Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk mengelakkan dari dikritik, jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Dari Galeri
salam ukhuwwah fi islamiah abadan abada...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Kemudahan Jamrah Berteknologi Tinggi
 Posted on Rabu, 16 Disember 2009 @ 19:59:02oleh Hanan
Semasa Alisha_Mardhiyah menulis Kemudahan Jamrah Yang Berteknologi Tinggi Beroperasi Sepenuhnya

MEKAH, 17 Nov (Bernama) -- Pihak Berkuasa Arab Saudi telah menyiapkan pembinaan Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat di Mina menggunakan teknologi tinggi bagi membolehkan jemaah haji melontar dengan lebih selesa.

Penolong Komander Pasukan Keselamatan Haji, Jen Saad Al-Khelaiwi berkata projek itu yang berharga SR4.5 bilion bertujuan memastikan pergerakan jutaan jemaah haji dengan lebih lancar semasa melontar.

"Kita tidak benarkan jemaah melepak di sepanjang jalan menuju ke jamrah dan kita juga memantau dan mengawal aliran jemaah haji," katanya yang dilaporkan akhbar harian berbahasa Inggeris, Saudi Arabian.

Beliau berkata Jambatan Jamrah yang tidak mampu menampung lebih 300,000 jemaah sejam, menyebabkan 19 commander akan ditempatkan di jalan-jalan untuk memberhentikan pergerakan jemaah apabila jumlah mereka melebihi bilangan itu.

Al-Khelaiwi juga berkata jemaah haji tidak dibenarkan membawa beg besar ketika pergi melontar.

"Jambatan Jamrah direka untuk menampung lima juta jemaah. Ia mempunyai 12 pintu keluar di empat tingkat termasuk pintu lain bagi kegunaan jemaah yang datang dari arah yang berlainan.

"Ada lagi kerja-kerja yang belum dilaksanakan: pembinaan empat buah menara helikopter untuk mendarat dan lapan menara eskalator, yang akan siap pada tahun depan," tambah Al-Khelaiwi.

Akhbar itu juga melaporkan projek utama lain yang sedang dilaksanakan untuk mereka bentuk dan membangunkan Arafah dengan harga SR500 juta.

Kerja-kerja bagi fasa pertama projek itu dimulakan awal tahun ini bernilai kira-kira SR170 juta.

Ia mengandungi pembinaan semula jalan, kemudahan perkhidmatan, lokasi khemah, meratakan lapan batuan kecil dan rangkaian sistem pembetungan semasa hujan dan air banjir.

Perataan batuan akan mewujudkanan satu kawasan lapang yang boleh menampung kira-kira 100,000 jemaah. Ia akan juga menyediakan ruang untuk pembinaan lebih 200 tandas dan sebuah jalan utama sepanjang 700 meter dan 30 meter lebar, menurut akhbar itu.

 

  Semasa


Komen


"Kemudahan Jamrah Berteknologi Tinggi" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.047814 saat. Lajunya....