Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Dari Galeri
Sesi taaruf dalam kumpulan... masa ni semua masih malu2 kucing...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
 Posted on Isnin, 09 Mei 2005 @ 0:05:34oleh Hanan
Tazkirah kinobaik menulis Assalamualaikum.. artikel ini ditulis bukanlah dengan niat untuk menghentam / menjatuhkan/ menyinggung perasaan mana-mana pihak. Ana harap antunna dapat ambil ini sebagai satu teguran / panduan / pandangan daripada ana sendiri. Ana mendapati inilah satu saluran yang baik untuk ana menyatakan isu ini kerana kesemua yang mengunjungi portal ini insya Allah adalah muslimah. jikalau ada yang menyamar, wallahua'lam...Ana harap antunna dapat membaca artikel ini dengan hati yang terbuka...

Ana kurang pasti bagaimana hendak memulakan penulisan artikel ini. Penyampaian ana yang agak kasar harap dapat diterima.

Buat muslimah yang memakai tudung labuh @ berjubah harap dapat memilih fabrik yang sesuai dengan situasi dewasa ini. Fabrik tekstil yang lembut @ tak sesuai akan menyebabkan jilbab / jubah antunna tidak lagi menutup aurat, malah menambah dosa pula.

Rasionalnya, apabila antunna memilih fabrik yang lembut untuk dibuat tudung labuh, ini akan menyebabkan antunna sama seperti orang yang tidak memakai tudung. Ana tak dapat menggunakan perkataan yang sesuai untuk menyatakannya, tetapi bagi ana, orang yang memakai tudung labuh kadangkala lebih seksi berbanding orang yang memakai tudung turki @ seumpamanya yang berbidang 60". Faktor cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, mengundang angin-angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, lantas menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi.

Ana menulis berdasarkan pengalaman ana sendiri. Ana adalah bekas pelajar sekolah agama dan bertudung labuh. Tetapi kini, ana lebih selesa memakai tudung turki @ seumpamanya yang berbidang 50" atau 60". Ana seorang yang bertubuh kecil, tetapi kadangkala apabila angin bertiup atau ketika ana sedang berjalan, ana dapat merasakan yang tudung itu agak melekap di tubuh ana yang boleh dikatakan kecil ini. (tinngi : 163cm, berat 44kg). Apabila ana sedang berjalan, kadangkala terserempak dengan muslimah yang memakai tudung labuh dari arah bertentangan, dan kelihatan tudung labuh itu melekap dan tidak berupaya menutup aurat. Kelihatan seperti muslimah itu membungkus dirinya dengan tudung labuh itu. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bertubuh agak gempal. Keadaan ini amat memalukan ana yang memandangya. Ana terfikir, apakah yang difikirkan oleh muslimin @ mereka yang lain yang melihat keadaan itu.

Ana bukanlah hendak mem'provoke' atau menghina mereka yang bertudung labuh. Ana sendiri memakai tudung labuh. Diharapkan dapat memilih fabrik tekstil yang keras @ baik. "Baik" di sini bukanlah bermaksud lembut teksturnya. Biarlah tudung itu keras macam kena kanji asalkan tidak melekap di badan.

Semasa ana bersekolah di Subang Jaya dahulu (sekolah agama berasrama penuh) pemakaian jubah adalah diharamkan di kalangan pelajar perempuan. Usul ini dilakukan oleh ketua pelajar muslimin. Kami yang muslimat rasa teramat malu. Mujur mereka tidak elaborate lebih-lebih. Tapi ana faham kerana ana tinggal dengan mereka yang berjubah. (sehingga sekarang). kadangkala jubah itu dijadikan pakaian terus tanpa memakai baju sepasang di dalamnya. Ana cukup tak bersetuju dengan cara pemakaian jubah begini. Keadaan ini amat mendukacitakan lebih-lebih lagi apabila jubah itu diperbuat daripada fabrik yang lembut & licin.

mungkin hanya segelintir sahaja yang memilih fabrik sedemikian. Seandainya ada sahabat antunna yang mempunyai tudung @ jubah dari fabrik sebegitu, nasihatkanlah supaya menggunakan fabrik yang lain pada masa akan datang dan jika hendak menggunakannya juga, biarlah berlapis. Biarlah panas di dunia, bukan di akhirat.

tujuan ana menulis artikel ini kerana bukan ana sahja yang berpendapat sedemikian, ana juga sebahagian muslimin yang agak baik dengan ana menghantar e-mail kepada ana untuk menegur sahabiah-sahabiah ana. Sebagai muslimat berasa sangat malu. Tetapi apabila memikirkan kemaslahatan bersama, ana terpaksa bertindak.

Bukanlah tujuan artikel ini untuk menghina mereka yang bertudung labuh @ berjubah @ bertubuh gempal, anngaplah artikel ini satu teguran yang membina buat kita semua.

Sekian,
Wassalam.

 

  Tazkirah


Komen


"Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah" | Login/Mendaftar | 14 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh wafie pada Jumaat, 13 Mei 2005 @ 8:42:51
(Info AHLI)


assalammualaikum..hmm..ana cukup setuju dgn pandangan anti Kinobaik ni..tak salah apa yg dipaparkan dlm artikel ni. mmg ada kebenarannya.

bertudung labuh atau tidak bkn persoalnnya tp yg penting sejauh mana pakaian yg kita pakai mampu mambalut & melindungi tubuh kita drpd menjadi pameran dan paparan umum..ana juga pakai tudung labuh..but right now i have to change it with other tudung turkey with bidang 60"...hihi due to my office envirionment right now...

waktu sekolah dulu ana sokmo prefer cari kain tebal utk buat tudung ana..first sbb selesa bila angin mai dia tak lekat2 tp beware!!! sekali dia melekat mmg SEKSI!! tp tudung kain keras mudah utk dikawal bila angin datang menyapa...

anyway tak kira apa yg kita pakai pastikan kita ikut syaratnya...pada ana bila kita pilih utk bertudung labuh pastikan kain yg dipilih tidak jarang dan ambil kira sama ada ia mudah "membungkus" atau tidak...

pada ana sendiri, ana fikir ada baiknya utk tudung labuh atau utk apa2 shj jenis tudung, sewajarnya kita pilih kain yang tebal..ana dulu pilih kain utk buat seluar lagi utk buat tudung...terkejut plak tokey kedai tu,..waktu tu susah sikit nak cari kain tebal dan keras utk tudung..but skrg pon utk pakai tudung turkey yg besar tu hati2 pastikan tidak jarang..

itu jer ingin berkongsi..sikit2..ana harap kita semua ambi berat akan perkara ini..tiada sbb utk terasa hati kerana ada kebenarannya..."Ad-dinnu nasihah" agama itu nasihat..

syukran ukhti akan peringatan ini...mg kita sama2 mdpt perhatian dan redha dr Allah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh syafakillah pada Jumaat, 13 Mei 2005 @ 21:25:19
(Info AHLI)
assalamuaaikum naam ana juga sokong seratus peratus apa yg ukhti ana katakan dan ana hormat pandangan tu.
ana pun mmg amat rasa terseksa kalau angin yg sepoi bahasa tu datang menyapa diri nie.mmg gitulah apa yg dirasakan oleh si pemakai tudung yg berkaiatan.mmg benarlah angin tu anugerah allah tapi..maksud ana jangan salahkan angin yg bertiup tapi salahkan lah diri kita nie.....jadi fikirlah cara terbaik ok...sama2lah kita tegakkan syiar islam...
]


Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh santun pada Ahad, 15 Mei 2005 @ 16:06:17
(Info AHLI)
Alhamdulillah..
ana pun setuju sbb realitinya ramai yg segan nak timbulkan hal ni...ada sahabat ana (muslimin) pernah ckp jugak kdg kala muslimat bertudung labuh masih ramai yg tak faham bab menutup aurat&berhias...ana pun seblum ni tak bertudung labuh..tp bla dah usia 20-an ni..btkar ke tudung labuh..memang pemilihan fabrik@textil tu kena hati-hati...
]


Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh istisafa ([email protected]) pada Khamis, 19 Mei 2005 @ 15:24:59
(Info AHLI)
terima kasih adik kino yang baik.. sesungguhnya adik tak perlu rasa takut sekiranya apa yang adik rasakan itu benar.. bak kata pepatah berani kerana benar.. semoga artikel adik akan memanafaatkan untuk muslimah lain.. anggap kita sebagai adik beradik yang sering nasihat menasihati antara satu sama lain..
]


Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh zaida pada Khamis, 09 Jun 2005 @ 17:30:07
(Info AHLI)
yang keras pun xsemesti panas
ade gak mber cakap(tp die xtud labuh)..yg pakai tdg labuh ni nmpk sexy..ape2 pon..kite cube yg terbaik..labuh atau xlabuhh sangat..yg lebih penting tutup aurat..
nasihat@komen memang pahit..tp cam ubat gak..ade yang leh menyembuhkan

harap dapat saling membantu dan menasihati
]

Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh Anonymous pada Jumaat, 16 Disember 2005 @ 16:54:04


Assalamualaikum. Syukur dan t/kasih atas teguran! Paling menakutkan....muslimah kita bertudung bawal...tanpa memakai tudung dalam. MasyaAllah...rambut terpacak2 blumba2 nak minta keluar dari tudung! Dia pun rimas dibuat begitu. seolah-olah rambut kita mahu bkata "NAK TUTUP TUTUPLAH ELOK2..KALAU TAK, CABUT saja TUDUNG NI! BUAT MALU KAUM BERIMAN saja!!

ASTAGHFIRULLAH! bagi si tudung labuh pula... bnyknya gurauan2 melampau untuk wanita bertudung labuh sekarang ni!! Na'uzubillah! Sejak ada segelintir kisah didedahkan, tudung labuh dijadikan gurauan..."senang nak sorok kepala jantan @ perut memboyot yang tak tau siapa bapaknya!!

TUHAN KAMI, BERIKAN HIDAYAH DAN TAUFIQ untuk KAMI MELALUI HIDUP yang PENUH RANJAU INI!! Aminnnnn
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh su_solehah pada Jumaat, 13 Januari 2006 @ 12:33:16
(Info AHLI)
Assalamualaikum.....

Isu yang memang memaparkan realiti sebenar.......su cadangkan altenatif (bagi yang pakai tudung bidang 60') dengan selempangkan tudung kedua-2 bahu, dengan itu ke2-2 mahkota di dada kita tidak jelas kelihatan, walupun di tiup angin...cara ini lebih selesa, kerana 2 lapis tudung menutupi dada...
]

Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh Anonymous pada Khamis, 09 Februari 2006 @ 19:30:42


memang benar pun kat sebagai seorang perempuan harus pakai tudung yang menutup aurat ok.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh Anonymous pada Ahad, 23 September 2007 @ 20:40:30
satu lagi peringatan...

kepada sesiapa yang bertudung labuh @ berjubah...

janganlh menghina atau mencerca org yang bertudung 3 segi...perkara ni pernah berlaku pada saya..sedikit sebanyak kurang respct saya pada mereka..sebab apa yang terpncar pada fizikal mereka, tidak seperti akhlak dan perlakuan mereka...DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER... kalau ada yang nak menasihati, berhikmahlah!!
]

Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh NurQhazi pada Jumaat, 05 Oktober 2007 @ 8:39:23
(Info AHLI)


Assalamualaikum terima kasih untuk teguran dan semua pandangan..

betul jugak pendapat tu,..semoga Tuan Empunya Dunia membuka mata hati kita untuk bijak menilai pakaian dan keperibadian kita..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh hudaz pada Sabtu, 26 Julai 2008 @ 3:07:48
(Info AHLI)


salam..saya setuju..ramai kawan-kawan saya yang lelaki cakap bagi mereka..perempuan pakai tudung labuh lagi seksi berbanding dengan yang pakai seksi..mereka cakap..bila dtiup angin...mungkin boleh terjatuh kupiah dan iman mereka..sebab wanita yang tudung labuh tidak pernah dedahkan badannya..dan kgkwan lelaki perempuan trsebut cepat tergoda biar pun tiupan angin hanya menampakkan bentuk scara kasar..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Khas Buat Muslimah Bertudung Labuh @ Berjubah
oleh dzakirah ([email protected]) pada Khamis, 09 Julai 2009 @ 23:54:26
(Info AHLI)


salam..hmm satu teguran yang baik. saya juga salah seorang yang bertudung labuh, malah itu memang menjadi identiti saya sejak kecil. agak sukar untuk menukar penampiln sekalipun berubah suasana(esp di malaysia) tapi mmndangkn saya sekarang berada di bumi anbiya' jadi saya tidak janggal untuk meneruskn identiti ini. tapi maybe saya perlu berubah bila dah balik malaysia nanti, doakan saya kuat...ameen...

p/s: teguran berhikmah tak bererti lembut. andai satu tamparan boleh menyedarkan seseorang, itulah yang dinamakan hikmah! jazakillah kheir...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re:bukan bertudung labuh...
oleh hidayah_saibi ([email protected]) pada Jumaat, 28 September 2007 @ 16:27:58
(Info AHLI)


Assalamualaikum... saya bukanlah muslimah yang memakai tudung labuh tapi saya ada kawan yang bertudung labuh... Em.. comel & sejuk mata memandang. Semua org ada pandangan masing-masing. Itu mungkin pendapat anda.. bagi saya pakai lah apa saja asalkan menutup aurat. yang penting ianya mulia pada pandangan Allah SWT, bukan pada pandangan manusia...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re:bukan bertudung labuh...
oleh mujadihahsolehah pada Sabtu, 26 September 2009 @ 2:22:46
(Info AHLI) http://cintaillahi84.wordpress.com/
ana setuju.....

moga teruskan dengan bertudung labuh........
]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.099397 saat. Lajunya....