Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya dengar, saya terlupa; saya lihat, saya ingat; saya melakukan, barulah saya faham

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Dari Galeri
ermmm.. a'kum semua.. ekk.. ergghh.. uiiksssss..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

KiSaH CiNtaKu
 Posted on Selasa, 27 Mei 2003 @ 21:26:38oleh Hanan
Kreatif izzah menulis Assalamualaikum.....

Kisah Cintaku untuk renungan semua...

Nak share tentang KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.

Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA ->direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace saja. For surelah…KEKASIH,kan?!
Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH macam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa saja aku boleh contact DIA. Yang
seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye lah, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab,kalau aku ingat & contact saja DIA, sure macam-macam lah yang aku dapat.
Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu!

Bila aku rindu kat DIA, baca saja surat-surat yang DIA bagi tu.Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni. Aku pernah juga frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye lah, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash begitu saja.

Tapi KEKASIH aku yang ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu.Siap bagi semangat lagi. DIA tak ada jeles pun. Cuma aku saja yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dengan DIA. So. Aku pun kenalah usaha betul-betul.Kata orang putih… what you give, you get back…so,
kalau aku usaha lebih sikit. Aku dapat lebih lah, kan?

KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku
tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga. Aku sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya …millionaire…billionaire…dan entah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…percaya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati lah…
mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?

Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, ambil saja lah…lepas itu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu.Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc…

DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia.DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu lah sebenarnya nak cakap ni. Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia lah… tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti
jumpa. Sekarang ni menghitung hari lah aku ni. Tapi kecut perut juga! Takuut. Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu. Aku tahu lah apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang lah kat aku, kan? tak mengapa lah, berkorban sekarang,
sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIHKU..AKU BERJANJI. Aku AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…
WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG
INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA. Aku TETAP BAHAGIA… ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T..… CINTA
TERAGUNGKU! MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE... AMIIN.

wassalam

 

  Kreatif


Komen


"KiSaH CiNtaKu" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: KiSaH CiNtaKu
oleh prettybikrah pada Isnin, 16 Jun 2003 @ 16:57:21
(Info AHLI)


akum...saudari izzah
alhamdulillah anda telah ditemukan dengan orang yang begitu baik, caring dan segala-galanya yang baik adalah si DIA.

tapi hendaklah kita sama2 ingat di sini bahawa manusia tak semuanya sempurna.
dalam kesempurnaan itu pasti ada cacat celanya cuma mungkin kita tak nampak

"JIKA KITA MARAH PADA SESEORANG JANGAN AMPAI TIDAK NAMPAK KEBAIKANNYA BEGITU JUGA JIKA KITA SUKA PADA SESEORANG JANGAN SAMPAI TIDAK NAMPAK KELEMAHANNYA"

saya tahu saudari izzah begitu gembira sekali...tapi saya harap saudari zizah tetap berjaga-jaga dan berhati-hati dalam apa jua situasi.... : ) SEMOGA BAHAGIA HENDAKNYA
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.117951 saat. Lajunya....