Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
JANGAN kecilkan cita-citamu, kerana cita-cita yang kecil akan menyebabkan seseorang itu mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan

-- Saidina Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
ana dan sahabat di midvalley

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu

Abang... maafkan ayang....
 Posted on Isnin, 29 Mac 2004 @ 17:30:40oleh Hanan
Kreatif istisafa menulis Perutku bagaikan dipulas - pulas dengan sekuat - kuatnya. Kaki pula bagai ditetak kuat dengan parang. Semua yang kupegang terasa sakit dan berdenyut, lebih - lebih lagi kepalaku ini. Dalam keadaan serba serbi yang tidak selesa. Aku teringatkan assignment dan study case yang harus kuselesaikan dalam minggu ini, aduh kepalaku berdenyut perlahan. Aku terpandang ruang tamu. Walaupun nampak kemas, tapi ada saja yang nampak semak dimataku. Hai.. rumah orang belajar, memangla semak dengan buku, ujar suamiku ketika aku meminta maaf padanya ketika saat dia pulang, ruang tamu bagaikan pasar buku.

Kepalaku cuba kuangkat perlahan - lahan. Dengan tidak semena - mena kepalaku kembali berdenyut..Ssyyyyyy.. denyutan dikepalaku bagaikan menangkap keseluruh badanku.

Jangan bergerak sayang, kan sayang tak sihat tu... ujarnya sambil membawakan segelas air dan ubat. Aku menggeleng. Jangan macam tu, nanti lambat baik, macam mana nak buat kerja sekolah nanti.. nanti cikgu marah.. dipenghujung nasihat suamiku berbau sedikit kelucuan.. ketika dia mula hendak beredar. Aku cepat menangkap lengannya. Dia sedikit kehairanan. Kenapa sayang? Ayang terasa tak selesa, mungkin ayang datang bulan.. ketika aku berusaha untuk berengsot perlahan - lahan, cadar tilam dimana aku melabuhkan punggungku telahpun kuyup dengan tumpahan darah haid.. ya Allah, serta merta aku bagaikan loya melihat darah sendiri, lalu...

Aku perlahan - lahan berusaha juga ke bilik air.. sedangkan suamiku menukar baju lain kerana aku termuntah diatas bajunya dan sekaligus baju itulah yang menjadi kain mengelap mulutku yang comot.

Ketika dibilik air. Aku terjatuh.. dugaan demi dugaan semakin menduga aku.. kasihan suami aku.. ya Allah, ampunilah segala dosa - dosaku dan juga dosa suamiku.. aku beristigfar dan berdoa agar aku ditabahkan hati..

Dari jauh kulihat suami aku bergegas berlari - lari kearahku.. ternyata dia menjerit - jerit memanggilku.. pandanganku mulai kelabu dan semakin kelabu.. abang, tolong ayang.. ya Allah, tabahkan hatiku ini.. abang......

Kepalaku berpusing - pusing. Aku cuba membuka mataku.. bukan suamiku, ini bukan suamiku.. nama abangku ni... aku hanya dapat melihat orang - orang yang berbaju putih yang mengelilingi katilku. Bagaikan melihat pameran. Aku diperhati dan dibincangkan. Manakala aku pula memerhatikan mereka dengan penuh tanda tanya.. apakah sebenarnya ini.. dimanakah aku dan apa yang membuatkan aku ke sini..

Ingin kubertanya, tetapi lidahku kelu.. sebelum aku bertanya aku diberitahu yang aku telah pitam dan jatuh di bilik air. Aku cuba membuka mulutku, dimana suamiku.. namun aku mula terasa mengantuk yang amat sangat.. aku kembali semula tidak sedarkan diri..

Bila aku tersedar semula, soalan yang sama yang aku keudarakan.. dimana suamiku pergi.. tak mungkin dia tidak datang melawatku.. tak mungkin.. dari jauh aku melihat ibu dan ayah datang menghampiriku. Aku cuba membuka mulut untuk bertanya..

Abang kau ada kerja sikit tu, mesti dia datang nanti.. ujar ibuku.. aku memasamkan muka.. aku dah terlentang dikatil usang ini selama empat hari, Kenapa wajahnya langsung tak kutemui.. sibuk mana dia sekalipun..

Malam, selepas solat Isyak. Aku kembali bersandar setelah puas berbaring. Disebelah kananku seorang gadis comel sedang menggunakan telefon bimbitnya, ternyata wajahnya riang, kerana baru sebentar tadi dia diberitahu yang dia akan pulang ke rumah pada keesokan harinya..

Kak pooh... panggil gadis disebelahnya.. aku menoleh sambil tersenyum.. sebelum itu dia mendengar rakan - rakanku memanggilku dengan nama itu..

Kenapa kak pooh termenung.. entahla, akak kena sakit rindu.. dia tergelak.. Linda, dah dekat lima hari akak tak nampak pakwe akak tau.. rindu gila.. ujarku mengajuk anak muda zaman sekarang.. Akak nak pinjam telefon Linda.. BOleh juga, pinjam kejap.. Linda turun memberikan 3310nya padaku.. 019-361.... hmm.. voicemail pulak.. aku cuba sekali lagi.. pun sama.. lalu aku cuba menelefon kawannya.. hmm.. dah lama dah tak dengar dering telefon, ujarku sendiri..

Assalamualaikum.. boleh bercakap dengan Amirul. Hello, hello.. tak dengarlah.. ni siapa ni... Hello, Amirul ada. Aku kuatkan suaraku.. namun.. hello ni siapa ni.. tolong telefon balik, saya ada kenduri arwah ni.. awak telefon balik ya.. Oh, patutlah bunyi bising saja..aku pun memberikan semula telefon bimbit kepada Linda.. dan selepas itu aku terasa ingin bertanya melalui SMS, siapa pula yang meninggal.. aku mengenali kesemua rakan suamiku, siapa pula ya.. kasihan..

.Amin, sapa yang meninggal

- aku menghantar SMS pada sahabat suamiku yang paling rapat itu.. selang beberapa minit aku menerima balasan mesej yang kuhantar..

Astagfirullah.. Innalillahi wa inna ilaihirajiun... terasa kepalaku semakin berat dan tanpa sesiapa disisi. Aku tersungkur ditepi katil, sementara itu Linda terjerit - jerit memanggilkan doktor..

Dalam samar - samar. Aku terdengar perbualan antara Linda dan Dr. Mazlan. Doktor, lepas dia baca mesej dia terus pengsan, doktor.. mana telefon itu. Linda mengambil telefonnya yang terlepas dari genggamanku tadi.. Linda mula membaca.. ternyata selepas itu dia mula menitiskan air matanya..

Doktor, suami Kak Pooh dah tak ada.. kelmarin dia pergi masa Kak Pooh tengah pengsan..

 

  Kreatif


Komen


"Abang... maafkan ayang...." | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Abang... maafkan ayang....
oleh halesolurun_84 pada Rabu, 11 Mac 2009 @ 16:03:43
(Info AHLI) http://www.halesolurun.blogspot.com/


sedihnya kak sue..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.127767 saat. Lajunya....