Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau sukai melainkan kesabaranmu ke atas apa yang engkau tidak suka..
--
Nabi Isa a.s

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 9
Ahli: 0
Jumlah: 9




  Dari Galeri
para peserta sedang menyiapkan tugasan yg diberikan...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 475 hari yang lalu

BILA HARI HUJAN.................
 Posted on Isnin, 14 Julai 2003 @ 9:06:52oleh Engku_Salina
Umum alkhwariezmiey menulis kat KL sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan/ribut petir/guruh kan?. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya "Cuaca buruk saja akhir2 ni ye.."
Soalnya, Kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
'-Iskk, tak kering lah baju kalau asyik hujan saja..'
' -Alahai, hujan laaagiiii'
'-Tiap-tiap hari hujan...susah lah macam ni'
'-Payah nak buat apa-apa kalau hujan'
'-Tak boleh balik lagi, hujan!'

Bukankah bebel2an tu lebih baik digantikan dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit saja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi. Cuma saya terfikir, Kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba saja bermuram ni..?" macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim
sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. kasihan hujan.

Masa kat sekolah dulu, saya selalu perhatikan. sama ada Khamis petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa hujan. Sebab masa tu ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang/malam Khamis atau Subuh/pagi Jumaat (saya duduk kat asrama). Ustazah sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat macam tu kami akan tersedar, memang benarlah Jumaat itu hari yang berkat. Sebab itu hujan turun
mengiringi kedatangannya. Sedarkah kita?

Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
sekarang ni, KL tiap-tiap hari hujan. tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab.Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu2 langit sedang terbuka? "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu
tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, Kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan. Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. lepas itu kita kata,
"Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? kita tak suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. kalau dapat yang tak elok jugak, agaknya kita yang tak elok, sebab tu yang tak elok tak elok mai kat kita (boleh terima ke?). Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yang bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita
sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu
meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." Surah Hud : 123

moga ada manfaat, insya Allah.

 

  Umum


Komen


"BILA HARI HUJAN................." | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: BILA HARI HUJAN.................
oleh adinura ([email protected]) pada Isnin, 14 Julai 2003 @ 10:07:00
(Info AHLI)


kelakar... kelakar...
anyway, thanks alkhwariezmiey, mengglamourkan artikel saya.

Apa yang saya sering kesalkan ialah seringkali original writer tak diberitahu/include dlm fwding mail/posting. Ini secara kebetulan, saya "terjumpa".

Ya, saya menulis tanpa royalti. Ya, saya bukan nak glamour. Ya, saya biarkan artikel ini tanpa copyright. Tapi, bila diubahsuai sampai jadik tak best, saya rasa sedikit kesal.

Original text saya dihantar pada 25 April 2003 ke http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/message/19076.

..dan banyak lagi posting saya di sana..

wallahu'alam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.268243 saat. Lajunya....