Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




  Dari Galeri
Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang...salam ukhwah fillah daripada saya buat semua warga muslimah...;)

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Sandarkan Pada Kenangan
 Posted on Jumaat, 09 Mei 2003 @ 20:20:55oleh Hanan
Nostalgia jijah menulis Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Setelah anda menemui sinar gemilamgnya suatu kehidupan, di saat anda sedang mengecapi erti bahagianya kehidupan yang dilalui, pernahkah sesekali ingatan anda kembali memaparkan suatu kenangan di masa dahulu....?
Mengingatkan anda, pada detik-detik yang anda tidak mahu lagi menjenguknya kembali, walaupun ianya hanya untuk seketika cuma?

Ikutilah kisah di bawah, semoga ianya dapat dijadikan sebagai satu iktibar buat diri kita...agar kita sentiasa renungi diri sendiri...setiap masa dan ketika! Agar kita sentiasa menjaga perilaku yang baik sebagai muslimah sejati. Kerana pada hari-hari muka, kita bisa memiliki satu jawapan yang pasti pada setiap persoalan.

*****************************************************************************************


Tidak tahu mengapa, tiba-tiba sahaja lidahku rasa kelu untuk mengutarakan bicara.Tidak tahu bagaimana harus aku menyusun butir-butir kata agar dapat kuungkapkannya sebagai satu ayat yang lengkap yang bisa menjawab persoalan si kecil, Aiman Hafiz. Walaupun persoalan yang diharapkan oleh si kecil itu, mungkin tidak memerlukan jawapan yang panjang lebar,tapi aku masih buntu.

Jauh di sudut hati ini, ada suatu perasaan yang sukar bagiku untuk mengungkapkannya. Kerana perasaan itu perlu diselami, ia perlu dihayati, hanya dengan cara itu maksudnya akan bisa terungkap. Mungkinkah aku berasa malu? Ya, mungkin itulah perasaan yang melanda batinku sebelum persoalan Aiman dapat kujawab.

"Mama, tengoklah kakak tu mama..Kenapa rambut kakak tu warna merah, mama?

"Kenapa mama"? Melihat aku membisu seribu bahasa, Aiman meneruskan lagi persoalannya

"Mama, baju kakak tu ...mama...Kenapa....."

"Aiman, ayuh kita pergi kat papa. Tadi Aiman kata nak aiskrim kan?...mari mama belikan, ye?"

Sebelum Aiman menanyakan padaku persoalan yang bisa memberhentikan degupan jantungku ini, hanya ini saja caranya. Aku terpaksa mengalihkan topik si kecil ini, kerana sungguh aku tidak mahu Aiman mengetahui bahawa mamanya sendiri tidak pasti apakah jawapan untuk persoalannya tadi.

*******************************************************************************************

"Kenapa, nur...diam saja. Ada masalahkah?"

Melihat kegelisahan di hatiku, suamiku menegurku lembut.

"Tak ada apa bang. Cuma pening sikit. Naik Roller Coaster kat Pesta tadi agaknya, bang. Abang bukan tak tahu, nur kan gayat sikit...kalau kat tempat tinggi...hah, mulalah nur rasa pening."

Pantas aku menyusun ayat demi ayat bagi menyembunyikan keresahan yang kian giat berputar di benakku. Bukan aku tidak mahu berkongsi keresahan ini dengan suamiku, tapi...tapi..aku rela melayaninya sendirian. Cukuplah otakku saja yang berkecamuk kerana persoalan Aiman, di pesta tadi. Tak sanggup aku membebankan suamiku dengan keresahan ini! Sesekali aku menjeling ke arah suamiku. Barangkali dia terlalu penat agaknya. Detus hatiku bila melihat suamiku sudah lena dibuai mimpi.

Oh Aiman...maafkan mama sayang, kerana membiarkan saja persoalan mu tanpa terjawab. Pertanyaan Aiman mengenai seorang gadis petang tadi, benar-benar menyukarkan aku untuk melaksanakan kerja harianku seperti biasa. Fikiranku menerawang jauh. Mengingati kembali sejarah silamku, yang tak ingin lagi aku menjenguknya buat kali kedua. Andainya Aiman mengetahui bahawa....dahulu, mamanya, juga seperti gadis itu! Oh, Aiman, sebab itulah mama tidak dapat memberimu jawapan,sayang, kerana persoalanmu seperti diajukan pada diri mama sendiri!

*********************************************************************************************

Wajah dan telatah gadis itu, kembali meningatkan aku tentang diriku sendiri.... suatu masa dahulu. Ingatan ku pada seluar Jeans yang pernah setia melekat pada tubuhku, masih segar. Pada calitan lipstik pelbagai warna dan jenama, pada baju sendat...pelbagai gaya! Semuanya kini menyerbu satu-persatu kotak fikiranku. Itu belum lagi ku sentuh mengenai kasutku, pewarna rambut! pewarna kuku!...pada kunyahan chewing Gum yang setia di mulutku...Bab solat...usah ditanya! Antara aku dan solat itu antara utara dan selatan jauhnya!
dan tentang....oh aku tidak bisa mengungkapkannya lagi...!

Air mata yang mengalir, pantas ku sapu. Aku cuba menahan seduku, kerana takut mengejutkan suami tercinta. Aku mengerling jam loceng di sebelah katil, Dah 3 pagi...baik aku laksanakan tahajjudku,detus hatiku!

" Ya Allah,
janganlah Kau marah padaku. Janganlah Kau berpaling dari hambamu yang lemah..yang hina... ini, Ya Allah! Apa bisakah aku hidup, dalam hidup yang tak Kau redhai?
Yang tak Kau restui, Ya Allah?
Ya Allah...
kiranya aku tidak memperoleh hidayahMu, tidak memperolehi petunjuk Mu...
maka alangkah aku ini dalam kerugian yang nyata!
Dalam kesesatan yang tak mampu kungkap dengan seribu kata!

Ya Allah,
Kau hadirkan seorang suami sebagai pembimbing diri ini...
yang sudi dan sedia menerima diriku...seadanya.
menerima bersama kekurangan yang ada padaku Ya Allah!
Akulah insan yang bertuah dan pastinya aku bersyukur pada pemberianMu Ya Allah!"

Aku membiarkan saja air mata yang tak jemu-jemu membasahi pipiku. Biarlah ia menitis...kerana kehadirannya menghilangkan duka di hati. Kini aku bersyukur, kerana telah kutemui sinar cahaya yang sebenar..Dan bila sekali aku memperolehinya, tak bisa aku mencicirkannya lagi!

"Abang...bangun tahajjud bang..."
perlahan-lahan aku mengejutkan Suami ku.Aku mencapai Kalam Ilahi..mencari ketenangan menerusinya!

******************************************************************************************

Pada segala yang telah berlalu, biarlah ia terus berlalu sebagai satu kenangan. Tidak mahu aku menoleh ke belakang walaupun sekadar untuk menjenguk seketika. Kerana kini aku telah menemui kehidupan yang lebih bererti..kerana kini aku sudah mempunyai Muhammad Haikal, suamiku tercinta...dan penyeri rumahtangga kami...Aiman Hafiz.Aku mahu melangkah ke hari yang baru.


Pandanganku hinggap sejenak, pada sepasang kain tudung labuh yang tersidai kemas di dinding bilikku. "Andai aku temui ketenangan dalam memakaimu...pasti tanganku segera mencapaimu....dahulu" Detus hatiku kepiluan...kesayuan!

Untuk pertanyaan, Aiman Hafiz...mungkin belum tiba masanya memberimu satu jawapan yang pasti, anakku. Kini..mama hanya mampu sandarkan semuanya pada kenangan!
Ya....Sandarkan Pada Kenangan

 

  Nostalgia


Komen


"Sandarkan Pada Kenangan" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.254497 saat. Lajunya....