Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Untuk berfikir adalah mudah. Bertindak agak susah. Yang lebih susah ialah bertindak mengikut apa yang anda fikirkan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Dari Galeri
erm...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Hati-Hati Dengan Cinta...
 Posted on Sabtu, 09 Jun 2007 @ 15:31:27oleh simpLe_sHida
Tazkirah ctaja83 menulis Cinta… sebuah kata yang amat difahami oleh semua orang. Satu perasaan yang dengannya seseorang mahu melakukan segala sesuatu demi mencapai apa yang dia cintai tersebut. Namun hakikatnya, cinta tidaklah hanya terbatas kepada hubungan antara dua orang insan, bahkan lebih daripada itu. Segala ibadah yang kita lakukan, kesemuanya itu tidak akan dapat kita lakukan jika tidak ada rasa cinta kepada zat yang kita sembah, iaitu Allah Ta’ala. Cinta adalah ruh penggerak yang mendorong seseorang beribadah, maka apabila cinta hilang, maka ibadah akan terasa hambar.

Islam merupakan agama yang sangat luas, bahkan hingga dalam permasalahan cinta ini pun Islam memberikan penjelasan serta batasan yang terang. Sehingga dengannya, diharapkan seorang muslim tidak tersesat oleh rasa cintanya tersebut.

Pembagian Cinta

Cinta yang dapat memberikan manfaat bagi seorang hamba antara lain:

1. Cinta Kepada Allah

Yakni cinta yang menyebabkan merendahkan diri dan mengagungkan yang dicintainya tersebut serta menumbuhkan rasa taat untuk melaksanakan perintah dan menjauhi segala larangan yang dicintainya tersebut. Cinta seperti ini khusus untuk Allah semata dan tidak boleh ditujukan kepada selain-Nya. Sebagaimana firman Allah,

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (QS. Al Baqarah: 165)

Pada ayat ini, Allah menyatakan bahawa orang-orang kafir mencintai Allah sekaligus mencintai sesembahan-sesembahan selain Allah. Allah mengkafirkan mereka kerana mereka membahagi-bahagikan rasa cinta mereka yang seharusnya khusus untuk kepada Allah semata. Hal ini juga dikuatkan dengan firman Alloh,

“Demi Allah:sesungguhnya kita dahulu (di dunia) di dalam kesesatan yang nyata, Kerana kita mempersamakan kamu dengan Tuhan semesta alam. Dan tiadalah yang menyesatkan kami kecuali orang-orang yang berdosa.” (QS. Asy Syu’ara: 97-99), maksudnya iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah di dalam hal cinta dan ibadah.

Contoh bentuk cinta yang syirik adalah cinta yang diberikan oleh orang-orang musyrik kepada sesembahan selain Allah. Orang-orang musyrik sangat mengagungkan sesembahan mereka tersebut, sehingga ada di antara mereka yang berani bersumpah dusta dengan menyebut nama Allah namun takut bersumpah dusta jika menyebut nama sesembahan mereka tersebut. Wal’iyyadzubillah.

2. Cinta Kerana Allah

Iaitu mencintai segala sesuatu yang dicintai oleh Allah. Seperti mencintai para rasul, malaikat dan kaum mukminin. Demikian juga cinta kepada berbagai bentuk amal ketaatan seperti sholat, puasa, membaca Al Quran dan sebagainya. Cinta ini akan menghasilkan lawannya, iaitu benci kerana Allah. Contohnya membenci orang kafir, ahli maksiat dan berbagai macam amal kekafiran dan kemaksiatan. Kesempurnaan iman seseorang tidak akan terwujud tanpa adanya rasa cinta dan benci ini.Diriwayatkan, “Barang siapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah dan memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan Allah hanya dapat diperoleh dengan hal tersebut. Seorang hamba tidak akan merasakan nikmat iman, sekalipun banyak sholat dan puasa, sehingga bersikap demikian.” (hari. Ibnu Jarir)

3. Cinta Yang Didasari Kasih Sayang atau Naluri

Seperti cinta kepada orang tua, anak, orang lemah, makanan, minuman, pakaian,tempat tinggal dan sebagainya. Cinta seperti ini tidak boleh diutamakan daripada cinta kepada Allah ataupun cinta kerana Allah. Allah berfirman yang artinya,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS Ali Imran: 14)

Pada ayat ini Allah mengkhabarkan bahawa sesungguhnya manusia diberi naluri untuk mencintai hal-hal itu semua. Namun begitu, Allah menjadikan rasa cinta tersebut sebagai ujian bagi setiap manusia. Apakah mereka akan mengutamakan rasa cintanya tersebut daripada ketaatan dan menggunakannya demi mencapai redhaNya ataukah sebaliknya. Perhatikanlah firman Allah yang ertinya,


“Katakanlah: Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isetri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, Maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan KeputusanNya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (QS. At Taubah: 24)

Allah ta’ala tidak hanya mengancam orang-orang yang mengutamakan cinta naluri dan kasih sayang mereka daripada cinta kepada Allah dan kerana Allah dengan hukumanNya. Namun Allah juga menyebut mereka sebagai orang-orang yang fasik, yakni orang-orang yang menyimpang daripada ketaatan kepada Allah.

Bentuk-Bentuk Cinta Yang Terlarang

Setelah mengetahui bentuk-bentuk cinta yang telah disebutkan, maka bagaimanakah bentuk-bentuk cinta yang terlarang itu? Di antaranya adalah:

1. Mendahulukan kecintaan terhadap sesuatu apapun dibandingkan cinta kepada Allah.

2. Mencintai orang-orang kafir.

3. Lebih mengikuti perintah, larangan ataupun ucapan orang yang dicintainya (seperti ibu bapa, isteri, suami dan sebagainya) sedangkan dia tahu bahawa perintah, larangan atau ucapan tersebut bertentangan dengan syariat Islam.

4. Menentang syariat yang diajarkan Rasulullah dengan ajaran nenek moyangnya ataupun adat istiadat kerana fanatik terhadap nenek moyang.

5. Mencintai dunia, takut mati dan tidak mahu berjihad di jalan Allah dengan segala macam maknanya.


Ya Allah, kami memohon kepadaMu, untuk memberikan kami rasa cinta kepadaMu, rasa cinta kepada orang-orang yang Engkau cintai dan rasa cinta kepada segala amal ketaatan yang dapat mendatangkan rasa cinta kami kepadaMu.

 

  Tazkirah


Komen


"Hati-Hati Dengan Cinta..." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.043394 saat. Lajunya....