Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Barangsiapa mengambil serakah sebagai kebiasaan, ia menurunkan harga dirinya sendiri, barangsiapa membeberkan kesukaran –kesukarannya, ia menyetujui penghinaan, dan barangsiapa memperkenankan lidahnya menguasai jiwa, ia akan mengaibkan jiwanya
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Dari Galeri
assalamualaikum...
inilah saya..salam ukhwah buat semua muslimah..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

kisah terbaru
 Posted on Jumaat, 25 April 2003 @ 0:29:13oleh Hanan
Nostalgia maricella menulis Kata orang, cinta ada pelbagai rupa.. Ia kadang-kadang pelik dan tidak masuk akal. Aku dahulu hairan dengan kenyataan tersebut sehinggalah ia berlaku kepada diriku sendiri. Aku sungguh tak sangka akan berhadapan dengan cinta yang begitu pelik.Sungguh tak normal! Mungkin ada pembaca yang tak percaya tetapi itulah hakikat kehidupan yang bermacam ragam.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang kecil. Hanya menpunyai 2 orang adik beradik. Aku dan abang. Abangku tua 5 tahun dariku. Hubungan aku dan abang sangat rapat.Sejak kecil emak dan ayah telah mengajar abang untuk menjagaku bagaikan menatang minyak yang penuh.

Sekiranya mereka tiada di rumah, abanglah yang menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Kata ibu, masa aku kecil dahulu, abanglah yang paling rajin tolong memandikan aku, membedakkan aku, memakaikan baju dan menyuap makananan padaku walaupun dia juga masih mentah.abang juga adalah mentorku paling baik dalam pelajaran.

Abang tidak akan membenarkan sesiapa pun menyakiti atau mengasariku. Dia bagaikan pelindungku setiap masa. Aku sudah terbiasa dibawah lindungannya.Segala rahsia, kami kongsi bersama. Kerana itu. Aku terlalu manja dengan abang. Abang juga terlalu memanjaiku dan kehendakku boleh dikatakan sentiasa dipenuhi.Masa kecil dahulu, jika aku merengek saja mahu aiskrim , pasti abang bersusah payah membelinya walaupun ketika itu hujan lebat. Sekiranya aku ada masalah, abanglah orang pertama yang menjadi pendengar setia.

Abang begitu memahamiku dan kami mempunyai citarasa yang sama. Sentiasa ada disisiku ketika susah dan senang. Sesungguhnya aku berasa bertuah memiliki seorang abang yang begitu mengambil-berat dan menyayangiku.

Apabila aku meningkat dewasa, abang sering memuji-muji kecantikanku. Abang juga tak habis-habis memuji masakanku. Abang selalu berkata sesiapa pun akan bertuah memiliki aku yang lemah lembut dan ayu. Katanya dulu aku anak hingusan, kini sudah menjadi puteri kayangan.Abang juga tak kurang hebatnya. Kacak dan mempunyai karisma..Hubungan aku dengan abang juga semakin mesra. Kami seolah-olah kawan baik yang sentiasa bersama.Abang sudah bekerja dan mempunyai kereta. Abang akan menghantarku ke sekolah dan menjemputku pulang. Abang juga selalu membawaku bersiar-siar, menonton wayang , makan-makan atau membeli-belah. Abang tidak kedekut dan sering membeli apa saja kemahuanku.Kemesraan aku dan abang menyebabkan ada kawan-kawan sekolahku tersalah-anggap aku dan abang pasangan kekasih yang ideal.

Kadang-kadang, abang akan turut membawa rakan-rakanku bersiar-siar bersama. Ramai teman-teman sekolahku jatuh hati pada abang tetapi abang tak pernah melayan. abang anggap mereka seperti teman karibku sahaja.

Sikap abang yang gentleman dan kacak menyebabkan ramai wanita jatuh hati. Tak kurang yang kecewa kerana abang menolak cinta mereka.Tapi. Aku jadi hairan Kenapa abang tak pernah menunjukkan minat pada wanita. Abang tak pernah terjebak ke kancah cinta walaupun ramai yang cuba menawan hati abang! Tak pernah aku mendengar abang bercerita tentang gadis yang diminatinya. Cuma sesekali, abang malu-malu bercerita tentang ciri-ciri gadis idamannya.Namun, abang seolah-olah bercerita tentangku! Waktu itu aku hanya menganggapnya kebetulan sahaja atau abang sengaja mengusikku.

Seperti gadis remaja yang lain,aku akhirnya jatuh cinta kali pada rakan sekolahku sendiri.Ketika itu aku berumur 19 tahun dan masih menuntut di Tingkatan 6 .Aku bagaikan di awang-awangan dan sudah tentulah abang orang pertama aku memberitahunya. Segala perasaanku pada M kuluahkan pada abang.Namun, abang menunjukkan reaksi kurang senang.Dia menasihatiku supaya melupakan M dan menumpukan perhatian pada pelajaran. Abang mahu aku berjaya dalam pelajaran. Sejak itu jugalah abang mula asyik termenung dan kadang-kadang aku perasan abang mencuri2 pandang kepadaku dengan pandangan yang aneh!

Apabila M mengajakku keluar. Aku berasa begitu gembira. Aku menyuruh abang tidak menjemputku pulang kerana mahu keluar dengan M. Rupa-rupanya abang telah mengekoriku dan memerhati segala gerak-geriku dengan M. Apabila pulang ke rumah, abang telah memarahiku macam singa lapar. Tak pernah aku dimarahi sebegitu rupa oleh abang. Selama ini abang tak pernah menjentikku pun.Aku menangis dan mengurung diri dalam bilik. Lewat malam, abang masuk ke dalam bilikku dan memujukku. Abang membelai-belai rambutku dan mengatakan dia begitu menyayangiku dan tak sanggup kehilanganku. Waktu itu. Aku tidak mengerti maksud sebenar kata-kata abang.

Tapi, abang mula mengawal segala gerak-geriku. Aku mulai rasa rimas dengan sikap abang yang asyik bertanya tentang segala kegiatanku. Abang tidak akan membenarkan aku pergi seorang diri kemana-mana.Aku hanya dapat berjumpa M di sekolah saja.Tetapi aku berjaya juga mencuri keluar dengan M ketika abang sibuk dengan kerja. Hubungan aku dengan M juga semakin baik dan aku banyak menceritakan tentang abang kepadanya. Aku ingin sekali M bertemu dengan abang. Aku pasti abang akan suka dengan M.

Hubunganku yang semakin mesra dengan M dapat dihidu abang. Abang mengamuk dan mendesak aku memutuskan hubungan dengan M. Aku tidak tahu apa yang tidak kena dengan M hingga begitu dibenci abang. Kadang-kadang abang seperti cemburu melihat aku berbual dengan M di telefon. Ketika berhari raya. Aku membawa M ke rumah. Ayah dan emak melayan M dengan ramah tetapi abang bersikap dingin. M cuba berbual dengan abang tapi abang acuh tak acuh.Aku kecewa dengan sikap abang dan mula menjauhkan diri dari abang. Abang nampak risau dengan keadaan itu dan cuba memujukku dengan pelbagai cara. Aku bukan budak kecil lagi.Aku pelik Kenapa abang terlalu ingin mengambil tahu tentang kehidupan peribadiku.

Aku mula banyak berfikir.rasa sangsiku bercambah apabila teringat abang sering membawa gambarku ke mana-mana di dalam dompetnya. Malah abang sering mengambil gambarku dan menyimpannya.Dahulu aku menyangka itu tanda kasih sayang abang terhadap adiknya.Tanpa diketahui abang. Aku menyelongkar biliknya.Aku terkejut melihat gambarku ada dibawah bantalnya. Aku bertambah terkejut mendapati abang memiliki beberapa keping gambarku dalam keadaan sedang tidur lena.Ia tersimpan rapi di dalam laci.Sebelum ini aku tak pernah nak ambil tahu tentang semua ini. Malah aku tak sedar abang menyimpan sebahagian besar gambarku di dalam biliknya.

Aku mula rasa aneh. Di sekolah aku bercerita tentang abang kepada kawan-kawanku. Aku membanding-bandingkan abangku dengan abang mereka. Kawan-kawanku terkejut apabila aku memberitahu mereka abang selalu memelukku, membelaiku dan kadangkala menciumku dengan mesra. Ketika berjalan bersama-sama, abang selalu memegang pinggangku.Padaku hal itu normal belaka sebagai kasih sayang antara abang dan adik. Sejak kecil lagi abang telah memberitahuku dia melakukan semua itu kerana menyayangiku dan aku mempercayainya. Tapi kawan-kawanku menganggap ia keterlaluan, pelik dan tak normal. Sejak itu. Aku mula memikirkan bahawa selama ini abang memang telah memperlakukan aku dengan terlalu mesra.Aku seolah tersedar dari mimpi.

Di rumah. Aku tak lagi membenarkan abang melayan aku dengan mesra seperti biasa. Abang berkecil hati dengan perubahan drastikku. Dia banyak mendiamkan diri tetapi masih tetap meluangkan banyak masa bersamaku. Aku mula rasa tak senang dan menolak segala ajakannya untuk keluar. Aku lebih suka memerap diri dalam bilik daripada bersamanya. Aku rasa aneh bila bersama abang. Baru kini aku menyedari, abang bersikap 'lain ' apabila bersamaku. Matanya memandang aku seumpama sedang memandang kekasih.Malah layanan abang terhadapku semakin hari semakin mesra. Aku seolah-olah begitu istimewa padanya.Fikiranku mula berfikir bukan-bukan. Memang tak masuk akal! Adakah abang menaruh perasaan padaku???Oh tidak! Bukankah ini di luar hukum alam???

Bagi menepis segala anggapanku yang kurasa bodoh,aku mula keluar dengan M hampir setiap hari. Dengan M. Aku rasa lebih selamat, bersih dan di alam nyata.M suka dengan perubahanku tetapi abang mula menaruh benci. abang keluar rumah berhari-hari dan tidak pulang.Emak dan ayah yang tak tahu hujung pangkal mula risau. Aku cuba untuk meluahkan masalahku pada emak tetapi rasa malu. Takut dituduh pula mereka-reka cerita yang tak logik.Lagipun aku masih tak pasti adakah andaianku benar atau hanya otakku saja yang dah terpesong.Tetapi gerak-geri abang menguatkan hujahku bahawa ada sesuatu yang aneh sedang berlaku. Aku benar-benar takut jika andaianku tepat.

Setelah dipujuk mak dan ayah, abang akhirnya pulang ke rumah. Pelik. Sebelum ini kehadiran abang bak pelindung bagiku tetapi sekarang kehadirannya membuatku rasa tak selamat.Selama ini aku selalu membiarkan pintu bilikku tak berkunci tetapi sekarang. Aku sentiasa menguncinya. Suatu malam, abang telah mengetuk pintuku bertalu-talu.Aku berpura-pura tidur.Tetapi abang telah memujukku dengan lembut diluar pintu hingga aku rasa tak sampai hati.

Aku membuka pintu dan abang masuk dengan wajah tenang.Seperti dahulu, abang akan duduk disisiku dan berbual-bual. Tetapi aku terkejut apabila abang tiba-tiba mengucup ubun-ubunku dan merenung tepat ke wajahku. Dengan nada tenang, dia mengaku bersalah kerana telah menghalang perhubunganku dengan M. Kemudian tak kusangka abang telah memelukku dan menangis bagaikan budak kecil..Paling aku tergamam, abang memohon maaf berkali-kali kerana mengakui menyimpan perasaan terhadapku.Masih terngiang-ngiang kata-kata abang.."Abang sayang adik.abang sayang adik lebih dari nyawa abang sendiri..."Aku terus tergamam kerana tak tahu apa yang perlu kulakukan. Akhirnya kami berpelukan dan menangis bersama-sama.Abang akhirnya membongkar rahsia hatinya.Kata abang dia telah melihat aku membesar dengan begitu ayu dan santun sehingga perasaan sayang terhadap seorang adik bertukar menjadi cinta terlarang.abang telah cuba berkali-kali untuk melenyapkan perasaan itu tetapi tidak berjaya. Makin aku meningkat dewasa, semakin sayangnya pada diriku. abang mengakui begitu cemburu melihat kemesraan aku dengan M. abang tak dapat menerima aku menyayangi lelaki lain selainnya.Selama ini dia menjadi pelindungku, kini aku ada lelaki lain sebagai pelindungku. abang juga telah cuba menyintai wanita lain untuk melenyapkan perasaannya terhadapku tetapi tidak berjaya. Wajahku sentiasa bermain-main dimatanya apabila dia cuba menyayangi wanita selainku.Patutlah selama ini abang telah melayanku dengan penuh mesra dan kasih. Hanya aku saja yang tak menyedarinya dan menganggap perkara biasa.

Walaupun aku rasa 'kotor' mendengar pengakuan abang. Aku sedaya upaya memujuk abang supaya kembali ke pangkal jalan.Aku berkali-kali mengatakan aku bukannya satu-satunya wanita di dunia ini. Malah aku darah dagingnya sendiri dan haram dinikahi.Memang aku menyayangi abang tetapi untuk mencintai abang adalah sesuatu yang mustahil.Sekiranya aku bukan adik abang, pasti aku sudah lama jatuh cinta pada abang kerana sikapnya yang baik terhadapku, disamping wajah abang yang memang tampan.Tetapi semua itu mustahil belaka dan aku tidak sanggup berlakunya sumbang mahram dalam keluarga. Aku rasa jijik dan kotor...

Esoknya, abang telah keluar rumah awal subuh. abang telah meninggalkan sepucuk surat padaku yang mengandungi nasihat dan kata-kata perangsang untukku berjaya.abang juga meminta maaf kerana terpaksa pergi sekali lagi. Katanya dia ingin merantau jauh dan tidak akan pulang ke rumah sehinggalah dia berjaya dalam kariernya dan paling penting berjaya melawan perasaannya terhadapku. Selagi dia masih mencintaiku, selagi itulah dia tidak akan pulang ke rumah selama-lamanya.

Aku menangis dengan pemergian abang. Aku berasa kehilangannya dengan begitu mendalam.Walaupun aku begitu rindu pada abang. Aku tahu abang terpaksa pergi untuk kebaikanku dan masa depan.Namun jauh di sudut hatiku bersyukur kerana abang masih mampu mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang buruk terhadapku.Cuma emak dan ayah masih tidak mengerti Kenapa abang hilang begitu saja.Tanpa berita, tanpa penjelasan. Hanya aku saja yang mengetahui misteri kehilangan abang dan rahsia itu masih terpelihara.

Kini. Aku sudah menuntut di IPT seperti yang abang impikan. Aku juga sudah mengikat tali pertunangan dengan M. Sudah lebih setahun dan abang tetap tidak pulang.Namun aku masih sabar menanti kepulangan abang...Dalam hati aku berdoa abang berjaya di perantauan dan belajar menyintai insan lain.

Abang..pulanglah ke pangkuan keluarga...Emak dan ayah, juga adik merinduimu....

 

  Nostalgia


Komen


"kisah terbaru" | Login/Mendaftar | 4 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: kisah terbaru
oleh nur_tinta ([email protected]) pada Jumaat, 25 April 2003 @ 9:36:41
(Info AHLI)


Assalamualaikum wb.. susunan cerita yang padan nak menarik.. lantas hati tertanya..adakah ini cerita benar..? maaf kiranya soalan ini menyinggung perasan penulis...!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: kisah terbaru
oleh Orange_SkunKy pada Jumaat, 25 April 2003 @ 13:04:11
(Info AHLI)
Saya mmg suka membaca...tapi cerita ni amat menyentuh jiwa, ini adalah salah satu ujian dpd Allah swt. Hanya Iman dan taqwa dapat menahan diri dari berlaku perkara yg tdk sepatutnya....mmg menarik kisah ini...boleh dijadikan ikhtibar...kalian
]

?????
oleh qurratuain pada Sabtu, 03 Mei 2003 @ 14:22:16
(Info AHLI)


Hm..hm...alahai...
Kisah yg menarik... namun adakah ia sekadar imaginasi atau realiti yg menghantui diri?
Mmg pelik bin ajaib...
Lumrah kehidupan...kadangkala manusia sering melakukan sesuatu yg kita tafsirkan sbg perkara yg tak masuk di akal!
Namun, itulah realiti kehidupan!
Jika kita katakan mustahil, kita tersilap!
Semuanya ini boleh terjadi...manusia melangkaui hukum alam... paling menakutkan mendatangkan kemurkaanNya...!
Andai kisah ini kalian tatapi, akuilah bhw tidak mustahil ia terjadi!
kerana manusia kerap tewas oleh nafsu...
jika tidak, manakan mungkin terciptanya perumpamaan 'haruan makan anak?'
Bg kita seorg muslimah sejati.... didiklah diri, hiasi akhlak dgn nilai2 murni, tidak perlu dibunuh nafsu tapi belajarlah mengawal dan menjinakkan nafsu...
Jgn dibiarkan nafsu mengawal kita walaupun 'si lelaki' kerap mendabik dada, membangga diri mengatakan dirinya mempunya 9 akal dan 1 nafsu sedangkan kita sebaliknya...!
tapi, akuilah wahai lelaki... tidak ada gunanya diri kalian mendabik dada, membangga diri andainya 9 akalmu itu 'dipimpin' oleh hanya 1 nafsumu!
Sedangkan kami...? 1 akal ini mampu mendidik 9 nafsu yg kalian sering cemuhkan.
Ketahuilah bahawa sebodoh2 wanita mampu menundukkan sebijak2 lelaki!
Aneh bunyinya bukan?
Ntahlah...tepuk dada, tanyalah iman.....
Qurratu 'Ain mohon permisi.....
Wallahua'lam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: ?????
oleh prettybikrah pada Isnin, 19 Mei 2003 @ 17:35:43
(Info AHLI)
HMM CITER AGAK MENARIK DAN MENYAYAT HATI...YERLAH KEKADANG KITE TAK MENDUGA YG INI SEMUA MUNGKIN AKAN BERLAKU..ORANG KATA NOTHING POSSIBLE
TAPI SEBAGAI SEORANG MUSLIM SELALU INGAT KEPADA TUHAN SEBELUM MELAKUKAN SESUATU KITA INSAN BIASA YANG TIDAK LEPAS DR KESILAPAN TAPI JGN JADIKAN ALASAN ITU UNTUK TERUS MELAKUKAN KESILAPAN.......
]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.182064 saat. Lajunya....