Array
Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Apabila ilmu dan amal ibadah tidak membuahkan akhlak yang mulia , ertinya ilmu dan amal itu tidak ada nilainya di sisi allah dan manusia..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Maisarah99
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13727

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Dari Galeri
Salam....

selamat berkenalan....
ukhuwah fillah fi amanillah..

  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 455 hari yang lalu

Siti Rahmah
 Posted on Ahad, 08 Februari 2004 @ 20:48:16oleh Hanan
Nostalgia Selawat rindu buat Rasulullah s.a.w penyuluh umat yang membukakan pintu untuk kita sama-sama menyelusuri kebahagiaan kurniaan Tuhan dan bersama-sama kita mensyukuri anugerahNya. Betapa indahnya alam ciptaan Tuhan ini yang sentiasa tidak kunjung habis rahmat dan inayahNya. Pembuka bicara pemanis kata dikejauhan. Ingin kukisahkan di sini antara wanita-wanita yang sebenarnya menjadi idaman setiap insan yang bernama lelaki. Bukannya pada paras rupa, kerana seseorang yang inginkan jalinan keluarga yang bermula dari paras rupa maka dia akan dapat. tetapi berdasarkan imannya dia akan dapat seluruhnya.

Itulah insan mulia wanita pilihan salah seorang kekasih Allah NAbi Ayub Alaihi 'Salam Beliau ditakdirkan mengahwini insan yang mulia ini dan diuji dari satu tahap ke satu tahap oleh Allah hinggakan dihalau oleh kaumnya kerana bersuamikan seorang lelaki yang berpenyakit kulit.

Diriwayatkan, penyakit kulit yang dialami oleh NAbi Ayub ini sehinggakan membuat orang yang melihatnya merasa geli dan kanak-kanak lari ketakutan kerana melihatkan keadaan yang NAbi Ayub. Tetapi kesabaran dan keredhaan Allah mengatasi segala-galanya. Siti RAhmah dengan penuh rela hati dan sabar menjaga suaminya tanpa merasa jijik pun.
Sedangkan dengan wajah yang cantik bila-bila masa sahaja Siti RAhmah boleh meninggalkan Nabi Ayub.

Hinggalah pada suatu hari di mana keadaan mereka yang fakir dan tidak ada siapa pun yang ingin menolong menjadikan Siti RAhmah tidak dapat berbuat apa-apa. Keadaan yang lapar, Keluarga yang dipulaukan dan tempat tinggal yang daif menjadikan Siti Rahmah nekad untuk menggantikan rambutnya(berjual-beli) dengan sebuku roti bagi mengalas perut beliau dan suaminya.
Pengorbanan ini menjadikan si penjual roti terpegun dan menggantikan rambut yang dipotong tadi kepada sebuku roti yang paling elok dan sedap.

Dengan hati yang gembira Siti Rahmah pulang ke rumah dan menunjukkan apa yang diperolehinya. Tetapi sayang, NAbi Ayub telah tersalah sangka dek kerana hasutan Syaitan. Masakan boleh sebuku Roti boleh ditukarkan dengan rambut.

Maka dengan berat hati NAbi Ayub telah menghalau Siti RAhmah dan tidak dibenarkan pulang kembali. sekalipun Siti Rahmah merayu dan tidak ingin keluar dari rumah. Beliau terpaksa akur akan perintah suaminya kerana takut akan derhaka pada suami dan kemurkaan Allah.

Apabila Siti Rahmah keluar dari rumah dan dalam lebih kurang beberapa langkah, beliau terkenangkan keadaan suaminya yang tidak tahu apa untung naisbnya dan siapa yang akan membela suaminya jika dia tiada. Dengan perasaan yang berat hati dan terlalu kasihkan suaminya beliau berpatah balik dan masuk ke dalam rumah.

Akan tetapi, didapatinya suaminya tiada di dalam rumah. Alangkah luluh hatinya mengenangkan dirinya yang sanggup meninggalkan suaminya dalam keseorangan. Dalam pada itu terdapat seorang pemuda sedang duduk di dalam rumah lalu di tanya oleh Siti RAhmah:
"Tuan, siapakah tuan, dan di mana suami saya?"
"Siapa suamimu?"

Suamiku adalah seorang lelaki yang berpenyakit kulit dan orang tidak menyukainya dan aku sangat kasihkannya."

Maka mendengarkan kata-kata Siti RAhmah pemuda itu tersenyum dan dalam keadaan Siti Rahmah malu untuk melihat wajah pemuda yang dikenalinya itu terpandanglah olehnya mirip senyuman suaminya.
MAka berlakulah keadaan yang sungguh syahdu sepasang suami isteri yang sudah seperti lama tidak berjumpa.

Alangkah indahnya ciptaan Tuhan dan Rahmat Allah itu terlalu banyak buat hambaNya yang bersyukur dan Redha atas apa yang menimpa dirinya.

 

  Nostalgia


Komen


"Siti Rahmah" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.




-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.08945 saat. Lajunya....