Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2017  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
--
Saidina Umar Ibnul Khattab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
Bergambar beramai2 di Majlis Hari Lahir Kelab Oktober yg diadakan di Taman Tasik Perdana, KL pd 19 Okt 2003...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 2 hari yang lalu

"Di Saat Aku Istikharah.."
 Posted on Isnin, 28 April 2003 @ 9:41:31oleh Ainul_Mardhiah
Nostalgia jijah menulis Wahai rakan-rakan sekalian.. disaat aku menyangka tiada manfaatnya cinta sesama manusia... tiada gunanya menyemai cinta... menagih cinta lelaki..
tatkala itulah hadirnya si dia... ketika itulah aku temui kemanisan yang ada pada cinta... orang yang mencintai Allah... mengajak aku untuk turut mencintaiNya..
sepenuh jiwa... kini kutemui Cinta Agung hanya pada Allah swt... kerana diri si dia pembimbingku... Ikutilah kisah dibawah...kisah hidupku! Di Saat Aku Istikharah....

Aku tidak tahu Kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!

Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!

Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan. Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....!

Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta dipiisi segera dengan kasih lelaki....!

Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu!

Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu... aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!!

Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kawan-kawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku!

Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara!

Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!

"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa. Aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!

Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya!

Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku. Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku. Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku!

Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya, janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...!

Bermula dari hari itu. Aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!"

Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...! Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya...

kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam... Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini...

Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya...

Adab tidur... makan ... dan segalanya masih kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran. Aku membalasnya dengan sehelai sejadah...

Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"...

Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana!

Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah....

Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...!
Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku...
Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!"

Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh... masih utuh...

Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!

 

  Nostalgia


Komen


""Di Saat Aku Istikharah.."" | Login/Mendaftar | 20 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: menarik sungguh ceritamu
oleh Anonymous pada Rabu, 07 Mei 2003 @ 22:22:54


Assalamualaikum..
buat sahabiah jijah..jika ini artikel hasilanmu sendiri...
jijah memang berbakat..teruskan usaha jijah

jijah...ini kisah benar yang terjadi pada jijah kah..?
kirim salam saya sebagai tetamu, pada si "A"..ehem..ehem

semoga bertemu jodoh segera...

bye...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Kreatif....
oleh ijan ([email protected]) pada Isnin, 12 Mei 2003 @ 8:59:22
(Info AHLI)


Assalamualaikum Jijah. Seronok baca nukilan dari Jijah. Jalan ceritanya cantik tersusun dengan kata-kata yang sopan.
Tahniah....! Tak sabar nak tunggu nukilan Jijah yang seterusnya.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

  • Syukran oleh jijah pada Isnin, 12 Mei 2003 @ 19:30:19


  • Re: Syukran oleh ijan pada Sabtu, 17 Mei 2003 @ 14:35:09


  • Re: Syukran oleh qaulah_atrah pada Isnin, 26 Mei 2003 @ 0:34:43


Re: kuatkan iman
oleh julie pada Selasa, 27 Mei 2003 @ 0:06:54
(Info AHLI)


saya kagum sikap jijah yg tabah ini...sanggup bersabar dan berserah padaNYA.sesungguhnya org yg bersabar itu menuju kejalan yg amat diredahi allah.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: cinta sejati
oleh ummisolehah pada Selasa, 27 Mei 2003 @ 12:04:07
(Info AHLI)


assalamualaikum...

Alhamdulillah. moga cerita ni jadi contoh yg baik pada sahabat2 yang lain...
ingatlah....usah kita buru cinta manusia, burulah cinta Allah, kerana hati itu sendiri dipegang oleh Allah...berdoalah....

-ummisolehah-
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Tahniah jijah.....
oleh nur_ilmiah ([email protected]) pada Selasa, 10 Jun 2003 @ 9:37:04
(Info AHLI)


Assalamualaikum,

Alhamdulillah jijah, menarik sungguh plot cerita yang diketengahkan. Semoga dengan penerbitan cerita ini dapat dijadikan panduan oleh kita, Dimana jangan terlalu mengejar cinta dunia malah cinta Tuhan dan akhirat itulah sebaik-baik cara yang perlu diperolehi.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

syukran jazilan
oleh pena_sufi pada Sabtu, 09 Ogos 2003 @ 18:47:31
(Info AHLI)


asslamualaikum...
tahniah jijah..moga perhubungan jijah kekal hingga ke jinjang pelamin...semoga kisah jijah yg berusaha menjaga biah soleh mendapat perhatian muslimah lain & seterusnya dicontohi..
salam ukhwah..
wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: adakah berlaku...
oleh zahrat_almadaen ([email protected]) pada Sabtu, 16 Ogos 2003 @ 16:43:09
(Info AHLI) http://www.yahoo.com


adakah apa yang diceritakan itu benar2 terjadi... beruntung org seperti anda, jgn lah jadi seperti saya, cepat menilai seseorang itu, terlampau cepat menilai seseorang lelaki itu dan akhirnya nilaian itu tak memberi apa2 kebaikan pada diri sendiri....!!!

tahniah diucapkan...kpd anda
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re:
oleh Sukma_Srikandi pada Rabu, 17 November 2004 @ 21:44:27
(Info AHLI)


Subhanallah, cerita yang menarik dan menusuk hati bila membaca.

Alhamdulillah, memang jika kita nak perhubungan itu, biarkan ia kerana Allah swt. Seronok dan tenang bila baca cerita ni...

Jazakillah kepada awak Jijah.. :)
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: tahniah ianya cinta sejati anda
oleh muslimatislam pada Ahad, 02 Januari 2005 @ 9:05:26
(Info AHLI)


ana nak ucapkan syukrun pada jijah kerana dengan nurkilan itu buat ana sedar segalanya..ana harap ana pun dapat menjadi seperti jijah..ana akan tunggu nurkilan terbaru jijiah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re:
oleh baldu_biru pada Sabtu, 16 September 2006 @ 9:25:11
(Info AHLI)


sungguh bertuah anda... saya juga mengharapkan seorang lelaki seperti itu hadir di dalam hidup saya.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re:Alhamdulillah......
oleh hidayah_saibi ([email protected]) pada Jumaat, 28 September 2007 @ 15:58:44
(Info AHLI)


assalamualaikum.. em, ni lah yang sedang saya lalui sekarang tapi belum lagi jadi seindah kisah jijah. Syukurlah jijah... bukan semua dapat lalui perkara yang indah macam anda. saya hanya memendam rasa kerana si dia tak tahu...sesungguhnya Allah itu Maha Adil.. saya hanya berserah... kami hanya berkawan sampai sekarang..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: alhamdulillah
oleh InaHumaira pada Selasa, 09 Oktober 2007 @ 11:57:41
(Info AHLI)


salam saudari jijah...
cerita ini lebih kurang sama dengan kisah persahabatan saya dengan seorang lelaki yang saya langsung tak kenal..dalam masa kurang setahun ini, adab perhubungan dan pergaulan kami terus dijaga dengan baik.alhamdulillah saya dtemukan dengan lelaki sepertinya...menjaga adab2 pergaulan dan persahabatan berlandaskan syariat Allah...alhamdulillah sekarang saya telah menjadi tunangan nya...insyAllah akan mengikat tali pernikahan pada hujung tahun ini...saya bersyukur ke hadrat Allah & semoga Allah terus memberkati hubungan kami dunia & akhirat...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

teruskan berdoa...
oleh Layyinul_Sutera ([email protected]) pada Rabu, 23 Januari 2008 @ 1:51:46
(Info AHLI) http://layyinulsutera.blogs.friendster.com/layyinul_sutera/


Terharu bila baca kisah jijah ni... Em,, sememangnya, Allah tau yang terbaik untuk kita.... cuma kita perlu lah sentiasa mohon petunjuk dr-Nya..

apa pun, moga Jijah bahagia selalu... Semoga bahagia di dunia dan akhirat... =) amin...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: salam
oleh Anonymous pada Selasa, 10 November 2009 @ 21:08:04


sungguh indah kisah jijah ini, semoga ianya menjadi seribu satu panduan sebagai seorang muslimah dalam mencari calon suami, insya ALLAH....semoga dipermudahkan olehNYA
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.167247 saat. Lajunya....