Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Dari Galeri
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu

ADAB SOLAT SEORANG MUSLIMAH
 Posted on Selasa, 24 Februari 2004 @ 21:59:32oleh Hanan
Tazkirah Adab Solat Muslimah - Ilmu yang elok dikongsi bersama. Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. rasa terlalu bernilai ilmu yang dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yang lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yang saya dirikan terlalu rendah kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap yang Esa. 2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat...sewaktu kita

berdiri tegak sebelum lafaz niat :

Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yang begitu menyayangi hamba2Nya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.



Setelah dilakukan kedua-dua perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara-cara solat yang betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya adab
untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. dengan meletakkan kedua-dua ibu jari di bawah cupingtelinga
ii. dengan meletakkan kedua-dua jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke parasdada.(bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2an di celah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.




2) Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah-olah menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati
badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. kedua-dua tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami'allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi,kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua-dua kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun,bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..." ( "lah ilaa ha ILLALLAH")
Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita.
Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dengan melapikkanpapan punggung dengan kedua-dua kaki. tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat
bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yang Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yang digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak
kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu
akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah
solat. sebaik-baiknya pakai stokin yang tebal (ustazah mencadangkan stoking yang lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dalam telekung setiap kali solat sambil berazam
untuk membeli telekung yang lebih baik kualitinya. Walaupun kadang-kadang terasa panas ketika solat saya gagahkan juga.yang penting, saya mecuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yang diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. yang penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita untuk akhirat, jadi biarlah berbaloi. jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yang tak sempurna. Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'. Sekian saja yang dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah silap, harap dimaafkan. Segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari saya. Wassalam. Dari Abdullah bin 'Amr .a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

 

  Tazkirah


Komen


"ADAB SOLAT SEORANG MUSLIMAH" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: ADAB SOLAT SEORANG MUSLIMAH
oleh rumi pada Rabu, 25 Februari 2004 @ 13:54:42
(Info AHLI)


Assalamualaikum,

Amat bernilai sekali article nih, ada sesuatu yang baharu yang ana pelajari kat sini. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang ana kira mungkin kurang tepat. Ianya dikongsi oleh seorang teman. Begini - untuk point No 9 (ketika memberi Salam):-
1 pusingan adalah 360 darjah.
Setengah pusingan adalah 180 darjah.
Jadi, pandang ke bahu mungkin setakat 90 darjah ajer. Ana juga pernah terbaca yang mana Rasulullah ketika Baginda memberi salam dalam solatNya, memalingkan mukaNya dimana para makmum "nampak akan putih pipiNya".
Wallahu Alam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.177724 saat. Lajunya....