Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Iman dan Islam tidak dapat dipisahkan dari diri seseorang sepertimana setianya warna merah pada darah dan rasa enak pada buah-buahan...
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
inilah saya marlina_sakura..moga ukhuwah yang kita bina ini akan diberkati dan berpanjangan...insyaallah..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

kealpaan mengundang sesuatu yang benar-benar terjadi
 Posted on Ahad, 03 Ogos 2003 @ 21:57:21oleh Hanan
Nostalgia Anonymous menulis Assalmualaikum kepada pembaca budiman....kesibukan diri membataskan untuk melihat perkembangan Komuniti Muslimah....tetapi usah kalah dengan masa tapi kalahlah dengan Takdir yang Allah SWT berikan pada kita......

Aku ingin bercerita pengalaman ku tempuhi baru-baru ni.Cuti musim panas ini...membuatkan ramai di antara kawan-kawan ku bercuti di tempat-tempat yang jarang dikunjungi.Dan baru 31 Julai yang lalu kami bercuti di sebuah pantai yang bernama AIN SOKHNA di Suez.Bagi ku inilah peluang yang terbaik untuk melapangkan dada setelah berimtihan selama hampir 3 minggu di bumi Anbiya' ni.

Dianjurkan satu persatuan...tak usahlah ku sebutkan kat sini sekadarnya.Sekadar memenuhi undangan persatuan tersebut aku bersama kawan-kawan yang lain teringin untuk turut serta kerana tempat yang bakal bagi tuju ini tidak pernah kami jejaki.Perjalanan dari Cairo ke Ain Sokhna kira 2 jam setengah.masih ku ingat lagi hari itu hari Jumaat...bas bertolak paginya kira-jam 8.00 pagi...dengan bacaan doa selamat kami berangkat....tetapi aku tidak bersetuju hari itu ddi dalam hati kerana penghayatan hari Jumaat diabaikan.Mungkin kerana mereka lupa aku sendiri tak pasti.telah ku peringati pada kawan-kawan ku yang lain agar beringat ,tetapi mungkin tak sampai pada peserta yang lain.

Dipendekkan cerita,kami sampai di tempat itu...kira-kira jam 10 lebih....dan diberikan kamar untuk berehat sekejap sebelum berjumpa dengan para pegawai kedutaan untuk sesi perjumpaan tak formal sekaligus makan tengahari bersama.Selesai makan,balik ke bilik masing....buatlah aktiviti peribadi sekejap yang nak solat yang nak tidur....selepas saja habis solat Jumaat ( aku dengan kawan sebilik tengok tv siaran langsung Solat Jumaat dr Masjidil Haram)solat dan rehat....tak sanggup rasanya turun nak mandi laut jam 2.00pm tapi ada jugak yang sanggup terjun laut pas solat wp panas terik waktu tu.....:)

Dalam lingkungan jam 3.00 petang aku turun dengan seorang kawan baik ku.Aku mandi dia jaga barang2 ku..eheheh..dia tak boleh mandi....nanti kalau mandi seluruh air kat pantai tu berwarna merah.....:),jadilah dia penunggu pantai....jadi seorang baywatch islamic....penanti setia kepada aku.....

Diringkaskan cerita,oleh kerana aku ni org Cairo yang jauh dari Laut tapi dekat dengan Sg Nil ..aku mandi sepuas puasnya...sehingga tak sedar 6.00 lebih....dan kami bersiap2 balik jam 7 lebih....dalam perjalanan balik tu....KELALAIAN manusia ....terlalu bergembira....lupa ...aku sendiri rasa tak selesa ...bukan aku ini sealim mana tapi sebagai seorang golongan agamawan dan beraliran agama,aku rasa rehlah kali tak mencirikan sesuatu yang sepatutnya.

Dan kami sampai kat hostel dalam jam sepuluh lebih,terus balik rumah bersihkan diri dan siapkan diri. Aku terus masuk mesyuarat yang sepatutnya aku hadiri sejam yang lalu.Sepatutnya mesyuarat ini hari sebelumnya tetapi ditangguhkan pada hari yang sama aku berehlah atas sebab2 tertentu.Habis sahaja mesyuarat,aku terus balik ke rumah....kawan ku dah tidur di ruang tamu ....sebab panas kat bilik kami bercadang tidur kat ruang tamu...tahulah panas kat Mesir ini kadang-kadang mencecah angka 42 celsius....aku bangun kawan ku sebab ada sesuatu aku nak minta tolong,rupanya dia terkejut...pas tu aku tinggalkan dia sebab rasa badan berpeluh dan berminyak2 ....mandi jam 2.00am...nak solat Insya lagi ....tu sebab aku rasa tak selesa kalau tak mandi ....tapi bila sahaja aku siap mandi....dan menyiapkan diri nak solat.....dan aku solat lah

Ini point utama aku nak ceritakan pada teman sekalian, Kenapa aku ceritakan kisah ni agar semua orang ambil iktibar atas peristiwa yang kami alami ini.kawan ku ini,masuk bilik kerana KETAKUTAN....aku tanyakan Kenapa?katanya kat luar ruang tamu tu ada bunyi lonceng..... aku mula-mula tak percaya sebab aku tau dia ada gelang tangan emas yang pumyai lonceng,tapi katanya bukan dia bunyikan....lepas itu aku dan dia keluar nak tidur kat ruang tamu balik mungkin dia takut sebab dia seorang saja....aku dah ada jadi kami nak sebelum subuh....tengah kami bual2 aku yang suruh dia tak fikir tentang ketakutannya tu...tiba-tiba degar sendiri bunyi loceng yang gemersik...dan makin kuat...aku menoleh pada kawan ku sebelah ini..tapi ku lihat tangannya masih memakai gelang tak bergerak2,dan waktu yang sama aku sendiri menyuruh dia membuka gelang tersebut....dia buka depan aku....dan kami mendiamkan diri....dan hati ku makin berdebar2 apabila bunyi lonceng tu bergema lagi....kami tak bermimpi.....aku segar bugar...baru mandi baru solat.....dan kami berpandangan dan aku terus menerus membaca surah Kursi dan 3 Qul kerana kawan tak boleh membaca cuma aku seorang sahaja.....dan benda makin kuat berbunyi makin mencabar.......kata ku ini tak boleh "benda" ni memang nak menduga.....kami tak nampak sesiapa selain dr kami berdua.....dan kami terus masuk semula ke bilik ku dan ku pasangkan kaset agak kuat surah al-Kahfi kerana memang ku amalkan memasang kaset2 al-quran kat bilik ku sendiri ....kawan ku terus sahaja duduk kat katil dengan muka yang pucat dan terkejut dengan kejadian ini...dan ketika aku memasang kipas dan mengambil quran tu untuk membaca Yassin,aku dan kawan sendiri melihat bagaimana pintu bilik ku sendiri terbuka pelahan2 dengan bunyi yang menakut.....aku terus buka seluas2nya pintu ni....dan di saat aku tu aku terlihat kembali ruang tamu kat luar semacam ada kabus putih berdekatan dengan rak kasut ,aku berpandangan dengan kawan ku..biarlah ku sebutkan nama ringkasnya...far....semacam nak bercakap dengan aku pasal ini..tapi aku terus baca Yassin dengan suara agak lantang sehingga habis..... dengan hati yang aku kuatkan sahaja semangat...kerana aku tahu ini adalah cubaan dari Syaitan cuba melemahkan iman kami dan merasa ketakutan.....dan alhmdulillah....makin berkurangan gangguan2 ......cuma far tak suruh aku tidur sampai ke pagi kerana dia masih lagi ketakutan....

Paginya ,aku tidur jam 7 pagi....dan benda tu hilang......bila aku bangun...kami berfikir Kenapa benda ini berlaku......bila kami bermuhasabah balik....rehlah hari sebelumnya teringat kata ustaz Shahul Hamid....yang sempat bagi ceramah mengenai Alam Jin ....bila jalan jauh kena selalu beringat....wp di mana kita berada....amalan zikir..dan ingat pada Allah..agar kita tak diganggu oleh mkhluk halus...jin sebagainya...dan kami ( aku dan Far) berpendapat benda ini ikut "balik" ...dan sasaranya pada Far...kerana dia tak bersih....benda ni suka berkawan dengan Far.....dan rasa pun kelalaian manusia dan sifat penganjur yang tak sensitf menjadi salah satu benda ini terjadi...kurang sensitif ...dan janganlah pakai benda-benda yang berlonceng berbunyi ...sebab benda ini suka...lihat saja...budaya Hindu ,Budha..kristian..suka pada lonceng...dan di sanalah terkumpulnya segala macam MAKHLUK yang yang tak ingin kita lihat....SYAitan....aku sebenarnya lupa nak bagitahu far mengenai hal ini kerana dia kami bukan serumah ............dan inilah pengajaran...sekurang2nya pengalaman.....Allah akan melindungi makhluknya yang Yakin akan kekuasaan Nya....

mauizah: WALHU'ALAN .WA A'LAM BISSAWAB....perbaiki amalam kita dar masa ke semasa ....kerana perempuanlah paling banyak terkena dengan benda-benda halus macam ini...lihat sahaja kat sekolah dulu...histeria banyak terjadi....aku teringat kisah histeria kat sekolah ku SMAIKK dulu.....

 

  Nostalgia


Komen


"kealpaan mengundang sesuatu yang benar-benar terjadi" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.679003 saat. Lajunya....