Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. Hidup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




  Dari Galeri
Assalamualaikum semua

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Hubungan Ulama dengan Remaja
 Posted on Isnin, 31 Mei 2004 @ 13:49:08oleh Hanan
Tazkirah nurul_aishah menulis Mengapakah sebahagian umat Islam, terutama di kalangan remaja, sukar menerima nasihat?

Mereka menganggap diri mereka sahaja yang benar. Malah ada yang tersesat ke kancah kerosakan akhlak seperti menagih dadah atau menjadi samseng.

Dr. Mohamed Al-Musir, profesor bahagian akidah dan falsafah dari Universiti Al-Azhar berpendapat bahawa keadaan manusia yang berakal sentiasa mengawasi perkara-perkara yang bermanfaat baginya.

Seseorang Muslim itu seharusnya berusaha mendapatkan kalimah yang baik dan nasihat yang ikhlas serta menerimanya dengan niat yang baik.

Allah telah memuji satu kaum dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama).” (Surah Az-Zumar: 18)

Islam telah mengajar kita bermusyawarah (bermuafakat) dan beristikharah (mendapatkan petunjuk Allah).

Ada orang berkata tidak akan kesal sesiapa yang bermusyawarah dan tidak berasa hampa atau berputus asa bagi sesiapa yang beristikharah.

Manusia tidak dapat menghukum sesuatu masalah dengan sendirinya.

Ia memerlukan seorang yang alim atau sahabat karib yang kedua-duanya dapat membantu menyelesaikan masalah agama dan dunianya.

Tidak syak lagi bahawa menyangkal pendapat itu merupakan satu kesalahan atau batil. Enggan menerima nasihat berfaedah akan memudaratkan dirinya.

Nasihat kepada seseorang memerlukan usaha dan masa untuk mengelakkan daripada berlaku kesilapan.

KEJAHILAN MANUSIA

Bekas dekan fakulti usuluddin Universiti Al-Azhar, Dr. Mahmud Mazru´ah, menegaskan ada dua unsur pokok yang membuat manusia tidak menghiraukan nasihat.

• Pertama: Kejahilan dan sempit fikiran.

Apabila seseorang itu menerima sesuatu maklumat, maka dia akan menggambarkan bahawa dia memandang sepi sahaja.

Akibatnya dia tidak dapat membezakan antara yang sahih dengan yang batil.

Sebaliknya, pendapatnya sahaja yang dianggap benar.

• Kedua: Hilang kepercayaan kepada ulama.

Malah ada sangkaan buruk di kalangan kaum belia bahawa ajaran ulama itu kolot dan tidak sesuai dengan jiwa mereka.

Dr. Mazru´ah menegaskan lagi bahawa jika kita ingin mengembalikan kaum remaja kepada akal yang sihat, iman yang sahih dan pertimbangan jiwa, maka hendaklah kita mendirikan satu titian yang kukuh antara ulama dengan belia.

Tanpa ini kita tidak akan berhasil mengajak mereka ke jalan yang benar.

Seorang pendakwah terkemuka, Dr. Yusuf Qardhawi, menyeru para ulama agar bersikap ikhlas dalam memberikan nasihat.

Mereka seharusnya menghampiri para remaja dan jangan menjauhkan diri daripada mereka.

Bagaimanapun, remaja harus cuba bersikap terbuka dalam menilai nasihat ulama, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.” (Surah Al-Furqan: 59)

Dr. Qardhawi berpendapat bahawa satu penyakit paling bahaya hari ini ialah kita mengiktiraf ´ahli´ atau ´pakar´ dalam setiap segi sekular, namun umat Islam mengetepikan kepakaran dari segi syariah dan keislaman.

Ramai remaja hari ini hanya berpandukan kitab-kitab agama sahaja. Lantas, mereka menganggap telah layak untuk menjadi imam atau mufti, bahkan berupaya menyalahkan para imam dan ulama terkemuka.

Kita harus mengambil tahu akan persoalan atau masalah mereka dengan membantu menghuraikannya mengikut keadaan yang sesuai dan mengadakan dialog terbuka dengan mereka.

Sejajar dengan itu para ulama juga harus memainkan peranan dengan menunjukkan teladan yang baik dan menyampaikan kalimah yang sopan kepada para remaja di mana sahaja mereka berada.

Sebenarnya tiada remaja yang mahu hidup mereka sukar dan tersasar.

Namun dalam usia muda dan tanpa bimbingan itu, mereka akan terdorong oleh hawa nafsu.

Menurut Imam Al-Ghazali, sebenarnya ibu bapalah yang harus juga disalahkan kerana gagal melentur atau mendisiplinkan peribadi anak-anak mereka.

Tetapi jika ibu bapa telah gagal kerana mereka bercerai (sama ada hidup atau mati) atau tidak dapat mengatur hidup mereka dan anak-anak dengan betul, maka tugas itu beralih ke tangan masyarakat.

Mujurlah badan-badan Islam kini wujud untuk menangani masalah remaja. Mendekati para remaja pinggiran adalah cara yang baik demi meraih keyakinan mereka bahawa sesungguhnya golongan ulama mengambil berat akan nasib mereka.

Sebaik-baiknya, usaha ulama dan badan-badan Islam itu bukan sahaja ditujukan kepada para remaja malahan ibu bapa dan keluarga mereka hendaklah disertakan.

Sebabnya ialah membimbing para remaja hendaklah bermula pada puncanya – rumah atau keluarganya.

Para remaja pada zaman para sahabat Rasulullah telah memainkan peranan utama dalam menyebarkan dakwah Islamiah setelah mereka sedar dan menghayati aspek praktikal dalam kehidupan Rasulullah s.a.w.

Keadaan para remaja / belia kita kini tentulah lebih baik daripada remaja pada zaman jahiliah. Bagaimanapun mereka perlu mendapat bimbingan sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w:

“Bauan syurga adalah di tangan para belia.”

Rasulullah s.a.w sangat prihatin akan pembangunan / pembinaan sahsiah remaja. Baginda sering bergaul dengan mereka sambil memberikan nasihat yang berguna serta tanggungjawab untuk umat dan negara pada masa depan.

UMMU ZAIDAH

www.yadim.com.my

 

  Tazkirah


Komen


"Hubungan Ulama dengan Remaja" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 1.450639 saat. Lajunya....