Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Majlis Tertinggi Liputan Media Beritahu Teman Hubungi Kami Laman Peribadi  
Suka!
New Page 1

Mutiara Kata
"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




Dari Galeri
salam ukhuwwah fi islamiah abadan abada...

Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 478 hari yang lalu


[ Ucapkanlah SELAWAT dan SALAM kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Hanan.com.my ini ]


Ahli dan Tetamu berkunjung semalam, sehingga saat ini, dan sekarang 17 Ahli dan Tetamu sedang online

kiranya kau tahu rahsiaku!
Disiarkan pada Isnin, 28 April 2003 @ 21:32:00 oleh Hanan

Nostalgia jijah menulis: "Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kepada sahabiah-sahabiah sekalian,ayuh sama-sama kita jadikan kisah di bawah sebagai satu panduan. Rintihan seorang gadis yang barangkali sebaya dengan dirimu..sahabiah sekalian..!

Ia bukanlah satu cerita rekaan..Tanpa menambahkan perisa dimana-mana bahagian dalam cerita ini, jijah kisahkan kepada sahabiah sekalian suatu kisah benar yang terjadi kepada salah seorang dari rakan jijah..dan izinkan jijah rahsiakan namanya disini. Begini ceritanya...

Tidak tahu di mana harusku mula...setiap kali aku melihat wajah lelaki,kenangan pahit yang pernah menimpa diriku berulang kembali. Ligat ia bermain di benakku! Rakaman ceritanya sungguh jelas..

Dan ketahuilah setiap kali itu jugalah air mataku menitis...entah ke berapa kali..sukar bagi aku menghitungkannya...! Linangannya membasahi pipiku, ia bukanlah tangisan dari mataku, tetapi mengertilah bahawa itulah tangisan dari dalam ...lubuk hatiku!

Walaupun kini sudah 2 tahun usia bagi suatu tragedi hitam yang menimpa diriku.. tetapi aku tidak mampu melupakannya! Hatiku menangis..Jiwaku merintih! Andai dapat aku dilahirkan semula...hanya itu saja caranya untuk aku melupakan tregedi hitam itu.

Aku cemas setiap kali adanya rombongan masuk meminang ke rumah ku. Aku cemas! Walaupun aku tahu dan sedari itulah yang dinantikan oleh setiap wanita! Itulah saat yang ditunggu-tunggu, apatah lagi jika yang datang meminang adalah lelaki idaman hati, punya iman yang sejati!

"Kau tolak lagi?" ibu menyoal ku keras...
"Apa yang kau mahu Murni...orangnya bergaji besar, berilmu...apa lagi yang tak cukup Murni?"

Begitulah..kerenah ibu setiap kali pinangan. Aku tolak! Oh ibu, bukan sengaja aku menolak pinangan yang mendatang. Aku juga wanita yang inginkan seorang suami yang membimbingku..malah itu sudah menjadi lumrah dan apa yang didam-idamkan oleh semua wanita, menjelang usia perkahwinan!

Tapi ibu..oh bagaimana harus aku luahkan semuanya? Kenapa kenangan itu menghantui aku..walaupun sudah 2 tahun berlalu?


*********************************

Kenangan itu masih kulipat kemas dalam diari hidupku.
Saat di mana aku kehilangan...sesuatu yang amat berharga!
Di saat diriku dihempam sesusuk badan yang tegap...
Merampas segalanya yang menjadi milikku!
Dengan begitu rakus..tanpa berperikemanusiaan...aku...aku dinodai! Tangisan dan jeritanku umpama tiada bermakna. Sekujur tubuh sasa itu mengasari tubuhku, mencuri pandang pada seinci tubuhku...!Darah yang mengalir akibat kekasarannya...akibat nafsu melurunya, membasahi pakaianku...oh! terlukanya hatiku!Aku dirobek, dicarik..umpama ...oh aku tidak mampu untuk meneruskannya lagi!

Ibu, kerana itulah persoalanmu tak pernah aku jawab. Kerana padaku sendiri tiada jawapannya! Bukan aku mahu menjadi anak yang durhaka, bukan aku tidak tahu keinginan ibu melihat anaknya berumahtangga...tapi apa dayaku ibu!
Tragedi itu menjadi igauanku! Ia menjadi mimpi yang mengisi tidurku!Menemani hidupku!

Kiranya kau tahu rahsiaku..wahai lelaki
masihkah kau sudi meminangku?
Relakah kau memiliki isteri sepertiku?
Mahukah kau pada diriku yang sudah tiada lagi....nilainya ini?
Sanggupkah kau memimpin tanganku
membimbingku ke Syurga? Dan adakah aku layak bersamamu ke sana?

Wahai lelaki...
solatmu tinggi nilainya. Aku tidak pernah berniat untuk mengotorinya!
Nur di wajahmu, terpancar indah menyinari seluruh tubuhmu..
Dan aku tidak mahu walaupun nafasku mengenaimu..!
kerana aku takut mencemari kesucian jiwamu!
Kau seorang lelaki yang baik, dirimu menjadi idaman wanita solehah...
Dan aku tidak mahu menghancurkan cita-citamu!

Bila aku tidak mampu lagi memiliki kembali sesuatu yang telah pun aku kehilangan?
Jangan kau marah padaku..setiap kali aku menolak pinanganmu. Itu adalah tandanya aku tidak mahu dirimu terkena percikan "kekotoran" ku!
Ramai wanita menantimu..dan kau juga layak memiliki wanita solehah!

Wahai lelaki... dengarlah rintihanku bahawa di sebalik diriku ini. Aku menyimpan satu rahsia!
Dan aku takut ...kiranya kau tahu rahsiaku!

"

Nostalgia

Yang paling banyak dibaca dalam Nostalgia:
  • "Di Saat Aku Istikharah.."

    Terkini dalam Nostalgia:


    Yang Berkaitan



    Untuk mencetak    Hantar pada Sahabat




  • Komen


    "kiranya kau tahu rahsiaku!" | Login/Mendaftar | 8 Komens
    Threshold
    Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


    Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
    oleh nurkamar pada Selasa, 29 April 2003 @ 22:49:21
    (Info AHLI)


    assalamuala'laikum jijah...

    harap..sudi kiranya jijah..minta sahabiah jijah.. email kepada [email protected].
    kiranya dapat saya bantu seadanya. terima kasih.
    [ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]













    Re: kiranya kau tahu rahsiaku!
    oleh Ummi_Iza pada Rabu, 09 April 2008 @ 14:03:48
    (Info AHLI)


    assalamualaikum
    apa kbr jijah?dah lama artikel ni,baru saya terbaca.apapun.banyakkan bersabar...redha lah atas ketentuan ALLAH SWT..dah hampir 5 tahun,apa perkembangan jijah sekarang?
    [ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


    -------------------------------------------------------------------------------
    Portal Komuniti Muslimah
    © Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
    Made in: Bandar Sunway, Selangor
    Tarikh Mula: 17hb April 2003

    Dibina oleh: Team Walasri

    Ditadbir oleh:





    Loading: 0.103232 saat. Lajunya....