Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Dari Galeri
Assalamualaikum semua.. kino baru lagi kat sini.. nice to meet all of you.. SmILE!!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

AMALAN BERTUNGKU, TUNGKU MODEN VS TUNGKU TRADISIONAL
 Posted on Khamis, 07 Mei 2009 @ 18:58:00oleh Hanan
Umum nikisan menulis Faedah
Mengecutkan rahim bengkak
Memecah lemak
Membuang angin dalam badan
Merangsang peredaran darah
Memanaskan badan

Kaedah
Batu (seeloknya batu sungai yang bulat dan licin) atau besi tungku (ada dijual) boleh digunakan sebagai tungku. Sebelum tungku dipanaskan, bentangkan kain dahulu, diikuti lapisan beberapa helai daun mengkudu yang disusun rapat. Daun pisang juga boleh digunakan. Setelah dipanaskan 30 minit, letakkan tungku tersebut di atas daun dan kain tadi dan balut kemas dan ketat supaya tidak mudah terburai. Waktu sesuai bertungku adalah sebelum mandi waktu pagi dan petang.

Untuk bertungku, ibu hendaklah berbaring dan tungku dituam di bahagian peranakan. Bahagian ini biasanya mengambil masa selama 25 minit. Selepas itu ke bahagian kemaluan dengan cara ibu duduk bertinggung di atas tungku yang diletakkan di atas lantai.

Kemudian ibu berbaring semula dan tuam di bahagian badan bermula dengan dada, ulu hati, ketiak kanan dan kiri, akhir sekali tungku diletakkan di bawah tengkuk. Bahagian dada adalah termasuk buah dada bagus untuk melancarkan aliran susu.

Akhir sekali adalah bahagian bawah iaitu betis, paha, punggung, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Untuk tapak kaki, naikkan sedikit lutut, rapatkan kedua-dua kaki dan pijak batu sambil menggolek-golekkannya ke hadapan dan ke belakang. Biarkan tungku di kaki sehingga ia sejuk.

Perkembangan arus teknologi pada zaman ini telah memudahkan lagi proses bertungku ini. Kewujudan tungku moden atau charge up warmerbag iaitu sejenis tungku yang berbentuk bantal bayi yang kecil yang hanya dicas dengan elektrik selama 5 minit telah menghidupkan kembali amalan bertungku kebelakangan ini di kalangan masyarakat moden.

Tungku charge up warmerbag ini menjadi pilihan kerana penggunaanya amat mudah berbanding tungku tradisional. Akan tetapi penggunaanya tidak dapat menandingi kesan tungku besi dari segi keberkesanannya untuk mengecutkan rahim seepas bersalin.

Walau apa pun cara yang dipilih, sama ada tungku secara tradisional atau tungku moden amalan bertungku terbukti dapat membantu proses penjagaan kesihatan wanita.

 

  Umum


Komen


"AMALAN BERTUNGKU, TUNGKU MODEN VS TUNGKU TRADISIONAL" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: AMALAN BERTUNGKU, TUNGKU MODEN VS TUNGKU TRADISIONAL
oleh halesolurun_84 pada Ahad, 17 Mei 2009 @ 14:33:45
(Info AHLI) http://www.halesolurun.blogspot.com/


best apa bertungku ini.. sesmbil menungku org tengah pantang berslin,kita pun join lah sekali.. bila dah dapat bertungku,rasa nak buat lagi pula.. best.. memang best..rilek saja bertungku ini..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: AMALAN BERTUNGKU, TUNGKU MODEN VS TUNGKU TRADISIONAL
oleh OTiey pada Isnin, 25 Mei 2009 @ 18:26:22
(Info AHLI)


bertungku memang best tapi tak tahan panas tungku tu....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.048822 saat. Lajunya....