Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam ukhuwah....
Hilalliqa'

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

AURAT WANITA
 Posted on Isnin, 28 April 2003 @ 9:57:50oleh Ainul_Mardhiah
Umum minah_arab menulis Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualikum wbt...
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Marilah kawan-kawan kita renungkan bersama perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah dan Rasul-Nya. Semoga kita menjadi muslimah yang dirahmati oleh Allah swt selalu.

Dari Firman Allah SWT dan hadis-hadis Nabi SAW

1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.

3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat
Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31.

5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu."
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil
sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat
Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak
akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh
lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Renungkanlah, semoga kita mendapat hidayah daripada c(_l_) l

 

  Umum


Komen


"AURAT WANITA" | Login/Mendaftar | 2 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: AURAT WANITA
oleh dhoifulinsan pada Isnin, 28 April 2003 @ 14:38:56
(Info AHLI)


assalamua'laikum,khaifa haluhunna.terlebih dulu ana mohon ribuan kemaafan andai kata ana telah berbuat silap.

tentang aurat wanita:
1:bagi pendapat ana,sekarang ni kebanyakan wanita menutup aurat adalah satu fesyen dan hobi.sepertimana yg telah wardina pakai.adakah dibolehkan wanita bergaya dihadapan lelaki?
2:adakah perlu melabuhkan pakaian sehinggakan sanggup mengotori tempat i'badah?.sebagai contoh,ana nak terangkan yg mana lebih afdhal.adakah melabuhkan pakaian lebih penting drpd menjaga kebersihan.di mana ana telah lihat kebanyakan wanita muslimah umumnya suka buat pakaian yg melabuh sehinggakan menyapu jalan yg kita sedia maklum penuh dengan kekotoran manusia.lepas tu dengan pakain yg kotor itu jugalah mereka melangkah masuk ke dalam masjid,surau dan tempat i'badah yg lainnya utk menunaikan solah.adakah islam mengajar kita mengotori akan tempat i'badah yg suci itu.sekiranya kita dah menutup aurat kita,mengapa kita perlu takut akan dapat dilihat lelaki.dah pakai jubah,baju kurung,tudung labuh dan dah berstokin,mengapa perlu nak melabuhkannya sehingga ia dikotori.
3:ana nak syorkan kepada semua muslimah supaya janganlah melabuhkan sangat pakaian sehingga dikotori.cukuplah ia menutupi aurat kita.cukuplah setakat buku lali kaki kita pakaian itu dilabuhkan.ana nak kita mengelak drpd melakukan kesilapan.memang kita nak menutup aurat,tapi disamping itu juga kita telah mengotori islam itu sendiri.bukankah kebersihan itu adalah sebahagian drpd iman.
4:yg ana lihat kebanyakan muslimah kita ni tak tau nak jaga maruah yg sebenarnya.contohnya dapat kita lihat ketika mana ingin menaiki bas.sanggup mengetepikan maruah sebentar semata2 nak sampai ke detinasi yg nak di tuju.sanggup bersesak2 dengan lelaki yg buka muhrim.pada keadaan atau suasana di pasaraya,pasar malam juga begitu.maruah nombor 2,nafsu atau keinginan yg paling penting.kenapa jadi begitu?adakah ALLAH S.W.T itu nafsu kita semata2.kalau kita nak sembah,kita sembah.kalau tak nak,kita tinggal.sedangkan nafsu kita sanggup turuti.bagaimana islam nak capai kemenangan,jika kita sendiri menjadi dalang keruntuhan islam itu sendiri.kita dok bincang pasai aurat,tapi kita sendiri yg telah mencemarinya.cubalah kita pikiaq?man lebih penting,maruah atau nafsu.banyak lagi ana nak cakap tapi kalau setakat artikel tak dapat memahamkan antunna.kita sebenarnya perlu bersemuka bagi menjelaskan tentang aurat wanita yg sebenarnya.


ana amat berharap sangat kepada adik hanan yg selaku pengerusi muslimah,supaya kita dapat adakan forum mengenai isu aurat wanita yg sebenarnya pada pandangan atau personaliti islam.ana amat perihatin akan masalah ni.ana harap adik hanan akan ambil berat tentang masalah ni.massalamah.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: AURAT WANITA
oleh dhoifulinsan pada Isnin, 28 April 2003 @ 14:44:07
(Info AHLI)


askm.jangan kita nak berhujahkan a'kal yg tanpa disandarkan al-quran dan hadith nabi s.a.w.nanti ana kan berikah hujah ana yg bersertakan dalil2 syar'ei.dan ana amat bersetuju dengan dalil yg bdiberikan oleh aqhawah kiat minah_arab.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.098253 saat. Lajunya....