Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Bila anda telah sampai ke penghujung tali, buat simpulan untuk bergantung

-- Tokoh Korporat

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
My beloved Sisters!!

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Ibu boleh upah wanita lain susukan anak
 Posted on Jumaat, 28 Mei 2004 @ 9:21:00oleh Hanan
Umum BAYI perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya ketika dalam kandungan. Makanan ini ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan yang penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu.

Al-Quran ada menyebut mengenai penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab tertentu, maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu...” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika mampu.

Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.

“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. ” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keperluannya. Ini menunjukkan Islam menganggap penyusuan susu ibu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan.

Di sini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil tanggungjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

Menceraikan susu dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya tidak digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang menyusukan anaknya. Dengan cara ini, Is lam memastikan yang anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Payu dara ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolesterom dalam kuantiti kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya.

Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam payu dara ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi hingga dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang diamanahkan oleh Allah.

Penyusuan susu ibu menjana perasaan keibuan dan perkayakan sifat kasih sayang.

Selain itu, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi. Dengan itu juga, meningkatkan kesihatan ibu berkenaan.

Penyusuan susu juga boleh h menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah payu dara dan ovari.

– Sumber: Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Sembilan

 

  Umum


Komen


"Ibu boleh upah wanita lain susukan anak" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: Ibu boleh upah wanita lain susukan anak
oleh adnin_humaira pada Ahad, 13 Jun 2004 @ 21:13:49
(Info AHLI)


Salam... kengkawan... saya ada satu soalan.. saya minta pandangan kengkawan... tanggungjawad untuk ibu memberikan susunya kepada anaknya. tapi kenapa ada yang bagi susu dalam tin. tak boleh ke kasi susu ibu je... tanpa bagi susu tin??
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.093512 saat. Lajunya....