Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
Jangan biarkan apa yang tidak boleh anda lakukan mempengaruhi apa yang boleh anda lakukan

-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 11
Ahli: 0
Jumlah: 11




Dari Galeri
jeng-jeng..
ana dibarisi dgn penggerak & tunjang komuniti kita..

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 478 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 11 Ahli dan Tetamu sedang online

Kembali kepada al-Qur'an
Disiarkan pada Rabu, 30 April 2003 @ 9:29:10 oleh Ainul_Mardhiah

Umum adinura menulis: "actually this article was presented/posted in so many other forum and groups. I just wanna shared here with all of you, muslimah :-) Kalau bagus, ada sokongan boleh saya fwd lagi artikel2 saya. Tapi, memang semuanya panjang2. Takut tak larat nak baca. Ada yang komen : berpinar bijik mata! hehe.. macam mana?


*********

Assalamualaikum..
hari ni, tiba-tiba saja dalam kepala saya tercetus satu perkara yang saya rasa nak tulis ke sini. mungkin juga ia berpunca dari perasaan sedih terhadap pelbagai situasi yang melanda dunia amnya, umat Islam khususnya.

Semasa masih bergelar pelajar, saya selalu sibuk dengan pelbagai aktiviti. Walaupun sibuk, tapi Alhamdulillah masa tu terasa setiap ruang waktu diisi dengan pelbagai aktiviti yang tidak sia-sia macam waktu bekerja sekarang ni : makan, tidur, carik duit, kejar dunia. Itu persepsi saya terhadap diri saya sendiri saja, bukan orang lain.. harap-harap tak ada yang marah bila saya kata "carik duit, kejar dunia". Antara benda yang saya paling suka masa kat belajar ialah usrah. Berbeza dengan forum, ceramah atau live-talk lain, usrah ni membolehkan saya turut "bersembang" dalam erti kata "sembang berisi".

Naqibah saya, iaitu ketua usrah saya seorang kakak yang cuma beberapa tahun lebih tua.. namun kematangan dan ilmunya terasa bagai mempunyai jarak usia yang begitu jauh. Saya amat bersyukur, mengenali beliau, kerana bila kita berkawan dengan orang yang berilmu, tempias ilmu mereka akan dapat kat kita.

Dalam banyak-banyak benda yang saya dapat masa berusrah dengan kakak tu ialah satu pesanan yang amat berkesan di jiwa saya sehingga hari ini, sehingga saya takkan lepas menasihatkan adik-adik usrah saya pula selepasnya, iaitu : bacalah al-Qur'an setiap hari, sekalipun cuma 1 ayat sahaja, tapi bacalah bersama-sama dengan terjemahannya kerana kita tak faham bahasa al-Qur'an, sedangkan tujuan al-Qur'an itu dibaca untuk kefahaman dan untuk dijadikan amalan..

Ya Allah.. menusuknya peringatan dan nasihat itu.

Bayangkanlah, al-Qur'an cuma mengandungi 6236 ayat (BUKAN 6666!) termasuk Basmalah di awal al-Fatihah. Susahkah untuk membaca 1 ayat sehari? Suntuk sangatkah masa kita?

Saya yakin, insya Allah setiap dari pembaca ruangan ni dah lebih dari 10 tahun bernafas di muka bumi Allah. Saya membaca al-Qur'an tatkala berusia 6 tahun dan sekarang saya dah hampir 25, dah 19 tahun saya "boleh membaca al-Qur'an". 19x365=6935 (tak termasuk tahun lompat), dah lebih dari jumlah ayat al-Qur'an. Malangnya, kekadang bila berdiskusi dengan adik-adik saya yang mendalami ilmu al-Qur'an sebagai al-Hafiz dan al-Hafizah, terasa kerdilnya aku!! Betapalah, 2 tahun yang lalu, ketika berusia 23, barulah saya tahu haiwan itu dicipta dari air (sebagaimana manusia dari tanah, malaikat dr cahaya dll).. saya tanya adik yang memberitahu "betul ke air?" jawapan dia, "Akak check lah dalam Qur'an.."

Sejak hari tu, saya cuba mencari.. akhirnya saya bertemu, malangnya saya tak ingat ayat mana. Kalau ada sesiapa yang sangat-sangat berminat nak tahu, ada 2 alternatif : pertama, buka al-Qur'an dan cari sendiri, atau kedua, email saja terus kat saya.. adinura @yahoo .com, nanti saya check semula, ni kat opis, tak bawa lah pulak tafsirnya.

Berbalik kepada tujuan sebenar saya, iaitu tulisan ini dihantar ke ruangan ni sebenarnya rentetan dari perasaan sedih saya, terhadap isu umat manusia. Diskusi tentang halal haram barangan US, Yahudi, dll (dalam kebanyakan group yang saya join).. kemudian isu yang terkini, kahwin tak kahwin, lambat atau cepat. Saya tak nak sentuh satu-apa-satu, tapi nasihat saya kembalilah kepada al-Qur'an.

Baca lah.. baca al-Qur'an. Kalau setiap hari kita mampu meneliti bait2 ayat kat email, lepas itu buka paper, kekadang menela'ah buku atau majalah pulak, Kenapa tidak kita kembali kepada buku yang kekasih kita, Rasulullah tinggalkan. Saya menyeru kepada diri saya, kawan-kawan semua, dan orang-orang Islam yang berada di mana-mana seluruh dunia, agar kembali kepada al-Qur'an, di samping as-Sunnah sebagai panduannya. Bergurulah, kalau kita tak reti, atau rasa diri masih kekurangan dalam ilmu agama (sdgkan kita mungkin professor dalam kerjaya duniawi).. ukuran tuhan bukan pangkat & harta, jawatan jauh sekali... siapalah Uwais al-Qarni kalau dia tidak bertaqwa.. sedangkan di dunia ini dia cuma pengembala, tetapi di sisi penghuni langit, dia amat "popular", doanya tiada hijab, naik ke langit tanpa halangan, kita bagaimana?!

Sedikit selingan lain..
Ummi/ibu saya seorang guru al-Qur'an sebenarnya. Mengekori Ummi mengajar menambah ilmu & pengalaman saya.. Ummi mengajar anak-anak kecil, semuda usia 4-5 tahun sehingga kepada kepada pegawai-pegawai kerajaan yang berpangkat besar, bergaji 5-6 angka. Siapalah Ummi di sisi masyarakat ketika beliau menjaga dan mendidik kami sehingga tidak keluar dari rumah beberapa tahun. Tapi, selangkah Ummi keluar untuk mencurah ilmu yang dipelajarinya bertahun-tahun, membawanya mengelilingi dunia..disegani, disayangi.. siapa anak murid Ummi? Professor, doktor, dekan, ketua jabatan di sebuah IPTA, juga eksekutif, ketua-ketua bahagian, pengarah-pengarah urusan di pejabat2 kerajaan, bank2 dll.. (Ummi mengajar banyak tempat sangat... saya pun tak ingat sesetengah tu). Ummi pergi juga ke rumah makcik2 yang dah tak larat nak pergi belajar di surau atau masjid tempat Ummi mengajar. Ummi bukan pentingkan bayaran, Ummi tak pernah minta!

Kata Ummi, ingatlah selalu bahawa yang terbaik antara kita adalah yang belajar al-Qur'an dan mengajarnya (khaira 'indakum man ta'allamul Qur'an wa 'allamuh). Itu prinsip aulanya.

Kiranya kita rasa malu nak belajar di usia tua, kita silap. Siapa kita di sisi Allah kalau kita berjawatan tinggi tapi kitab-Nya tidak di hati. Dan kalaulah pula, kita pandai mengaji, tapi kitab-Nya untuk simpan saja kat library, itu lagi parah.. check semula iman masing-masing. Masih ramai lagi yang kita pandang tinggi selama ini, mereka pun masih ada kerendahan hati untuk belajar dengan Ummi, apatah lagi kita.. rendahkan hati kita, tak payah malu2.. carilah guru (tapi bukan Ummi lah.. ramai lagi..sedih juga kekadang Ummi terlalu sibuk mendidik orang lain, kita balik rumah tak boleh nak sembang dengan mak sendiri..walaupun selalu call, tak sama dengan duduk bersembang kan?)

Eh, panjangnya saya menulis :)

OKlah. Nanti kalau ada benda lain nak tulis, saya akan tulis lagi. Jangan boring baca.. kalaulah ada netters yang bosan dengan bebelan saya, rasa tak sesuai, ok kita bincang. Apa yang perlu saya tulis? macam mana penyampaian yang sepatutnya? Gaya bahasa? Maaf, saya bukan sasterawan.. saya cuma seorang yang memegang ijazah kejuruteraan perisian komputer, bukan sastera.

Wallahu'alam.

"

Umum

Yang paling banyak dibaca dalam Umum:
  • MAKE UP MUSLIMAH...

    Terkini dalam Umum:


    Yang Berkaitan



    Untuk mencetak    Hantar pada Sahabat




  • Komen


    "Kembali kepada al-Qur'an" | Login/Mendaftar | 0 Komens
    Threshold
    Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.



    -------------------------------------------------------------------------------
    Portal Komuniti Muslimah
    © Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
    Made in: Bandar Sunway, Selangor
    Tarikh Mula: 17hb April 2003

    Dibina oleh: Team Walasri

    Ditadbir oleh:





    Loading: 0.122157 saat. Lajunya....