Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang..

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang...salam ukhwah fillah daripada saya buat semua warga muslimah...;)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Ketika Iblis Membentangkan Sejadah
 Posted on Ahad, 26 Oktober 2003 @ 22:48:55oleh Hanan
Tazkirah deq_mas menulis Siang menjelang zuhur. Salah satu Iblis ada di Masjid. Kebetulan hari itu hari Jumaat, saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada di dalam Masjid. Ia nampak begitu khusyuk. Orang mulai berdatangan. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk & masuk dari segala penjuru, melalui jendela, pintu, ventilation atau masuk melalui lubang pembuangan air.

Pada setiap orang, Iblis juga masuk melalui telinga, ke dalam saraf mata, ke dalam urat nadi, lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jemaah yang hadir. Iblis juga melekat di setiap sejadah.

"Hai, Blis!", Kiyai berseru, ketika baru masuk ke Masjid itu.Iblis merasa terusik : "Kau kerjakan saja tugasmu, Kiyai. Tidak perlu kau melarang saya. Ini hak saya untuk
mengganggu setiap orang dalam Masjid ini!", jawab Iblis marah. "Ini rumah Tuhan, Blis! Tempat yang suci, kalau kau mahu mengganggu, kau lakukan diluar nanti!", Kiyai cuba mengusir."Kiyai, hari ini, adalah hari uji cuba sistem baru".

Kiyai termangu.
"Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat kaummu".
"Dengan apa?" tanya Kiyai. "Dengan sejadah!" jawab Iblis.
"Apa yang dapat kau lakukan dengan sejadah, Blis?"
"Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham industri sejadah. Mereka akan saya jebak dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan tega memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang sedikit, demi keuntungan besar!"
"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru, Blis?"
"Bukan itu saja Kiyai..." tukas Iblis.
"Lalu?" Jawab Kiyai.Iblis menjawab, "Saya juga akan masuk pada setiap designer sejadah. Saya akan menumbuhkan gagasan, agar para designer itu membuat sejadah yang lebar-lebar".
"Untuk apa?" tukas Kiai.

"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa egois di setiap kaum yang Kau pimpin, Kiyai! Selain itu, saya akan lebih leluasa, masuk dalam barisan sholat. Dengan
sejadah yang lebar maka barisan shaf akan renggang. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. Di situ Saya dapat ikut membentangkan sejadah". jawab Iblis dengan yakin.
Dialog Iblis dan Kiyai terputus seketika. Dua orang datang, dan keduanya membentangkan sejadah. Keduanya berdampingan. Salah seorang memiliki sejadah yang lebar. Sementara yang seorang lagi, sejadahnya lebih kecil. Orang yang punya sejadah lebar tanpa melihat kiri kanan terus sahaja membentangkan sejadahnya. Sementara, orang yang mempunyai sejadah lebih kecil, tidak sedap hati jika
harus mendesak jemaah lain yang sudah terlebih dahulu datang.
Tanpa berfikir panjang, pemilik sejadah kecil membentangkan saja sejadahnya, sehingga sebahagian sejadah yang lebar tertutup sepertiganya. Kemudian keduanya melakukan sholat sunnah. "Nah, lihat itu Kiyai!", Iblis memulai dialog lagi.
"Yang mana?" Kiyai menjawab.
"Ada dua orang yang sedang sholat sunnah itu. Mereka mempunyai sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang. Aku akan masuk diantara mereka". Seru Iblis yang
kemudian lenyap. Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf. Kiyai hanya memperhatikan kedua orang yang sedang melakukan sholat sunnah. Kiyai akan melihat kebenaran rencana yang dikatakan Iblis sebelumnya. Pemilik sejadah lebar, rukuk. Kemudian sujud. Tetapi, sambil bangun dari sujud, dia membuka sejadahya yang tertindih, lalu meletakkan sejadahnya di atas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil kembali berada di bawahnya. Dia kemudian berdiri. Sementara, pemilik sejadah yang lebih kecil, melakukan perkara yang serupa. Dia juga membuka sejadahnya, kerana sejadahnya ditindih oleh sejadah yang lebar.Keadaan ini berjalan sampai akhir sholat. Bahkan, pada ketika sholat wajib juga, kejadian-kejadian seperti ini beberapa kali terihat di beberapa masjid. Orang lebih memilih menjadi di atas, daripada menerima di bawah. Di atas sejadah, orang sudah berebut kekuasaan atas lainnya.
Siapa yang memiliki sejadah lebar, maka, ia akan meletakkan sejadahnya diatas sajadah yang kecil. Sejadah sudah dijadikan Iblis sebagai pembezaan kelas. Pemilik sejadah lebar, diindentitikan sebagai para pemilik kekayaan, yang setiap saat harus lebih di atas dari pada yang lain.

Dan pemilik sejadah kecil, adalah kelas bawahan yang setiap saat akan selalu menjadi subordinate dari orang yang berkuasa. Di atas sejadah, Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain. "Astaghfirullahal adziiiim ", ujar sang Kiyai perlahan.


Wallahu'alam Bisshawab
Wassalamuaikum Wr.Wb

 

  Tazkirah


Komen


"Ketika Iblis Membentangkan Sejadah" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Ketika Iblis Membentangkan Sejadah
oleh KakYong ([email protected]) pada Selasa, 28 Oktober 2003 @ 11:46:06
(Info AHLI) http://kakyong79.cjb.net


Syaitan itu memang musuh kita yang nyata....oleh itu...marilah kita sentiasa bermohon kepada Allah supaya terhindar dari tipu dan dayanya...

"Sedih kerana tidak dapat melakukan suatu amal ibadat, yg disertai oleh rasa malas untuk melakukannya, itu suatu tanda bahawa ia terpedaya oleh syaitan"

A'uzubillah hi minasyaitan arrajim...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.096669 saat. Lajunya....