Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan..

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
inilah saya marlina_sakura..moga ukhuwah yang kita bina ini akan diberkati dan berpanjangan...insyaallah..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 456 hari yang lalu

Nilai sebenar mengecapi kebahagiaan
 Posted on Jumaat, 05 Mac 2004 @ 10:12:15oleh Engku_Salina
Umum minah_arab menulis Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualikum wbt...

KEBAHAGIAAN adalah impian semua insan. Setiap individu, pasangan suami isteri dan keluarga, tanpa mengira umur impikan kebahagiaan dan ketenangan.

Namun begitu, tidak semestinya wang ringgit, pangkat besar, isteri cantik atau suami kacak, atau harta boleh membahagiakan seseorang.

Sesungguhnya, sebahagian tanda hidup bahagia insan Allah ada dalam keadaan berikut:

1. Menjauhkan diri daripada sesuatu yang haram atau bersubahat dengannya.

2. Bersahabat dengan orang baik dan soleh.

3. Belas kasihan dan memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain.

4. Merendah diri dan tidak takbur dengan harta dan kedudukan.

5. Bersifat dermawan dan mulia.

6. Sedikit bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu.

7. Sentiasa kuat kemahuan untuk beribadat seperti mendirikan solat dan membaca al-Quran.

8. Senang mengingati urusan akhirat dan selalu mengingatkan mati.

Sebahagian tanda bagi orang yang hidup dan hatinya sengsara adalah seperti berikut:

1. Kemahuannya kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia.

2. Rakus dengan harta benda dan menyombong diri.

3. Suka bercakap kotor dan memburuk-burukkan orang lain.

4. Berperangai buruk dan suka berkawan dengan orang yang derhaka kepada Allah.

5. Memandang ringan solat lima waktu.

6. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman

7. Keberatan memberi pertolongan kepada orang lain.

8. Melupakan dosa yang lalu.

9. Membandingkan dengan orang di atasnya berhubung urusan dunia.

10. Membandingkan orang di bawahnya berhubung urusan akhirat.

11. Mengungkit kembali kebaikannya lalu, sedangkan dia tidak tahu sama ada amalannya diterima atau tidak

 

  Umum


Komen


"Nilai sebenar mengecapi kebahagiaan" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.076138 saat. Lajunya....