Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-04-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




  Dari Galeri
Assalamualaikum... Ini foto kecil saya... Salam ukhuwah buat semua...

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 474 hari yang lalu

Ibu - Agung Lagi Bersih
 Posted on Isnin, 26 April 2004 @ 23:44:38oleh Hanan
Tazkirah nuarii menulis Anda biasa mendengar pengorbanan seorang ibu? Anda biasa mendengar, seorang ibu boleh menjaga sembilan orang anak tetapi sembilan orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu?
Nilai seorang ibu mengatasi tiga orang ayah... Ini jelas terdapat dalam riwayat..

Suatu hari seseorang bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w., “Apakah yang hendak kulakukan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, “Berbaktilah kepada ibumu.”

Kemudian dia ulangi (pertanyaannya).

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda pula, “Berbaktilah kepada ibumu.”

Kemudian dia mengulangi lagi soalan itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, “Berbaktilah kepada ibumu.”

Kemudian dia mengulangi lagi pertanyaan itu buat kali keempat.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Engkau berbaktilah kepada ayahmu.”


Dalam Islam ibu diletakkan pada kedudukan tertinggi hingga dalam sebuah buku (Mencari Redha ALLAH melalui Restu Ibu Bapa, Karya Bisteri Sdn Bhd) disebut redha ibu bapa maka redhalah ALLAH, sebaliknya tidak redha ibu bapa murkalah ALLAH.

Tidak ada pengorbanan setulus ibu. Ibu sanggup lakukan apa saja demi kesejahteraan anaknya. Sejak dilahirkan hingga anak itu sendiri bergelar ibu atau pun ayah, kasih ibu tidak pernah berubah. Ibu mungkin membenci sikap anak berkenaan tetapi jauh di sudut hatinya dia tetap kasih, cinta dan sayang setulusnya.

Apakah yang akan dilakukan oleh seorang ibu tunggal demi kesejahteraan anak-anaknya? Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan anak-anaknya tidak mati kebuluran. Dia akan melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Jarang ibu tunggal menamatkan statusnya dengan berkahwin lagi lalu meninggalkan anak-anaknya untuk menikmati hidup berkelamin buat kali kedua. Biasanya ibu akan bertahan.

Dr. Tuah pernah menceritakan :
Suatu hari saya dihubungi oleh seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu tinggal.

“Mengapa ibu tinggal?” tanya saya.

“Saya ditinggalkan suami. Ghaib entah ke mana. Nak dikatakan meninggal dunia tak ada pulak kuburnya, nak dikatakan masih hidup tak pernah balik ke rumah.”

“Ada anak?”

“Empat orang Dr.”

Menurut wanita ini, sejak ditinggalkan suami dia melakukan bermacam-macam pekerjaan untuk menyara hidup. Dia menjahit, berniaga kecil-kecilan dan mengajar tadika. Pendapatan tidak pernah mencukupi namun syukur kerana tidaklah terlampau hina hingga terpaksa meraih simpati masyarakat.

Begitulah ibu, agung lagi bersih. Kita diwajibkan mentaati ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka berdasarkan firman-firman berikut:

“Dan TUHAN-mu telah memerintahkan supaya jangan kamu menyembah melainkan DIA (saja) dan terhadap kedua ibu bapamu hendaklah berbuat baik.” Al-Israk, 23

“Dan kamu sembahlah ALLAH dan jangan kamu sekutukan dengan-NYA akan sesuatu apapun. Dan dengan kedua orang tuamu hendaklah berbuat baik.” An-Nisa’, 36

Ramai orang mengabaikan ibu bapanya kerana menganggap mereka itu beban. “Pendapatanku cukup-cukup untuk aku lima beranak. Kalau ibu tinggal bersamaku, bermakna terhimpitlah aku,” kata kebanyakan daripada mereka. Maka mereka rela membiarkan ibu bapa tinggal serba kekurangan jauh di desa.

Sikap ini nyata bertentangan bahkan boleh menyekat rezeki.

Daripada Anas bin Malik .a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa yang ingin umurnya dipanjangkan dan ditambahi (pula) rezekinya maka hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan hendaklah menyambung tali kekeluargaannya.” (Imam Ahmad)
Sayangilah ibu, sayangilah ayah – mereka satu-satunya.

Wallahua'lam

 

  Tazkirah


Komen


"Ibu - Agung Lagi Bersih" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.092742 saat. Lajunya....