Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




  Dari Galeri
This is my friends!!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

"Enjoy Dalam Penjara Dunia"
 Posted on Khamis, 17 April 2003 @ 22:27:30oleh Hanan
Tazkirah hub_addin menulis Enjoy Dalam Penjara Dunia .

Bila hati enggan tunduk pada peraturan …

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir” . Demikian bait yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah saw .

Sesekali (atau mungkin kebiasaan ) apabila kita merasakan kebenaran hadis Rasulullah saw ini , mengiakan rasa rimas kita dengan peraturan yang terlalu banyak mengikat kebebasan diri .Ini tak boleh, itu tak boleh , ini halal , itu haram.

Memang ya.... peraturanlah yang menyebabkan kita rasa ‘terpenjara’ . Peraturan ataupun yang dipanggil syariat adalah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap insan yang mukallaf. Tapi tahukah kita bahawa ada cara untuk rasa merdeka atau enjoy dalam ‘penjara dunia’ .

Suatu masa , seorang Yahudi pernah menjadikan hadis ini untuk merendah-rendahkan seorang pembesar Islam . Yahudi itu berkata , “Bukankah nabi kamu berkata dunia ini penjara , tetapi Kenapa kamu berpakaian kebesaran ?”

“Kalau dalam penjara kami boleh berpakaian begini ,
cuba bayangkan bagaimana keadaan kami bila bukan dalam
penjara !” Terdiam si Yahudi mendengar jawapan yang begitu bernas .

Bukan maksud Tuhan untuk ‘memenjarakan’ kita dengan peraturan , tetapi sebenarnya peraturan itu adalah hadiah kasih sayang Allah untuk membebaskan kita daripada peritnya tipu daya syaitan dan hawa nafsu . Tipu daya syaitan dan hawa nafsulah yang menyebabkan hati kita tersiksa … Apabila kita ingin bebas dari peraturan Allah , kita ibarat ikan yang mahu bebas dari air . Air adalah tempat terbaik dan tempat paling sesuai untuk kehidupan seekor ikan. Tanpa air, lemaslah ikan .

Demikian juga , jika Allah tidak sediakan peraturan … lemaslah kita dalam melayari bahtera kehidupan . Demi kasih sayangNya juga , Dia selamatkan kita
daripada siksaan dunia dan akhirat . Mengapa kita tidak balas kasih sayangNya dengan menghargai hadiah tersebut ? Cara menghargai hadiah tersebut ialah
dengan menerima dan mematuhiNya dengan penuh rasa redha dan rendah hati .

Oleh itu , setiap kali kita disinggahi rasa terpenjara dengan peraturan Allah , beritahulah pada diri supaya jangan jadi ikan yang cuba bebas dari air . Setiap kali hati rasa terpenjara dengan peraturan Allah , pinggirkanlah rasa itu dengan memfokuskan fikiran kepada kasih sayang Allah yang tersirat di dalamnya . Kompas hidup kita biarlah sentiasa terarah kepada Allah . Misi hidup kita pastikan untuk mengabdikan diri kepadaNya dengan cara mematuhi setiap peraturanNya dengan rela . Percayalah … dengan cara ini kita akan merdeka di dalam penjara dunia . Walahu’alam .


Empat pertanyaan kepada manusia di hari kiamat :
1. Umur / usia = kemana dihabiskan ?
2. Tubuh badan = untuk apa dipergunakan ?
3. Ilmu pengetahuan = adakah diamalkan ?
4. Harta kekayaan = dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan ?

( Maksud hadis riwayat Muslim )

 

  Tazkirah


Komen


""Enjoy Dalam Penjara Dunia"" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.08634 saat. Lajunya....