Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia , ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi allah dan manusia..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Dari Galeri
erm...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI.................
 Posted on Selasa, 06 Mei 2003 @ 22:20:05oleh Hanan
Tazkirah rafizal750 menulis Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat
tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan
terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di
dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu
dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan
duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor bab.. betina yang besar. bab.. itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa
terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya
penuh kehairanan.

bab.. itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu bab.. itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor bab..
jantan yang lebih besar. bab.. itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian
dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. bab..
itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama
kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis,
mengapa kamu membela bab..? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua bab.. itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah
telah menukarkan rupa mereka menjadi bab.. yang hodohrupanya. Soal dosa
mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai
anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti
kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa
mereka sudah menajdi bab.., aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon
supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi
Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah
buruk dengan rupa bab.. pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya
sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua
ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam
syurga." >

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa
ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah
dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat
rupa ayah dan ibunya seperti bab... Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat
tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik
di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang
ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan
doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

 

  Tazkirah


Komen


"KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI................." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.096588 saat. Lajunya....