Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
assalamu`alaikum

inilah gambar walimah kami pada 22 disember 2002

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Love on patzi
 Posted on Khamis, 05 Jun 2003 @ 20:53:54oleh Hanan
Semasa mulan03 menulis Cerita love on Patzi di tv 2 baru habis. apa yang menarik sebenarnya dalam cerita tu? mesti sebab hero and heroin dia yang comel kan? Dulu, pernah ustaz2 sindir pasal cerita cina The Good Old DAys, satu famili tu tengok tv waktu maghrib. lepas habis cerita tu pukul 8, baru semua kelam kabut nak solat lah, nak masak lah... dll. ish....ish...ish......Tapi buat apa nak cakap saja kan, sebab majoriti kita pun minat tengok cerita macam tu (ana pun tengok).

Seronok kan... kisah antara cinta dan persahabatan seorang perempuan dengan 2 org lelaki yang baik dan sama-sama sayang kan dia seorang. bila tengok cerita ni, kadang-kadang terdetik di hati kita. Ei..seronoknya kalau kita pun jadi macam tu kan.... ada org ambil berat tentang kita.....sayang kita....tapi, kita tak mungkin rasai persahabatan macam tu sebab pergaulan kita ada batasnya. Dan ada kala waktu tu lah lintasan syaitan terfikir di benak kita.... Kenapa lah kita tak dapat berkawan macam tu... kenapa Islam ni susah sangat.. dll. kalau ada di kalangan kita yang macam tu, istigfarlah cepat-cepat, takut dok asyik terfikir saja... lama-lama, boleh menggoyahkan akidah.
bukan cerita ini saja.. banyak dah cerita-cerita yang lain tu.

Another example kita tengok cerita hantu. memang kita akui hantu tu wujud. tapi perasaan takut kita dengan antu tu 'over' sangat sampai selalu menyusahkan org lain (nak kena teman pergi tandas lah memalam). ni semua berpunca dari ingatan kita pasai hantu yang kita tengok kat tv. Tengah dok seorang-seorang waktu malam, teringat hantu yang dalam cerita the ring tu, terus cabut. tapi sebenarnya bukan ada apa pun. sebaiknya, tak payahlah tengok cerita hantu tu kalau dah tau kita ni jenis yang penakut.


kes2 sumbang mahram pun berpunca dari sini. seronok sangat tengok movie2 barat ....sampai timbul rasa 'ish teringinnya...' dah terjadilah perkara2 yang tak sepatutnya.Nauzubillah lah.
kesimpulannya, kalau kita ni jenis yang tak cepat terpengaruh, tahu batas penglihatan kita, tidak mengapalah nak tengok tv cerita apa pun. ada baik buruknya tv ni. yang penting, kita kena lah pandai menggunakannya kan......

 

  Semasa


Komen


"Love on patzi" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Love on patzi
oleh MuSaFiR_SaYYaFF pada Jumaat, 06 Jun 2003 @ 23:18:16
(Info AHLI)


A'ah. betul tu. Padahal masa tengok tu, dah sedar dosa melengahkan solat tu sikit punye besar. Tapi, memang, citer tu best laa.. eh, tapi, citer Love on Patzzi ke atau My Love Patzzi ? Macam nak samer jer.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Love on patzi
oleh ratu_syahadah pada Ahad, 08 Jun 2003 @ 15:21:14
(Info AHLI)
Assalamualaikum w.b.t. ana pun tengok citer tu.. Ye lah... tak silap ana citer tu tajuknya My Love Patzzi di TV 3 bukan di TV 2...
]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.082447 saat. Lajunya....