri memakai tudung labuh. Diharapkan dapat memilih fabrik tekstil yang keras @ baik. "Baik" di sini bukanlah bermaksud lembut teksturnya. Biarlah tudung itu keras macam kena kanji asalkan tidak melekap di badan.

Semasa ana bersekolah di Subang Jaya dahulu (sekolah agama berasrama penuh) pemakaian jubah adalah diharamkan di kalangan pelajar perempuan. Usul ini dilakukan oleh ketua pelajar muslimin. Kami yang muslimat rasa teramat malu. Mujur mereka tidak elaborate lebih-lebih. Tapi ana faham kerana ana tinggal dengan mereka yang berjubah. (sehingga sekarang). kadangkala jubah itu dijadikan pakaian terus tanpa memakai baju sepasang di dalamnya. Ana cukup tak bersetuju dengan cara pemakaian jubah begini. Keadaan ini amat mendukacitakan lebih-lebih lagi apabila jubah itu diperbuat daripada fabrik yang lembut & licin.

mungkin hanya segelintir sahaja yang memilih fabrik sedemikian. Seandainya ada sahabat antunna yang mempunyai tudung @ jubah dari fabrik sebegitu, nasihatkanlah supaya menggunakan fabrik yang lain pada masa akan datang dan jika hendak menggunakannya juga, biarlah berlapis. Biarlah panas di dunia, bukan di akhirat.

tujuan ana menulis artikel ini kerana bukan ana sahja yang berpendapat sedemikian, ana juga sebahagian muslimin yang agak baik dengan ana menghantar e-mail kepada ana untuk menegur sahabiah-sahabiah ana. Sebagai muslimat berasa sangat malu. Tetapi apabila memikirkan kemaslahatan bersama, ana terpaksa bertindak.

Bukanlah tujuan artikel ini untuk menghina mereka yang bertudung labuh @ berjubah @ bertubuh gempal, anngaplah artikel ini satu teguran yang membina buat kita semua.

Sekian,
Wassalam.